Friday, November 3, 2017

INGIN HAMIL, INI 10 CARA MUDAH UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

Kesuburan ialah peluang untuk mendapatkan anak. Pasangan yang subur mempunyai peluang yang tinggi untuk memiliki anak. Bagi mereka yang berusaha untuk mendapatkan anak perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana untuk meningkatkan tahap kesuburan. Jika anda berniat untuk memperbaiki kesuburan dengan cara semulajadi, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan.


IKUTI 10 TIP MENINGKATKAN TAHAP KESUBURAN SECARA SEMULAJADI INI

  1. MENJAGA BERAT BADAN
    Berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan dapat mengganggu proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17% hingga 21% agar dapat mengalami ovulasi secara teratur.

    Wanita kurus atau gemuk yang kitaran haidnya tidak teratur akan lebih subur dan teratur haidnya jika dia berusaha mendapatkan berat badan yang ideal. Memiliki BMI yang lebih tinggi dari 25 dapat meningkatkana banyak masalah kesihatan seperti PCOS yang mengganggu kitaran menstruasi anda dan menghalang perancangan anda untuk hamil tanpa komplikasi. Bersenamlah dengan teratur dan jaga pemakanan usaha untuk mendapatkan BMI yang ideal.
  2. MEMILIH MAKANAN ORGANIK
    Yang ini mungkin ramai tak perasan. Saya sendiri tak menyedarinya dulu. Tapi sekarang makanan di rak organik menjadi pilihan.
    Pelbagai kajian menunjukkan bahawa insektisid dan racun perosak mempunyai pengaruh negatif terhadap hormon progesteron. Progesteron ialah hormon yang berfungsi menumbuhkan dan mematangkan sel telur, serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron kehamilan tidak mungkin terjadi.Berhati-hati dengan sayur-sayuran juga buah-buahan yang membanjiri pasar kerana ia mungkin mengandungi racun serangga.
  3. MEMPERBAIKI POLA MAKANAN
    Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan tahap kesuburan. Vitamin C, E, dan B Complex terutama B6 sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormon. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta biji-bijian yang mengandungi lemak pati seperti soya, ulam-ulaman dan kacang tanah. Makan dengan pola makan yang seimbang jangan terlalu banyak lemak kerana akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

    tips hamil dengan cepat
  4. MENGURANGKAN STRESS
    Anda perlu mengawal stress, kurangkan beban fikiran dengan cara memperbanyakkan rekreasi berehat dan bersenam. Stress membuatkan hormon dalam tubuh menjadi tak seimbang seterusnya menyukarkan ovulasi.
  5. TIDUR YANG CUKUP
    Hasil kajian menunjukkan wanita yang kurang tidur kesuburannya memiliki kadar leptin yang rendah. Leptin ialah hormon yang mempengaruhi rasa lapar dan berat badan. Kadar Leptin akan menurun jika anda tidak cukup tidur. Cuba untuk tidur 7-8jam sehari
  6. MENGAMBIL SUPLEMEN YANG SELAMAT
    Dengan mengambil suplemen bagi menutup lompong kosong akibat kekurangan nutrisi dipercayai dapat meningkatkan kesuburan. Ada yang memilih untuk mengamalkan jamu tradisional. Boleh namun perlu berhati-hati dalam mengamalkan jamu tradisional. ada antaranya tidak selamat kerana pemprosesannya tidak bersih sehingga mengandungi aflatoksin (racun dari kulat tepung yang dapat menyebabkan ganggguan fungsi hati atau kanser hati.)


  7. MELAKUKAN PERSETUBUHAN SECARA TERATUR
    Melakukan persetubuhan secara teratur mampu mengawal kitaran haid atau kesuburan anda. Sekaligus menunda penurunan kadar estrogen ketika usia anda bertambah. Kedua-dua perkara tersebut dapat meningkatkan kesuburan. Demikian menurut penelitian Einnifred Cutler, PhD, pengasas Athena Institute di Chestar Springs, Pennsylvania

  8. MENGHENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK
    Kajian menunjukkan rokok dapat meningkatkan risiko menopause awal. Racun dalamp nikotin boleh mengganggu ovulasi. Menghentikan kebiasaan merokok dapat melindungi kesuburan anda.

    tips bagaimana mudah hamil
  9. MEMBERSIHKAN RUMAH DAN MENCUCI TANGAN
    Bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk pembersih rumah ternyata dapat menurunkan kesuburan. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Enviromental Health Perspectives menyatakan bahawa perempuan dengan kadar PBDE (polybrominated diphenyl ethers) pada darah yang tinggi memerlukan masa dua kali lebih lama untuk disenyaawakan telurnya dari mereka yang memiliki PBDE yang rendah. (PBDE terdapat bahan pencegah api pada beberapa mainan, plastik dan bahan pakaian). Bahan kimia ini dapat mengubah fungsi hormon thyroid dan mengganggu kadar hormon seks. PBDE juga mampu bertahan hidup dalam debu yang kita sedut atau kita sentuh. Oleh itu cucilah tangan setiap kali anda selesai melakukan sebarang aktiviti untuk membunuh pelbagai jenis racun yang melekat di tangan.
  10. MAKAN AISKRIM
    Wah peminat aiskrim mesti suka dengan berita ini. Menurut kajian dari Harvard School of Public Health, Boston, semua produk olahan susu dengan lemak penuh seperti keju, aiskrim dan susu) dapat membantu anda untuk hamil.

    tips cepat hamil
    Berdasarkan hasil penelitian yang diterbitkan dalam jurnal kesihatan Nurses Health Study yang dilakukan oleh Dr Jorge Chavarro, di Harvard University ini menyatakan aiskrim diyakini mampu meningkatkan kesihatan alat pembiakan yang lebih baik. Bagaimanakan Dr Jorge tidak menyarankan untuk makan aiskrim tiga kali sehari, Cukup hanya mengubah makanan rendah lemak dengan produk susu olahan kaya lemak sehari sekali.
    Dr Richard Fleming dari Glasgow Centre for Human Reproduction menyatakan perempuan yang menjalani diet rendah lemak harus hati-hati dengan kemandulan.

Amalkan tips-tips ini dan jangan berputus asa, teruskan usaha dan teruskan berdoa. Moga berjaya usaha mereka yang ingin hamil.


 Pengedar Sah Shaklee : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Tanjung Malim, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK




Saturday, October 28, 2017

Tips Bagi Mengelakkan Masalah Angin Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Masalah angin atau pedih ulu hati ketika hamil buat ibu rasa sangat sakit dan tidak selesa.
Bagaimana nak menangani masalah angin bagi wanita hamil. Masalah kejadian angin di dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Namun oleh kerana tidak tahan dengan rasa ketidak selesaan ibu seharusnya kenalpasti punca dan ketahui bagaimana untuk mengelakkannya daripada berulang.



masalah pedih ulu hati ketika hamil

Bagaimana Masalah Angin, Pedih Ulu Hati Ketika Hamil Berlaku?
Bila masalah angin ini berlaku, bahagian ulu hati (hiatus hernia) akan terasa pedih. Ini disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophogus. Ia menjadi semakin teruk bila usia knadungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Jadi ibu tidak perlu bimbang.



 Tips Bagi Mengelakkan Masalah Angin Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

  • Sebaiknya elakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak
  • Elakkan makanan yang bergoreng atau mengandungi herba.
  • Elakkan makanan berempah dan pedas.
  • Sekiranya anda merokok, cubalah untuk kurangkan atau berhenti terus
  • Jangan membongkok atau baring selepas makan
  • Sekiranya ia sering berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur
  • Sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal lain di bahagian belakang
Suplemen Yang Selamat Yang Dapat Membantu Masalah Angin Dan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil



Ostemarix- pil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D ini dapat membantu meneutralkan asid yang berlebihan di dalam badan


Peppermint Ginger Plus - mengandungi herba pudina, halia yang dapat melegakan ketidakselesaan perut


ESP - minuman protein soya ini bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid. Membantu membina sel-sel baru menggantikan sel yang telah rosak dihakis oleh asid.



Anda boleh klik di sini untuk pembelian SET PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL
Pembelian boleh melalui pembayaran Kad Kredit atau Kad Debit.


 Set Pedih Ulu Hati.


ATAU 
https://mohkitasihat.blogspot.my/p/daftar-ahli-di-sini.html


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Tanjung Malim, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 

GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!

Tuesday, October 17, 2017

11 TIP ATASI MASALAH RESDUNG

Jika hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus, berkahak (terutama pada waktu pagi) serta mata berair? Jika Ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.Tanpa kita sedar persekitaran kita menjadi punca masalah resdung ini menjadi lebih teruk. Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Kegagalan merawat alahan itu membawa kepada gejala resdung dan penyakit yang lebih bahaya di dalam rongga sinus. Sekiranya dikesan resdung dalam keadaan kritikal anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan malah mungkin membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti barah.


cara merawat resdung
 LANGKAH UNTUK MENGATASI RESDUNG
Berikut merupakan langkah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah alahan resdung


  1. Elakkan membela haiwan peliharaan berbulu di dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing
  2. Elakkan menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan sintetik (tiruan)
  3. Elakkan daripada menggunakan tilam dan bantal yang diperbuat daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung tilam/ bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  4. Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  5. Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu
  6. Berhat-hati bagi pengguna katil bawah sebab anda akan menyedut segala habuk daripada tilam di atas
    CARA SEMBUHKAN RESDUNG
  7. Selalu basuh tuala, pakaian dan sebagainya sehingga bersih dan segar
  8. Simpan pakaian dalam almari yang bertutup dan elakkan penggunaan langsir yang berat dan banyak kain.
  9. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan/peralatan rumah
  10. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah dan perabot
  11. Jangan mengambil makanan yang anda alah padanya.

Cuba elakkan 11 perkara ini jika anda nak elakkan gejala resdung. InsyaAllah dapat membantu.

BACA SETERUSNYA
 CARA MENGUBATI RESDUNG CEPAT SEMBUH SEMUDAH A B C !



Sunday, October 15, 2017

TIPS ELAKKAN PENYEBAB KANSER DI RUMAH

Kanser merupakan antara penyakit yang digeruni buat masa kini. Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.Tanpa kita sedar ada beberapa amalan yang menjadi penyebab kanser termasuklah amalan di rumah. John Hopkins University di Amerika Syarikat telah menyarankan beberapa panduan untuk pencegahan kanser yang bermula di rumah.




Antaranya ialah

  1. Tidak memanaskan makanan yang dibungkus dengan plastik di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini kerana plastik boleh melepaskan dioksin yang dianggap racun di dalam tubuh.

  2. Tidak memasukkan botol plastik berisi air ke dalam peti simpanan beku. Menurut Dr Edward Fujimoto, botol plastik berisi air yang dibekukan akan melepaskan dioksin ke dalam air.
  3. Tidak menggunakan bekas plastik untuk memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro. Anda disarankan untuk menggunakan bekas seramik atau "tempered glass" (kaca yang telah melalui proses pemanasan untuk memanaskan makanan.
  4. Aditif Makanan. Jauhi makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan, pewarna, pewarna, perasa, penstabil, lemak palsu, gula buatan dan pengawet.

  5. Awasi Produk Penjagaan Peribadi. Racun-racun ini bersembunyi dalam pandangan biasa di rak dan di dalam laci bilik mandi anda. Senarai bahan-bahan toksik termasuk pelindung matahari, sabun, syampu, detergen dan-seperti yang dinyatakan sebelum ini termasuk ubat gigi. Sodium lauryl sulfate adalah degreaser biasa yang digunakan secara praktikal bagi setiap sabun, syampu dan ubat gigi di pasaran hari ini. Kompaun ini telah digunakan dalam kajian untuk mendorong mutasi bakteria dan merengsakan kulit. Ia juga menunjukkan boleh memasuki
    jantung, hati, paru-paru dan otak daripada sentuhan kulit dan telah terbukti mengekalkan tahap sisa sekali di dalam organ ini.
  6.  Akhir-akhir ini pelbagai bahan kosmetik dan produk penjagaan wajah bagi memutihkan dan mencerahkan berada di pasaran. Tanpa kita sedar, dalam keghairahan ingin kelihatan cantik di mata manusia kita membahayakan nyawa kita. Antara bahan toksin yang merbahaya yang biasa ada dalam kosmetik seperti  Paraben, Lead, Aluminium, Formaldehyde, Toluene, Triclosan.






 Mencegah lebih baik dari mengubati, Sama-samalah kita elakkan penyebab kanser di rumah ini.




Wednesday, October 11, 2017

Leptospirosis Kencing Tikus: Pengalaman Merawat Penyakit Kencing Tikus

Kencing tikus bahaya. Tu persepsi pertama bagi saya bila baca berita di akhbar tentang  beberapa kematian disebabkan  kencing tikus. Selebriti Din Beramboi dan Izwan Pilus adalah antara yang meninggal dunia mengejut disebabkan kencing tikus. Jadi bila adik saya sendiri yang didiagnos doktor kena penyakit kencing tikus ni Allah je yang tahu betapa risaunya hati ini. 
kencing tikus

Sebelum saya kongsikan pengalaman yang diceritakan oleh adik saya bekas pesakit penyakit kencing tikus ini. Saya kongsikan sedikit info mengenai apa itu penyakit kencing tikus, Simptom-simptom penyakit kencing tikus, bagaimana untuk mencegah dari terkena penyakit kencing tikus, komplikasi atau akibat daripada penyakit kencing tikus dan apakah tindakan jika mengalami simptom kencing tikus ini. 

TANDA KENCING TIKUS

Ini kisah pengalaman adik saya sendiri kena penyakit kencing tikus. 

TANDA KENCING TIKUS
Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos. .Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan. .Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 
KENCING TIKUS PEMBUNUH SENYAP
.Di sini saya diberitahu saya kena  virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. .
RAWATAN DI ICU
Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat. .
SUPLEMEN YANG DIAMBIL UNTUK MEMBANTU KUATKAN IMUN PESAKIT KENCING TIKUS
Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut. .Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu. Alhamdulillah syukur sangat.


.Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4TESTIMONI 45 : MOHD AMIRUL BIN BADRI

Syukur Alhamdulillah saya pun lega sangat bila tengok dia sihat. Ye la dia orangnya sangat aktif bila tiba-tiba jatuh sakit memang semua orang terkejut. Kena pulak penyakit yang jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan kematian. Nauzubillah. 

Bagi mereka yang ada ahli keluarga atay sahabat yang kena penyakit kencing tikus cubalah ikhtiar berikan yang terbaik. Set Penyakit Kencing Tikus ini bagi menguatkan imun badan seterusnya membantu melawan virus kencing tikus. 

TIPS RAWAT DENGGI



Dapatkan Set Penyakit Kencing Tikus sekarang.

Anda boleh klik di sini untuk pembelian 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=26c5553872d3a2e9df90b8f8ffb615c5


ATAU 
https://mohkitasihat.blogspot.my/p/daftar-ahli-di-sini.html


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Tanjung Malim, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 

GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!


Monday, October 9, 2017

Luka Czer Terbuka & Berdarah Kembali, Apa Nak Buat Supaya Luka Cepat Sembuh


Bila bersalin secara czer dan luka czer terbuka dan berdarah kembali itu memang menakutkan. Pengalaman saya bersalin czer setiap hari  nak melihat luka pembedahan dengan harapan janganlah tempat luka itu berdarah atau bernanah. Jika luka bersalin czer itu bernanah itu lagi membimbangkan. Mari kita ikuti kisah ibu muda ini bagaimana beliau berhadapan dengan luka bersalin yang berdarah kembali.  



Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel  bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta.
PENDARAHAN LUKA PEMBEDAHAN PADA HARI KESEMBILAN
Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu.
SUPLEMEN YANG MEMBANTU LUKA CEPAT KERING
Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu Anie pun mendaftar sebagai ahli. Alhamdulillah dalam satu minggu konsisten pengambilan kesemua suplemen dan vitamin itu, luka pembedahan Anie jadi kering dan beransur pulih. Tiada lagi pendarahan
.
luka bersalin czer bernanah.
Kemudian, Anie mula menambah koleksi suplemen dan vitamin yang lain iaitu Alfalfa Complex, Ostematrix, Omega Guard dan B- Complex sehinggalah lengkap Set Penyusuan Anie. Alhamdulillah, asbab pengambilan set ini susu jadi pekat dan meriah. Anak cepat kenyang dan jarang sangat meragam. Jika waktu bekerja Anie akan menjalankan dua sesi untuk mengepam susu untuk pastikan bekalan susu anak sentiasa cukup. Alhamdulillah sepanjang dua tahun berjaya menyusukan anak tanpa putus bekalan. Walaupun hakikatnya terdapat pelbagai halangan yang mendatang.
.
BONUS, SUSU IBU BERTAMBAH BANYAK DAN PEKAT
Pengambilan ESP setiap pagi menjadikan susu lebih pekat, apabila pekat anak akan rasa cepat kenyang. Miss B pun cepat penuh tau sepanjang pengambilan set lengkap menyusu ini. Bonus yang Anie perolehi ialah berat kembali seperti sebelum hamil. Inilah #shakleeeffects yang Anie alami. Kesemua ini membuatkan Anie mendapat bekalan tenaga yang berpanjang serta kekal aktif sepanjang hari.
.

Hinggalah sekarang, Anie masih lagi mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee tersebut pada setiap hari walaupun pada 11 September 2017 Anie telah berjaya menyusukan penuh Ammar Izzariel tanpa tambahan susu formula. 
.

Alhamdulillah terima kasih Allah dan Shaklee sebab membantu Anie dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Anie dah alami #shakleeeffects, anda bila lagi?

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 38 : NURAINY MD JALI

Bagi mereka yang mengalami masalah yang sama seperti Puan Anie. Boleh hubungi Kaktinie untuk konsultasi di talian 012-2812952 

Anda boleh klik di sini untuk pembelian 



 Set Berpantang Lengkap.


ATAU 
https://mohkitasihat.blogspot.my/p/daftar-ahli-di-sini.html


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Petronas Tg Malim
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 

GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!



.

Friday, October 6, 2017

Pengedar Shaklee Slim River Yang Paling Best

Bagi mereka yang ingin cod Shaklee Slim River Perak saya di sini sedia membantu. Khas untuk warga Slim River Perak 
Malah saya juga boleh cod Shaklee Behrang dan Tanjung Malim. 


Semalam saya berkesempatan cod Shaklee di Hospital Slim River. Alhamdulillah beliau memang peminat setia Vivix. Memang takkan  lepaskan peluang bila ada promosi Vivix.  



Antara khidmat yang saya boleh berikan kepada anda sebagai pengedar Shaklee kawasan Slim River, Perak ialah :

1) Penghantaran secara percuma produk Shaklee terus ke pintu rumah anda atau boleh juga set lokasi cod Shaklee di kawasan yang mudah 

2) Konsultasi secara berhadapam (face to face) supaya kesan yang lebih positif diperolehi

3) Memberikan bimbingan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dalam bisnes Shaklee

4) Kepakaran dalam Kesihatan dan Kecantikan  Wanita, Kesihatan Lelaki, Nutrisi Ibu Hamil dan Nutrisi Ibu Berpantang.

Oleh itu, orang-orang Slim River Perak,jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee Slim River, Perak ini. InsyaAllah.  Servis dan konsultasi saya yang paling tip top diberikan khas untuk mereka yang membeli dan menjadi ahli bawah saya. 

Hubungi saya sekarang supaya anda tidak terlepas peluang mendapatkan konsultasi terbaik ini.

Hartini Badri
0122812952

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.