Saturday, September 21, 2013

^ Kenapa Susu Kurang ^

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengeluaran susu berkurang. Antara yang akan kita bincangkan di sini adalah: 1. Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Selepas saja kelahiran, kita perlu menyusukan bayi. Tidak perlu fikirkan samada ada susu atau tidak, pastikan lekapan yang betul dan terus menyusukan bayi. Kerapkan menyusu, kadar kekerapan sekitar 1-2jam. Terutama sekiranya bayi jaundis, lagi perlu kerapkan menyusu. Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!

2. Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul
Salah satu punca adalah bila memperkenalkan botol susu terlalu awal. Bayi boleh menjadi keliru puting dan bayi akan lebih suka menghisap dari botol berbanding dari susu badan ibu. Bila bayi dah rasa mudahnya mendapat susu dari botol, bayi akan merasa malas untuk bersusah payah menghisap dari badan ibu.
Lekapan yang tidak betul juga menjadi punca apabila hisapan tidak betul menyebabkan nipple luka dan ibu give untuk terus menyusui anak. Pastikan mulut bayi menganga besar dan melekap di sekeliling aerola dan bukan di nipple.

3. Emosi ibu kurang stabil
Ibu perlu mengawal emosi. Elakkan berasa stress, biarlah ibu anda atau suami yang menguruskan rumahtanggan. Faktor emosi mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Pastikan ibu mendapat rehat secukupnya. Apabila bayi tidur, ibu ambillah peluang untuk turut sama berehat dan tidur.

4. Bayi beralih bulan (growth spurt)
Kebiasaannya bayi yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt. Setiap bayi berlainan, ada yang seolah-olah tidak cukup susu, asyik menangis menghisap susu terlalu lama. Ada juga yang enggan menghisap susu.

5. Kurang menyusu waktu malam
Kerapkan menyusu pada waktu malam, jika bayi tidak terjaga, kejutkan bayi dengan mengusik pipinya dan meletakkan breast pada mulutnya. Atau jika baby anda jenis yang tidur lena hingga keesokkan hari, ibu kena la bangun untuk mengepam susu.

6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan. Jangan lupa untuk pam di tempat kerja, jangan tunggu penuh balik rumah baru pam. Berbincanglah dengan pihak pengurusan untuk mengepam di tempat kerja.
7. Ibu datang bulan (period)
Sesetengah wanita mengalami 'low milk supply' yang bersifat sementara semasa period. Ia boleh berlaku seminggu sebelum period sehinggalah 3-4 hari semasa period.
Ia berlaku kerana level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements).

8. Pengambilan ubat / kafien/ Ais
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafien dan ais yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.


Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau

Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...