Saturday, March 4, 2017

Gout Amaran Awal Penyakit Lain

Malam tadi saya menonton di tv tentang penyakit gout yang kini menjadi penyakit orang muda. Kata-kata dari doktor di dalam rancangan ini mengejutkan saya apabila dikatakan gout adalah Amaran awal bagi penyakit lain. 


Katanya gout biasanya menyerang pada mereka yang mengalami masalah obesiti, sakit sendi, darah tinggi diabetis atau jantung. Saling berkait rapat, maka kebiasaannya pesakit yang datang membuat pemeriksaan, beliau akan minta untuk buat pemeriksaan secara menyeluruh. Apabila pemeriksaan dilakukan kebiasaanya ia akan dapat mengesan masalah lain. 


Satu lagi Kenyataan yang menarik juga apabila katanya jika biasanya orang mengaitkan gout kerana banyak makan seafood sebenarnya banyak faktor lain juga selain itu seperti banyak makan organ dalaman haiwan yang tinggi purin. Oooo organ dalaman pun boleh menjadi punca rupanya. 


Adakah makanan yang menjadi punca ini kita perlu elakkan terus? Bagi mereka yang sihat belum kena gout boleh ambik tetapi jangan berlebihan. Bagi mereka yang dah ada gout sebaiknya elakkan.


Pesakit gout dinasihatkan untuk Ambil pemakanan seimbang. Kawal juga pengambilan protein. 

Antara makanan yang perlu dielakkan adalah seperti makanan segera, makanan laut, Sardin,ikan bilis, Organ dalaman haiwan. Manakala Cashew nut, asparagus,bayam, cendawan kategori sederhana masih boleh diambil dalam kadar sedikit.


Satu lagi kenyataan yang menarik perhatian saya apabila dikatakan 

Penurunan uric asid jika dikawal dgn dengan cara mengawal pemakanan cuma boleh turun tidak lebih 20% saja. Ia masih Perlu bantuan ubat ubatan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...