Wednesday, May 3, 2017

BENTUK RAHIMKU BENTUK "LOVE" RUPANYA, KELAINAN BENTUK RAHIM PUNCA SUSAH HAMIL

Seperti yang kita belajar  uterus yang normal berbentuk seperti buah pir dengan panjang sekitar 7,5 cm, lebar 5 cm dan ketebalan dinding sekitar 2,5 cm.  Bahagian paling bawah uterus dikenal dengan nama serviks atau mulut rahim.  Badan uterus berongga dan terhubung dengan saluran telur (tiub fallopio) di sisi kiri dan kanan. Itu yang normal. Rupa-rupanya ada banyak bentuk rahim lagi yang tidak normal. Yang mana kelainan bentuk rahim ini menjadi salah satu punca susah untuk hamil. Antara bentuk rahim adalah seperti Bicornuate Uterus, Unicornuate dan beberapa jenis lagi.

rahim bentuk love


BICORNUATE UTERUS 
Unik kan. Ada banyak bentuk rahim rupanya. ADA BENTUK-BENTUK ni yang MENYEBABKAN TIADA PELUANG UNTUK HAMIL.

Bentuk rahim saya yang tengah tu. Ye bentuk rahim saya bentuk "hati" bentuk "love". Penuh kasih sayang agaknya hihi. Tapi hakikatnya ia adalah kecacatan fizikal yang saya sendiri tidak tahu. Saya sendiri baru tahu tentang bentuk rahim(uterus) saya yang abnormal bila kandungan kedua saya juga seperti anak pertama SONGSANG.

Semasa kehamilan anak pertama sebaik detect, saya bleeding. Pada kehamilan anak kedua takde bleeding tapi disebabkan saya juga pernah ada cyst pada kehamilan yang pertama maka bila hamil anak kedua pada usia kandungan 7minggu saya dah pergi buat scan. Dan masa scan tu Doktor detect macam ada dua kantung. Tapi katanya yang satu tak pasti jadi ataupun tidak sebab kedua-duanya masih tidak ada heat beat. Saya bertanya juga adakah ianya cyst. Tidak kata doktor. Apapun doktor minta untuk datang scan 2minggu lagi dan pada scan seterusnya nampaknya tiada rezki kembar ☺️ saya sendiri tak pasti samada ia betul kembar atau ia mengecut disebabkan bentuk rahim. Apapun video semasa check up Masih tersimpan rapi. Wallahualam

Seterusnya, Dari awal kehamilan hingga ke tarikh matang, kedudukan bayi tetap kepala ke atas kaki di bawah.Semasa usia kandung 28minggu dan bayi masih songsang, saya ke klinik swasta di Manjung untuk mendapatkan 2nd opinion manatau kot ada rezki dapat bersalin normal dan Doktor menyatakan ada satu kemungkinan yang saya alami iaitu bentuk rahim tidak normal. Disebabkan itu kata Doktor bayi saya tetap songsang. Rupa-rupanya keadaan bentuk rahim yang berlekuk di tengah-tengah menyukarkan bayi untuk berpusing.

Dan sangkaan doktor itu betul apabila saya dirujuk kepada Doktor Pakar O&G Hospital Seri Manjung. Doktor rujuk laporan pembedahan anak pertama saya. Laporan menunjukkan rahim saya abnormal iaitu Bicornuate Uterus. Dan doktor cakap ianya kecacatan kekal dan bayi selepas ini pun tetap akan songsang dan kelahiran secara pembedahan.

RISIKO BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL
risiko rahim love

risiko rahim bentuk love
  • Sukar untuk hamil
  • Risiko keguguran berulang
  •  Risiko kelahiran bayi pra matang: Kadar kelahiran pramatang adalah 15 hingga 25%. kehamilan mungkin tidak sampai kepada peringkat penuh dalam rahim bicornuate apabila bayi mula berkembang di salah satu daripada tanduk rahim
  • Bayi songsang atau melintang
  • Risiko melahirkan secara pembedahan


BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL PUNCA SUSAH HAMIL?
Sejak mendapat tahu barulah saya mencari maklumat tentang ini. Dan saya bersyukur kerana ada banyak kelainan bentuk rahim dan ada juga yang senasib dengan saya masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya bertemu rakan senasib bila berbincang di page facebook Doktor Pakar Puan Dokto Hamid Arshat.
Ada kes yang dapat hamil, tetapi pada usia kandungan semakin matang, kandungan gugur. Kerana tidak cukup kuat atau tidak cukup ruang untuk membesar.

Bicornuate uterus, or “heart-shaped uterus,” occurs in between 0.1-0.5% of women. Fortunately, most of them experience no pregnancy complications.

BAGAIMANA NAK KENALPASTI BENTUK RAHIM
Ia adalah mungkin untuk mendiagnosis rahim bicornuate menggunakan ultrasonografi gynecologic, [1] khusus sonohysterography, dan MRI. [2] Walau bagaimanapun, kerana tidak ada sebarang petunjuk untuk melakukan apa-apa tatacara mengenai wanita asimptomatik, kehadiran rahim bicornuate mungkin tidak dikesan sehingga mengandung atau melahirkan. Dalam C-seksyen (biasanya dilakukan kerana malpresentation), bentuk yang tidak teratur rahim akan menjadi jelas. Selain itu kaedah pengimejan diagnostik lain termasuk hysterosalpingography dan hysteroscopy; prosedur ini biasanya dilakukan semasa proses penyiasatan kemandulan.


Sedih juga bila tahu ada di kalangan yang senasib dengan saya tidak berpeluang merasa untuk hamil. Apapun jangan bersedih, jangan pernah berputus asa, Doa dan usaha, tidak ada yang mustahil dengan izinNya kan. 

Pada yang senasib dengan saya, hai geng! 
Bersyukurlah seadanya walaupun kita tidak normal seperti wanita lain. Setiap sesuatu adalah ujian darinya dan pasti ada hikmah! Spread your LOVE





Tinie Badri 012-2812952 
PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

1 comment:

  1. Wahh ��������. Comeiinye rahim dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.