Tuesday, September 12, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Sebagai ibu hamil, pastinya gementar menanti kehadiran si kecil. Dalam masa sama ingin berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan dan untuk ibu itu sendiri. Justeru pengambilan nutrisi yang mencukupi sangat penting. Selain dari pengambilan makanan sihat, ibu jugak boleh mengambil suplemen vitamin. Ramai ibu mempercayai set mengandung Shaklee yang semestinya Selamat, Semulajadi dan Berkesan. 
Ini adalah hadiah terbaik yang boleh anda berikan untuk si kecil anda dan untuk diri anda sendiri. 

Memperkenalkan Prenatal Mama Wellness Set. Yang mana di dalam set ini lengkap untuk keperluan nutrisi luar dan dalam. Uniknya set baru ini didatangkan dengan produk baru Embun kerjasama Shaklee bersama Tanamera jenama produk herba tempatan yang dipercayai. Shaklee menjalankan kajian selama 2 tahun keatas produk ini. 

Jom kita tengok apa yang terdapat di dalam set ini. 

1. Protein Soya
Protein adalah makanan sel yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Protein juga sumber yang baik bagi meningkatkan tenaga dan kecergasan ibu. Terutama bagi ibu yang alahan teruk tiada selera makan. Protein soya ini sangat membantu. 
2. Vitamin B dan Asid Folic
Pengambilan asid folic yang mencukupi penting bagi mengurangkan risiko kecacatan kelahiran padan otak dan tulang belakang janin. Selain itu Bcomplex ini membantu meredakan mabuk hamil atau alahan hamil yang teruk. Ia juga membantu ibu lebih bertenaga dan ceria.l
3. Vitalize : Multivitamin dan Zat Besi
Bila pergi klinik ibu anak, antara perkara wajib untuk diperiksa adalah Hb darah. Bagi ibu yang alami masalah anemia semasa hamil, pengambilan zat besi di dalam vitalize ini dapat membantu. 
4. Ostenutrix Kalsium
Kalsium amat penting bagi ibu dan bayi. Bayi memerlukan kalsium yang mencukupi bagi perkembangan tulang dan gigi bayi. Pengambilan pil kalsium Ostenutrix yang dilengkapi dengan vitamin D, magnesium, zinc mangan dan boron membantu penyerapan kalsium dalam badan berbanding pil kalsium yang lain. Ia juga membantu mengurangkan risiko cramp kaki di tengah malam. 

5. Embun Smooth Tummy Oil

Untuk mengurangkan selulit, kesan regangan kulit dan meningkatkan kolagen kepada kulit. Selamat disapukan kepada perut ibu hamil.
Bahan-bahan herba semulajadi yang selamat dan mempunyai banyak manfaat.
6. Embun Relaxing Magnesium Gel.

Sebagai minyak urutan untuk melegakan. Bila hamil, tak semua produk selamat untuk ibu hamil kan. Tapi gel ni sangat selamat dan lulus ujian keselamatan produk dengan Shaklee.

Bila ada set ni, bolehlah ibu ibu sapukan minyam dan gel ini sebelum tidur, bagi melegakan sakit pinggang, lenguh kaki dan sebagainya. 
Set Mengandung Shaklee yang lengkap ini baru saja dilancarkan pada 9 September yang lalu. Ramai yang teruja dan tidak sabar untuk mendapatkannnya. Membuat pilihan melalui pengambilan nutrisi kehamilan yang baik sepanjang tiga trimester adalah sangat penting. 

Dapatkan set Mengandung Shaklee promosi sekarang 

Nak dapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma, sila klik link di bawah 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Tinie Badri

ID : 927505

(Key Coordinator)

WhatsApp ;

6012-2812952

atau;

E-mail

hartini.badri@gmail.com


Pengguna tegar produk Shaklee sejak 2013.

Aktif sebagai Pengedar Shaklee di Malaysia sejak 2013 hingga sekarang.

Berpusat di Puncak Alam Selangor dan mempunyai rangkaian niaga di seluruh Malaysia.

Servis penghantaran 'by hand' ke kawasan berhampiran.

J&T/Pos Laju/Gdex ke seluruh Malaysia.

Pos ke Singapore, Brunei dan lain-lain juga disediakan.






Sunday, September 3, 2023

Keperluan Wanita Mengandung Awal Trismester

Saat mengetahui bahawasanya kita bakal menjadi ibu, pastinya dalam kegembiraan terselit rasa risau dan ingin tahu banyak perkara. Terutamanya keperluan wanita mengandung ketika awal trismester.


Jadi kita kongsikan beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.

1# TAHU BILA PERLU DAFTAR BUKU PINK
Kebiasaannya ibu mengetahui tentang kehamilan dengan buat ujian kehamilan sendiri dengan membeli test kit di farmasi. Mesti excited dan rasa nak terus pergi klinik kan. Tapi sebaiknya pastikan upt test kit anda jelas dan bukan kabur kabur dua line. Dan kebiasaannya untuk buat buku pink adalah pada minggu ke 10 atau ke 12 kehamilan. Jangan lebih 12 minggu ya. Terutama jika ibu di kalangan orang berisiko tinggi contohnya pernah mengalami keguguran sebaiknya pergi awal ke klinik kesihatan berhampiran.

Untuk pastikan boleh saja anda terus hubungi Klinik Kesihatan Terdekat. Tidak kiralah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran. Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapatkan kepastian.

Jika ke klinik swasta kebiasaannya doktor akan buat scan ultrasound untuk lihat samada betul kehadiran janin pada tempatnya dan ada heart beat menandakan kandungan itu jadi. 
Jika ke klinik kesihatan pada awal trismester ni, tidak ada scan yang akn dibuat, hanya ujian air kencing pengesahan hamil dan beberapa ujian kesihatan semasa buka buku pink. Jangan lupa juga bawa ic isteri dan suami, sijil nikah, bil elektrik rumah untuk pengesahan alamat dan surat rujukan doktor jika ada. Jangan lupa jalani pemeriksaan berkala, ia bukan untuk doktor atau nurse tapi untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 

2# BERSEDIA FIZIKAL DAN MENTAL
Setiap individu itu berbeza. Adakalanya di awal kehamilan ibu akan mengalami loya atau pening kepala, tiada selera makan atau muntah, morning sickness. Rasa penat, lembik tak berdaya. Ada yang pada waktu pagi saja, ada pula yang dari pagi sampai petang. Macam saya lah tu 😁 Tapi jangan terkejut, ada juga 
yang langsung tidak mengalami alahan ketika hamil. Apapun ibu ibu perlu bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi perubahan ketika awal trismester kehamilan..

3# JAGA PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT
Penting sangat untuk jaga pemakanan yang sihat semasa mengandung terutamanya di awal kehamilan. Perubahan bentuk tubuh badan dan emosi ketika awal kehamilan kadang-kadang buat wanita mengandung tak lalu makan. 

Macam saya muntah teruk sampai saya fikir saya taknak makan supaya takde apa yang boleh keluar dari mulut. Ternyata apa yang saya buat itu salah. Walaupun tak lalu makan, usahakan untuk ambil pemakanan sihat cukup keperluan karbohidrat, protein, buah buahan supaya tubuh badan ibu ada tenaga. Jangan sampai tak makan, ia akan memburukkan lagi keadaan. 
Buat senaman yang sesuai supaya badan rasa lebih cergas. Jangan lupa amalkan suplemen vitamin yang sesuai untuk ibu hamil.

4# TAMBAH ILMU 
Sebenarnya bila kita merancang untuk hamil, masa tu kita dah mula perlu menggali ilmu sebanyaknya dalam menyiapkan diri. Tambahan pula bila dah disahkan hamil.
 
Sekarang dah banyak kelas prenatal yang dijalankan sama ada online atau offline. Begitu juga ada banyak forum, group atau media sosial lain juga yang berkongsi ilmu tentang kehamilan. 

Walau apa pun, setiap individu itu berbeza, malah bagi individu tersebut pun setiap kehamilan itu berbeza. Ya macam saya dah tiga kehamilan dan setiap seorang anak pengalamannya juga berbeza. Apapun ibu ibu tidak perlu takut, jika ada sebarang kemusykilan atau kerisauan dapatkan nasihat doktor. Sentiasa berfikiran positif, jaga emosi dan banyakkan berdoa. Semoga dapat melalui tempoh kehamilan dengan tenang dan gembira. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...