Thursday, October 16, 2014

^RAHSIA KULIT CANTIK DENGAN ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE ^

 Assalamualaikum , apa khabar semua. Hari ni kita nak sembang tentang RAHSIA KULIT CANTIK dengan ESP Shaklee. Aha nak tau tak kenapa ESP ni antara yang menjadi pojaan hati semua orang. Haa antara sebabnya ialah ESP membantu untuk mereka yang ingin kulit yang cantik dan awet muda. Siapa tak suka kulit cantik kan. Jangan kata gadis remaja je, mak mak budak pun nak tahu rahsia kulit cantik jugak kan. Bukan cantik untuk siapa pun, untuk suami jugak kannn.


Kita tahu bahawa protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai orgah dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Apa yang Protein buat untuk kulit. IA
  • merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • mengurangkan kedutan
  • agen anti penuaan
  • mengembalikan radian kulit
  • mengurangkan kesan parut
  • menganjalkan kulit
  • awet muda


Oke ceritanya, setiap 21hari, sel kulit lama akan mati, sel kulit baru akan dihasilkan tapi kan jangan tahu sebab sel kulit baru ni akan copy balik sel kulit lama. Jadi kulit kita akan nampak kusam disebabkan sel kulit baru duplicate sel kulit lama tadi. Rugi la kan. Jadi ambiklah ESP ni. ESP membantu membekalkan protein. Protein sangat penting untuk membantu menghasilkan sel kulit baru yang lebih gebu, bersih, licin dan cantik berseri.
Oh selain itu, ESP juga bantu kulit (bukan kat wajah je tau ;) ) menjadi lebih anjal bergetah, gebu, cerah dan licin. Wahhh gitu. 

Masalah Kulit Macam Mana Yang Perlukan ESP Shaklee ini?
  • Kulit berjerawat - ESP membantu mengurangkan jerawat
  • Kulit berjeragat - ESP membantu memudarkan jeragat
  • Parut jerawat - ESP membantu mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat
  • Kulit berminyak - ESP membuat kulit seimbang tidak berminyak
  • Kulit kusam - ESP menaikkan seri wajah dengan penggantian sel kulit lama

 Jadi, apa nak buat. Silalah konsisten minum ESP setiap hari. Macam Tinie suka bancuh 3 sudu setiap pagi menggantikan sarapan. Lepas tu kan konsisten buat masker ESP. Best kan dalam dapat, luar pun dapat hanya dengan membeli satu tin ESP. Meh nak belanja beberapa gambar testimoni.

Jerawat tiada, kulit semakin berseri

Parut jerawat semakin pudar


Masalah Kulit berminyak, berjerawat dan berparut kini tiada lagi

Kulit semakin cerah dan berseri
Jerawat kecut dan surut


Oh ye Tinie nak bagitahu bulan Oktober 2014 ni, ESP Shaklee PROMO Buy 6 Free 1 tau. SANGAT MURAH DAN BERBALOI. Jadi kalau nak grab peluang ni masih sempat oke.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Tuesday, October 14, 2014

^PROMOSI ESP UNTUK OKTOBER 2014^

 Assalamualaikum, hai semua. Bulan ni memang best la bila Shaklee  buat promosi ESP ni. Confirm harga murah bila promosi BUY 6 FREE 1. Ramai yang borong pada saat ni tau.

Mengapa ye orang suka sangat dengan ESP. Ikut pengalaman Tinie kan kalau bukan masa promosi pun berduyun orang membeli ESP ni. ENERGIZING SOY PROTEIN. nama pun hebat kan. Nak tahu tak bila sebenarnya kita memerlukan ESP ni. Adakah anda mengalami masalah berikut?
★Kulit wajah yang kusam?
★Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
★Kuku mudah pecah?
★Rambut rosak serta sering gugur?
★Lemah/keletihan dan tidak bertenaga?
★Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan?

 Ini bermakna tubuh anda kekurangan Protein. Pengambilan ESP yang tinggi protein ini, InsyaAllah dapat membantu anda.


Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.
"Sekiranya hanya ada satu pilihan suplimen sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu."-Petikan sebuah blog.

Patutlah ramai teruja bila tau bulan ni promo ESP.

#PROMO ESP(energizing soy protein)
BUY 6 FREE 1, APA YANG ANDA AKAN DAPAT
♡ PERCUMA 1 tin ESP.
♡ PERCUMA keahlian Shaklee untuk seumur hidup.
♡ PERCUMA penghantaran terus ke rumah Anda
♡ Cash bonus pd 15 November 2014.
♡ PERCUMA konsultasi eksklusif dari saya.
♡ PERCUMA pelbagai kebaikan ESP.
♡ Dpt menjadi sebahagian daripada ahli keluarga #SGW
♡ PERCUMA tunjuk ajar untuk berbisness dengan #shaklee


Pilih kombinasi set pilihan anda. Apa lagi pakat2 la share order ngan keluarga saudara mara atau kawan kawan opis.. manyak untung lorrr.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Friday, October 3, 2014

^ Dulu benci, sekarang cinta ^

Salam Jumaat.Special hari ni nak cerita tentang kisah dulu benci sekarang sayang? Benci Shaklee ke macam group Asal bukan Shaklee tu. Hah sabar.

Nak tahu tak sikit kisah cinta Tinie dan suami. Ahakz malu. Oke kami ni sebenarnya satu office masa di sebuah syarikat IT iaitu Virtual Softnet Solutions. Abang Rosdi ni Manager bahagian Teknikal. Saya pula Eksekutif di bahagian Pemasaran. Tinie close mestilah dengan bos bahagian pemasaran kan, sorang kakak ni. So bos- bos depatment selalu la tak sekepala dulu. Hihi.. biasa la masing-masing nak jaga nama baik department. So tinie pun biasa la nampak Bos department lain tu ada je tak kena nya. Siap cakap kat bos marketing tu. " Eii benci betul dengan abang Uddi tu. Dia je betul" hahaha . Kak tu pulak balas " kamu buat le, benci-benci nanti sayang" . Tau tak ku jawab ape." Ish sori la Kak Ti, takmo la dia tu.kuat hangin" haha



Tapi kami tak lah selalu gaduh. Kadang-ladang je tak tahan dengan angin puting beliung dia  hihi. Abang Uddi ni dalam garang suka tolong orang. Kalau ku kena stayback buat tender, dia pun tolong jugak. Kadang lepas habis buat kerja dia belanja la char kuey tiaw kegemaranku dulu, belakang stadium Manjung. Kadang baik. Kadang gaduh. Dua-dua kepala angin. Macam tu lah. Dulu balik keja cerita la dengan mak gitu gini Abg Uddi tu. Geram betul. Mak balas "Kamu ni asyik cerita Abg Uddi je, kang kawin dengan dia." " Eh takmolah, kak ngah rasa nak padan je dengan anak Mak Cik tu, baru padan lebih kurang sebaya" Amboi kau siap nak kenen kenen kan orang.

Masa berjalan, Abang Uddi dapat offer yang lebih baik,  kami pun bawa haluan masing-masing. Sehinggalah satu hari tu, hari raya, ada rakan ofis datang rumahku. Lepas tu kakak tu ajak aku pergi beraya rumah Abang Uddi ni, ikutlah. Tetiba akak tu kata tak dapat nak hantar balik, dia suruh Abang Uddi tu hantarkan. Hmmm bermula situ la kami bersembang dan bermula cewah. Akhirnya beberapa bulan lepas tu bersatu sebagai suami isteri. Dan kini bahagia bersama dengan dua puteri kami Nur Syaza Ardini dan Nur Aira Raudhah. Ternyata Dedi is the best father and husband in da world.






Hahhh macam tu la kisahnya dia yang dulu ku benci kini insan yang paling ku cinta. Sebab tu orang tua dah pesan jangan benci sangat. Sama la kalau ada korang yang benci dengan suplimen, benci dengan Shaklee. Sebab tak tahu satu hari kita dah kenal hati budi. Kita baru tau dia taklah seburuk yang kita sangka dan Akhirnya kita dah jatuh cinta kan.

Maka besederhalah dalam semua perkara. Oke habis. Semoga hari Jumaat ini mendatangkan bahagia buat semua. Doakan kami sekeluarga sihat,dikurniakan zuriat soleh dan solehah bahagia dunia dan akhirat ye.  Assalamualaikum.



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ ✉ Email: hartini.badri@gmail.com ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, October 2, 2014

^APA NAK BUAT BILA BENGKAK SUSU^

Assalamualaikum hai apa khabar semua. Hari ni nak sembang tentang BENGKAK SUSU. Sebelum kita tengok APA NAK BUAT BILA BENGKAK SUSU. Tau ke apa itu bengkak susu.


Bengkak susu ni terjadi pada ibu-ibu yang menyusui bayi. Dan biasanya ini terjadi pada minggu awal kelahiran bayi. Pada waktu ini susu ibu biasanya semakin banyak. Apa yang kita rasa masa bengkak susu ni payudara membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Kalau bengkak tu serius boleh membawa sehingga demam,
apa nak buat bila bengkak susu


SAKIT KE? Pada Tinie yang pernah mengalaminya, sangat sakit. Sangat tidak selesa. Dalam keadaan berpantang secara pembedahan, luka masih belum sembuh, kena pulak bengkak susu. Bayi pula merengek ingin menyusu. Tinie pernah kena masa tu tengah malam, tiba-tiba badan naik seram sejuk. Sejuk yang teramat sangat, jenuh berselimut bagai. Tinie menangis kesakitan memanggil suami yang sedang tidur. Kecoh satu rumah pada masa tu. Payudara terasa berdenyut-denyut sangat. Nur Aira Raudhah yang berusia 5hari ketika itu pula menangis kelaparan. Patutlah lama Aira dok bergayut dengan mami. Rupanya susu blocked tak keluar.

Apa yang Tinie buat bila BENGKAK SUSU. Disebabkan saya mengalami demam kesejukan.
1. Adik Tinie urut kaki  dengan minyak panas
2. Mak  beri air panas untuk minum
3. Sebab ketika itu sangat sakit, kakak ipar berikan paracetemol untuk tahan sakit.
4. Kakak ipar berikan Kobis untuk dilekap di payudara

bengkak susu shaklee
Alhamdulillah agak lega. Tetapi bengkak itu masih belum surut. Masih ada susu tersumbat tak boleh keluar. Jadi apa Tinie buat

1. Ambil towel rendam air panas, tuam di sekeliling payudara.
2. Mandi dengan air panas.
3. Urut dengan sikat di sekeliling payudara
4. Mengepam susu sambil mengurut-ngurut bahagian blok dan bahagian bawah ketiak
5. Menyusukan bayi dengan memastikan bayi melekap dengan betul
6. Menyusu dengan kerap setiap 1-2jam sekali dan saya akan pastikan anak isap di kedua-dua belah.
7. Pakai coli menyusu yang sesuai dan tidak ketat


Dan apa suplemen Shaklee yang dapat membantu untuk masalah bengkak susu. Ya. LECITHIN.
LECITHIN MEMBANTU MASALAH BENGKAK SUSU
Lecithin membantu melembutkan dan mencairkan sumbatan pada salur susu. InsyaAllah memang sangat membantu. Tinie sendiri pernah mendapat pelanggan yang kelam kabut menelefon inginkan Lecithin dihantar hari itu juga apabila beliau yang dalam pantang kena bengkak susu ini.
Alhamdulillah dengan tips yang diberikan dan Lecithin yang diambil 6biji sehari akhirnya dapat membantu beliau.

bengkak susu shaklee

bengkak susu shaklee


Bahaya tak bengkak susu ni
Pengalaman Tinie, seorang yang rapat dengan Tinie menjalani pembedahan kecil membuang ketulan akibat bengkak susu yang dibiar berlarutan. Katanya lubang sebesar duit syiling 50sen lama. Sangat kesian Tinie tengok pada waktu itu dengan keadaan masih berpantang dan bayi masih kecil. Jadi jangan biarkan masalah itu berlarutan oke.


Nasihat Tinie, jangan jadikan pengalaman bengkak susu ini sesuatu yang menakutkan untuk kita terus menyusui bayi kita. Teruskan menyusu. Pastikan bayi menyusu di kedua-dua payudara. Pam untuk mengosongkan payudara. InsyaAllah ianya tidak akan berulang. Berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Lecithin ada 180biji sebotol. Hanya RM52.50
SILA BELI DI SINI
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=dacae3e170cc639fb9c31e75355dfae5



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...