Showing posts with label Kenapa Susu Kurang. Show all posts
Showing posts with label Kenapa Susu Kurang. Show all posts

Friday, July 3, 2015

8 MASALAH PENYUSUAN IBU DAN CARA MENGATASINYA

Dunia penyusuan susu ibu penuh cabaran. Bukan semua ibu mampu untuk menyusukan bayinya. Kadangkala datang ujian yang membuatkan ibu putus asa untuk terus menyusukan bayi. Jom kita kenalpasti apakah masalah penyusuan yang biasa dihadapi dan apakah cara untuk mengatasinya


1# Puting susu leper dan sakit
Cara mengatasinya, puting susu sentiasa ditarik perlahan sehingga menonjol. Bagus juga jika dapatkan bantuan pam susu.

2# Puting melecet dan Sakit
Biasanya ia terjadi disebabkan posisi menyusukan atau cara bayi menghisap salah di mana puting meregang (belum sedia untuk disusui) dan hisapan bayi sangat kuat. 
Cara mengatasinya
- Mulakan menyusu dengan puting yang tidak sakit
- Susui sebelum bayi terlalu lapar Dunia penyusuan susu ibu penuh cabaran. Bukan semua ibu mampu untuk menyusukan bayinya. Kadangkala datang ujian yang membuatkan ibu putus asa untuk terus menyusukan bayi. Jom kita kenalpasti apakah masalah penyusuan yang biasa dihadapi dan apakah cara untuk mengatasinyaagar hisapannya tidak terlalu kuat
- Perbaiki cara menghisap, bibir bayi memenuhi kawasan aerola antara gusi atas dan bawah
- Jangan bersihkan puting dengan sabun atau alkohol
- Letakkan jari kelinking di sudut bawah mulutnya apabila ingin melepaskan mulut bayi selepas menyusu
- Picitkan sedikit susu untuk disapukan pada puting, biarkan puting kering sebelum mengenakan semula bra.
- Jika melecet tidak sembuh lebih seminggu

3# Payudara Bengkak
Sekitar 3-4hari payudara sering berasa lebih prnuh dan tegang disertai rasa sakit.
Tips mengatasinya:
Susui dengan kerap, keluarkan susu dengan pam atau perah guna tangan bila pengeluaran susu melebihi keperluan. Untuk kurangkan rasa sakit, tuam dengan air suam. Lakukan pengurutan mulai dari puting ke arah pangkal payudara.

4# Saluran Susu Tersumbat
Cara mengatasinya: Keluarkan susu dengan tangan atau pam, tuam dengan air suam sebelum menyusui kemudian lap dengan air susu.

5# Radang Payudara
Terjadi pada 1-3minggu selepas melahirkan. Tanda-tandanya adalah:
- Kulit payudara kelihatan kemerah merahan
- Payudara Mengeras
- Sakit dan berbenjol-benjol
- Bila disertai dengan demam dan sakit ambil ubat untuk meredakan demam dan hilangkan sakit
- Jika semua usaha gagal segera dapatkan pemeriksaan doktor

6# Tidak Boleh Menyusukan
 Ketidakbolehan ini disebabkan radang payudara, untuk sementara payudara yang tiada ini tidak boleh digunakan untuk menyusukan bayi.
Segeralah mendapatkan pemeriksaan bidan dan doktor. Selepas sembuh bayi boleh menyusu semula

7# Pengeluaran Susu Berkurangan
Ibu perlu jaga ketenangan fikiran, cukup rehat dan tingkat rasa keyakinan diri akan kemampuan menyusui bayi.
Dapatkan makanan yang berkhasiat dan minum tidak kurang 8 gelas sehari.
Tingkatkan kekerapan penyusuan.
Ambil suplemen Set Menyusu sekiranya diperlukan.

8# Keliru Puting
Elakkan beri bayi botol susu untuk mengelakkan bayi dari keliru puting. Suap susu dengan sudu.








Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat ✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ ✉ Email: hartini.badri@gmail.com ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, September 21, 2013

^ Kenapa Susu Kurang ^

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengeluaran susu berkurang. Antara yang akan kita bincangkan di sini adalah: 1. Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Selepas saja kelahiran, kita perlu menyusukan bayi. Tidak perlu fikirkan samada ada susu atau tidak, pastikan lekapan yang betul dan terus menyusukan bayi. Kerapkan menyusu, kadar kekerapan sekitar 1-2jam. Terutama sekiranya bayi jaundis, lagi perlu kerapkan menyusu. Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!

2. Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul
Salah satu punca adalah bila memperkenalkan botol susu terlalu awal. Bayi boleh menjadi keliru puting dan bayi akan lebih suka menghisap dari botol berbanding dari susu badan ibu. Bila bayi dah rasa mudahnya mendapat susu dari botol, bayi akan merasa malas untuk bersusah payah menghisap dari badan ibu.
Lekapan yang tidak betul juga menjadi punca apabila hisapan tidak betul menyebabkan nipple luka dan ibu give untuk terus menyusui anak. Pastikan mulut bayi menganga besar dan melekap di sekeliling aerola dan bukan di nipple.

3. Emosi ibu kurang stabil
Ibu perlu mengawal emosi. Elakkan berasa stress, biarlah ibu anda atau suami yang menguruskan rumahtanggan. Faktor emosi mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Pastikan ibu mendapat rehat secukupnya. Apabila bayi tidur, ibu ambillah peluang untuk turut sama berehat dan tidur.

4. Bayi beralih bulan (growth spurt)
Kebiasaannya bayi yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt. Setiap bayi berlainan, ada yang seolah-olah tidak cukup susu, asyik menangis menghisap susu terlalu lama. Ada juga yang enggan menghisap susu.

5. Kurang menyusu waktu malam
Kerapkan menyusu pada waktu malam, jika bayi tidak terjaga, kejutkan bayi dengan mengusik pipinya dan meletakkan breast pada mulutnya. Atau jika baby anda jenis yang tidur lena hingga keesokkan hari, ibu kena la bangun untuk mengepam susu.

6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan. Jangan lupa untuk pam di tempat kerja, jangan tunggu penuh balik rumah baru pam. Berbincanglah dengan pihak pengurusan untuk mengepam di tempat kerja.
7. Ibu datang bulan (period)
Sesetengah wanita mengalami 'low milk supply' yang bersifat sementara semasa period. Ia boleh berlaku seminggu sebelum period sehinggalah 3-4 hari semasa period.
Ia berlaku kerana level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements).

8. Pengambilan ubat / kafien/ Ais
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafien dan ais yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.


Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau

Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...