Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Sunday, November 13, 2016

5 Perkara Baru Yang Dilakukan Dalam Hidup Bila Menyertai Supermom Covergirl

Baru-baru ini saya telah memenangi tempat kedua Supermom Covergirl anjuran Supermom Shaklee.
Alhamdulillah. Saya sangat gembira dan berpuashati kerana dapat mencapai target dalam menyertai contest ini.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah. Ada beberapa perkara baru dalam hidup yang saya lakukan sepanjang menyertai Supermom Covergirl.

1. Menyertai kelas penjagaan muka menggunakan skincare Shaklee. 
Wow buat saya rasa nak lengkapkan satu set Nutriwhite untuk keperluan harian saya. Alhamdulillah sekarang ni dah lengkap dah set saya. 4 daripadanya PERCUMA dengan menyertai contest ni.. yeyyy alhamdulillah

2. Menyertai kelas belajar make up.
memang tak pernah sebelum ni. Seronok rupanya dan buat saya rasa nak pergi kelas lagi. Perempuan kan tak lari dari kecantikan


3. Posing ala-ala model di depan kamera. 
sungguh ini sangatlah payah cabarannya. Keras kaku tapi cuba jugak berikan yang terbaik. Ala-ala model muslimah supermom gitu. maafkan kekakuanku haha. INilah hasilnya






4. Interview video testimoni 1minit.
Cabaran seterusnya yang saya alami buat kali pertama adalah bercerita pengalaman menggunakan Shaklee, set yang mana yang buat saya jatuh hati dengan Shaklee. Dengan masa diberikan 1minit saya perlu buat skrip sendiri dan cuba bercakap selancar mungkin. Oh nampak macam senang kan. Runsing dengan cabaran yang satu ni.


Alhamdulillah 3 daripada 7 finalist adalah dari group OMS. yeyy.. Setelah memenangi menjadi top 7  finalist berdasarkan jumlah Like ke atas video ini dan markah juri, kami diberikan cabaran baru. Ya. Pastinya yang lebih mencabar. Dan yang saya tak pernah terfikir pun. Bak kata seorang sahabat saya finalist #supermomcovergirl ni, kalau saya tau ada pidato perlu bercakap di hadapan mungkin saya tak masuk. Hihi, saya tak pernah masuk pidato atau debat sejak dari sekolah hingga ke Universiti. 

5. Berpidato di hadapan audiens dan kamera. 
Ia satu pengalaman yang baru seumur hidup saya berusia 34 tahun. Berdebar rasa tambahan bila dengar peserta lain masing-masing ada pengalaman sendiri. Dengan tajuk yang diberi 3hari sebelum program, ia sangat-sangat mencabar. "Mencegah dan Mengurangkan Risiko Penyakit Kronik, di mana peranan ibu." Apa yang saya buat bila dapat tajuk saya kumpul content yang akan dibahaskan, saya membuat skrip. Saya bacakan untuk lihat adakah ia menepati masa 7minit yang diberikan. Saya bacakan dan rakam di dalam fon saya untuk saya dengarkan kembali. Untuk saya betulkan yang mana tak kena. Dan masa ni saya berkongsi dengan cucu Shaklee saya Acik. Kelakar tapi betul, komennya "Macam budak sekolah arendah mami, jangan tengok youtube yang sekolah rendah punya tengok peringkat U,"macam pembaca berita rtm la mami. Macam rancangan dokumentari" hahaha. Saya terima kerana ada kebenarannya saya pun naik bosan bila mendengarnya. Masa saya dengarkan pun, kawan kerja saya yang terdengar komen perkara yang sama. Maka saya ambil cabaran ni, saya dengar balik contoh di youtube, saya pendekkan skrip saya, saya masukkan emosi dalam latihan saya. Masa sangat suntuk. Hari Jumaat skrip yang betul siap, hari Sabtu kenduri sepupu di kampung, Sabtu malam Ahad tu saya balik ke Tanjung Malim. hari Ahad pertandingan. Bila masa saya berlatih?? Di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari Manjung ke Tanjung Malim. Suami tolong dengar dan betulkan yang mana patut. Thank a lot Encik somi.

Saya memilih untuk tidak membawa skrip sebab saya akan rasa lebih nervous dan lari fokus.
Di awal pertandingan ada briefing dan Master Hadhatina (Pengasas Supermom) ada memaklumkan sistem pemarkahan dan di antaranya ada markah bonus jika ada perkataan bombastic(baru) saya pun kalut la google dan masukkan dalam skrip. Eh siap tulis kat tangan lagi perkataan tu. haha. Kalau korang perasan la ada dalam video ni, dibahagian akhir. sebelum naik stage sempat tau telefon mak. punyalah nervous hihi
tu kat tangan nampak tak hihihi

Alhamdulillah dapat hafal sikit-sikit.dan inilah hasilnya.

Walaupun tidak berpuas hati 100% tetapi saya bersyukur kerana dapat lalui cabaran ni. Jangan tak tahu sampai terbawa mimpi, saya lari dari pertandingan hahaha. Takut weh..

Syukur alhamdulillah dah selesai cabaran Supermom Covergirl. Memang tiada alasan untuk berjaya. Semua orang boleh buat cuma kena berani hadapi cabaran.

Sekalung tahniah saya ucapkan pada Juara Supermom Covergirl, beliau memang adalah yang paling layak. Tahniah cucuku Fitriyatul Ashiqin. Tahniah juga buat semua peserta.

set nutriwhite tuuuuu..sila jealous oke hihi


Akhir sekali, Setinggi penghargaan buat pengasas Supermom Master Hadhatina, Master Kamarul dan team Supermom sudi anjurkan contest yang luar biasa ini. Saya suka sangat dengan ayat ni.

Ummi Mai OMS yang tak jemu bagi kata semangat sampai saya tak jadi nak cancel pergi.
Jutaan terima kasih buat semua famili, sahabat-sahabat, dan kawan-kawan fb. Walau ada antaranya tak pernah bersua muka tapi sudi memberikan vote. Ada juga yang sudi share,semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.

Sayang semuanya.

Hartini Badri
Naib Juara Supermom Covergirl





Tuesday, August 9, 2016

COACHING SESSION UNTUK PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG (SHAKLEE GREAT WARRIOR)

Assalamualaikum
Hujung minggu hari tu korang buat apa. Saya ambil masa sedikit di hujung minggu hari tu untuk coaching dua orang anak bisnes saya yang mana kedua-duanya adalah PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG. 
Penting kan sesi coaching untuk bantu anak-anak bisnes kita turut berjaya. Selalunya kami coaching online, sekarang sesi offline, bersua muka hmmm baru syok kan. Mak saya ada di dalam kereta hantar saya berjumpa mereka berdua ni. Mak saya terkejut dengar derang berdua panggil saya "MAMI". "Kenapa depa panggil kamu mami?" Hahaha hairan mak. 
"Memang la mak anak-anak bisnes Kak Ngah semua panggil mami. Hormat kita macam hormat mak. Kita pun jaga diorang macam anak-anak betui. Nasihat, ajar. Lepas tu sampai bila diorang dah berjaya asyik closed sale, dah pandai tulis blog, kita pulak rasa happy macam kita tengok anak kecik kita dah pandai bertatih berjalan" hihihik. Tu lah hakikatnya suasana dalam group kami. 

Menariknya bisnes kami ni walaupun cover kawasan yang sama tapi kami masih dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain. Dan kami percaya konsep rezeki. Semua orang ada peluang yang sama. Siapa usaha lebih dia akan dapat lebih. 

Penjual shaklee sitiawan
Oke saya perkenalkan 
Puan Rozila Ramli bertudung kelabu yang mana beliau sangat aktif sebagai Pengedar/Penjual Shaklee Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung dan Lumut. Tokey coolblog dalam Aeon Manjung tau. Kalau nak COD SHAKLEE DI AEON MANJUNG PUN BOLEH. Anda boleh hubungi Pn Rozila di talian +60 12 620 3284
Dan fb beliau di sini

Puan Nor Hawana Mohd Tahir bertudung hitam. Beliau sangat aktif sebagai Pengedar Shaklee Lekir, Kayan, Sitiawan dan Manjung. Anda boleh hubungi Pn Wana di talian 010-2114231 dan fb beliau di sini https://m.facebook.com/norhawana.tahir


shaklee Sitiawan
Mereka telah mendaftar ahli di bawah group saya Shaklee Great Warrior, jadi sebagai menjalankan kewajipan saya sebagai seorang Leader maka saya adakan kelas ini untuk berkongsi pelbagai ilmu. Walaupun pada mulanya merek daftar hanya untuk makan sendiri tapi lama-lama mereka terbuka hati sendiri untuk berkongsi kebaikan produk sepertimana shaklee effect yang mereka alami.
Pengedar shaklee sitiawan


Pengedar shaklee lumut


Oke bercerita tentang pengisian sesi coaching tempohari. Selain pengisian motivasi, saya juga ajar mereka cara untuk tetapkan target dan cara nak capai target, sempat share juga ilmu tentang produk dan Dari segi teknikal saya juga guide mereka ilmu blog menggunakan handphone. Iya betul hanya dengan handphone kita boleh jana pendapatan yang lumayan. Berdepan ni senang sikit nak share ilmu kan. Hands on kata orang kan.

InsyaAllah nanti akan ada sesi coaching lagi yang lebih well plan sebab yang ni adhoc pun jadi ramai yang tak dapat nak commit. Takpe upline saya cakap "proceed je mana yang ada dulu"



Kalau rasa nak join famili besar kami, sangatlah dialu-alukan. Jangan malu segan untuk hubungi saya oke. 





Thursday, January 28, 2016

7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST

Melihat gambar-gambar di dalam galeri telefon saya semalam mengingatkan saya untuk berkongsi pengalaman menaiki penerbangan Emirates Airlines semasa pergi dan balik menunaikan umrah bulan lepas. Sememangnya ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sejujurnya ini kali kedua saya menaiki kenderaan yang dipanggil "kapal terbang ini". Kali pertama semasa ke Sabah.
Dan saya sangat berpuas hati dengan Emirates Airlines. Yes!! Terbaik!!
Yang paling best Kak Long Syaza ni la. Tak habis-habis memuji "Kakak cantik yang baik" kepada pramugari Emirates yang murah dengan senyuman. Sehinggakan Kak Long pun senyum je sepanjang dalam flight.
emirates best


Saya kongsikan beberapa perkara yang best mengikut pengalaman kami bersama syarikat penerbangan "The World 1st Airlines" ini.

1. Flight attendance yang sangat-sangat membantu. Alhamdulillah mudah untuk meminta pertolongan terutama dalam menguruskan mak mertua yang mengalami kesukaran untuk berjalan masuk ke dalam flight. Mereka sedia membantu dengan menyediakan wheel chair khas pada mereka yang memerlukan di dalam flight. Takde pulak gambar mak mertua, hanya ada gambar ini dalam hp saya. Cuma satu tips, jika anda perlukan wheel chair semasa turun flight iaitu di airport, sila maklumkan dan request pada flight attendance (pramugari) awal-awal. Iaitu sebelum berlepas.

2.Penerbangan yang memakan masa panjang tidak terasa dengan adanya Games, Filem-filem lama dan baru, juga paparan pandangan hadapan bahagian luar kapal terbang juga pandangan bahagian bawah kapal terbang.

 Kita boleh tengok juga kedudukan kapal terbang sekarang di mana dan dianggarkan penerbangan lagi berapa lama untuk sampai. Skrin yang besar dan jelas dan earfon yang memuaskan.
Anak-anak kecil ni tak payah ajar, dia lagi pandai menekan sana sini.

3. Kanak-kanak dapat goodies. Yeyyyyzz.. Suka sangat Kak Long bab ni. (Kalau bagi mami pun mami suka heh) Masa penerbangan KL-Dubai ni dapat Pencil color dan buku mewarna. Semasa penerbangan Dubai- Jeddah dapat selimut comel bentuk kartun. Ni semua idea nak bagi anak-anak tak bosan dan hilangkan rasa takut diorang la ni.

4. Makanan yang superb best. Air-air buah yang sedap, pemanis mulut yang best-best. Nasi mandy, makaroni.. Lunch, dinner, breakfast semua best-best. Betul-betul satu menu je yang saya tak boleh telan masa dalam penerbangan balik. Kambing masak herba hijau. Tapi takde masalah sebab side dish nya pun boleh mengenyangkan. Untuk anak kecil macam Syaza yang jenis memilih makanan, alhamdulillah menu sepanjang flight semua memenuhi selera dia. Licin tak payah mami tolong hihi.

5. Masa berjumpa dengan sepupu baru ni, dia tanya naik flight apa umrah hari tu. Bila bagitau naik Emirates katanya "wah best lah kapal terbang besar, langgar awal pun tak terasa". Eh haah la baru saya perasan. Masa pergi Sabah hari tu terasa bila jugak gegarnya. Tapi kali ni memang tak terasa apa pun. Oh sebab kapal terbang ni besar rupanya. Pastu suami pun cakap, memang la dua tingkat oke. Owhhhh

6. Tempat duduk yang selesa. Bagi aku la tempat dia selesa dan tak semput sangat walaupun kelas Ekonomi. Kalau Business class lagi la selesa ye dak. Hihi. 
seat emirates comfortable

7. 

Dapat "Meal Voucher" masa transit 6 jam di Dubai Airport. Semasa perjalanan Kembali ke tanah air, kami transit dari Jeddah- Dubai selama 6jam. Sebelum meneruskan perjalanan Dubai-KL. Masa kat Mekah Mutawif siap pesan sediakan bekalan makanan roti ke apa kalau nak elak beli-beli makanan kat Airport Dubai. Yerla dah tentu mahal, pastu nak kena tukar matawang. Yang kami pulak, mak mertua memang dah siap-siap tukarkan beberapa ratus matawang untuk di Dubai nanti, konon nak merasa la makanan orang Dubai nanti 😄. Ustaz pun tak tahu rupanya ada dapat Voucher makanan sehinggalah dah nak naik flight di Jeddah. Menarik sangat!! Pergi je di restoran-restoran terpilih dan pilih makanan yang kita nak. Serius memang kenyang sangat. Kiranya 6jam tu takde la terasa sangat. Takde gambar hat ni 😂. Punyalah kenyang sangat sampaikan masa dalam flight, ratah-ratah je lauk. 

Secara overall memang sangat best penerbangan dengan Emirates Airlines. Tak terasa penat walau penerbangan yang panjang. Kalau ada rezeki berjalan-jalan melihat dunia insyaAllah kami akan pilih syarikat penerbangan ini lagi, nak rasa Business Class dan 1st Class pulak Amin. 

Thursday, September 11, 2014

^ Tempat Makan Best Kelantan^

Memandangkan baru balik dari Family Trip ke Pantai Timur. Jadi kali ni nak bercerita pasal tempat makan best kat Kelantan dan Terengganu. Aha ni semua idea suami Tini , En Rosdi la ni. Tini kan suka kalau pergi satu-satu tempat tu mesti akan google atau tanya-tanya kawan dulu mana tempat makan yang best. Mula la menyusun je jadual perjalanan tu nak sesuaikan dengan tempat makan yang nak disinggah.Jadi suami Tini cakap, " T kena kongsikan di blog ni" Hmm I like word "KONGSI". Rahsia Shaklee pun begitu, Kongsikan kebaikan produk.Eh tetiba kan. So post kali ni, Tini akan berkongsi tempat menarik untuk disinggah dan yang kami rasa best!


Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kelantan dan Terengganu kali ni berjalan lancar. Kembara kali ni bagi memenuhi impian mak mertua nak bercuti ke sana selama seminggu. Jadi pada cuti Merdeka baru ni kami pun ke sana. Bergerak daripada Manjung Perak, menyusuri Kuala Kangsar, Grik Jeli. Aha Jeli, kami singgah di Petronas Jeli. Tau tak apa yang menarik kat Petronas ni. Dalam kedai Mesra nya ada banyak sangat makanan IKS. Kerepek-kerepek, kuih-kuih kering dan macam-macam jenis makanan tempatan ada kat situ, dah macam kedai runcit pun ada tapi kemas je. Bagus betul.So kalau korang lalu Jeli, singgah la ye. Pastu kan di sepanjang jalan Jeli tu banyak gerai yang jual buah-buah tempatan. Tengah musim buah dukong kegemaran mak tu, jadi banyak le menjualnya tepi jalan. Ada satu gerai jual 1kg=RM1. Woowww termurah yang kami jumpa, tapi sebab tengah laju malas nak pusing balik. Dengan harapan kat depan lagi nanti ada nye. Sampai la kat Daerah Machang, tak de la jumpa dah. Moral of the story kalau jumpa yang berkenan, singgah je la.




Oke, lokasi pertama makan best SARAPAN di Kelantan yang kami cuba. KOPITIAM KITA. Kami nak pergi kedai ni sebab baca review di blog dan juga cadangan dari kawan-kawan. Kami keluar dari apartmen jam 7.30pagi pergi lah mencari Kopitiam Kita mengikut tunjuk arah oleh GPS. Tak jumpa. Guna Google map pun tak jumpa, dok pusing jalan yang sama 2-3kali. Hampir putus asa. Tini tengok google map balik. BACA REVIEW DI BAWAH MAP. INgat tips ini oke. Jangan percaya sangat dengan GPS dan Google Map.

 "The location is wrong. Search for hotel rebana Kota Bharu"

Kami pun folow la mencari Keyword "Hotel Rebana". Baru la jumpa kat mana Kopitiam Kita ni. Bukan depan jalan besar tau, sebelum hotel tu, ada lorong ke kiri, hah situ lah lokasi nya. Ramai memang ramai orang, meja penuh. Baru ku tahu, owner kopitiam ni seorang berbangsa Cina, tapi pekerjanya semua Melayu dan yang hantar nasi bungkus banyak-banyak tu pun orang kampung sekitar. Bagus betul idea dia tu mengumpul semua di satu tempat.



ISTIMEWANYA kat sini, jadi one stop.centre, menghimpunkan pelbagai menu popular di Kelantan. Nasi daging, nasi dingin air, Nasi Kak Wok, Nasi dagang, nasi kapit. Nampaknya bakul Nasi Kak Wok habis dulu, mesti sedap kan. Misi Tini kali ni ke Kelantan antaranya nak rasa apa itu Nasi Tumpang. Oh baru la tahu, Nasi yang dibungkus bentuk kon ni dalamnya macam nasi impit tu, lauknya ada ikan masak kari dan ada serunding.




Satu lagi menu popular di "Kopitiam Kita" di KB ni Roti Titab. Roti dibakar buh kaya atasnya dan telur separuh masak mcm ni. Specialnya sebab guna roti yang dibuat sendiri, agak tebal tetapi garing. Ramai cakap sedap, bagiku SEDAP!(Tini tak cerewet, sedap aje). Apa pun sedap tu adalah subjektif, so pergi dan rasa sendiri.




Secara overall, kelebihan kopitiam ni sebab ia jadi One Stop Centre, nak kata nasi bungkus tu sedap sangat,tak juga. Sebab macam Nasi Air Dingin(Nasi berlauk biasa,Nama ini sekadar nama yang diambil dari nama tempat) suamiku ada beli di kedai makan di bawah Apartmen ni lagi sedap dari yang kat Kopitiam tu. Sebenarnya memang culture sini suka buat nasi bungkus berlauk macam tu. Bukan pagi je tau, petang pun ada jual. Jadi boleh la nak rasa nak tengok mana yang sedap kan.




Oke nak cerita pulak makan best TENGAHARI di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasinya dekat je dengan Bazar Siti Khadijah kat tengah bandar Kota Bharu tu. Sini pun ramai sangat orang. Restoran ni buka jam 10.30pagi lagi. Kalau pukul 1 tu memang sedang ramai sangat orang. Kalau datang pukul 3 memang habis dah lauk oke. Menunya lauk-lauk kampung.


Yang bagus kat sini, siap ditampal banner lagi macam mana cara nak berjimat makan disitu. Kalau makan berkumpulan ambik la lauk sepinggan-sepinggan. Jangan ambik sorang sepinggan tau macam nasi kandar tu. Ulam memang macam-macam ulam, cicah pulak dengan budu tempoyak, pergh. Terbaik. Harga?? Bagi saya memang murah. Patut lah ramai sangat orang. Oh ye lagi satu kalau nak makan laksam sedap, kat atas Pasar Siti Khadijah tu ada tempat yang sedap tau. Sambil bershoping kat situ boleh jugak makan di situ k.


Bagi Minum PETANG boleh cuba bersantai di Pantai Cahaya Bulan. Tapi kat pantai ni tak boleh mandi tau boleh main layang-layang je. Kat sini popularnya Maggi Ketam dan Rojak cucur. TAPI BERHATI-HATI. Harga maggi ketam sini perghhhh memang boleh buat orang ternganga. Kami bernasib baik sebelum sampai ke pantai kami singgah ke sebuah kedai bertanya-tanya dan owner kedai itu memberi tips. Jika nak beli Maggi Ketam situ perlu survey 2-3 kedai dahulu dan sila tawar-menawar. Hmm kedai pertama kami singgah harga semangkuk Maggi Ketam Nipah bersaiz kecil = RM25. Kedai Kedua RM45. Akhirnya suami Tini berjaya nego dengan kedai ketiga, 2 mangkuk RM35. Rasanya macam Maggi Kari yang dibubuh ketam, udang dan sayur. Sedap kan. Boleh la nak rasa kan. Sebab kami ni memang asal dari kampung yang tak jauh dari laut, abah pun dulu kelaut jadi tak heran sangat dengan ketam ni. Sekadar nak rasa.


Lagi satu menu di setiap kedai tepi pantai tu, Rojak. Ketam, udang, sotong celup tepung tu bersama bebola yang pelbagai dan timun. Dicicah dengan sos.


Untuk makan malam pulak, saya tak jumpa yang special. Cuma ada satu yang suami bungkuskan Sup Keting yang dibeli di Wakaf Che Yeh. Saya tak keluar sama masa malam merdeka tu sebabnya bz Closing Shaklee online di apartment. Beginilah kehidupan seorang SID yang berjaya sambil berjalan sibuk beronline bisnes acewahhh konon. Oke gurau je.


Dah macam-macam makanan dah masuk perut ni especially yang jenis tinggi kolesterol ni kan jangan lupa ambik suplemen Shaklee ni k.. Untuk Kolesterol boleh ambik Phytocol, Omega dan Lecithin. Herblax pulak untuk mudah membuang dan detoks,asyik masuk makanan je jadi kena le keluarkan ye dak. Hah sempat bagi tips kan.


Kalau nak singgah beli suplemen Shaklee di branch Kota Bharu pun boleh tau. Jadi ahli dengan Tini dulu, nanti lagi banyak tips tini bagi tau..ahakzz
Oke untuk next Entry Tini akan kongsikan Tempat Makan best di Terengganu. Tungguuuu....



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...