Thursday, February 27, 2014

^ KANAK-KANAK ASMA DAN SHAKLEE ^

Sumber dari wikipedia ini menjelaskan apakah penyakit asma  ni. Hari ni Tinie nak sembang pasal asma dan Shaklee.
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Kenapa ye. Sebabnya semalam baru dapat testimoni dari customer Puan Ct yang ambik Omega Guard untuk anaknya yang ada masalah asma. Selain tu anaknya juga ada mild eczema dan kerap batuk dan selsema. Pn Ct hubungi Tini sebulan yang lepas menceritakan keadaan kesihatan anaknya. Ikutkan Tinie suggest set Mealshakes dan Omega Guard. Tapi Pn Ct nak budget, almaklumlah hanya suami yang bekerja tapi disebabkan risau dengan keadaan anaknya yang selalu tak sihat jadi Pn Ct pun ambik Omega Guard sahaja. Yer la ibubapa mana sanggup tengok anak asyik tak sihat je kan. Sanggup berbelanja sedikit asalkan anak sihat dan cergas. Tinie cakap boleh je, ikut budget dan sambil tu kita ni berusaha dan berdoa sama.

Yang bestnya, adik Ammar  ni masuk Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah. Semalam Pn Ct cakap Alhamdulillah latihan berjalan dengan lancar berbanding tahun lepas yang selalu je terganggu dek kerana sering hidung tersumbat dan selsema. Dan tahu tak dapat nombor berapa? Dapat No 2. Allahuakbar. MasyaAllah suka sangat Tinie dengar. Sekurang-kurangnya anak ini semakin sihat dan boleh menjalani hidup aktif seperti kanak-kanak lain. Alhamdulillah dengan izin NYA jua.

APA LAGI YANG BAGUSNYA OMEGA UNTUK KANAK-KANAK?
  1. Meningkatkan sistem IMUN tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  2. Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  3. Membantu merawat ECZEMA. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
  4. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  5. Disyorkan untuk kanak-kanak HYPERACTIVE dan AUTISME
  6. Bagus juga untuk kanak-kanak yang susah nak tidur
CARA MAKAN?
Yer la ramai yang tanya dengan Tinie, boleh ke kanak-kanak nak makan ni. Macam susah je. Oke macam ni bagi kanak-kanak yang boleh telan, telan je macam biasa. Yang tak boleh telan kalau yang boleh kunyah. Bagi je anak-anak kunyah. Anak-anak Tinie sendiri memang suka la kunyah Omega Guard ni. Sampai kena sorok la botolnya. 
Bagi anak kecil yang tak boleh kunyah, sebab omega ni sesuai untuk kanak-kanak seawal usia SETAHUN. Jadi boleh pecahkan dan masukkan dalam susu atau dalam makanan anak. 
Omega Guard Shaklee ni dalam softgel, so, masuk mulut cair. InshaALLAH takde masalah anak tercekik.

Jom kita layan beberapa testimoni:











Harga sebotol Omega Guard ni RM136 (SM) | RM140 (SS) dengan kandungan 90 biji softgel yang halal. Boleh tahan 3 bulan untuk seorang anak.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir
Tanjung Malim ,Slim River

Wednesday, December 11, 2013

^Day 3: Hatiku terpaut pada ^

Tajuk day 3.. tempat atau benda yang telah buat anda jatuh cinta.
Jadi setelah kupikir-pikirkan. Hatiku terpaut pada Puncak Gunung Kinabalu.

wah gitu. Kenapa ya. Oke mcm ni, beberapa bulan lepas suamiku
ami ku bawak aku dan anak-anak serta mak dan mak mertuaku bercuti ke Sabah. Alhamdulillah percutian 3hari 2malam tu sangat bermakna. Best sangat yr Sabah. Hutan hijau yang masih belum diragut kesuciannya. Sejuk, damai. Sebenarnya ia percutian pertama ku naik flight. Ku suka terbang tinggi. Gayat? Taklah. Hanya berdoa moga dipermudahkan perjalanan. Selebihnya ku hanya enjoy sepanjang pengembaraan kami.


Simboliknya ku suka puncak Gunung Kinabalu, impianku di dalam Shaklee setinggi puncak Gunung. Walau dulu tak pernah ku impi, menyertai Shaklee hanya untuk dapat beli produk jaga kesihatan dengan murah.

 Tapi alhamdulillah pelaburan RM75 ku sangat berbaloi. Bukan saja balik modal. Tapi dah berganda-ganda dari bonus 2 angka ke 4 angka. Tidak ku sangka. Susah kr buat Shaklee? Pilih upline kita. Pilih group yang kita nak sertai. Maka tidaklah sesusah mendaki puncak gunung kinabalu. Tapi kalau terlalu mudah tak syok.juga kan.. hasil titik peluh bersusah payah mendaki puncak gunung kejayaan di dalam Shaklee itu lebih manis daripada tanpa berbuat apa-apa.

Gunung Kinabalu indah, damai, menyejukkan, saujana mata memandang. Itulah kejayaan yang ingin ku genggam. Berjaya bersama Shaklee tidak menyesakkan tapu mendamaikan.

^Day 2: Apa ada pada nama^

Yuhuuu.. day 2 punya post tentang asal usul nama blog ini.

Terciptanya blog ni selepas diriku menjoinkan diri dalam Shaklee.
Well, bercerita tentang blog ni. Tujuannya berkongsi maklumat tentang dunia Shaklee. Umum mengetahui suplemen Shaklee ini yang terbaik.
vitamin semulajadi yang bukan sintetik yang tiada perisa tiruan dan selamat diambil tanpa kesn sampingan. Tambahan pula, produk Shaklee diuji secara klinikal.

Oke panjangnya objektif blog ni kan..haha. Apa yang ku ingin sampaikan adalah ku ingin semua semakin sihat dan cergas dengan pengambilan suplemen Shaklee ini. Moh Kita Sihat. Blog yang mengajak kita sihat dengan mengambil suplemrn yang selamat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

hello..kenapa MOH . Bukan Ministry Of Health oke. NO NO.. Ni bukan blog kementerian kesihatan. Moh ni bahasa orang Perak. Bermaksud JOM atau MARI. Jadi blog ini mrngajak kita menjadi lebih sihat. Ate teman ni orang Perak. LAHIR di Lumut Perak dan kini menetap di Tanjung Malim Perak. Ate kalau mencari pengedar Shaklee sekitar Manjung Lumut Tanjung Malim. Boleh le contact teman. Oh ye kalau orang Ipoh pon boleh contact teman ye. Sorang downline teman ada di sana.

Harapnya ada blog ni dapat kukongsikan sikit sebanyak trntang dunia kesihatan bersama Shaklee. Jangan riso, bukan orang Perak jr boleh beli ngan teman, seantero Malaysia ni boleh hubungi teman ye. Perak mali talak sombong.erkkk. oke meh nak selit sikit bulan ni ptomo Omega. Waduhhh memang kesukaan ramai ni. Jom layan manfaat Omega. Contact teman utk harga super duper special


Monday, December 9, 2013

^Day1: Tentang aku, kami dan Shaklee ^

Assalamualaikum

 entry ni special.. bagi menyahut cabaran entry 30hari oleh Master kami. tajuk yang pertama: All a about me. jadi inilah segalanya tentang diriku insan kerdil berimpian besar ini.Hartini Bt Badri nama diberi arwah abah dan mak ku. anak kedua dari 4beradik. Ate teman orang Perak. anak jati Lumut. Tapi sekarang dah menetap di Tanjung Malim.Jadi kalau ada yang nak Cod di Tanjung Malim, Slim River boleh la contact teman ye. Baru berusia awal 30an.

Sudah berumahtangga dengan jejaka idaman malaya, Mr Rosdi Ismail. Inilah teman sejati yg banyak beri sokongan daku menceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni. Atas restunya ku terus melangkah menuju puncak gunung kinabalu eh bukan puncak kejayaan. hihi.. Juga restu ibu dan ibu mertuaku. Kami kalau berjalan mrmang selalunya bawak lah ibu2 kami ni. Antara impian dalam Shaklee nak bahagiakan kedua ibu2 kami ni.





Dikurniakan 2 orang anak syurga penguat semangat Nur Syaza Ardini 4tahun dan Nur Aira Raudhah 2 tahun. Sabar je menunggu mami mempacking barang customer dan ikut pergi pos barang sekali. Hihi.. sayang anak2 mami.

 Membesarkan mereka satu cabaran yang sangat kami suami isteri senangi. Set Menyusu Shaklee lah pendorong ku menyusui anak-anakku. Alhamdulillah anak kedua ku berjaya menyusu sehingga 2 tahun. 

dan kini mami berikan Mealshakes sumber multivitamin kepada anak-anak mami setiap hari. Juga Omega Guard makanan otak untuk menjadi anak pintar dan sihat. InsyaAllah.

psttt omega guard promo tau bulan ni.. hihi sempat lagi tu..





Saturday, September 21, 2013

^ Kenapa Susu Kurang ^

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengeluaran susu berkurang. Antara yang akan kita bincangkan di sini adalah: 1. Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Selepas saja kelahiran, kita perlu menyusukan bayi. Tidak perlu fikirkan samada ada susu atau tidak, pastikan lekapan yang betul dan terus menyusukan bayi. Kerapkan menyusu, kadar kekerapan sekitar 1-2jam. Terutama sekiranya bayi jaundis, lagi perlu kerapkan menyusu. Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!

2. Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul
Salah satu punca adalah bila memperkenalkan botol susu terlalu awal. Bayi boleh menjadi keliru puting dan bayi akan lebih suka menghisap dari botol berbanding dari susu badan ibu. Bila bayi dah rasa mudahnya mendapat susu dari botol, bayi akan merasa malas untuk bersusah payah menghisap dari badan ibu.
Lekapan yang tidak betul juga menjadi punca apabila hisapan tidak betul menyebabkan nipple luka dan ibu give untuk terus menyusui anak. Pastikan mulut bayi menganga besar dan melekap di sekeliling aerola dan bukan di nipple.

3. Emosi ibu kurang stabil
Ibu perlu mengawal emosi. Elakkan berasa stress, biarlah ibu anda atau suami yang menguruskan rumahtanggan. Faktor emosi mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Pastikan ibu mendapat rehat secukupnya. Apabila bayi tidur, ibu ambillah peluang untuk turut sama berehat dan tidur.

4. Bayi beralih bulan (growth spurt)
Kebiasaannya bayi yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt. Setiap bayi berlainan, ada yang seolah-olah tidak cukup susu, asyik menangis menghisap susu terlalu lama. Ada juga yang enggan menghisap susu.

5. Kurang menyusu waktu malam
Kerapkan menyusu pada waktu malam, jika bayi tidak terjaga, kejutkan bayi dengan mengusik pipinya dan meletakkan breast pada mulutnya. Atau jika baby anda jenis yang tidur lena hingga keesokkan hari, ibu kena la bangun untuk mengepam susu.

6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan. Jangan lupa untuk pam di tempat kerja, jangan tunggu penuh balik rumah baru pam. Berbincanglah dengan pihak pengurusan untuk mengepam di tempat kerja.
7. Ibu datang bulan (period)
Sesetengah wanita mengalami 'low milk supply' yang bersifat sementara semasa period. Ia boleh berlaku seminggu sebelum period sehinggalah 3-4 hari semasa period.
Ia berlaku kerana level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements).

8. Pengambilan ubat / kafien/ Ais
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafien dan ais yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.


Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau

Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

^ TIPS TAMBAH SUSU IBU ^

Pengalaman menyusukan anak-anak memang sangat mengujakan. Pahit getir nak mencukupkan tempoh menyusu dua tahun penuh liku-liku. Selain daripada mengikut perintah Islam untuk menyusui anak sehingga 2 tahu, sebagai ibu yang nak yang terbaik untuk anak-anak, kita tetap berusaha nak cari jalan macam mana nak banyakkan susu ibu. Macam mana nak tambah susu ibu.

Banyak sangat tips yang kita jumpa, tinggal lagi samada tips itu serasi dengan kita, atau berkesan pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya ingin kongsikan 7 tips untuk tambah susu ibu. Saya harap ianya dapat membantu kita sebagai ibu dalam mengejar impian untuk beri yang terbaik buat si manja. 


1. KERAPKAN menyusui bayi atau PAM

Walaupun rasa macam cukup ke tak susu aku ni, sikit ke banyak. Yang penting kerapkan penyusuan. Selepas bayi menyusu, boleh pam untuk keluarkan susu selebihnya dan kosongkan breast. Semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Berapa lama perlu pam, dicadangkan anda pam 15-20 minit setiap sesi, kalau dapat pakai double pam lagi bagus. Pengalaman saya mengepam menggunakan swing, 15minit pertama, sikit sikit keluar, sampai minit ke 15 laju je turun (let down). Ada customer saya yang dalam pantang cakap, "kak, susu saya bila pam keluar sikit je" "berapa oz" , "2oz je".. "berapa lama pam" "5minit" ... oh sayangku, bagi akak yang dikategori kurang susu badan, 2oz utk 5minit tu banyak jugak. akak awal pantang dapat 2 oz tu untuk 15minit. (Sebelum kenal Shaklee ). Keep pumping oke. 

2. MASSAGE breast atau TUAM
Sebelum sesi mengepam boleh massage dulu breast atau tuam di sekeliling breast.

3. MAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLIMEN
Ambil makanan yang seimbang, janganlah dalam pantang asyik makan nasi dengan ikan masin. Tingkatkan pengambilan makanan bersumberkan protein, karbohidrat dan kalsium. Ambil suplimen yang sesuai dan dipercayai. Set Menyusu Shaklee terdiri daripada set-set di bawah. Pilihan boleh dibuat berdasarkan keperluan dan budget masing-masing.
tambah susu
Set Menyusu Shaklee


4. AMBIL AIR SECUKUPNYA.
Kandungan susu ibu 88% adalah air.
(sumber : http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2012/Pdf/susu.pdf ) .Maka minum air secukupnya. Dicadangkan pengambilan air 3L sehari atau mengikut berat badan 1 liter bagi setiap 25kg berat badan.  

5. BERFIKIRAN POSITIF.
Jangan stress, tension rasa susu tak cukup, nanti lagi la takde susu yang akan keluar. Emosi mempengaruhi pengeluaran susu. Kekalkan rasa gembira, tenang semasa mengepam dan menyusui bayi. Tips kalau anda mengepam di pejabat, duduk di tempat yang selesa, lihat foto bayi anda yang comel tu, atau lihat keletah comel dia dia telefon canggih anda. Sangat mengujakan bukan. Percayalah ia sangat mempengaruhi. DAN ZIKIR. Sambil mengepam banyakkan zikir YA MAATIN, selawat dan sebagainya. Berdoalah semoga Allah mencukupkan rezki susu untuk anak anda.

6. MEMILIH PAM yang SESUAI

Sangat penting. Walaupun sebenarnya ia mengikut budget anda juga, tapi sebenarnya pemilihan pam turut mempengaruhi. Ianya merupakan pelaburan yang sangat berbaloi. Sekiranya anda ada budget pilihlah yang hospital grade, teknik yang berkesan dan cepat. Ada yang selesa manual tapi ramai juga yang tewas menggunakan pam manual apabila penyakit malas datang, penat tangan mengepam menyebabkan malas. Jadi pam elektrik sangat menjadi pilihan sekiranya anda memilih untuk menjadi pengepam susu yang tegar. Ada budget lebih, melaburlah untuk pam double pumping ;). Selalulah mengepam dan sesekali membuat power pumping. APAKAH itu, banyak laman yang membicarakan soal ini. Secara ringkas teknik ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran susuibu. Tekni ini adalah dengan mengepam 10minit sebelah kanan, 10 minit sebelah kiri dan bergilir mencukupkan sejam kalau menggunakan pam single. Kalau pam double, pam 10 minit rehat 10 minit sehingga  cukup sejam. Buat secara konsisten setiap malam selama seminggu.

7. SKIN to SKIN
Banyakkan skin to skin contact. Jangan terlalu sibuk mengepam, anda lupa untuk beri secara direct. Bila ada bersama bayi, lebihkan masa dengan memeluk bayi dan biarkan kulit bayi bersentuhan dengan kulit anda semasa menyusu. Its miracle.



Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang berhajat besar dan berhati mulia untuk menyusukan anak-anak. Memberikan yang terbaik untuk permata hati anda. Walau sebanyak mana susu yang anda dapat berikan, sentiasalah bersyukur. Dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah.

Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau
Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

Thursday, September 5, 2013

.:: SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK ::.

Set berpantang Shaklee semakin menjadi pilihan ramai, mudah digunakan, selamat, semulajadi dan berkesan.

Kalau dulu, jamu param pilis semua lengkaplah nak memastikan ibu dapat pulih dengan baik. Tapi ramai juga yang tidak menyukai jamu. Remeh sikit la nak membancuhnya, perit sikit nak menelannya. Walaupun ramai yang cakap khasiatnya bagus, memang tak dinafikan. Tapi seiring dengan peredaran zaman, kini semakin banyak produk di pasaran yang ingin memudahkan ibu-ibu ini melalui tempoh berpantang.

Saya sendiri merasai perbezaannya. Semasa anak pertama, saya beli set bersalin yang terdiri dari jamu ni, tapi disebabkan anak jaundis, maka nya saya tak makan pon set tu. Nurse nasihatkan jangan makan sebarang jamu yang panas, nanti jaundis akan jadi lebih lama. Ruginya rasa, dan dekat nak habis pantang barulah saya makan set tu. Semasa anak kedua, saya ambil set berpantang dan menyusu Shaklee, ternyata rasa lebih yakin sebab anak jaundis pon masih boleh makan suplemen tu. Dijamin selamat dan menjadikan kita lebih bertenaga.

Set Berpantang Shaklee(Asas) terdiri daripada :

B-Complex            

- vitamin ini bersifat anti stress, ibu dalam berpantang kebiasaannya mudah rasa tertekan
- mengelakkan dari meroyan
- membantu menstabilkan hormon agar mudah proses menyusukan bayi


set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee
Vitalea                    
- multivitamin ini membekalkan nutrisi yang cukup terutama zat besi buat ibu
yang baru kehilangan darah akibat bersalin
- juga membekalkan tenaga


Zinc Complex        
Mempercepatkan proses penyembuhan luka
 - Mengelakkan jangkitan

 Vitamin C               
Penting untuk penyembuhan
- Membantu membanyakkan Susu
TAMBAHAN:

ESP                        
-
sangat bagus untuk penyembuhan yang cepat bagi luka dalaman rahim
- protein yang tinggi membantu dalam membina sel-sel baru menggantikan                                    sel-sel yang rosak
- mengenyangkan dan memberikan tenaga
- menambah dan memekatkan susu ibu

Ostematrix              

- pil kalsium tinggi penting untuk penyusuan susu ibu
- ibu menyusu berkongsi keperluan kalsium dengan anak
- 4 biji sehari mencukupi keperluan kalsium badan ibu menyusu
- mengelakkan dari sembelit.
- melegakan otot dan saraf ibu


Kini, ibu-ibu boleh memilih set bersalin yang terbaik untuk diri anda. Yang pasti selamat, semulajadi, berkesan dan halal.
Bagi yang ingin mendapatkan set bersalin ini dari saya, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952. Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...