Sunday, January 25, 2015

^Perut Berangin Sebu Tak Selesa Sangat Boleh Hilang Dengan Set Badan Penuh Angin^

Aduii sakit perut, nak kata kenyang takde makan apa tapi rasa perut berangin sebu. tak selesa sangat kan. Ye saya pun pernah rasa. Pantang silap makan sikit. Makan pedas pun boleh rasa pedih berangin je perut tu. Aha nanti saya kongsikan pengalaman saya sendiri.


Saya ni dulu memang jenis makan berpantang je. Nangka mi kuning antara yang memang saya pantang. Bukan pantang tengok tau tapi pantang termakan. Kadang bukan apa. Teringin la jugak. Tapi lepas tu Allah je yang tahu sakitnya rasa. Kadang tu kena muntah semua baru rasa lega.

Satu yang saya sangat amalkan adalah Alfalfa Complex. Yang ni memang konsisten. Yang saya perasang jarang sangat dah kena angin lepas amalkan Alfalfa ni. Yer la Alfalfa ni untuk detoks dan buang angin juga.


Lagi satu yang saya nak kongsi cerita kan. Ada sekali tu termakan pedas lebih sikit, pedihnya perut jangan nak cakap la. Senak dan sakit betul rasa perut,duduk berdiri serba tak kena. Lepas tu saya teringat mak mertua ada makan Peppermint Ginger ni. Jadi saya pun ambik 3biji dan makan. Alhamdulillah selepas lebih kurang sejam tu lega sangat perut. Dah la bau nya pun menyegarkan. Bila telan tu terasa berangin peppermint tu. Sangat melegakan. Walaupun saya ni penjual Shaklee tapi vitamin yang satu ni memang saya tak pernah cuba lagi. Lepas dari tu, barulah saya beli Peppermint Ginger ni.


Nak tau tak apa ramuan di dalam vitamin ni. Jom baca.

Bukan saya je yang berpuas hati dengan vitamin yang berharga murah ni. Tetapi ramai lagi di luar sana yang sangat berpuas hati. Saya rasa la kan di setiap rumah wajib ada pil halia berperisa pudina ni.  Satu famili boleh kongsi makan bila perlu kan.Jom layan beberapa testimoni lain k
testimoni peppermint ginger
testimoni peppermint ginger

Kombinasi Set Badan Penuh Angin ni memang mantap.Kan saya dah cakap tadi kan Vitamin ni harga nya murah. Nak tahu tak berapa.
Peppermint Ginger : RM45.00 (90biji)
Alfalfa Complex : RM53.50 (330biji)

Murah sangat kan. Berbanding dengan kebaikannya. Yang penting semulajadi dan selamat, tak ada kesan sampingan.

Jangan tunggu lagi, anda boleh order dengan hanya klik di ikon di bawah ini oke. Dan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e0823ffafcbdc34fa7140049fbe02f70


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River




Saturday, January 24, 2015

^Ubat Sakit Sendi?^

Sedar tak sedar ramai yang sebenarnya mencari ubat sakit sendi. Kalau dulu kita selalu dengar orang tua je yang mengadu sakit sendi, sakit lutut tapi sekarang yang muda belia pun dah mula sakit sendi lutut,pinggang. Dan kalau tengok pun dah banyak lambakan produk yang dikatakan boleh menangani masalah sendi ni. Yang ramai sangat percaya antaranya yang jenis Majun. Walaupun dah banyak kali produk yang jenis macam ni diberitakan membahaya pada kesihatan. Antaranya seperti di bawah ni la.


Majun ni memang ramai je yang cakap, berkesan. Tapi kebanyakannya adalah disebabkan bahan yang digunakan yang bersifat sebagai ubat tahan sakit. Nampak macam dah lega tapi sebenarnya menghilangkan rasa sakit buat sementara.

Jadi pilihlah suplemen untuk sendi yang selamat untuk sendi dan selamat untuk kesihatan badan anda. Di dalam set Shaklee ada Set Sendi yang merupakan salah satu set yang laris. Alhamdulillah pelanggan saya sendiri ramai yang beli set ni dan berpuas hati.

Di dalam Set Sendi ada 3 Vitamin yang utama iaitu
  1. Advanced Joint Health Tablet
    • Berfung untuk menyokong keselesaan sendi
    • Ia meningkatkan kesan kusyen
    • Ia memelihara tisu penyambung yang sihat
    • Berasaskan tumbuh-tumbuhan bukan kulit cengkerang seperti kebanyakan vitamin sendi yang lain
    • Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Namun semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun, tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.





  2. Omega Guard
    • Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja
    • Omega 3 dapat melambatkan degradisi tulang rawan
    • Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
    • Ia mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi seperti bengkak, lebam
    • Ia bertindak sebagai pelincir dan membantu bergerak dengan lebih bebas apabila sendi berkeriut & sakit

  3. Ostematrix
    • Kalsium sangat penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
    • Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium
    • Ostematrix juga lengkap dengan Vitamin D.Ianya sangat bagus untuk merangsangkan penyerapan kalsium
    • Kandungan Boron membantu dalam metabolisme tulang
    • Mangan, Tembaga dan zink membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
    • Kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang berlebihan bukan saja membantu menguatkan tulang-tulang tetapi juga bantu mengurangkan gejala Osteoartritis

 set sendi shaklee berkesan

Macam biasa jom kita baca beberapa testimoni untuk set sendi ini. Ada yang daripada luar negara dan ada yang daripada pelanggan saya sendiri.
advanced joint health tablet


Harga Runcit
Advanced Joint Health Tablet 60biji RM124.00
Omega Guard 90 biji RM136.00
Ostematrix 120 biji RM61.00

Yang pasti set ini TIADA KESAN SAMPINGAN dan SELAMAT InsyaAllah. Jadi, Jangan tunggu lagi untuk mencuba Set Sendi Shaklee terbaik ni oke. Anda boleh terus membeli dengan klik ikon di bawah.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c8d9450ad0f783748512ced1c72c5da3



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Friday, January 23, 2015

^BONUS TABUNG HAJI 2014 DAN INFO TABUNG HAJI

Alhamdulillah BONUS TABUNG HAJI 2014 telah diumumkan. Di entry istimewa ini saya kongsikan tentang beberapa info yang mungkin dapat memberi manfaat untuk anda hendaknya. Tentang Potongan Gaji untuk Tabung Haji, Tentang simpanan Tabung Haji secara online dan Tentang Daftar Haji dengan KWSP dan lain-lain.
TAHUKAH ANDA


  • Bonus tahunan pendeposit Tabung Haji 2014 telah di umumkan iaitu 6.25%. Tambahan 2% lagi kepada pendeposit yang BELUM MENUNAIKAN HAJI. Bagusnya kan, cepat penuh tabung, cepat dapat tunaikan haji.InsyaAllah.

  • Pendeposit Tabung Haji tidak perlu mengeluarkan zakat lagi ke atas wang simpanan kerana bagi akaun di tabung haji, ia telah pun diselesaikan zakatnya oleh pihak tabung haji.

  • Untuk transaksi mendeposit duit ke Tabung Haji kini boleh dilakukan secara online dengan Maybank2u. Tetapi sila daftarkan no akaun tabung haji di mesin atm maybank terlebih dahulu.
    Caranya:
     
    1) Masukkan Maybank ATM card
     2) Pilih "Tabung Haji"
    3) Pilih " Daftar Tabung Haji "
    4) Masukkan no akaun Tabung Haji
    5) Pilih "Ya" untuk skrin seterusnya
    6) Masukkan no siri  buku Tabung Haji
    7) Pilih  "Ya" untuk pengesahan
    Sistem akan proses dan satu slip akan dikeluarkan. Selesai.




    Selepas ni dah boleh transfer duit online atau melalui ATM tanpa perlu menunggu dan beratur di TH lagi. Realtime tau, transfer masa tu bila kemaskini buku TH terus nampak dah dimasukkan.

  • Anda boleh juga buat pemotongan gaji untuk akaun anda dan akaun ahli keluarga termasuk isteri,anak-anak dan ibubapa. Hanya perlu mengambil borang di Tabung Haji yang berdekatan. Lengkapkan borang,serahkan kepada TH dan beri salinan kepada majikan anda. Potongan minimum serendah RM10.

  • DAFTAR HAJI.Bagi yang belum mendaftar Haji dan anda ada mempunyai simpanan di KWSP, Anda boleh mendaftar dengan hanya pergi ke kaunter KWSP berdekatan. Tidak perlu keluarkan duit cash RM1300. Pergi ke kaunter KWSP Mohon untuk daftar haji. Kwsp akan keluarkan surat dan terus bawa ke kaunter Tabung Haji berdekatan. Serahkan buku TH dan surat berkenaan. Anda akan mendapat tahu tahun bilakah giliran haji anda.

  • DAFTAR HAJI.Bagi yang tiada kwsp,asalkan cukup dalam akaun RM1300 dah boleh untuk daftar haji. Bagi yang telah mendaftar haji,minimum dalam buku perlu ada jumlah ini dan tidak boleh dikeluarkan.

  • Daftarlah haji dengan cara mana sekalipun kerana Tahukah anda masa menunggu untuk menunaikan ibadah Haji kini semakin panjang? Menurut Tabung Haji (TH) tempoh giliran menunggu untuk menunaikan haji bagi setiap pendaftaran yang setakat ini (2014)ditetapkan kepada 60 tahun. Kiralah sendiri 

Diriwayatkan dari satu hadith Rasulullah SAW : "Barang siapa telah berazam haji, maka segerakanlah. Maka sesungguhnya kadang-kadang seseorang itu ditimpa sakit, tersesat kenderaannya dan kadang-kadang ada hajat yang lain.' (At-Tabarani)

Jangan lengahkan lagi, buka akaun Tabung Haji bagi yang belum, konsisten menabung dalam TH dan DAFTARLAH HAJI SEKARANG. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk ke Baitullah menunaikan Rukun Islam Kelima.

Bakal Tetamu Allah(Amin Ya Allah),
Tinie Badri
(Pengedar Shaklee 012-2812952)


Wednesday, January 21, 2015

^Penapis Buah Pinggang Bocor Yang Dialami Suamiku Kini Kembali Normal Dengan VIVIX (Nephrotic Syndrome)^

Ye betul!! Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome) yang suamiku alami sebelum ini KINI KEMBALI NORMAL dengan VIVIX. Inilah yang akan saya kongsikan hari ini.
Bismillahirrahmanirrahim. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan pada YANG MAHA BERKUASA atas berita gembira yang kami terima semalam.



Bagi yang mengikuti kisah yang saya kongsikan sebelum ini, suami saya disahkan menghidap penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor atau dikenali sebagai Nephrotic Syndrome. Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.
Normal urine memang sepatutnya tak mengeluarkan protein. Sebab protein adalah zarah saiz besar yang tak.dapat lalu.pada penapis buah pinggang. Tapi.dengan keadaan.tententu, penapis bocor, protien boleh keluar.


BAHAYA KE?APA KOMPLIKASI PENYAKIT NEPHROTIC SYNDROME?
Kalau tak bahaya saya takkan risaukan keadaannya. Penyakit ini akan membuatkan tangan bengkak, kaki bengkak, kadangkala sehingga ke perut. Ada kes sehinggakan pesakit tak mampu untuk bangun berjalan.Selain itu berat badan naik mendadak dan perut buncit. Komplikasi lain antaranya darah tinggi, kolesterol dan antibodi badan akan menjadi lemah maka pesakit mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut. Ada kes air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman seterusnya menyebabkan jangkitan paru-paru.



buah pinggang
Yang pasti komplikasi yang paling menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.


Boleh rujuk selebihnya di sini PENAPIS BUAH PINGGANG SUAMIKU BOCOR (Nephrotic Syndrome) .


Kisah di atas saya kongsikan setelah penggunaan VIVIX selama sebulan lebih iaitu sebotol Vivix. Alhamdulillah pada masa itu terdapat perubahan pada bacaan protein di dalam air kencing. Selepas nampak ada perubahan, saya minta suami teruskan pengambilan Vivix dan cuba sedaya upaya untuk konsisten. Ikhtiar kami satu sudu kecil setiap malam. Itupun dalam seminggu kadangkala termiss juga sekali dua. Dalam tempoh itu suami masih teruskan pengambilan ubat sepertimana yang diberi oleh Doktor dan tetap menjalani pemeriksaan berkala. Adakala sampel urin (air kencing) dikumpul dalam masa 24 jam dan dihantar ke makmal untuk dianalisa.


Jujur saya katakan,masa saya berkongsi cerita dengan seorang kawan yang suaminya juga menghidap penyakit yang sama saya agak tergugat dan risau akan baik kah suami saya. Suaminya bergantung dengan ubat hospital sudah 2 tahun tetapi tiada perubahan. Sedihnya bila tahu tentang itu. Bagaimanapun saya teruskan ikhtiar dengan Vivix.

KEPUTUSAN SETELAH PENGGUNAAN VIVIX SELAMA 3BULAN
Semalam setelah 3bulan menggunakan Vivix, semalam 19 Januari 2015 suami saya ada temujanji dengan Doktor seperti biasa dan ALHAMDULILLAH syukur sangat bila Doktor maklumkan keputusan bacaan urin menunjukkan TIADA LAGI PROTEIN DI DALAM URIN. ALLAHUAKBAR. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya saya bila dapat berita tu. Terima kasih Allah. Terima kasih VIVIX yang menjadi asbab pemulihan suami saya. Allahuakbar. Allah sembuhkan jua.



testimoni vivix buah pinggang


nephrotic syndrome


Apalah sangat harga ringgit yang dilaburkan berbanding dengan nilai buah pinggang suami saya. Berbanding dengan nikmat kesihatan untuk insan yang kita sayang. Saya sanggup berhabisan wang ringgit berbanding kehilangan buah pinggangnya.Ye dia adalah insan yang saya sayang, cinta hati saya, ayah anak-anak syurgaku, pemilik tulang rusukku. Saya percaya, jika anda di tempat saya, anda juga akan melakukan benda yang sama. Bantu orang yang kita sayang untuk menjadi lebih sihat walau apa cara sekalipun. Shaklee selamat semulajadi dan berkesan. Sebab itu saya bukan saja menjualnya tapi juga kami sekeluarga menggunakannya.


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

TERKINI: IKUTI TESTIMONI EKSLUSIF BERSAMI SUAMI SAYA  

Lagi testimoni Vivix untuk masalah ini

Testimoni Vivix: Nephrotic Syndrome



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f4655a2b707853f1b118e0dadc52f9ba

Atau hubungi saya
Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA 

✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat 
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ 
✉ Email: hartini.badri@gmail.com 
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Tuesday, January 6, 2015

^VITAMIN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK;VITALEA FOR CHILDREN

ASSALAMUALAIKUM
Yuhuuuuu ada berita baik buat ibu-ibu di luar sana yang mencari vitamin terbaik untuk kanak-kanak.
THE BEST KIDS MULTIVITAMIN IS BACK!! (Sila lompat sama hihi)Alhamdulillah sekian lama vitamin terbaik untuk kanak-kanak ini hilang di pasaran kini ia kembali dengan formula baru yang pastinya berganda-ganda terbaik dari yang lama.Hari ni kita nak sembang pasal multivitamin yang best ni je oke.



Vitamin yang disahkan halal ini dalam bentuk chewable iaitu kunyah, rasanya sangat sedap bagaikan mengunyah gugusan anggur, rasa ribena gitu. Tapi sedap-sedap manis pun jangan risau sebab ianya menggunakan pemanis semulajadi iaitu xylitol yang mana ia tidak akan menggalakkan terjadinya kaviti, maka gigi anak-anak kita akan selamat.  Kalau nak tahu apakan kandungan di dalam Vitalea for children ini, ia membekalkan 18 vitamin dan mineral penting.Ianya terdiri dari vitamin C, D dan E juga calcium, magnesium, zinc, copper dan beberapa vitamin lain seperti kita dapat lihat di dalam list di atas untuk menyokong tulang yang sihat dan badan yang sihat. Jadi kalau anak anda seorang yang SUSAH NAK MAKAN, jangan risau sangat, lengkapkan keperluan nutrisi nya dengan memberikan vitamin ni.


 Siapa Yang Memerlukan Vitalea-Children
  • Kanak-kanak berusia 4 tahun dan keatas
  • Kanak-kanak yang aktif
  • Kanak-kanak yang kurang nutrisi 
  • Kanak-kanak yang sering sakit
  • Kanak-kanak yang memilih makanan
  • Kanak-kanak yang suka makan jajan
  • Kanak-kanak yang giginya rosak (kurang kalsium)
  • Ibu hamil yang perlu tingkatkan hb tetapi tidak dapat @tidak suka menelan pil



Harga runcit bagi vitalea for Child ini adalah RM111. Dalamnya ada 60biji. Tahan penggunaan untuk 2bulan.
COP!! Bulan ni Shaklee baik hati memberi promosi gempak ini BELI 3BOTOL PERCUMA SATU BOTOL!! Sangat jimat kan, nak lagi jimat, jom jadi ahli!! Bagi yang nak dapatkan sebotol pun boleh meh order ngan Tinie ye, pastinya harga terbaik untuk anda.



Jangan tunggu lagi, anda boleh dapatkan sekarang, Vitalea for Child RM111.00
Sila klik.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2d1ee368b42ec2aade02b8fa960d145c



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...