Friday, July 28, 2023

Percutian Shaklee Yang Mewah, Tanpa Keluar Duit Sendiri


Percaya atau tidak saya pergi Switzerland tanpa keluar belanja satu sen pun, malah tukar matawang pun tidak. Ramai orang buat bisnes untuk tambah income. Begitu juga dengan saya. Manalah saya tahu rupa-rupanya dengan bisnes Shaklee juga saya boleh dapat pergi percutian mewah yang ditaja semuanya. Ye percutian Shaklee anda tak perlu pun keluar belanja sendiri, segalanya ditanggung. Ini kisah saya. 

Saya buat bisnes Shaklee ni sudah hampir 10 tahun. Niat awal saya untuk tambah pendapatan sedia ada sebagai penjawat awam. Daripada side income jadi main income.

 Yang paling saya tak sangka, bagi leader yang cemerlang membangunkan bisnes, Shaklee juga menawarkan percutian percuma. Dah namanya PERCUTIAN, dan PERCUMA pulak tu siapalah yang tak suka kan. 

Untuk pengetahuan, dengan bisnes Shaklee kita boleh dapat 3C. Cash, Car Bonus dan Convention. 

Percutian ini termasuk di dalam kategori convention. Ada dua kategori iaitu Regional Trip dan International Trip. Regional trip ni dulunya dalam Malaysia tetapi kini melibatkan percutian ke negara-negara jiran atau ASEAN manakala international trip pula adalah percutian ke negara selain daripada negara ASEAN. Untuk international trip, para leader yang beragama Islam boleh menukarkannya dengan umrah. 

Saya sendiri pernah dapat percutian Shaklee ke hotel mewah Palace Of The Golden Horses, Langkawi, percutian menaiki Cruise Mewah (Phuket, Penang, Klang), percutian ke Phuket Thailand 

dan yang terbaru yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ke Switzerland. 

KISAH BAGAIMANA SAYA PERGI SWITZERLAND TANPA KELUARKAN SATU SEN PUN

Untuk info percutian Shaklee semuanya percuma termasuk flight, penginapan, makanan, pengangkutan dan semua trip ke tempat lawatan. Dan memang segalanya mewah. Semua yang layak akan dapat beg jenama mewah ini, Samsonite. Terbeliak mata saya tengok harga beg ni. Saya tak pernah beli beg luggage semahal ni.

Ditakdirkan Allah 2minggu sebelum berangkat saya mengalami accident yang mengakibatkan tangan saya patah. Persiapan untuk ke Switzerland tergendala. Dan 5 hari sebelum tarikh ke Switzerland saya perlu menjalani pembedahan. Saya hampir-hampir memutuskan untuk tidak pergi. Berkat sokongan keluarga dan sahabat-sahabat Shaklee yang sangat supportive saya dapat juga sampai ke Switzerland. 

Kesuntukan membuat persiapan menyebabkan saya tak sempat untuk tukarkan matawang.  Dengar pulak Shaklee ada beri meal allowance (bagi menggantikan 5kali makan yang Shaklee tak sediakan makanan) Dan ianya  hampir Ringgit Malaysia seribu ringgit.  RM950.
MasyaAllah alhamdulillah syukur sangat. Duit itulah yang saya gunakan membeli serba sikit cenderamata. Saya sendiri tidaklah shopping sangat disebabkan kekangan kesihatan. Dan ingin berjimat juga untuk perbelanjaan rawatan seterusnya. Ketika itu juga saya diuji dengan beberapa kekangan lain. Jadi shopping bukanlah keutamaan saya. 

TAPI jika anda kaki shopping, masa trip Shaklee ni boleh sangat untuk shopping puas-puas. Bawak saja wang lebih. 
Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan Shaklee walau anda tangan kosong pun dapat berjalan ke negara Eropah. 

Semasa di sana selama 7 hari kami tinggal di dua hotel mewah. Jika pergi sendiri saya memang takkan mampu untuk tinggal di hotel mewah yang mencecah 4 angka 1malam. 

HADIAH MEWAH SEPANJANG TRIP
Bukan hotel je mewah, kami juga dilayan bagai VIP. 
Dengan pelbagai hadiah mewah. 

Jam tangan swatch edisi istimewa Olympics khas untuk deligasi Shaklee. Yang diberikan oleh CEO Shaklee sendiri Mr Roger Barnett.

PERTAMA KALI SAYA NAIK GUNUNG SALJI, DAN IANYA PERCUMA 

Saya tak pernah pergi ke negara bermusim sejuk. Dan Switzerland adalah negara pertama. Alhamdulillah. Shaklee bawa kami ke dua puncak gunung sepanjang di sana. Kami ke Titlis dan Jungfrau. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.


MAKANAN HALAL TERSEDIA WALAUPUN DI NEGARA EROPAH. TAK SEMPAT RINDU MAKANAN MALAYSIA. 

Satu yang sangat disyukuri bila berjalan dengan Shaklee adalah kami disediakan makanan halal. Jadi tidak perlu risau. Makanan tersangatlah mewah. Bukan saja tak sempat lapar, malah tak sempat rindu makanan Malaysia. Punyalah Shaklee layan kami semua. 

Walaupun kami di puncak gunung. Shaklee juga akan pastikan ada tempat solat untuk kami. Bab ini Shaklee memang sangat jaga. Hatta jadual solat Shaklee sediakan dari awal perjalanan lagi. 
Alhamdulillah terima kasih Shaklee. 
Siapa jer lah yang tak suka pergi percutian mewah PERCUMA kan. 

Percayalah, Dengan bisnes Shaklee kita akan dapat capai impian kita. 

Tahun ni insyaAllah saya akan ke Korea. Juga trip mewah tajaan Shaklee.

Bagaimana nak dapatkan trip PERCUMA ini? Mulakan dengan langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan klik di sini. Daftar Ahli . InsyaAllah saya akan bantu anda. Kita ada suppport group yang dapat membantu untuk membina legasi bisnes dengan kukuh. Jom sertai kami. 

Tinie Badri
Business Leader Since 2013
012-2812952

Monday, July 24, 2023

5 TIPS TRAVEL UNTUK PERCUTIAN YANG LEBIH TENANG

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Ramai di kalangan kita menjadikan percutian atau travel satu aktiviti wajib setiap tahun. Sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan.
Untuk menjadikan percutian kita suatu pengalaman yang indah, saya kongsikan 5 tips travel untuk anda supaya percutian lebih tenang dan lebih indah. Yang Nombor 5 sangat penting. 

Tips Travel 1: Buat Research Lokasi Percutian
Penting untuk buat research serba sedikit tentang tempat percutian anda supaya mudah untuk anda buat persiapan. Contohnya semak cuaca lokasi tersebut pada tarikh yang kita nak pergi. Bila dah tahu, mudah untuk kita tentukan pakaian yang bagaimana perlu kita bawa. 
Pertama kali saya bercuti ke negara bercuaca sejuk, baru saya tau perlunya untuk bawa baju dan seluar inner heattech. Perlunya bawa kasut yang sesuai untuk elak licin di tempat bersalji. 


Tips Travel 2: Tahu Dengan Siapa Kita Bercuti
Bila tahu dengan siapa anda pergi bercuti, mudah untuk kita plan apa aktiviti dan tempat tempat menarik yang nak kita pergi. Adakah yang pergi dengan kita ada anak kecil atau OKU? Macam saya sendiri ada ibu mertua yang memakai wheelchair. Jadi sebelum kami travel, kami akan pastikan penginapan dan lokasi persinggahan yang kami pilih mudah access dan mesra OKU. Teringat semasa kami ke Brunei, kami hubungi airlines dulu untuk maklumkan keperluan mak mertua naik flight yang memerlukan bantuan. Bila kita uruskan dan maklumkan lebih awal, ianya jadi lebih mudah.


Tips Travel 3: Checklist Senarai Keperluan Yang Nak Dibawa
Penting untuk ada senarai semak keperluan yang nak dibawa.

Ada banyak rujukan yang boleh kita jadikan panduan. Contohnya seperti di bawah. 

Tips Travel 4: Dokumen Penting dan Tukaran Wang
Dokumen seperti passport, visa, tiket perlulah di masukan ke dalam satu tempat seperti fail atau di dalam beg supaya mudah untuk dibawa dan dicari. 

PENTING: Jika travel ke luar negara, jangan lupa untuk Semak sekatan imigresen di sini 

Pastikan anda buat tukaran wang awal. Setiap money changer ratenya tidak sama, dan setiap hari berubah. Sekiranya anda guna kad kredit atau kad bayaran yang lain seperti big pay kad pastikan simpan kad dengan baik dan setiap bayaran semak dan simpan resitnya.

Tips Travel 5: Vitamin Travel Wajib Bawa
Anda pastinya tak mahu mood percutian anda berubah bila tak sihat kan. Jadi pastikan anda bawa vitamin travel yang penting ini. Ianya penting untuk kuatkan antibodi badan, untuk mengurangkan rasa letih kaki berjalan dan membantu badan kita lebih bertenaga. 

Bukan paracetamol ubat demam je anda perlu bawa semasa travel. Vitamin ni pun penting tau. Jangan rasa leceh. Sebab jika jatuh sakit semasa travel lagilah leceh. Kos ke klinik atau hospital di luar negara bukan murah, malah ubat ubatan di farmasi pun berkali ganda mahal. Lebih baik mencegah dari mengubati kan. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin untuk seisi keluarga. Klik sini untuk dapatkannya Set Vitamin Travel

Semoga dengan persiapan yang baik dengan tips travel yang dikongsikan dapat menjadikan percutian kita lebih tenang dan menggembirakan. 

Tinie Badri
Shaklee Business Leader Since 2013
wasap.my/60122812952
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...