Monday, March 27, 2017

DISANGKAKAN HAMIL KEMBAR, RUPANYA HAMIL DENGAN FIBROID AKTIF 6.7CM

Fibroid semasa hamil bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar sekarang. Dah banyak dah kes fibroid semasa hamil. 
  
RISIKO FIBROID SEMASA HAMIL 

Ada beberapa risiko fibroid semasa hamil yang mbuatkan ibu-ibu risau bila mengetahui keadaan diri yang ada fibroid.
FIBROID SEMASA HAMIL

FIBROID SEMASA HAMIL 
Jom kita baca kisah menarik ibu ini.

[ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.
.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.
.

Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.
Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!
.

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.
.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.
.
SELAMATKAH FIBROID SEMASA HAMIL

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.
.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.
.

Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!
.

Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.
.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 16: NURHAYATUL NIRA

==================================

Nak ikhtiar dengan Vivix? KLIK DI SINI

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=935a281a70ae21d54479c9c468145f7e


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD SHAKLEE: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Sunday, March 26, 2017

6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM (KANSER SERVIKS)

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Apakah tanda awal kanser pangkal rahim?

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

kanser wanita 
Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
tanda kanser pangkal rahim rahim 

Salah satu perkara yang paling menakutkan tentang kanser ini ialah ia tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Hanya selepas penyakit itu telah merebak ke 
pundi kencing, usus, hati,  atau paru-paru, tanda-tandanya mula kelihatan. 

INI 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM

PENDARAHAN LUAR BIASA PADA FARAJ. 
Kebanyakan mereka yang didiagnos dengan kanser pangkal rahim mengalami pendarahan yang tidak teratur. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah perubatan lain seperti hormon, penyakit radang pelvis atau jangkitan. Pendarahan itu boleh berlaku di antara tempoh haid, selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik. Pergi berjumpa dengan  doktor  jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu tindakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah mula wujud dalam diri anda. 

tanda tanda awal kanser 
KELUAR CECAIR LUAR BIASA DARI FARAJ. 
Cecair keputihan adalah biasa tetapi jika lelehan bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap ia boleh menjadi tanda awal jangkitan faraj, kanser pangkal rahim atau endometrium. Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor anda dengan segera sebelum ianya terlambat.

tanda kanser servik 
BERASA SAKIT SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS. 
Gejala ini menunjukkan kanser serviks yang lebih berkembang, dimana kanser tersebut telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ-organ pembiakan. Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin bagi mengkaitkan masalah ini khususnya, seperti jangkitan atau PCB. Jangan mengabaikan gejala ini.

HAID YANG LEBIH LAMA DAN BERAT. 
Pendarahan yang lebih lama daripada biasa dan lebih berat. Dikatakan berat jika perlu menukar tuala wanita dua jam sekali. Namun begitu terdapat juga faktor lain yang menyebabkan  keadaan begini antaranya  hormon yang tidak seimbang, fibroid, radang pelvis, endometriosis atau tiroid atau kesan pengambilan ubat tertentu.


SAKIT DI BAHAGIAN ARI-ARI DAN BAHAGIAN PERANAKAN. 
Jika anda mengalami kanser pangkal rahim, anda mungkin mengalami sakit pelvis pada masa-masa yang luar biasa, dan rasa sakit yang mungkin bermula secara tiba-tiba dan yang berlangsung  dalam tempoh yang lebih lama dan lebih kerap berlaku boleh menjadi tanda kanser pangkal rahim yang anda tidak patut pedulikan. . Di samping itu, kesakitan tersebut biasanya tidak berlaku melainkan jika kanser berada dalam peringkat yang seterusnya, iaitu dimana kanser tersebut telah mula lebih berkembang.
kencing sakit tanda kanser servik 
RASA TIDAK SELESA SEMASA KENCING. 
Ini salah satu daripada tanda-tanda yang paling jelas dan ketara. Ketidakselesaan membuang air kecil termasuk rasa seperti terbakar, rasa pedih atau sensasi yang ketat ketika membuang air kecil. Gejala seperti ini berlaku apabila kanser telah merebak ke tisu berdekatan.  Bagaimanapun simptom ini juga boleh disebabkan oleh faktor lain. 

faktor kanser servik 
Tips Pencegahan 
  • Wanita berusia 20-30 tahun perlu melakukan ujian screening pap smear berkala setiap 3tahun. Dan bagi mereka 30-65tahun setiap 3-5tahun.
  • Dapatkan vaksin HPV sebelum usia awal 20an 
  • Berhenti merokok dan elakkan dari dekat dengan perokok
  • Elakkan seks bebas bertukar-tukar pasangan 
  • Ambil suplemen tinggi antioksidan untuk elakkan sel kanser merebak
  • Kuatkan antibodi badan

punca kanser pangkal rahim 
Anda perlu tahu bahawa peluang anda untuk berjaya merawat kanser pangkal rahim adalah lebih tinggi jika ia dikesan pada peringkat awal. 

Dengan mengetahui tanda-tanda awal kanser pangkal rahim, dan membuat pemeriksaan lanjut anda boleh menyelamatkan diri dan orang lain daripada menanggung penderitaan kanser tersebut seumur hidup. 

Sumber:

Saturday, March 25, 2017

BACAAN PROTEIN DI DALAM URIN SUDAH NEGATIF

Alhamdulillah hari ni ada satu lagi perkongsian bacaan protein negatif selepas pengambilan Vivix. Jadi bagi mereka yang nak turunkan bacaan protein dalam urin jom kita ikuti kisah ini. Sebelum tu berapakah bacaan normal untuk protein dalam urin?

bacaan normal protein dalam urin 
Ye, sepatutnya negatif. Sepatutnya tiada protein dalam darah atau urin. Proteinuria bermaksud keadaan abnormal pada penapis glomerular (penapis buah pinggang)


 

Jika ada protein maksudnya ada sesuatu yang tidak normal dan memerlukan pemeriksaan lanjut. 

Saya nak kongsikan kisah Mak sahabat saya Pn Dila. Pn Dila menghubungi saya dan katanya beliau risau bila pemeriksaan mendapati terdapat protein dalam urin maknya. Saya kongsikan pengalaman ikhtiar dengan Vivix untuk suami saya. Dan Pn Dila setuju untuk ikhtiar dengan Vivix dan ikut beberapa tips yang saya kongsikan.

Alhamdulillah setelah lebih kurang sebulan mengamalkan Vivix dan nak masuk botol kedua, pemeriksaan menunjukkan bacaan PROTEIN ADALAH NEGATIF. Selain konsisten Vivix, makan ubat doktor, maknya juga amalkan diet makan yang sihat.

 

Nasihat saya jika anda mendapati sesuatu yang tidak normal (Rujuk Tanda Masalah Buah Pinggang)
Silalah buat pemeriksaan dan bertindak awal ikhtiar yang terbaik. 

Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee Choon menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada peringkat awal. 

“Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.
“Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0330&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz4cLxXZfbi 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


TANDA BUAH PINGGANG BOCOR



TIPS PEMAKANAN BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG BOCOR




Jika nak ikhtiar dengan Vivix dan dapatkan konsultasi istimewa dari saya sila hubungi saya

TINIE BADRI

Friday, March 24, 2017

SIHAT ATAU TIDAK SUPLEMEN TIDAK PERLU DIAMBIL?

Orang sihat tak perlu ambik vitamin

Orang tak sihat lagi tak perlu vitamin

 

Ohhhhh ye ke??? Fakta atau auta. 

Ada orang cakap dah cukup dah pemakanan seimbang tak perlu lagi vitamin. 


BERAPA % ZAT/ NUTRIEN YANG SEBENARNYA KITA DAPAT

Hakikatnya sejauh mana pemakanan kita sangat seimbang dan semulajadi. Katakan kita makan sayur buah, adakah penanaman itu bebas racun, bebas pesticid yang membahayakan. 

 

 


Kemudian, Dari petani ke pemborong ke peruncit ke pasar, dari tangan ke tangan, agaknya berapa lama untuk sampai ke tangan kita. Kemudian lihat dari cara proses memasak. Dari zat yang sebenarnya kita dapat, berapa % je yang tinggal semasa kita ambik buah atau sayuran tersebut. 


CORAK PEMAKANAN

Mari kita lihat pula Diet pemakanan kita sekarang macam mana ye? Adakah kita cenderung memilih fast food? 


 


Makanan berproses seperti sosej,pizza, makanan bergoreng, makanan dalam tin, makanan yang ada bahan pengawet, pemanis. Makanan dalam tin, makanan beku, termasuk juga ayam, daging, agaknya berapa lama dah diproses dan disimpan kan. Apakah ada nutrisi yang kita dapat atau adakah sebenarnya yang penuh hanya punca kepada semua penyakit. 


GAYA HIDUP

Kehidupan dan tuntutan masa sekarang buat kita terdedah kepada stress. Bila stress nutrisi mudah hilang dari badan kita. Tau kan ni. Terutama vitamin c. Lagi kita stress lagi kita perlukan vitamin c. Vitamin c ni pulak badan kita tak boleh produce sendiri, memang kena ambik dari luar. Bila kurang vitamin c menurunman imun badan, maka mudahlah terdedah dengan penyakit. Setiap hari juga kita terdedah dengan pencemaran alam, asap rokok, asap kenderaan, penggunaan bahan kimia dalam seharian. 

Bersenam pun jarang kan, jarang berpeluh, jarang detoks. Maka toksin pun terkumpul dalam badan. 


SUPLEMEN TAMBAHAN MEMANG MEMUDARATKAN JIKA..

Melihatkan semua faktor ni, adakah anda masih merasakan vitamin itu tidak perlu?? 


Ya tidak perlu. Memudaratkan. 

Hanya jika anda memilih suplemen tambahan yang SINTETIK yang tidak ada Landmark Study. Memang bahaya. Kenapa? 


Kerana Landmark Study yang dibuat menunjukkan mereka yang berpuluh tahun mengambil suplemen tambahan jenama lain-lain LEBIH terdedah kepada risiko penyakit berbanding mereka yang tidak ambil apa-apa suplemen tambahan. DAN MEREKA YANG AMBIL SUPLEMEN TAMBAHAN JENAMA SHAKLEE lebih sihat berbanding mereka yang mengambil jenama lain dan yg tidak mengambil apa-apa vitamin. 

 


NI KEPUTUSAN UJIKAJI yang dibuat oleh badan bebas bukan oleh Shaklee tau.


 


Makanya kesimpulan adalah TUBUH BADAN KITA MEMANG MASIH MEMERLUKAN NUTRIEN DARI SUPLEMEN TAMBAHAN. 


Tetapi BERHATI-HATI MEMILIH JENAMA YANG TRUSTED. 


Jangan bahayakan kesihatan anda.


#tsunamishaklee

#amazing10

#shakleeeffect


Thursday, March 23, 2017

CEGAH PENYAKIT NEURODEGENERATION DENGAN ANTIOKSIDAN TERBAIK

Oxidative stress bukan saja membawa kepada banyak penyakit kronik, penyakit penuaan, malah termasuk jugak menggalakkan penyakit neurodegeneration seperti seperti alzheimers, imsomnia, OCD, ACHD, autisme, sukar mengingat, sukar fokus dan sebagainya. 


Ingat tak pernah share sebelum ni bagaimana radikal bebas boleh menyebabkan oxidative stress. Radikal bebas ni datang dari stress, pencemaran alam, asap rokok, fast food, junk food, sayur dan buah buahan yang tinggi pesticide, penggunaan bahan kimia merbhaya dalam bahan pencuci dan lain-lain kegunaan harian kita.


Pengambilan makanan yang tinggi antioksida dapat membantu masalah ini. bantuan antioksida men"dermakan" elektron akan meneutralkan radikal bebas.
Banyak research yang telah dibuat yang mana membuktikan pengambilan polyphenol dapat membantu melindungi DNA dari kerosakan akibat radikal bebas.
Penyelidik telah mengenal pasti peranan polifenol dalam melambatkan permulaan demensia dan mengurangkan risiko anda untuk Alzheimer.
Sebagai contoh, resveratrol yang terdapat dalam kulit anggur, telah didapati mempunyai pelindung saraf sekaligus membantu penyakit neurodegeneration.


Jadi kalau taknak tua sebelum waktunya, taknak "nyanyuk" lupa itu ini maka rajin rajinlah minum Vivix yang tinggi antioksida kaya dengan resveratrol dan polyphenol.
Say YES to Vivix!

Wednesday, March 22, 2017

ALIRAN NEUROTRANSMITTER LANCAR, TIADA LAGI "LOST"

Badan lemau, otak rasa lost ja tak boleh nak fikir dengan baik, semangat tak tau terbang ke mana. Buat apa semua serba tak kena. Agaknya kenapa ye. 

Tau tak ia nya berkait rapat dengan aktiviti neurotransmitter dalam otak. Oke kita cerita sikit. 


Bahan asas pembentuk neurotransmiter adalah asid amino. Asid amino merupakan salah satu nutrisi otak terpenting, yang berfungsi meningkatkan kewaspadaan, mengurangkan kesalahan, dan memandu dengan lancar.

Rangkaian otak terdiri daripada berjuta-juta sel otak yang disebut neuron. Sel ini terdiri daripada badan sel, hujung axon dan dendrit. Antara hujung sel neuron satu dengan yang lain terdapat celah yang disebut celah sinaptik atau sinaps.

Di synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.

Macamana kalau neurotransmitter ni tak boleh nak lepasi synapse tu ke neuron2 lain? Maka ia jadilah macam talian telefon atau internet terganggu. Haaa... kalau kita sedang cakap telefon tiba2 ada gangguan, sampai tak mesej kita kat orang sana? Tak kan? dgr pun suara robot je.

Macam tu lah bila ada gangguan terhadap aliran neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung, kita pun start lah jadi tak berapa betul 😁

Macamana nak pastikan aliran neurotransmitter kita lancar?

Mula2 sekali kena istiqomah buat AMALAN ROHANI. kenapa? scientifically memanglah sistem badan kita ni berjalan sendiri tapi spritually, ada 'sesuatu' yg menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat2 yg menjaga setiap degup jantung & aliran darah kita... nak taknak, kena buat amalan rohani barulah kita benar2 sihat. 





SET CERDAS CERGAS SHAKLEE, TIADA LAGI "LOST"

Lepas tu, mesti bekalkan otak kita dengan nutrien! Makan bukan utk perut je tau tapi otak! bukan makan Omega Guard je kalau nak jaga otak tau.

1) Protein (ESP) --> protein membina neuron & neurotrnsmitter. ESP juga ada asid amino yg menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

2) B Complex --> menjaga kesihatan neurotransmitter. Vitamin B6 membantu meningkatkan serotonin dalam otak yang boleh mengatasi masalah kemurungan.

Vitamin B12 menghasilkan sel darah merah yang baru, mengawal transmisi saraf dan mensintesis DNA.

Vitamin B complex shaklee mengandungi asid folik yang juga berfungsi mengingkatkan daya ingatan .

3) Lechitin --> mengandungi phosphatidylcholine yakni precursor utk neurotransmitter. dia bantu perpindahan neurotrasmitter ni dgn lebih mantap!

4) Omega Guard --> mengurangkan risiko otak mengecut. hehe, otak boleh kecut tau. Omega kan makanan otak gitu

5) Performance Drink --> Minuman untuk kekal aktif ini melancarkan lompatan neurotransmitter.

Bila dah rasa otak macam weng2 sikit, semangat hilang entah ke mana, cepat2 amik produk2 ni ye



Tinie Badri 012-2812952

MENDERITA SAKIT TUMIT, RUPANYA PLANTAR FASCITIS

Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 
SAKIT TUMIT PLANTAR FASCITIS SHAKLEE

.

PLANTAR FASCITIS -PAIN KILLER

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
.
Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
.
Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.
.
Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.
SAKIT TUMIT PLANTAR FASCITIS SHAKLEE

.

VITAMIN SHAKLEE IKHTIAR MASALAH PLANTAR FASCITIS

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.
.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri

.
Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

===================================================================
Anda ada masalah yang sama? Nak cuba Set Sakit Tumit by Shaklee? Jangan biarkan diri dibelenggu kesakitan dan menderita.

Anda boleh hubungi saya di talian seperti di bawah. 

Tinie Badri 012-2812952 



PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

Saturday, March 11, 2017

PENGALAMAN UMRAH BERTENAGA, KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN SIHAT DAN GEMBIRA


SYUKUR dan gembira rasa hati bila kami sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah. Sebagai persediaan, selain menambah ilmu tentang ibadah, Saya banyak baca pengalaman mereka yang dah pergi. Ramai yang kata ibadat umrah ni menuntut tenaga, terutama tenaga kaki. Dan juga biasanya perubahan cuaca menyebabkan kita mudah terkena demam selsema. Terutamanya bila dah nak balik atau dah kembali ke tanah air.
.
pengalaman umrah

Persediaan Umrah Musim Sejuk

Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk. 
Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim. 
.

Untuk kuatkan imun badan  Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas. 
.
suplemen umrah

Mengekalkan tenaga, segar sepanjang ibadah

Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.
.

Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix.   Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang "rahsia" mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan. 
.

Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami "terpergi" di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.
.
shaklee umrah

Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah. 

Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami. 
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya jua.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 35: HARTINI BADRI

Bagi tuan puan yang ingin mengerjakan umrah, boleh dapatkan VITAMIN SET UMRAH SHAKLEE di sini,


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA
TINIE BADRI (012-2812952)

Wednesday, March 8, 2017

Bagaimana Vivix membantu pesakit buah pinggang?

Bagaimana Vivix dapat membantu pesakit buah pinggang. Kita akan kupas topik ini hari ini. 
buah pinggang vivix 


Mengikut kajian resveratrol yang tinggi antioksida membantu pesakit buah pinggang  dengan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang & mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang. 

 

Ia membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang dan mengurangkan pengumpalan platlet pada buah pinggang. 

Mengikut kajian resveratrol di dalam Vivix membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang sekaligus meremajakan fungsi buah pinggang.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tinie Badri
Coordinator Shaklee



Kreatinin Tinggi Petanda Buah Pinggang Rosak

Tahap kreatinin yang tinggi antara masalah yang timbul akibat dari fungsi buah pinggang yang terganggu. Jika tidak dikawal ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang serius. 

rawat kreatinin 


PENTINGNYA BUAT PEMERIKSAAN DARAH UNTUK MELIHAT PARAS KREATININ
Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan atau menyebabkan jumlah kreatinin dalam darah pada paras yang normal. Oleh sebab itu, kreatinin merupakan petunjuk yang boleh dipercayai untuk fungsi buah pinggang. Ini bermakna, kenaikan paras kreatinin dalam darah menunjukkan buah pinggang sudah tidak lagi berfungsi dengan sempurna atau wujudnya penyakit buah pinggang (kidney disease).

 

Apabila buah pinggang sudah tidak lagi berfungsi dengan sempurna, ia tidak lagi mampu memproses dan mengeluarkan kreatinin pada kadar yang biasa, akhirnya paras kreatinin dalam darah akan naik. Paras kreatinin yang tinggi adalah petunjuk awal kerosakan buah pinggang. Oleh itu, adalah penting untuk memeriksa paras kreatinin sekali pada setiap kali melakukan ujian darah.


TESTIMONI BACAAN KREATININ TURUN

Vivix dapat membantu mereka yang mengalami masalah buah pinggang. Minuman botani yang tinggi antioksida dapat bertindak sehingga ke tahap sel. Meremajakan fungsi buah pinggang. 


Boleh baca di SINI untuk fungsi Vivix dalam membantu pesakit buah pinggang 


Saya kongsikan satu lagi testimoni bacaan Kreatinin turun dengan mengamalkan Vivix. 


kreatinin tinggi 



Puan ini mengambil Vivix untuk masalah kreatinin tinggi. Bacaan pertama ketika beliau mengambil Vivix adalah 1000. 

Setelah konsisten Vivix selama dua minggu, bacaan kreatinin nya turun mendadak menjadi 100. Syukur alhamdulillah.


Jika tuan puan mengalami masalah yang sama jangan putus asa untuk terus ikhtiar. 

Dengan izinNya jua insyaAllah.


Yang pasti setiap pembelian dengan saya, saya akan guide cara makan yang terbaik bersama tips pemakanan untuk masalah anda. 


Pembelian 2botol Vivix melayakkan anda untuk membeli pada harga ahli yang sangat jimat. Malah anda dapat PERCUMA KEAHLIAN DAN CASH BACK. 


Berminat untuk ikhtiar dengan Vivix? 


Hubungi

Tinie Badri

Coordinator Shaklee

012-2812952


Monday, March 6, 2017

Kisah 16 tahun Pesakit Osteoathrithis Yang Kian Pulih


Sebelum saya berkongsi kisah bagaimana pesakit osteoathrithis yang telah 16 tahun mengalaminya dan kini semakin pulih, kita lihat dulu apakah maksud penyakit ini.
Osteoathrithis 
 

Osteo bermaksud tulang dan Arthiritis bermaksud keradangan atau inflamasi pada sendi yang mengandungi cecair synovial (synovial fluid), jadi bila disambungkan perkataan Osteo-Arthritis bermaksud keradangan sendi yang terjadi pada hujung tulang yang berartikulasi iaitu di kawasan sendi terutamanya sendi synovial.

Ikuti perkongsian anak solehah ini:

"Apa korang rasa bila ayah korang yang dah 16 tahun menghidap Osteoathrithis, dulu siap kena usung nak ke klinik dan hospital. Dulu kalau gerakkan kaki bunyi berkeriuk macam engsel pintu berkarat, berjalan siap keluar bunyi macam tulang berlaga.
.

Ayah memang dah wajib operate masukkan besi dekat left hip joint, tapi sebab kerenah birokrasi, doktor batalkan balik operation. Dari boleh bawak motor, sekarang tak boleh langsung, dari bawak kereta manual kena tukar kereta auto. Dulu nak angkat kaki pun susah. Guna tongkat pun jalan slow-slow je. Dalam rumah guna kerusi roda.
.

Tapi, sejak kebelakangan ini, ayah dah boleh berjalan tanpa tongkat, walaupun jarak tak berapa jauh. Boleh dukung cucu dari dalam rumah bawak ke kereta di luar rumah dan malam ini pergi makan kat Mydin Mall, ayah lupa nak bawak tongkat tapi Alhamdulillah ayah boleh jalan macam biasa dari parking ke tempat makan.
 


Satu je Cik Laa nak cakap, ALHAMDULILLAH. Rasa sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah, 3 tahun konsisten Vivix, ini hasilnya. Syukur sangat-sangat sebab tu kalau korang menyampah bila Cik Laa share pasal Shaklee, Cik Laa tak kisah sebab korang tak rasa apa yang Cik Laa rasa. Rasa syukur sangat-sangat. Allahuakhbar, sungguh besar nikmatMu ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana.
.

Korang doa lah semoga Cik Laa terus berjaya dgn Shaklee. Dapat supply Vivix untuk ayah dan mak setiap bulan. Doakan Cik Laa ye. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian. Amin...."

Sumber:
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 9 : SILAWATI IELA

Saturday, March 4, 2017

Gout Amaran Awal Penyakit Lain

Malam tadi saya menonton di tv tentang penyakit gout yang kini menjadi penyakit orang muda. Kata-kata dari doktor di dalam rancangan ini mengejutkan saya apabila dikatakan gout adalah Amaran awal bagi penyakit lain. 


Katanya gout biasanya menyerang pada mereka yang mengalami masalah obesiti, sakit sendi, darah tinggi diabetis atau jantung. Saling berkait rapat, maka kebiasaannya pesakit yang datang membuat pemeriksaan, beliau akan minta untuk buat pemeriksaan secara menyeluruh. Apabila pemeriksaan dilakukan kebiasaanya ia akan dapat mengesan masalah lain. 


Satu lagi Kenyataan yang menarik juga apabila katanya jika biasanya orang mengaitkan gout kerana banyak makan seafood sebenarnya banyak faktor lain juga selain itu seperti banyak makan organ dalaman haiwan yang tinggi purin. Oooo organ dalaman pun boleh menjadi punca rupanya. 


Adakah makanan yang menjadi punca ini kita perlu elakkan terus? Bagi mereka yang sihat belum kena gout boleh ambik tetapi jangan berlebihan. Bagi mereka yang dah ada gout sebaiknya elakkan.


Pesakit gout dinasihatkan untuk Ambil pemakanan seimbang. Kawal juga pengambilan protein. 

Antara makanan yang perlu dielakkan adalah seperti makanan segera, makanan laut, Sardin,ikan bilis, Organ dalaman haiwan. Manakala Cashew nut, asparagus,bayam, cendawan kategori sederhana masih boleh diambil dalam kadar sedikit.


Satu lagi kenyataan yang menarik perhatian saya apabila dikatakan 

Penurunan uric asid jika dikawal dgn dengan cara mengawal pemakanan cuma boleh turun tidak lebih 20% saja. Ia masih Perlu bantuan ubat ubatan. 

Friday, March 3, 2017

Aplikasi Untuk Update Blog Bagi Pengguna iPhone

Assalamualaikum Hi semua. 

Sejak hujung tahun lepas Blogger apps yang saya gunakan untuk update blog tak boleh digunakan seperti biasa. Ramai yang hadapi masalah yang sama. Setiap kali post ada error. Dan bila saya uninstall dan cuba untuk install baru malangnya dah tiada di App Store. Sejak itu saya search "blogging apps iphone". 

 


Dari satu apps ke satu apps saya cuba. Kebanyakannya ada masalah bila nak upload gambar. Kalau guna Google atau Safari pun ada masalah bila nak masukkan gambar. 

Ye kalau pengguna android sangatlah mesra Blogger apps kan. Nak masuk gambar mudah je. So bertabahlah pengguna iPhone ye hihi. 


Antara apps yang saya dah cuba

1) Google Keep-Free (mungkin saya tak pandai guna tak jumpa kat mana nak mulakan entry blog, tak mesra pengguna)


2) Bloguma-Free (pun takde button untuk new entry, hanya list gambar-gambar sedia ada dalam blog..hmm)


3) Blogpress - RM12.90 

Simple tapi takde banyak function macam Label, Align, Schedule tapi saya fikir oke la kalau boleh basic.

Mulanya seronok dah sebab mudah untuk masukkan new entry, tapi bila dah masukkan gambar dan cuba publish, ada error keluar. 



Saya godek-godek tukar setting Save Photos to folder Blog yang saya create terlebih dahulu di Picasaweb. 







Yes berjaya post! Tetapi bila saya cuba masukkan gambar lagi sekali di entry baru, apa yang jadi, apps auto shut down. Sedih. 

Next!



Akhirnya saya jumpa dan sukanya sebab interface sangatlah mesra pengguna dah saya cuba update blog . 

Alhamdulillah  berjaya. Jom tengok. 


Ni dia: 

BlogTouch Pro yang mesra iPhone (RM19.90)




apps update blog



Ada tools yang hampir sama dengan tools blogger yang di web tu. boleh Label ikut kategori, boleh schedule post, 



Nampak kan bawah ni masukkan tajuk, bawah tu boleh Label ikut kategori carian.



Nak masukkan gambar mudah, nak kecilkan, align gambar pun mudah.  


Ha saya nampak banyak lagi function menarik yang saya tak jumpa di aplikasi yang lain tapi selebihnya boleh godek sendiri ye. 


Serius memang best!


Berkira untuk membayar? Pada saya murah dan apa salahnya  jika nak dibandingkan dengan income 4-5 angka yang kita akan generate dari blog kita. 


InsyaAllah pelaburan yang berbaloi. 


Selamat mencuba. 




Tinie Badri

Coordinator 

Shaklee Independent Distributor

(Founder Shaklee Great Warrior)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...