Sunday, September 4, 2016

Tips Edar Flyers Dengan Berkesan Sehingga Dapat Panggilan Dari Customer

Walaupun berbisnes online, flyers masih lagi menjadi antara tools marketing yang berkesan. Bukan semua orang online oke. Hari ini saya akan kongsikan tips edar flyers dengan berkesan sehingga mendapat panggilan dari customer


Hari ni saya menemani mak saudara yang membawa anaknya memasuki pertandingan bercerita di program Alam Ria Pasti Peringkat Negeri Selangor dekat dengan rumah saya ni. Memang meriah sangat. 

Jadi saya ambik peluang ini untuk mengedarkan flyers.
Sebentar tadi ada sahabat fb yang bertanyakan bagaimana saya mengedarkan flyers. Jadi saya janji dengannya saya akan kongsikan di blog hari ini.

Sebelum tu beliau bertanya berkesankah flyers. Alhamdulillah saya pernah mendapat ramai juga customer dari aktiviti edar flyers ni. Customer pertama yang saya dapat adalah beberapa tahun lepas masa edarkan flyers di sukan sekolah anak. Customer yang bukan saja beli malah join ahli Shaklee terus. Best kan.

Saya ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk edarkan flyers.

1) Ikhlaskan niat moga dengan flyers ni dapat bantu customer untuk masalah yang mereka hadapi. Niat baik insyaAllah Allah akan tolong kan

2) Kena ada flyers yang menarik. Boleh buat sendiri atau beli yang telah sedia ada. Macam Shaklee saya biasa beli dari Rekaneka atau dari sahabat saya Anis Suziana Ahmad. Jangan kedekut untuk invest sikit duit.

2) Dah ada flyers letak no contact ye. Nak senang cop je, bukan je mudah dari tulis tapi jugak kemas. Cop jenis self ink lagi bagus so ink cepat kering, flyers kita tak comot. Selain no fon letak sekali blog kita atau Fb contact kita.

3. Bila ada program, ekspo atau sebagainya boleh edarkan samada bagi pada tangan bakal customer atau macam saya prefer letak di kereta. Bagi by hand boleh tapi pastikan pada waktu tu barang bakal customer tak penuh di tangan dan berada dalam keadaan relaks. Contohnya masa dok semeja dengan kita ke. Bukan apa biasa terjadi bila bagi pada tangan orang yang tengah jalan-jalan dengan barang penuh di tangan mereka akan buang je. Yang taknak ambik pun pernah tau. Sedih kan tapi jangan kecil hati. Biasa la tu. Nak berjaya mesti diuji dulu kan. Pengalaman semua tu


4. Saya prefer letak di kereta. Pastikan cuaca panas, tak berpotensi untuk hujan. Kalau tak sian flyers kita basah.

5. Selitkan di tombol pintu kereta bahagian pemandu atau bahagian cermin pemandu jika takde tempat selit di tombol pintu. Jangan letak di bahagian wiper cermin penumpang. Bukan pe buatnya takde penumpang waktu tu prmandu dah masuk kereta, kereta dah jalan malas pulak nak keluar tapi menghalang pandangan. So guna je wiper untuk buang. Hihi macam pernah buat je kan. Jadi kita mudahkan keja mereka, letak di bahagian yang mudah dicapai.

Customer saya tu dulu saya tanya mana dapat contact saya. Katanya "bulan lepas ada dapat flyers kat kereta. Suami ambik letak dalam kereta. Ni baru saya tengok."
Ha hasil kadang bukan sehari dua tau. Sabar.

Edar flyers

6. Boleh juga selit di peti surat rumah. Rumah jenis apartment atau kuarters lebih mudah kan. Mulakan dengan kawasan rumah kita sendiri oke.

7. Upah orang untuk edarkan flyers. Saya pernah buat dulu masa saya bekerja sebagai Marketing Executive di sebuah kedai komputer. Saya design flyers promosi bulanan dan print setelah dapat approval bos. Pergi ke kedai edaran surat khabar bagi kawasan tu. Pilih suratkhabar mana yang hendak diselitkan. Biasanya edisi hari minggu. Bayar pada kadar yang ditetapkan. Duluuuuuu pada tahun 2007 kadar sehelai adalah 4sen, sekarang tak tau sebab saya edar sendiri je. Dulu guna duit company hihi. So korang boleh cuba juga cara ni oke, cuma sekarang risikonya tak ramai beli suratkhabar dah sebab baca online je tapi masih ada lagi tau yang beli dan baca. 

Oke cukup 7 tips untuk korang cuba. Tips akan berkesan jika kita buat. Kalau tak buat orang sekarang kata "apa pun tak boleh"

Jangan lupa sambil edar flyers sambil baca doa ni ye

Juga doa ni

Antara doa favourite saya selain doa spesifik apa yang kita harapkan dari usaha kita tu.

Oke itu saja, ingat ye kalau kita tak buat orang lain akan buat. 
Man Jadda Wa Jadda. Sapa usaha kuat dia yang dapat. 

Maka berusahalah.

Selamat berjaya!

Love
Tinie Badri




25 comments:

  1. Wahh..tips yg sangat menariks n..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Bestnya...thanks..tips yg sgt ohsem..

    ReplyDelete
  4. Bestnya...thanks..tips yg sgt ohsem..

    ReplyDelete
  5. TQ kak tinie... sharing tips yg bermanfaat :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih utk tipsnya..Mmg dh plan nk edar flyers..ternampak pulak tips ini..mmg sgt membantu..:)

    ReplyDelete
  7. tips yg sangat berguna

    insya Allah sy akan try utk aplikasikan

    semoga kebaikan ilmu ini dpt terus disebarkan dan memberi manfaat kpd org lain juga

    ReplyDelete
  8. Tq kak..memang plan nak pergi edar flyers ni. Tips akak sangat membantu! =)

    ReplyDelete
  9. Tip yang bagus sebab saya biasa letak kat viper jer..
    TQ Sis

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah.....tip yang sangat bagus...terima kasih atas perkongsian...harap bermanfaat pada semua org,......trm ksh banyak2..mg puan murah rezeki.....

    ReplyDelete
  11. Thanks sis for sharing this tips... Btw sy juga distributor shaklee dan juga dealer Simkad Onexox... Nak try simkad Onexox plak..roger2 0193137187 (fauzan)

    ReplyDelete
  12. Tq sis pun baru Nk berjinak dgn coway Penapis air udara tq atas sharing... Siapa yg Berminat Nk bli Penapis air atau udara blh la wasap sy 01156533853.. Ada gift menarik dari saya

    ReplyDelete
  13. As salam...sy baru nk buat apa yg sis ajarkan...doakan sy ya sis..berjaya cam sis..tq

    ReplyDelete
  14. terima kasih untuk info ini :D

    Solusi No Satu Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas Klik link.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...