Saturday, September 21, 2013

^ TIPS TAMBAH SUSU IBU ^

Pengalaman menyusukan anak-anak memang sangat mengujakan. Pahit getir nak mencukupkan tempoh menyusu dua tahun penuh liku-liku. Selain daripada mengikut perintah Islam untuk menyusui anak sehingga 2 tahu, sebagai ibu yang nak yang terbaik untuk anak-anak, kita tetap berusaha nak cari jalan macam mana nak banyakkan susu ibu. Macam mana nak tambah susu ibu.

Banyak sangat tips yang kita jumpa, tinggal lagi samada tips itu serasi dengan kita, atau berkesan pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya ingin kongsikan 7 tips untuk tambah susu ibu. Saya harap ianya dapat membantu kita sebagai ibu dalam mengejar impian untuk beri yang terbaik buat si manja. 


1. KERAPKAN menyusui bayi atau PAM

Walaupun rasa macam cukup ke tak susu aku ni, sikit ke banyak. Yang penting kerapkan penyusuan. Selepas bayi menyusu, boleh pam untuk keluarkan susu selebihnya dan kosongkan breast. Semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Berapa lama perlu pam, dicadangkan anda pam 15-20 minit setiap sesi, kalau dapat pakai double pam lagi bagus. Pengalaman saya mengepam menggunakan swing, 15minit pertama, sikit sikit keluar, sampai minit ke 15 laju je turun (let down). Ada customer saya yang dalam pantang cakap, "kak, susu saya bila pam keluar sikit je" "berapa oz" , "2oz je".. "berapa lama pam" "5minit" ... oh sayangku, bagi akak yang dikategori kurang susu badan, 2oz utk 5minit tu banyak jugak. akak awal pantang dapat 2 oz tu untuk 15minit. (Sebelum kenal Shaklee ). Keep pumping oke. 

2. MASSAGE breast atau TUAM
Sebelum sesi mengepam boleh massage dulu breast atau tuam di sekeliling breast.

3. MAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLIMEN
Ambil makanan yang seimbang, janganlah dalam pantang asyik makan nasi dengan ikan masin. Tingkatkan pengambilan makanan bersumberkan protein, karbohidrat dan kalsium. Ambil suplimen yang sesuai dan dipercayai. Set Menyusu Shaklee terdiri daripada set-set di bawah. Pilihan boleh dibuat berdasarkan keperluan dan budget masing-masing.
tambah susu
Set Menyusu Shaklee


4. AMBIL AIR SECUKUPNYA.
Kandungan susu ibu 88% adalah air.
(sumber : http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2012/Pdf/susu.pdf ) .Maka minum air secukupnya. Dicadangkan pengambilan air 3L sehari atau mengikut berat badan 1 liter bagi setiap 25kg berat badan.  

5. BERFIKIRAN POSITIF.
Jangan stress, tension rasa susu tak cukup, nanti lagi la takde susu yang akan keluar. Emosi mempengaruhi pengeluaran susu. Kekalkan rasa gembira, tenang semasa mengepam dan menyusui bayi. Tips kalau anda mengepam di pejabat, duduk di tempat yang selesa, lihat foto bayi anda yang comel tu, atau lihat keletah comel dia dia telefon canggih anda. Sangat mengujakan bukan. Percayalah ia sangat mempengaruhi. DAN ZIKIR. Sambil mengepam banyakkan zikir YA MAATIN, selawat dan sebagainya. Berdoalah semoga Allah mencukupkan rezki susu untuk anak anda.

6. MEMILIH PAM yang SESUAI

Sangat penting. Walaupun sebenarnya ia mengikut budget anda juga, tapi sebenarnya pemilihan pam turut mempengaruhi. Ianya merupakan pelaburan yang sangat berbaloi. Sekiranya anda ada budget pilihlah yang hospital grade, teknik yang berkesan dan cepat. Ada yang selesa manual tapi ramai juga yang tewas menggunakan pam manual apabila penyakit malas datang, penat tangan mengepam menyebabkan malas. Jadi pam elektrik sangat menjadi pilihan sekiranya anda memilih untuk menjadi pengepam susu yang tegar. Ada budget lebih, melaburlah untuk pam double pumping ;). Selalulah mengepam dan sesekali membuat power pumping. APAKAH itu, banyak laman yang membicarakan soal ini. Secara ringkas teknik ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran susuibu. Tekni ini adalah dengan mengepam 10minit sebelah kanan, 10 minit sebelah kiri dan bergilir mencukupkan sejam kalau menggunakan pam single. Kalau pam double, pam 10 minit rehat 10 minit sehingga  cukup sejam. Buat secara konsisten setiap malam selama seminggu.

7. SKIN to SKIN
Banyakkan skin to skin contact. Jangan terlalu sibuk mengepam, anda lupa untuk beri secara direct. Bila ada bersama bayi, lebihkan masa dengan memeluk bayi dan biarkan kulit bayi bersentuhan dengan kulit anda semasa menyusu. Its miracle.



Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang berhajat besar dan berhati mulia untuk menyusukan anak-anak. Memberikan yang terbaik untuk permata hati anda. Walau sebanyak mana susu yang anda dapat berikan, sentiasalah bersyukur. Dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah.

Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau
Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...