Friday, March 3, 2017

Aplikasi Untuk Update Blog Bagi Pengguna iPhone

Assalamualaikum Hi semua. 

Sejak hujung tahun lepas Blogger apps yang saya gunakan untuk update blog tak boleh digunakan seperti biasa. Ramai yang hadapi masalah yang sama. Setiap kali post ada error. Dan bila saya uninstall dan cuba untuk install baru malangnya dah tiada di App Store. Sejak itu saya search "blogging apps iphone". 

 


Dari satu apps ke satu apps saya cuba. Kebanyakannya ada masalah bila nak upload gambar. Kalau guna Google atau Safari pun ada masalah bila nak masukkan gambar. 

Ye kalau pengguna android sangatlah mesra Blogger apps kan. Nak masuk gambar mudah je. So bertabahlah pengguna iPhone ye hihi. 


Antara apps yang saya dah cuba

1) Google Keep-Free (mungkin saya tak pandai guna tak jumpa kat mana nak mulakan entry blog, tak mesra pengguna)


2) Bloguma-Free (pun takde button untuk new entry, hanya list gambar-gambar sedia ada dalam blog..hmm)


3) Blogpress - RM12.90 

Simple tapi takde banyak function macam Label, Align, Schedule tapi saya fikir oke la kalau boleh basic.

Mulanya seronok dah sebab mudah untuk masukkan new entry, tapi bila dah masukkan gambar dan cuba publish, ada error keluar. 



Saya godek-godek tukar setting Save Photos to folder Blog yang saya create terlebih dahulu di Picasaweb. 







Yes berjaya post! Tetapi bila saya cuba masukkan gambar lagi sekali di entry baru, apa yang jadi, apps auto shut down. Sedih. 

Next!



Akhirnya saya jumpa dan sukanya sebab interface sangatlah mesra pengguna dah saya cuba update blog . 

Alhamdulillah  berjaya. Jom tengok. 


Ni dia: 

BlogTouch Pro yang mesra iPhone (RM19.90)




apps update blog



Ada tools yang hampir sama dengan tools blogger yang di web tu. boleh Label ikut kategori, boleh schedule post, 



Nampak kan bawah ni masukkan tajuk, bawah tu boleh Label ikut kategori carian.



Nak masukkan gambar mudah, nak kecilkan, align gambar pun mudah.  


Ha saya nampak banyak lagi function menarik yang saya tak jumpa di aplikasi yang lain tapi selebihnya boleh godek sendiri ye. 


Serius memang best!


Berkira untuk membayar? Pada saya murah dan apa salahnya  jika nak dibandingkan dengan income 4-5 angka yang kita akan generate dari blog kita. 


InsyaAllah pelaburan yang berbaloi. 


Selamat mencuba. 




Tinie Badri

Coordinator 

Shaklee Independent Distributor

(Founder Shaklee Great Warrior)



- Posted using BlogPress from my iPhone

6 comments:

  1. Saya guna blogpress buat masa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh la dah seronok pakai blogpress sekali error pulak lepas masuk gambar terus shut down apps, tapi ni cuba ok dah.
      Cuma suka lagi Blogtouchpro sebab banyak lagi tools. Takpe mana2 janji boleh update kan💪🏻

      Thanks singgah❤️

      Delete
  2. Wahh ini rupenya rahsia yer... cik salmah guna Blogo..so far xde error tp xde la exc mcm kt web n mcm blogtouch ni...tq kak tini ..sharing is caring kan..

    Meh singgah cik salmahnye
    Blog..

    http://littlesweetyshopmart.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  3. rm19.90 sekali bayar ke mami??nk cuba la beli app ni...blh sambil2 buat dr hp...����

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.