Friday, September 12, 2014

^ Berjaya Hamil Dengan Shaklee: Masalah Cyst ^

Setelah membaca kisah berjaya hamil dengan Shaklee bagi masalah senggugut kita lihat pula bagaimana Shaklee membantu wanita yang mengalami masalah Cyst untuk hamil. Dengan izin Allah jua. Sebelum kita berkongsi testimoni testimoni hebat, moh kita tengok dulu,

APAKAH CYST OVARI
Sista ovari adalah berisi cecair kantung kecil yang berkembang di dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst tidak berbahaya , tetapi sesetengah mungkin menyebabkan masalah seperti pecah , pendarahan , atau sakit . Selain itu, pembedahan mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu untuk membuang cyst





JENIS CYST OVARI
-Cyst Dermoid : ketumbuhan kantung seperti di ovari yang boleh mengandungi rambut , lemak, dan tisu lain   



-Cystadenomas : ketumbuhan bukan kanser yang boleh terjadi pada permukaan luar ovari   




Endometriomas : tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim boleh berkembang di luar rahim dan melekat pada ovari



 




TANDA-TANDA CYST OVARI
Sering kali , cyst ovari tidak menyebabkan apa-apa gejala. Walau bagaimanapun , gejala boleh muncul apabila cyst tersebut tumbuh.
Gejala boleh termasuk :   
- kembung perut atau bengkak    
-pergerakan usus yang menyakitkan    
-sakit pelvis sebelum atau semasa kitaran haid    
-persetubuhan yang menyakitkan    
-sakit di belakang yang lebih rendah atau paha     payu dara    
-loya dan muntah-muntah

Gejala yang teruk daripada sista ovari yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera termasuk:   
- sakit pelvis teruk atau tajam    
-demam   
- pengsan atau pening    
-pernafasan yang cepat
Gejala-gejala ini boleh menunjukkan cyst pecah atau kilasan ovari. Kedua-dua komplikasi boleh mempunyai akibat yang serius jika tidak dirawat awal.

Baiklah, jadi mari kita lihat beberapa testimoni penghidap cyst akhirnya berjaya hamil setelah menggunakan Gla Complex.

 Kisah Cyst Hilang dan berjaya hamil dengan GLA Shaklee 1
Pn Mamasara mengambil GLA Shaklee pada Ogos 2013, haid kembali normal, cyst hilang dan Setelah 6 tahun menanti untuk hamil akhirnya beliau berjaya hamil pada Oktober 2013. Alhamdulillah



 
















 


 

















































Kisah Cyst Hilang dan berjaya hamil dengan GLA Shaklee 2
Pn Fieza telah menanti selama 2 tahun setengah untuk mendapat cahayamata. Beliau mengalami masalah period yang tidak teratur, CYST dan masalah PCOS. Selain mengambil set kesuburan Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein, Bcomplex, Alfalfa dan GLA COMPLEX beliau juga berjumpa dengan pakar kesuburan. Doktor juga kagum bagaimana Shaklee dapat membantu dengan masalah kesuburan yang dihadapinya. Alhamdulillah dengan izinNya beliau hamil akhirnya.



Walau apa jua ujian yang kita hadapi, kita perlu tabah dan tidak berserah begitu saja, ita harus cuuba mohon petunjuknya dan ikhtiar dengan apa jua usaha. InsyaAllah dengan izinNya tak ada yang mustahil.
Jika anda ingin mendapatkan konsultasi bagi mengatasi masalah Cyst yang mengganggu kesuburan ini, hubungi saya oke.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, September 11, 2014

^ Tempat Makan Best Kelantan^

Memandangkan baru balik dari Family Trip ke Pantai Timur. Jadi kali ni nak bercerita pasal tempat makan best kat Kelantan dan Terengganu. Aha ni semua idea suami Tini , En Rosdi la ni. Tini kan suka kalau pergi satu-satu tempat tu mesti akan google atau tanya-tanya kawan dulu mana tempat makan yang best. Mula la menyusun je jadual perjalanan tu nak sesuaikan dengan tempat makan yang nak disinggah.Jadi suami Tini cakap, " T kena kongsikan di blog ni" Hmm I like word "KONGSI". Rahsia Shaklee pun begitu, Kongsikan kebaikan produk.Eh tetiba kan. So post kali ni, Tini akan berkongsi tempat menarik untuk disinggah dan yang kami rasa best!


Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kelantan dan Terengganu kali ni berjalan lancar. Kembara kali ni bagi memenuhi impian mak mertua nak bercuti ke sana selama seminggu. Jadi pada cuti Merdeka baru ni kami pun ke sana. Bergerak daripada Manjung Perak, menyusuri Kuala Kangsar, Grik Jeli. Aha Jeli, kami singgah di Petronas Jeli. Tau tak apa yang menarik kat Petronas ni. Dalam kedai Mesra nya ada banyak sangat makanan IKS. Kerepek-kerepek, kuih-kuih kering dan macam-macam jenis makanan tempatan ada kat situ, dah macam kedai runcit pun ada tapi kemas je. Bagus betul.So kalau korang lalu Jeli, singgah la ye. Pastu kan di sepanjang jalan Jeli tu banyak gerai yang jual buah-buah tempatan. Tengah musim buah dukong kegemaran mak tu, jadi banyak le menjualnya tepi jalan. Ada satu gerai jual 1kg=RM1. Woowww termurah yang kami jumpa, tapi sebab tengah laju malas nak pusing balik. Dengan harapan kat depan lagi nanti ada nye. Sampai la kat Daerah Machang, tak de la jumpa dah. Moral of the story kalau jumpa yang berkenan, singgah je la.




Oke, lokasi pertama makan best SARAPAN di Kelantan yang kami cuba. KOPITIAM KITA. Kami nak pergi kedai ni sebab baca review di blog dan juga cadangan dari kawan-kawan. Kami keluar dari apartmen jam 7.30pagi pergi lah mencari Kopitiam Kita mengikut tunjuk arah oleh GPS. Tak jumpa. Guna Google map pun tak jumpa, dok pusing jalan yang sama 2-3kali. Hampir putus asa. Tini tengok google map balik. BACA REVIEW DI BAWAH MAP. INgat tips ini oke. Jangan percaya sangat dengan GPS dan Google Map.

 "The location is wrong. Search for hotel rebana Kota Bharu"

Kami pun folow la mencari Keyword "Hotel Rebana". Baru la jumpa kat mana Kopitiam Kita ni. Bukan depan jalan besar tau, sebelum hotel tu, ada lorong ke kiri, hah situ lah lokasi nya. Ramai memang ramai orang, meja penuh. Baru ku tahu, owner kopitiam ni seorang berbangsa Cina, tapi pekerjanya semua Melayu dan yang hantar nasi bungkus banyak-banyak tu pun orang kampung sekitar. Bagus betul idea dia tu mengumpul semua di satu tempat.



ISTIMEWANYA kat sini, jadi one stop.centre, menghimpunkan pelbagai menu popular di Kelantan. Nasi daging, nasi dingin air, Nasi Kak Wok, Nasi dagang, nasi kapit. Nampaknya bakul Nasi Kak Wok habis dulu, mesti sedap kan. Misi Tini kali ni ke Kelantan antaranya nak rasa apa itu Nasi Tumpang. Oh baru la tahu, Nasi yang dibungkus bentuk kon ni dalamnya macam nasi impit tu, lauknya ada ikan masak kari dan ada serunding.




Satu lagi menu popular di "Kopitiam Kita" di KB ni Roti Titab. Roti dibakar buh kaya atasnya dan telur separuh masak mcm ni. Specialnya sebab guna roti yang dibuat sendiri, agak tebal tetapi garing. Ramai cakap sedap, bagiku SEDAP!(Tini tak cerewet, sedap aje). Apa pun sedap tu adalah subjektif, so pergi dan rasa sendiri.




Secara overall, kelebihan kopitiam ni sebab ia jadi One Stop Centre, nak kata nasi bungkus tu sedap sangat,tak juga. Sebab macam Nasi Air Dingin(Nasi berlauk biasa,Nama ini sekadar nama yang diambil dari nama tempat) suamiku ada beli di kedai makan di bawah Apartmen ni lagi sedap dari yang kat Kopitiam tu. Sebenarnya memang culture sini suka buat nasi bungkus berlauk macam tu. Bukan pagi je tau, petang pun ada jual. Jadi boleh la nak rasa nak tengok mana yang sedap kan.




Oke nak cerita pulak makan best TENGAHARI di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasinya dekat je dengan Bazar Siti Khadijah kat tengah bandar Kota Bharu tu. Sini pun ramai sangat orang. Restoran ni buka jam 10.30pagi lagi. Kalau pukul 1 tu memang sedang ramai sangat orang. Kalau datang pukul 3 memang habis dah lauk oke. Menunya lauk-lauk kampung.


Yang bagus kat sini, siap ditampal banner lagi macam mana cara nak berjimat makan disitu. Kalau makan berkumpulan ambik la lauk sepinggan-sepinggan. Jangan ambik sorang sepinggan tau macam nasi kandar tu. Ulam memang macam-macam ulam, cicah pulak dengan budu tempoyak, pergh. Terbaik. Harga?? Bagi saya memang murah. Patut lah ramai sangat orang. Oh ye lagi satu kalau nak makan laksam sedap, kat atas Pasar Siti Khadijah tu ada tempat yang sedap tau. Sambil bershoping kat situ boleh jugak makan di situ k.


Bagi Minum PETANG boleh cuba bersantai di Pantai Cahaya Bulan. Tapi kat pantai ni tak boleh mandi tau boleh main layang-layang je. Kat sini popularnya Maggi Ketam dan Rojak cucur. TAPI BERHATI-HATI. Harga maggi ketam sini perghhhh memang boleh buat orang ternganga. Kami bernasib baik sebelum sampai ke pantai kami singgah ke sebuah kedai bertanya-tanya dan owner kedai itu memberi tips. Jika nak beli Maggi Ketam situ perlu survey 2-3 kedai dahulu dan sila tawar-menawar. Hmm kedai pertama kami singgah harga semangkuk Maggi Ketam Nipah bersaiz kecil = RM25. Kedai Kedua RM45. Akhirnya suami Tini berjaya nego dengan kedai ketiga, 2 mangkuk RM35. Rasanya macam Maggi Kari yang dibubuh ketam, udang dan sayur. Sedap kan. Boleh la nak rasa kan. Sebab kami ni memang asal dari kampung yang tak jauh dari laut, abah pun dulu kelaut jadi tak heran sangat dengan ketam ni. Sekadar nak rasa.


Lagi satu menu di setiap kedai tepi pantai tu, Rojak. Ketam, udang, sotong celup tepung tu bersama bebola yang pelbagai dan timun. Dicicah dengan sos.


Untuk makan malam pulak, saya tak jumpa yang special. Cuma ada satu yang suami bungkuskan Sup Keting yang dibeli di Wakaf Che Yeh. Saya tak keluar sama masa malam merdeka tu sebabnya bz Closing Shaklee online di apartment. Beginilah kehidupan seorang SID yang berjaya sambil berjalan sibuk beronline bisnes acewahhh konon. Oke gurau je.


Dah macam-macam makanan dah masuk perut ni especially yang jenis tinggi kolesterol ni kan jangan lupa ambik suplemen Shaklee ni k.. Untuk Kolesterol boleh ambik Phytocol, Omega dan Lecithin. Herblax pulak untuk mudah membuang dan detoks,asyik masuk makanan je jadi kena le keluarkan ye dak. Hah sempat bagi tips kan.


Kalau nak singgah beli suplemen Shaklee di branch Kota Bharu pun boleh tau. Jadi ahli dengan Tini dulu, nanti lagi banyak tips tini bagi tau..ahakzz
Oke untuk next Entry Tini akan kongsikan Tempat Makan best di Terengganu. Tungguuuu....



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Wednesday, September 10, 2014

^ Berjaya Hamil Dengan Shaklee: Masalah Senggugut ^

 Alhamdulillah syukur pada Allah sekian lama mencuba,dengan izin Allah akhirnya BERJAYA HAMIL DENGAN SHAKLEE. Hari ni Tinie nak kongsikan testimoni beberapa rakan pelanggan yang berjaya hamil dengan Shaklee. Baca Bismillah tau sebelum baca cerita seterusnya

Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengharapkan cahayamata. Zuriat penyambung keturunan kita. Namun kadangkala kita ni diuji dengan ujian belum ada rezeki untuk mendapat zuriat. Kadangkala atas beberapa masalah kesuburan lelaki atau wanita. Kadangkala tak ada masalah kesihatan pun, cuma saja belum rezki. Jadi tak salah untuk kita mencuba ikhtiar walau dengan apa cara sekalipun. Jangan pernah berputus asa. Rezeki dari Allah jadi kita ni mintaklah pada Dia. Tapi janganlah minta saja. Kenalah usaha dengan apa ikhtiar sekalipun. Dan salah satu yang anda boleh cuba adalah mencuba Set Kesuburan Suami dan Isteri. Saya sangat menggalakkan untuk mengambil kedua-dua set ini sekaligus. Kerana apa bkn sebab salah sesiapa atau soal siapa yang bermasalah tetapi untuk hamil, kedua-dua pasangan perlu berada dalam keadaaan sihat dan stabil. Jadi hari ni Tinie akan berkongsi beberapa kisah yang berjaya hamil dengan Shaklee.


Kisah Berjaya Hamil Yang Pertama (Masalah Senggugut)
Yang terdekat dengan Tinie, seorang rakan yang sama-sama melapor diri bekerja pada tahun 2011. Beliau telah berkahwin dan setelah beberapa bulan masih tak hamil. Tinie tenangkan dia, ye lah baru lagi, tak sampai setahun. Bila masuk 8bulan, dia tak boleh tunnggu dah dan berikhtiar untuk hamil. Masalah yang dihadapinya hanya senggugut semasa haid. Oh ya, juga masalah keputihan. Masalah senggugut yang dialami memang teruk, sampai tak larat bangun.


Jadi apa yang dia buat adalah menyelesaikan masalah senggugutnya dahulu. Jadi dia ambik Gla Complex, B-Complex dan Ostematrix Shaklee untuk masalah senggugut. Alhamdulillah lebih kurang 2bulan konsisten, tiada lagi masalah senggugut dan tiada lagi keputihan. Malah kitaran  haidnya menjadi lebih teratur dan cantik. Cara makan untuk senggugut? Aha itu akan diajar selepas pembelian. Kemudian bila masalah senggugut selesai baru dia fokus cara makan Gla Complex untuk hamil. Alhamdulillah akhirnya bulan April 2014 baru ni dia disahkan hamil. Yeyyy..so happy for her!


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 
Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-)



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...