Friday, May 19, 2017

RAWATAN SAUNA BEST KE TAK?

Baru-baru ini saya berkesempatan membawa mak saya buat rawatan sauna. Best ke tak sauna? Bagi saya best sebab badan rasa fresh. Ada berapa jenis sauna? 
Jadi hari ni saya nak kongsikan info-info tentang sauna. 

jenis sauna 
APA ITU SAUNA?
Sauna merupakan ruang tertutup (bilik) yang direka khas agar wap, sama ada wap kering atau wap lembab terperangkap di dalamnya. Kebiasaanya, suhu di dalam Sauna adalah sekitar 60 hingga 100 darjah Celcius, dan ini merupakan julat yang selamat untuk manusia mengeluarkan peluh (untuk tempoh yang tidak terlalu lama).

JENIS SAUNA
Secara amnya, terdapat 2 jenis Sauna yang boleh didapati pada zaman moden ini, iaitu “Sauna Tradisional” (udara/wap/steam sebagai medium pemanasan) dan juga “Infrared Sauna” (badan dipanaskan secara terus daripada gelombang infra-merah). Produk berasaskan Infrared Sauna 

KEBAIKAN SAUNA 
Mengikut Coach Kevin Zahri ada beberapa kebaikan sauna antaranya:
  1. Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
  2. Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
  3. Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
  4. Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
  5. Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
  6. Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
Pengalaman Sauna Herba dan Sauna Infrared

Tempohari saya berpeluang bersauna bersama-sama mak saya. 
Saya ambil pakej infrared, manakala mak saya memilih untuk sauna herba. 

Ini Sauna Infrared.

macam mana sauna infrared, bagus ke sauna infrared, beza sauna infrared 

Kelebihan sauna infrared adalah suhu panas yang lebih terkawal. Bagi mereka yang tak tahan panas disarankan untuk sauna infrared.

Kelebihan sauna herba sebab ada herba-herba terpilih. Dan lebih panas. Tapi yang ni tak boleh lama-lama oke.

Best tau sauna ni. Bagi yang tak pernah cuba kena cuba. 
Mula-mula letih, sakit kepala tapi lepas tu rasa sedap badan. 

Lepas sauna biasanya kita akan diberikan air minuman dan selalunya diberikan air herba. Fuh segar rasa badan.


Zurisma Beauty & Spa 

Bagi orang Manjung, boleh cuba buat rawatan sauna di sini. Layanan dan kemudahannya memang terbaik.

 

Wednesday, May 17, 2017

CARA CLAIM GANTIRUGI BARANG POSLAJU HILANG

Sepanjang 4tahun berbisnes online ni kali pertama barang poslaju hilang tanpa dikesan. Jadi ni juga pertama kali saya buat claim barang poslaju yang hilang.  

Mula-mula frust juga, yer la customer menunggu tak sampai-sampai barang kan. Tapi memandang secara hikmah mungkin Allah nak kita belajar sesuatu.

Alhamdulillah saya memang dapat belajar bagaimana nak buat tuntutan bagi barang poslaju yang hilang. 
Kisahnya saya pos ESP Energizing Soy Protein dari Tanjung Malim ke alamat Sungai Buloh. Customer downline saya  ni nak beri pada maknya yang nak ke Tanah Suci. Sedih kan hajat tak kesampaian.

Jadi saya kongsikan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk tuntutan barang poslaju hilang

SEMAK STATUS ONLINE
Sesudah 4hari pos barang masih tak sampai, sangat pelik sebab biasanya keesokan harinya dah sampai. bila saya cek status online rupanya status akhir adalah barang dibawa keluar dari Tg Malim. Tiada status barang sampai ke destinasi seterusnya. 
 

TELEFON CUSTOMER CARELINE POSLAJU
1-300-300-300 UNTUK SEMAKAN STATUS
Saya telefon untuk semak status dan buat aduan. Katanya dalam sistem memang tak nampak pergerakan barang ni jadi report diterima dan semakan akan dibuat. Selang sehari saya folow up katanya masih belum dapat maklumbalas dari poslaju Tanjung Malim. 

PERGI KE POSLAJU BERKENAAN UNTUK MEMBUAT REPORT
Jadi saya ke poslaju Tanjung Malim untuk mendapatkan pengesahan status barang yang dipos. Dan saya dimaklumkan memang barang "hilang" dari track. 

Dan saya diminta untuk mengisi borang report. Saya difahamkan report perlu dibuat segera jangan lebih 30hari dari tarikh penghantaran barang. 
1) Ada dua helai borang yang perlu diisi. 
2) Lampirkan sekali salinan consignment note, salinan kad pengenalan, dan salinan bukti pembelian

 Mukasurat pertama, butiran kes dan barang perlu diisikan. 


Mukasurat dua, ada dinyatakan berapa anggaran jumlah gantirugi yang akan dibayar berdasarkan berat barang dan jenis pengeposan. 

Berat barang yang saya pos kurang daripada 2kg, maka dianggarkan kos gantirugi saya adalah RM100.  
Ye walaupun kos ESP yang saya pos adalah RM150. Itu tak termasuk dengan saya gantikan stok yang lain untuk customer. 

Sebenarnya syarat berapakah anggaran gantiruginyang poslaju akan bayar sekiranya barang yang dipos hilang, dah dinyatakan di belakang slip penghantaran. Tapi mungkin sebab tulisannya halus, saya sendiri tak pernah baca. Hihi.
.


 
Oke, tak jelas ye, meh kita zoom. kita tengok dekat item no 14: BAYARAN TUNTUTAN MAKSIMA. 
Kat sini ada dinyatakan tentang berapa tuntutan kos kerugian bagi item rosak atau hilang. 

Ingat ye, refer item no 13, sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilanhan atau kerosakan item pos laju boleh dituntut oleh pengirim dalam tempoh 30hari dari tarikh pengeposan. 


BERAPA LAMA PROSES TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN ITEM POSLAJU?
Kronologi 
6/3/2017- item dipos
11/3/2017 - report melalui telefon, tiada maklumbalas
17/3/2017 - report isi borang di poslaju yang berkenaan
23/3/2017 - follow up melalui telefon bercakap dengan Unit Pampasan, report masih belum mereka terima. Biasanya poslaju akan pos kumpul dengan dokumen lain jadi mungkin ambik masa untuk sampai ke HQ.
30/3/2017 - follow up lagi, permohonan sedang diproses
5/5/2017 - Bayaran pampasan maxima mengikut berat dimasukkan ke dalam akaun yang telah kita tuliskan di dalam borang

Agak lama juga kan. Jadi bertabahlah. 


Ini mengikut pengalaman saya, saya kongsikan sebagai panduan. Jika ada barang rosak atau hilang, silalah buat report, jangan malas. Tuntut hak kita. Bukan apa saya ada terbaca komen rakan-rakan sebelum ni, malas nak buat tuntutan sebab rasa renyah dan menyusahkan. Walaupun bayarannya tak sama dengan nilai barang tapi bagi saya ia perlu juga dibuat. Supaya kes kes sebegini dapat dikurangkan. 

Dan lagi satu untuk lebih selamat kita juga boleh ambil INSURAN KHAS untuk barang yang kita pos. 
InsyaAllah saya akan kongsikan butirnya di lain entry.

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Sebagai peniaga online inilah asam garam yang terpaksa kita lalui. Untuk "give up"? Mungkin tidak. Saya masih lagi peniaga vitamin Shaklee yang tegar 😊

Tuesday, May 16, 2017

Cecair Merah Kehitaman Keluar Dari Payudara

Kisah ketumbuhan di payudara. Dengan tanda tanda keluarnya cecair darah merah hitam keluar dari puting payudara. Mari kita ikui kisah ini. 

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.
.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.
.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna  merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.
.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di  hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER  QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk  mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.
.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.
.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul  tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .
.

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.

Sunday, May 14, 2017

TIPS HADAPI HEALING CRISIS SELEPAS MAKAN VITAMIN

"Kanapa lepas makan suplemen ni saya rasa nak demam, letih dan mengantuk. Tak sesuai untuk saya ke?" Ni soalan saya dulu. Risau jugak kan. Rasa nak stop je. 

 

Oke kalau keadaan macam ni bukan kesan sampingan tau. Ianya HEALING CRISIS (proses pemulihan). Sesetengah orang akan lalui satu jangkamasa penyesuaian apabila ambil suplemen dietary. Simptom ni nampak macam penyakit tapi bukan. Ia tindakbalas tubuh kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita selama ni. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, maka krisis pemulihan terjadi. Ada kemungkinan masa ni penyakit yg pernah dilalui oleh tubuh masa dhlu akan timbul kembali. 
 
Berapa lama? 
Biasanya beberapa hari. Akan berlalu 1-2minggu. Bagaimanpun tubuh yang lemah akan ambil masa untuk pulih. Ini disebabkan toksin telah bertimbun dalam tubuh kita -kesan makanan berkimia,lemak, diet tak seimbang, stress kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubat
 Apa antara simptom healing crisis?
 

Pada waktu detoksifikasi ni, mungkin pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar) cirit birit, kahak berlebihan, kencing keruh, berpeluh dsb. Simptom ni tak sama untuk semua orang.
 
Apa perlu buat?
Minum air bersih banyak, rehat secukupnya, makanlah lebih sayuran dan buahan. Jangan stop suplemen pulak ye. Sabar. 😂

Yang penting kita tahu suplemen Shaklee semulajadi,berkesan dan SELAMAT.


Thursday, May 11, 2017

Keistimewaan Vivix

♥ VIVIX SI TONIK AJAIB ♥

Melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu. Di dalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular :

1) KEROSAKKAN DNA

~ Setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu typo (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fu gsi sel dan panjang umur.

2) PENGAWALAN GENETIK

~ Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

3) PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL

~Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang diperlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

4) PENIMBUNAN PROTIN AGE

~ Penimbunan berlebihan protin AGE (ADVANCEED GLYCATION END PRODUCTS)  boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

VIVIX Juga Menolong Membantu Menjaga/Memelihara :
~ kesihatan jantung
~ Kesihatan otak
~ Kesihatan sistem imun
~ Kesihatan sendi
~ Perlindungan antioksidan

Wednesday, May 10, 2017

Pneumonia Kanak-kanak


Ramai orang tak tahu apa itu pneumonia, apa simptom pneumonia dan bahayanya penyAkit pneumonia di kalangan kanak-kanak
 
APA ITU PNEUMONIA
Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, menyebabkan batuk dan demam yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Radang paru-paru yang teruk boleh membawa maut.


STATISTIK PNEUMONIA KANAK- KANAK
SATU angka yang besar dan memang menakutkan, menjadikannya sebagai pembunuh nombor satu di dunia, bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun, sekali gus melebihi kematian disebabkan AIDS, malaria dan batuk kering (TB).Ragut satu nyawa si kecil setiap 20 saat

Bermula dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, pembunuh yang bebas berkeliaran itu pantas membunuh mangsa kerana ia ia bertindak secara perlahan, malah tidak dijangka.
Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) yang juga Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata secara umumnya empat daripada lima ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui tanda bahaya penyakit pneumonia atau juga dikenali sebagai radang paru-paru.

 


CARA MENGESAN PNEUMONIA
* Ia boleh dikesan oleh tanda seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas atau bernafas cepat atau berombak-ombak.

* Menerusi imbasan dada menggunakan sinar-X dan ujian makmal. Namun, alat ini selalunya tidak ada di negara membangun, terutamanya di luar bandar yang terpencil menjadikan sukar mengenal pasti dan merawat penyakit ini.

JOM IKUTI KISAH IBU YANG MEMPUNYAI ANAK DENGAN MASALAH PNEUMONIA

Auni Nadra memang sangat gemarkan Omega Guard dan Nutriferon. Dia boleh kunyah kapsul Omega Guard begitu sahaja.
.

Sangat jarang demam, batuk dan selsema. Dan kalau selsema pun, hingus cepat surut dan demam cepat reda.
.
 

Percaya tak yang Auni Nadra tidak pernah makan ubat batuk dan selsema. Pcm kalau tak silap saya pernah bagi sekali sebab temperature terlalu tinggi.
.

Ini kerana, bila anak-anak saya demam, selalunya disebabkan oleh selsema dan batuk. Jadi saya akan cuba kawal dengan beri Omega Guard, Nutriferon dan Chewable Vita C, serta melakukan kaedah steaming dan tepukan fisio untuk mengeluarkan kahak dalam paru-paru. Alhamdulillah demam selsema anak-anak saya setakat ini masih terkawal.
.
 

Masa anak pertama dahulu, saya belum kenal Shaklee dan Aqeef Danial sangat kerap selsema dan batuk. Hingga kini pun, saya nampak antibodi Auni Nadra lebih bagus daripada abangnya. Walaubagaimana pun, tahap kesihatan abangnya pun sudah semakin baik berbanding dahulu. Tiada lagi lawatan ke hospital untuk masalah bronchitis dan pneumonia. Alhamdulillah.
.

Terima Kasih Allah. Terima Kasih Shaklee.

Tuesday, May 9, 2017

PENYAKIT KAYAP DI KEPALA HAMPIR MENUTUP MATA WANITA MUDA INI

Kebetulan ada dua kes penyakit kayap di kepala yang group saya SGW handle seminggu dua kebelakangan ni. Orang cakap sakit sangat bila kena kayap di kepala. Pedih, sakit tak dapat digambarkan. Sehinggakan nak tidur pun susah. Jom kita ikuti kisah ringkas wanita muda ini. Sebelum itu anda  boleh klik link di bawah untuk dapatkan info penyakit ini

cara merawat kayap, penawar kayap 
TESTIMONI KAYAP BERANSUR SEMBUH

PEDIH! Sakitnya ALLAH je yang tahu😩
Dari kepala sampai melarat ke mata. Seminggu baru tahu KAYAP RUPANYA. 

Umur baru 20an. Kalau dulu orang kata kayap biasanya orang berusia 50an ke atas dek kerana imun yang rendah. Kini tidak lagi. 

Mc (cuti sakit) dah seminggu, dah banyak klinik pergi tak nampak perubahan pun. Doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. 

Air penawar pun dah ambik. 

Ibu muda ini dari Sitiawan Perak. subuh-subuh hubungi anak shaklee saya nak set kayap. Seminggu yang lepas. Dek kesian kan keadaan customer ini, Gigih anak shaklee saya terus ke branch di Ipoh kerana nak beli set lengkap ni dan daftarkan terus keahlian percuma. 
Selepas pembelian, cara makan terbaik diberikan. Beserta tips-tips supaya kayap cepat sembuh

Ni hasil setelah seminggu ambik set lengkap #kayap ni secara KONSISTEN.

set kayap shaklee, testimoni kayap shaklee, kayap sembuh 
Alhamdulillah ada perubahan. Dah tak pedih-pedih lagi. Kayap dah mula kering. Tinggal mata je masih bengkak sikit lagi. 
.
Syukur alhamdulillah banyak perubahannya kan. Kena teruskan konsisten.
Tolong doakan cik puan ni ye. Semoga cepat sembuh. Amin 
.
.
Berhati-hati dengan simptom penyakit kayap seperti di bawah

SIMPTOM AWAL KAYAP
     
Menurut Ketua dan Perunding Perubatan Kanan, Unit Penyakit Berjangkit di Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. Christopher Lee 
antara simptom awal kayap adalah rasa gatal, gelenyar atau pedih.
      
Ini akan menjadi ruam berupa lepuh berisi cecair yang mungkin diiringi rasa sakit yang ringan hingga teruk dan selalunya berlaku hanya di sebelah badan atau muka.
      
Kayap yang tidak dirawat boleh mengakibatkan neuralgia pascaherpes (PHN), iaitu kesakitan saraf jangka panjang yang boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan dan dalam beberapa keadaan, selama bertahun-tahun.

kayap  



Kayap bukanlah penyakit yang anda boleh pandang ringan. Saya teringat kisah seorang makcik kawan saya yang menghidap KAYAP DI KEPALA. Merebak ke mata, kemudian saraf. Jadi strok sebelah badan dan rosak semua organ dalaman sehingga membawa ke kematian arwah. 


kayap di kepala, bahaya kaya, kayap maut 


Jadi bagi mereka yang menghidapi penyakit kayap ini, 
JANGAN GIVE UP

Usahakan yang terbaik untuk meningkatkan imun badan.
Ini adalah set kayap yang lengkap.

set kayap shaklee, penawar kayap, cara merawat kayap

Anda boleh klik di sini untuk pembelian 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0deaeb75cda8dcb1f9ab1be8fb826e8e


ATAU 


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : Tinie Badri (Shaklee ID 927505)
012-2812952.  (whatsapp /sms)
hartini.badri@gmail.com (e-mail)
COD Shaklee: Petronas Tg Malim
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 
GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!




Monday, May 8, 2017

KERACUNAN MERKURI AKIBAT SALAH GUNA PRODUK HAMPIR MERAGUT NYAWA

Berhati-hatilah memilih produk kosmetik dan suplemen. Elakkan dari menjadi mangsa keracunan merkuri. Kesan penggunaan produk kosmetik dan suplemen yang mengandungi merkuri sangatlah bahaya. Ini antara kisah yang hampir meragut nyawa diri sendiri dan anak yang dikandung.
 


Kisah saya bermula pada penghujung tahun 2014. Waktu itu saya masih dalam peringkat awal pemulihan dari keracunan merkuri akibat salah memilih produk kosmetik dan supplemen.
.

Waktu itu (Oct 2014), walaupun internal organ (hati dan buah pinggang) saya survive dengan asbab ubatan hospital. Tetapi, tubuh badan saya sangat sakit dan kekeringan nutrisi yang teruk. Yang dapat di lihat dari luaran ialah kerosakan kulit, kuku dan rambut saya.
.

Kulit saya sangat kering, bersisik dan juga mempunyai 'chicken skin'. Eczema naik di setiap pelipat tubuh. Gatalnya, hanya Allah atau siapa yang pernah kena sahaja yang tahu. Kuku di jari kiri dan kanan pula terbelah dua dan patah-patah. Kuku kering sangat dan kusam warnanya. Tidak sihat langsung. *Tubuh badan sentiasa di dalam kesakitan.*
.

Rambut saya pula sangat kering. Umpama rumput yang sedang mati setelah di sembur racun rumput. Warna rambut menjadi perang yang tidak sihat. Pegang dengan jari pun, boleh luruh sendiri dan patah-patah. Bayangkanlah betapa merananya saya.
.
 
Itu belum masuk lagi penderitaan lain yang saya hadapi. Antaranya....

- Bacaan kencing manis saya sentiasa tinggi. *Bacaan tertinggi saya selepas makan ialah 35pt dan bacaan terendah saya waktu pagi ialah 14pt.*

- Gastrik dan pedih ulu hati yang kronik.

- Hampir mengalami stroke di sebelah kiri badan (menurut doktor).

- Cakap yang tergagap-gagap dek kerana nerve system yang terganggu.
.

Ya. Kondisi badan saya waktu itu sama seperti orang yang menjalani kemoterapi malah lebih teruk lagi. 
.

Jadi pada waktu itu saya bertanya kawan-kawan saya, supplemen apa yang boleh di percayai selamat, semulajadi dan mohon ada orang yang boleh membantu saya makan supplemen dengan cara yang betul. Saya tak mahu orang hanya menjual tanpa menerangkan pada saya khasiat sesuatu supplement itu.
.

Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan oleh Allah. Seorang kawan saya menerangkan product Shaklee kepada saya. Selepas itu saya pun cari juga sendiri info berkenaan Landmark Study Shaklee untuk memuaskan hati sendiri.
.
 
Setelah yakin, maka saya pun belilah Vitamin C dan juga Vitamin E sebagai permulaan penjagaan kulit dan kesihatan saya.
.

Ini adalah budget yang termurah selain dari target pertama saya iaitu Vivix. Masa ni, belum mampu nak beli Vivix walau hebat sangat testimoni Vivix yang saya baca. Waktu ini budget saya ketat kerana bill-bill hospital yang perlu ditanggung. Sedih.
.

Selepas habis 2 botol Vitamin C dan E, saya dapat lihat kulit saya yang semakin sihat. Kuku saya yang semakin pulih dan tidak patah. Rambut saya juga nampak perubahan semakin kuat, kembali hitam dan bersinar.
.

Oleh kerana bertambah yakin dengan result yang ada pada diri sendiri. Maka, saya terus mohon menjadi ahli Shaklee kerana nak jimat dari beli harga runcit. Saya terus makan Vit C dan E dari tahun 2014 hinggalah tahun 2015. Walaupun tak berapa berdisiplin..
 


Setelah saya di sahkan mengandung, sakit saya datang kembali dek kerana hormon badan yang tidak menentu. Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati apabila 2 senior doktor yang pakar di bidang O&G beritahu saya bahawa risiko kehilangan nyawa kami (bayi dan saya) adalah sangat tinggi. Dan kecacatan organ dalaman bayi yg dilahirkan mungkin terjadi. Risau sangat saya.
.

Tapi Alhamdulillah. KuasaNya tiada siapa yang dapat mempertikaikan. Walaupun memang nyaris kehilangan nyawa pada waktu itu. Namun kami berdua selamat. Dan baby Zariff lahir sempurna walaupun lahirnya pramatang di minggu yang ke-32 pada penghujung March 2016.
.

Niat untuk mencuba Vivix masih belum dilupakan. Beberapa bulan setelah saya habis berpantang, pada bulan Ogos 2016, saya cuba pula ambil Vivix.
.

Dan sehingga hari ini, saya masih tidak berhenti jatuh cinta pada kesan Vivix dan vitamin shaklee terhadap kesihatan saya. Saya rasa seperti diberi peluang kedua selepas melalui detik detik sukar dan hampir meragut nyawa.

===================================

Alhamdulillah. 

Jika anda mendapatkan set rawatan ini
Sila hubungi 012-2812952

Saturday, May 6, 2017

8 TIPS HADAPI PUTING LUKA SEMASA MENYUSUI BAYI

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.



Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab bayi menggigit, sebab bayi tak puas menyusu, sebab nipple leper la. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Sakit pedihnya tak tahu nak gambarkan bagaimana. Hanya Allah yang tahu. 

Tapi jangan ambil mudah. 

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan bayi ketika menyusu iaitu cara dia "latch on". 
 
Kalau bayi latch tak betul, bukan
je puting anda sakit, tapi bayi pun tak dapat susu yang sepatutnya.
Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

APA NAK BUAT KALAU KENA PUTING (NIPPLE) LUKA NI? 

  • Ibu kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan.Minta mereka tolong periksa kedudukan bayi anda.  
  • Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya 
  • Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Maksudnya selepas sapukan air susu badan anda ke puting, biarkan sebentar kena angin, barulah ditutup. Kalau tidak boleh melekat di baju dan sakitnya bila melekat tu haih tak tau nak cakap. Ha Air susu ni banyak gunanya tau!
  • Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Boleh dapatkan di farmasi atau kedai barangan bayi. 
  • Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.
  • Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down. 
  • Sebelum bayi tangkap puting dan menghisap susu, ibu gunakan jari kelingking untuk letak di mulut bayi supaya bayi ternganga besar. Kemudian baru suakan supaya bayi menghisap di aerola.
  • Bila puting luka jangan biarkan bayi stop sendiri menyusu ditakuti ditariknya puting yang luka. Agak-agak bayi dah puas menyusu, Cungkil perlahan dengan jari kelingking di tepi mulut dan gusinya sehingga bayi membuka mulutnya. 

Pengalaman menyusukan sangat indah walaupun ada banyak cabarannya. Untuk memberikan yang terbaik ibu sanggup redah walau apa saja ujian kan.

Semoga ibu-ibu tak "give up" dan dapat menyusukan sehingga bayi berusia 2 tahun sepertimana yang dianjurkan dalam Islam

Firman Allah SWT, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan," (QS al-Baqarah [2]: 233).

Selamat menikmati "moment yang indah ini" 

Friday, May 5, 2017

Alamat Shaklee HQ Baru di Sunway Geo

Minggu lepas semasa menghadiri Shaklee Convention 2017 saya berkesempatan melawat bangunan baru Shaklee HQ yang bukan lagi di bangunan Pinnacles. Secara rasminya Shaklee telah berpindah ke bangunan baru, lokasi baru yang tak jauh dari lokasi lama. Bagi yang tercari-cari di manakah Shaklee Sunway. Jom tengok.

  

 

Ni gambar dari dalam kereta saya, teruja betul pertama kali bertentang mata dengan bangunan HQ baru ni. 



Ini adalah alamat baru Shaklee HQ. 

Ibu Pejabat
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am - 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am - 07:00 pm


Saya shopping malam tau, sebab hari tu ada perasmian pada siangnya. 

 

Dan tempoh operasi juga dilanjutkan sempena dengan hari closing untuk bulan April. Tutup jam 9. Saya habis shopping jam 8.45malam. Mujur lagi kan. Tengok tu pintu nak tutup dah hihi

 



Tapi memang feel habis la shopping di sini berbanding di lokasi lama. 



YANG MENARIK TENTANG IBU PEJABAT SHAKLEE YANG BARU

  1. Lokasi yang strategik- Berhadapan dengan Sunway Medical. Landmark yang sangat mudah. Di bangunan yang tersergam indah, Sunway Geo. Dari jalan dah boleh nampak wahh "kedai Shaklee"
  2. Tak perlu lagi daftar untuk masuk ke bangunan macam ibu pejabat lama. Leceh kan dulu sebelum naik lif nak kena daftar ic semua. Sekarang mudah je nak akses. 
  3. Bukan lagi di tingkat atas seperti sebelum ni. Hanya di tingkat bawah. Menyerlah nampak kredibilitinya. 
  4. Parking yang mudah dan selamat. 
  5. Ada lobby yang menarik untuk berjumpa dengan prospek
  6. Susun atur barang yang sangat menarik. Ishh rasa nak masuk bakul je semua kan. 
  7. Ada bilik mesyuarat dan latihan di tingkat 3
  8. Konsep pasaraya. Ambil bakul dan isi bakul. Yeyyy yang ni best, kalau dulu ambil borang dan isi. Kini pusing-pusing, ambil, masuk bakul dan bayar. Dah siap yey.. Feel gitu.  
  9. Jangan takut jika anda pertama kali ke sini dan tidak tahu hendak memilih suplemen yang mana. Di sini juga ada ditempatkan nutritionist untuk membantu anda memilih suplemen untuk masalah anda .Opsss TAPI pastikan anda telah menjadi ahli tau baru boleh shopping di sini. Jika belum, hubungi saya untuk pendaftaran ahli. 


Menarik sangat kan. Shaklee sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk ahli-ahli semua. Kami sangat menghargainya. 


Jom kita ke sana! 


Thursday, May 4, 2017

BAHAYA HB LOW SEMASA HAMIL, PENGALAMAN HAMIL NAIKKAN HB

Masa hamil, saat berulang ke klinik kesihatan antara yang sering kita kenang. Tambah kalau ada masalah hb low masa hamil, darah tinggi, kencing manis masa hamil. Dan bila hb low, paling kita tak tahan nak dengar leteran nurse suruh naikkan bacaan hb. Apakah bacaan hb yang normal, kenapa nurse atau doktor risau jika bacaan hb ibu hamil rendah. Apakah risiko hb low pada ibu hamil?
 


 

BACAAN NORMAL HB (HEMOGLOBIN) 
Ini adalah bacaan normal tahap hemoglobin dalam darah
 

APAKAH ITU ANEMIA (HB LOW) 
Anemia adalah suatu penyakit dimana kadar hemoglobin dalam darah lebih rendah dari normal. Hemoglobin adalah molekul eritrosit ( sel darah merah ) yang bertugas mengangkut oksigen. Kualiti darah dan warna merah pada darah ditentukan pada kadar hemoglobin.
 

Anemia atau HB low dalam masa kehamilan memberikan kesan yang kurang baik bagi ibu hamil, baik dalam masa kehamilan, saat persalinan, nifas dan proses selanjutnya. 

TANDA-TANDA / SIMPTOM HB LOW
  1. Keletihan
  2. Rasa lemah
  3. Pening/Kepala pusing
  4. Kesejukan kaki tangan
  5. Kulit dan kuku pucat
  6. Jantung berdegup laju dan sakit dada
  7. Hendak pitam terutama bila bangun dari duduk atau baring


RISIKO HB LOW SEMASA HAMIL
Risiko kepada masalah hb low ibu hamil adalah sebagai berikut :
 
Kesan Kepada Ibu:
  1. Keguguran
  2. Ibu Mudah Pitam/Pengsan
  3. Kelahiran pra matang
  4. Tempoh bersalin yang lama akibat kelelahan otot rahim di dalam berkontraksi ( inersia utari )
  5. Perdarahan akibat tidak adanya kontraksi otot rahim ( atonia uteri
  6. Jangkitan semasa bersalin ataupun  selepas bersalin

Kesan Kepada Bayi
  1. Pertumbuhan janin terbantut
  2. Lahir sebagai bayi pramatang
  3. Berat bayi lahir <2.5kg
  4. Anak meninggal ketika dilahirkan
Mari kita ikuti kisah ibu muda ini yang mempunyai pengalaman hamil dengan hb low



Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan. 
.
Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.
.
 Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???
.
Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau. 
.
Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..
.
 
Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa! 
.
Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..
.
Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...
.
Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….
.
Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...
.
Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..
.
Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin. 

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee… ☺

TESTIMONI 003: SITI AISHAH


Seronok kan bila nampak perubahannya. Alhamdulillah hb dah tak low. Kesihatan bertambah baik. Barulah dapat lalui journey hamil dengan lebih gembira kan.

Bagi yang nak ikhtiar Set Hb Low Semasa Hamil dari Shaklee boleh hubungi kaktinie ye 012-2812952


Wednesday, May 3, 2017

BENTUK RAHIMKU BENTUK "LOVE" RUPANYA, KELAINAN BENTUK RAHIM PUNCA SUSAH HAMIL

Seperti yang kita belajar  uterus yang normal berbentuk seperti buah pir dengan panjang sekitar 7,5 cm, lebar 5 cm dan ketebalan dinding sekitar 2,5 cm.  Bahagian paling bawah uterus dikenal dengan nama serviks atau mulut rahim.  Badan uterus berongga dan terhubung dengan saluran telur (tiub fallopio) di sisi kiri dan kanan. Itu yang normal. Rupa-rupanya ada banyak bentuk rahim lagi yang tidak normal. Yang mana kelainan bentuk rahim ini menjadi salah satu punca susah untuk hamil. Antara bentuk rahim adalah seperti Bicornuate Uterus, Unicornuate dan beberapa jenis lagi.

rahim bentuk love


BICORNUATE UTERUS 
Unik kan. Ada banyak bentuk rahim rupanya. ADA BENTUK-BENTUK ni yang MENYEBABKAN TIADA PELUANG UNTUK HAMIL.

Bentuk rahim saya yang tengah tu. Ye bentuk rahim saya bentuk "hati" bentuk "love". Penuh kasih sayang agaknya hihi. Tapi hakikatnya ia adalah kecacatan fizikal yang saya sendiri tidak tahu. Saya sendiri baru tahu tentang bentuk rahim(uterus) saya yang abnormal bila kandungan kedua saya juga seperti anak pertama SONGSANG.

Semasa kehamilan anak pertama sebaik detect, saya bleeding. Pada kehamilan anak kedua takde bleeding tapi disebabkan saya juga pernah ada cyst pada kehamilan yang pertama maka bila hamil anak kedua pada usia kandungan 7minggu saya dah pergi buat scan. Dan masa scan tu Doktor detect macam ada dua kantung. Tapi katanya yang satu tak pasti jadi ataupun tidak sebab kedua-duanya masih tidak ada heat beat. Saya bertanya juga adakah ianya cyst. Tidak kata doktor. Apapun doktor minta untuk datang scan 2minggu lagi dan pada scan seterusnya nampaknya tiada rezki kembar ☺️ saya sendiri tak pasti samada ia betul kembar atau ia mengecut disebabkan bentuk rahim. Apapun video semasa check up Masih tersimpan rapi. Wallahualam

Seterusnya, Dari awal kehamilan hingga ke tarikh matang, kedudukan bayi tetap kepala ke atas kaki di bawah.Semasa usia kandung 28minggu dan bayi masih songsang, saya ke klinik swasta di Manjung untuk mendapatkan 2nd opinion manatau kot ada rezki dapat bersalin normal dan Doktor menyatakan ada satu kemungkinan yang saya alami iaitu bentuk rahim tidak normal. Disebabkan itu kata Doktor bayi saya tetap songsang. Rupa-rupanya keadaan bentuk rahim yang berlekuk di tengah-tengah menyukarkan bayi untuk berpusing.

Dan sangkaan doktor itu betul apabila saya dirujuk kepada Doktor Pakar O&G Hospital Seri Manjung. Doktor rujuk laporan pembedahan anak pertama saya. Laporan menunjukkan rahim saya abnormal iaitu Bicornuate Uterus. Dan doktor cakap ianya kecacatan kekal dan bayi selepas ini pun tetap akan songsang dan kelahiran secara pembedahan.

RISIKO BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL
risiko rahim love

risiko rahim bentuk love
  • Sukar untuk hamil
  • Risiko keguguran berulang
  •  Risiko kelahiran bayi pra matang: Kadar kelahiran pramatang adalah 15 hingga 25%. kehamilan mungkin tidak sampai kepada peringkat penuh dalam rahim bicornuate apabila bayi mula berkembang di salah satu daripada tanduk rahim
  • Bayi songsang atau melintang
  • Risiko melahirkan secara pembedahan


BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL PUNCA SUSAH HAMIL?
Sejak mendapat tahu barulah saya mencari maklumat tentang ini. Dan saya bersyukur kerana ada banyak kelainan bentuk rahim dan ada juga yang senasib dengan saya masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya bertemu rakan senasib bila berbincang di page facebook Doktor Pakar Puan Dokto Hamid Arshat.
Ada kes yang dapat hamil, tetapi pada usia kandungan semakin matang, kandungan gugur. Kerana tidak cukup kuat atau tidak cukup ruang untuk membesar.

Bicornuate uterus, or “heart-shaped uterus,” occurs in between 0.1-0.5% of women. Fortunately, most of them experience no pregnancy complications.

BAGAIMANA NAK KENALPASTI BENTUK RAHIM
Ia adalah mungkin untuk mendiagnosis rahim bicornuate menggunakan ultrasonografi gynecologic, [1] khusus sonohysterography, dan MRI. [2] Walau bagaimanapun, kerana tidak ada sebarang petunjuk untuk melakukan apa-apa tatacara mengenai wanita asimptomatik, kehadiran rahim bicornuate mungkin tidak dikesan sehingga mengandung atau melahirkan. Dalam C-seksyen (biasanya dilakukan kerana malpresentation), bentuk yang tidak teratur rahim akan menjadi jelas. Selain itu kaedah pengimejan diagnostik lain termasuk hysterosalpingography dan hysteroscopy; prosedur ini biasanya dilakukan semasa proses penyiasatan kemandulan.


Sedih juga bila tahu ada di kalangan yang senasib dengan saya tidak berpeluang merasa untuk hamil. Apapun jangan bersedih, jangan pernah berputus asa, Doa dan usaha, tidak ada yang mustahil dengan izinNya kan. 

Pada yang senasib dengan saya, hai geng! 
Bersyukurlah seadanya walaupun kita tidak normal seperti wanita lain. Setiap sesuatu adalah ujian darinya dan pasti ada hikmah! Spread your LOVE





Tinie Badri 012-2812952 
PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...