Wednesday, May 17, 2017

CARA CLAIM GANTIRUGI BARANG POSLAJU HILANG

Sepanjang 4tahun berbisnes online ni kali pertama barang poslaju hilang tanpa dikesan. Jadi ni juga pertama kali saya buat claim barang poslaju yang hilang.  

Mula-mula frust juga, yer la customer menunggu tak sampai-sampai barang kan. Tapi memandang secara hikmah mungkin Allah nak kita belajar sesuatu.

Alhamdulillah saya memang dapat belajar bagaimana nak buat tuntutan bagi barang poslaju yang hilang. 
Kisahnya saya pos ESP Energizing Soy Protein dari Tanjung Malim ke alamat Sungai Buloh. Customer downline saya  ni nak beri pada maknya yang nak ke Tanah Suci. Sedih kan hajat tak kesampaian.

Jadi saya kongsikan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk tuntutan barang poslaju hilang

SEMAK STATUS ONLINE
Sesudah 4hari pos barang masih tak sampai, sangat pelik sebab biasanya keesokan harinya dah sampai. bila saya cek status online rupanya status akhir adalah barang dibawa keluar dari Tg Malim. Tiada status barang sampai ke destinasi seterusnya. 
 

TELEFON CUSTOMER CARELINE POSLAJU
1-300-300-300 UNTUK SEMAKAN STATUS
Saya telefon untuk semak status dan buat aduan. Katanya dalam sistem memang tak nampak pergerakan barang ni jadi report diterima dan semakan akan dibuat. Selang sehari saya folow up katanya masih belum dapat maklumbalas dari poslaju Tanjung Malim. 

PERGI KE POSLAJU BERKENAAN UNTUK MEMBUAT REPORT
Jadi saya ke poslaju Tanjung Malim untuk mendapatkan pengesahan status barang yang dipos. Dan saya dimaklumkan memang barang "hilang" dari track. 

Dan saya diminta untuk mengisi borang report. Saya difahamkan report perlu dibuat segera jangan lebih 30hari dari tarikh penghantaran barang. 
1) Ada dua helai borang yang perlu diisi. 
2) Lampirkan sekali salinan consignment note, salinan kad pengenalan, dan salinan bukti pembelian

 Mukasurat pertama, butiran kes dan barang perlu diisikan. 


Mukasurat dua, ada dinyatakan berapa anggaran jumlah gantirugi yang akan dibayar berdasarkan berat barang dan jenis pengeposan. 

Berat barang yang saya pos kurang daripada 2kg, maka dianggarkan kos gantirugi saya adalah RM100.  
Ye walaupun kos ESP yang saya pos adalah RM150. Itu tak termasuk dengan saya gantikan stok yang lain untuk customer. 

Sebenarnya syarat berapakah anggaran gantiruginyang poslaju akan bayar sekiranya barang yang dipos hilang, dah dinyatakan di belakang slip penghantaran. Tapi mungkin sebab tulisannya halus, saya sendiri tak pernah baca. Hihi.
.


 
Oke, tak jelas ye, meh kita zoom. kita tengok dekat item no 14: BAYARAN TUNTUTAN MAKSIMA. 
Kat sini ada dinyatakan tentang berapa tuntutan kos kerugian bagi item rosak atau hilang. 

Ingat ye, refer item no 13, sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilanhan atau kerosakan item pos laju boleh dituntut oleh pengirim dalam tempoh 30hari dari tarikh pengeposan. 


BERAPA LAMA PROSES TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN ITEM POSLAJU?
Kronologi 
6/3/2017- item dipos
11/3/2017 - report melalui telefon, tiada maklumbalas
17/3/2017 - report isi borang di poslaju yang berkenaan
23/3/2017 - follow up melalui telefon bercakap dengan Unit Pampasan, report masih belum mereka terima. Biasanya poslaju akan pos kumpul dengan dokumen lain jadi mungkin ambik masa untuk sampai ke HQ.
30/3/2017 - follow up lagi, permohonan sedang diproses
5/5/2017 - Bayaran pampasan maxima mengikut berat dimasukkan ke dalam akaun yang telah kita tuliskan di dalam borang

Agak lama juga kan. Jadi bertabahlah. 


Ini mengikut pengalaman saya, saya kongsikan sebagai panduan. Jika ada barang rosak atau hilang, silalah buat report, jangan malas. Tuntut hak kita. Bukan apa saya ada terbaca komen rakan-rakan sebelum ni, malas nak buat tuntutan sebab rasa renyah dan menyusahkan. Walaupun bayarannya tak sama dengan nilai barang tapi bagi saya ia perlu juga dibuat. Supaya kes kes sebegini dapat dikurangkan. 

Dan lagi satu untuk lebih selamat kita juga boleh ambil INSURAN KHAS untuk barang yang kita pos. 
InsyaAllah saya akan kongsikan butirnya di lain entry.

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Sebagai peniaga online inilah asam garam yang terpaksa kita lalui. Untuk "give up"? Mungkin tidak. Saya masih lagi peniaga vitamin Shaklee yang tegar 😊

35 comments:

  1. Bagus info ni..

    Mungkin kita semua akan mengalami situasi ini, sekarang dah tau step yg perlu dibuat..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada dalam rekod, kes saya ni, tak ada dalam rekod. Cust dah bising2 kata saya penipu. kemudian call pos laju sebelum raya lagi, cust pula tak bagi kerjasama untuk call di pejabat pos batu pahat. minta refund duit dia, siap maki hamun saya, mana la saya dapat refund, sebab barang tu barang khas tempahan untuk dia sahaja, lagipun tak dapat dikesan. harga rm1k+ juga huhu. lepas tu td saya minta bantuan juga untuk cek guna nama cust dalam data mereka sendiri, alih2 barang tu di pos guna slip domestik pula, ada orang tukar slip ke hapo? Saya jelaskan pada cust suruh pergi collect sebab diorg akan pulangkan barang. Cust pula maki saya nak refund sebab barang dia dah tak bole jual lagi. Adoi pening saya macam ni, kes belum selesai lagi, huhu

    ReplyDelete
  3. Ade courier lain x selain pos laju yang boleh diharap? saya pun dah terkena ni, dalam sistem tracking poslaju katanya barang dah delivered, kat someone yg bukan saya dan destinasi yang tak diketahui.

    ReplyDelete
  4. So, perlu kah saya buat report ? Barang yang saya order pd 3hb Dec 2017 belum sampai hingga 8hb Dec ni. Barang saya dikirim dari Cheras ke Sabah. Last track barang stuck kat Transit Office. Peliknya, saya order 2 barang pd hari yang sama dan dipos pada hari yang sama. Satu lagi dari Kuantan. Barang kat Kuantan sampai dulu dalam masa 3 hari, yang kat Cheras tak tahu bila nak sampainya dah nak masuk seminggu ni. Mohon jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, nak tanya barang awak dah sampai ke? saya pun beli barang pos dar bangi 9 dec lagi tapi x sampai sekarang.risaunya la..selalu beli online mmg akan sampai dalam tempoh masa 3 hari. tapi kali ni stuck kat transit office...

      Delete
    2. Barang saya tak update terus dah, 16/12 haritu dia tulis dah keluar dari pos laju banting, ni terus hilang taktau pergi mana, 😥😭

      Delete
    3. Barang saya tak update terus dah, 16/12 haritu dia tulis dah keluar dari pos laju banting, ni terus hilang taktau pergi mana, 😥😭

      Delete
  5. Sis barang saya dkata kam ilang kat pos sabah perlu aduan polis ke. Banyak kerugian saya beratus2 barang custemer.. Sy buntu.

    ReplyDelete
  6. Sis barang saya dkata kam ilang kat pos sabah perlu aduan polis ke. Banyak kerugian saya beratus2 barang custemer.. Sy buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau kes sy ni nbo trcking dpt.tp xde rekod dlm sistem.cmaner tu spa skrg brg xdpt.dh pir sebulan.

      Delete
  7. boleh bagi nombor bahagian pampasan?

    ReplyDelete
  8. Saya pun tengah tunggu bungkusan hampir sebulan..bile check tracking..7 hari x update lpstu trus arrive kat ECBC.sape tahu ecbc tu ap trmpatnye...n smpai skang die x update.haihh..goram eh camni..

    ReplyDelete
  9. Mcmne nak ambil insuran khas utk pos barang kita seperti yg diberitahudiberitahu.

    ReplyDelete
  10. brng sya dicop resiko sendiri.. Klau brang hilang boleh claim tak

    ReplyDelete
  11. Adik sy pegi pos brg tp tk amek borang yg ditulis alamat tu..kn ad dua helai..1 bg pos laju 1 kita smpan..mslahnya dia pegi pos dua2 borang tu..skrg cust bsing brg tk smpai2..tk thu nk track mcm mne..boleh je klau brg dh smpai tp cust tipu kte tk smpai and mntk gnti rugi..klau kes mcm ni ad tk jln penyelesaiannya

    ReplyDelete
  12. barang saya sampai kat tangan org lain. Namanya SARIMAH. mcm mana saya nak cari org tu?!?!? saya tak halalkan sbbnya dah sah sah bukan brg dia, atas nama saya. kenapa tgn tu gatai sgt nak amik dan hati dengaq hasutan shetan! sempena bulan ramadhan nii, nak mencarot pon tak sggp. ya allahh, geramnya. kenapa perlu amik!!!! jadi ini pengalaman pertama yg buruk dgn pos laju, selama ni elok saja.

    skrg apa yg perlu saya lakukan? any suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh salahkan penerima jugak, sebab dlm kejadian penghantaran..penerima yg sepatutnya kadang kala tiada di rumah atau di pejabat. maka takkan la posmen nak menunggu dia semata2 nak serahkan kepada orang tu. maka bila dah diyakini alamat yg betul..posmen boleh serah pada wakil dgn syarat kena tulis nombor ic dan nama. Kecuali kita letak nota di slip hanya penerima sahaja yg boleh menerima, maka posmen akan cuba sedaya upaya hantr jgk kepada penerima sepatutnya sebagaimana yg dilakukan oleh bank2 yg hantar kredit card.

      Delete
    2. Betul. Jd dkt saya jugak. Penerimanya Aishah. Dah tahu posmen salah hantar kenapa nak terima jugak. Anyway, selalunya kalau kes prg takde kat rumah, posman akan bawak balik ke pejabat pos dan tinggalkan notis suruh kita p ambil dekat sana. Mcm kes saya, saya mmg tengah tunggu barang tu kat rumah. Tup tup check dah delivered dkt org lain. Bila call customer service kena tunggu lagi 3 hari. Tak jujur betul ambil barang org lain. Tak ada bezanya dengan mencuri.

      Delete
  13. Barang saya hilang di poslaju. Report dah buat. Nk tengok detail ganti rugi kt mne ye?

    ReplyDelete
  14. Saya ni 2 barang belum dpt dikesan. Kali terakhir transit di miri iaitu 25/8 n 27/8. Sampai skrg brg belum muncul lagi. Tanya dgn pos office katanya beg ada tpi brg tak tiada.

    ReplyDelete
  15. Barang saya dibongkar. Kerugian mencecah 4k Bila tlfn hq pos laju, no tracking tiada dalam sistem. Bila cek dalam sistem Australia, sudah delevered.. memang delivered tapi kotak dengan kad sja?.. the postman datang d branch. Then just put the item at the table, and then leave.. biadap. I got your face in cctv. sya nak barang saya balik.

    ReplyDelete
  16. Sy adaaa buat borang pampasan niii dri ogos 2018...sekarnggg 19/12 belumm ada kabar beritaaaa.. Dah follow upp bjuta kliii... Apa lagi perlu saya buat... Tlong sy...

    ReplyDelete
  17. Sy adaaa buat borang pampasan niii dri ogos 2018...sekarnggg 19/12 belumm ada kabar beritaaaa.. Dah follow upp bjuta kliii... Apa lagi perlu saya buat... Tlong sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi you..nak tanya awak dah dpt ke pampasan tu??

      Delete
  18. Problem saya, seller kata dah post out, tapi saya track number tu no record 😢. Lagi sedih seller tu senyap je takde apa dia buat, at least check to pejabat pos but nothing 😢

    ReplyDelete
  19. Saya beli phone dalam shopee. Hrga 1k. Brg dah pos 17hb, 19bb dh smpai tmpt transit.. Keluar je transit terus barang xdpt dikesan.. hampir seminggu xde update. So sapa2 yg beli Phone online hati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli dlm shoppe rasa selamat lagi..sb selagi barang kita tak terima, duit shoppe yg pegang..so kalau kita nk cancel, boleh je n shoppe akan refund duit kita.

      Delete
    2. Shoppe pun tak selamat dh skrg...sy beli brg,lepas 3-4 hari tetiba shoppe update brg delivered padahal sy xde trima brg tu pun...bila report kt seller dia ckp ada ada customer lain pun kena cmtu jgk...shoppe dh lepaskan duit kepada seller wlaupun buyer blom dpt brg...

      Delete
  20. Sis, nak tnye klu barang hilang di poslaju customer berhak ke minta refund dari seller?

    ReplyDelete
  21. 😭😭😭 saya punya brg pun hilang..

    ReplyDelete
  22. Saya pos barang cadar 4 set ke kuching sarawak,saya packing 2 parcel sebab cadar 7in1 xboleh bungkus 4 set bungkusan jadi besar. Jadinya customer saya ada check status tu kata 1 item dah gerak 1 item tak gerak lagi saya fikir musim pkp mungkin ada yang termisslah, positif lagi.. Lepas 2 minggu lebih customer suruh pergi check kat Poslaju star avenue suami tolong tanyakanstaf poslaju cakap dalalm proses lagi, masa takde pulak staff tu mintak kita Isi borang ke apa.pada 26/8 saya pergi Tanya lagi sudah sebulan OK.. Staf poslaju cakap nak siasat jadi saya mintak no telefo. Salah sorang staf kat situ. 2 3 hari lepas tu dapat wasap staf poslaju mintak saya ambik borang claim kat Poslaju kota damansara.makan masa jugalah nak ambik borang tu semua dekat sebulan lepas tu baru hantar 26/9 baru complied Isi borang dan pergi hantar. Ada. Tanya lagi awal bulan lepas staf poslaju dengan staf kota damansara cakap takde apa2 jawapan lagi hq. Pada 9/11/20 saya wasap staf poslaju star avenue cakap hq reject sebab melebihi 30hari untuk claim sedih giler x kita berharap dapat claim atau dapat balik barang customer hilang tu. Kos cadar+postage rm209

    ReplyDelete
  23. Performance POSlaju ni mmg teruk. Brg rosak pun dia x ganti. Bijak ye

    ReplyDelete
  24. Tapi kalau dokumen contohnya sijil kelahiran..macam mane sis? Poslaju hilangkan..baru je minggu lepas..

    ReplyDelete
  25. Barang sy 50 gram je bernilai 550..nak claim ikut kilo mmg huhuhi jelah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...