Showing posts with label Motivasi Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Bisnes. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Aplikasi Untuk Update Blog Bagi Pengguna iPhone

Assalamualaikum Hi semua. 

Sejak hujung tahun lepas Blogger apps yang saya gunakan untuk update blog tak boleh digunakan seperti biasa. Ramai yang hadapi masalah yang sama. Setiap kali post ada error. Dan bila saya uninstall dan cuba untuk install baru malangnya dah tiada di App Store. Sejak itu saya search "blogging apps iphone". 

 


Dari satu apps ke satu apps saya cuba. Kebanyakannya ada masalah bila nak upload gambar. Kalau guna Google atau Safari pun ada masalah bila nak masukkan gambar. 

Ye kalau pengguna android sangatlah mesra Blogger apps kan. Nak masuk gambar mudah je. So bertabahlah pengguna iPhone ye hihi. 


Antara apps yang saya dah cuba

1) Google Keep-Free (mungkin saya tak pandai guna tak jumpa kat mana nak mulakan entry blog, tak mesra pengguna)


2) Bloguma-Free (pun takde button untuk new entry, hanya list gambar-gambar sedia ada dalam blog..hmm)


3) Blogpress - RM12.90 

Simple tapi takde banyak function macam Label, Align, Schedule tapi saya fikir oke la kalau boleh basic.

Mulanya seronok dah sebab mudah untuk masukkan new entry, tapi bila dah masukkan gambar dan cuba publish, ada error keluar. 



Saya godek-godek tukar setting Save Photos to folder Blog yang saya create terlebih dahulu di Picasaweb. 







Yes berjaya post! Tetapi bila saya cuba masukkan gambar lagi sekali di entry baru, apa yang jadi, apps auto shut down. Sedih. 

Next!



Akhirnya saya jumpa dan sukanya sebab interface sangatlah mesra pengguna dah saya cuba update blog . 

Alhamdulillah  berjaya. Jom tengok. 


Ni dia: 

BlogTouch Pro yang mesra iPhone (RM19.90)




apps update blog



Ada tools yang hampir sama dengan tools blogger yang di web tu. boleh Label ikut kategori, boleh schedule post, 



Nampak kan bawah ni masukkan tajuk, bawah tu boleh Label ikut kategori carian.



Nak masukkan gambar mudah, nak kecilkan, align gambar pun mudah.  


Ha saya nampak banyak lagi function menarik yang saya tak jumpa di aplikasi yang lain tapi selebihnya boleh godek sendiri ye. 


Serius memang best!


Berkira untuk membayar? Pada saya murah dan apa salahnya  jika nak dibandingkan dengan income 4-5 angka yang kita akan generate dari blog kita. 


InsyaAllah pelaburan yang berbaloi. 


Selamat mencuba. 




Tinie Badri

Coordinator 

Shaklee Independent Distributor

(Founder Shaklee Great Warrior)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 1, 2017

TIPS BIZ ONLINE: RUGI KALAU TAK FOLLOW UP

FOLLOW UP!! Sebagai peniaga ONLINE part yang ni sangat penting.
Walaupun prospek tu baru bertanya harga. Ha macam mana tu?
 Sebenarnya mintak maaf cakap, kak tinie tak setuju kalau nampak orang dok update promo suh pm kalau berminat tapi siap mentioned SERIOUS BUYER ONLY. Ataupun update pulak status membebel suh pm tapi tak beli. Anak-anak cucu Kak Tinie kalau buat siap la.



Oh come on, mungkin customer tu baru nak tanya harga, jika sesuai dengan budget dia so dia akan beli ataupun dia nak kumpul dulu duit untuk meet budget tu, atau dia tengah tunggu gaji ke. 

Lagipun kalau letak diri kita sebagai pembeli kita ada hak kan untuk memilih yang terbaik bukan saja dari segi harga tapi dari segi layanan konsultasi.

Membeli ni is about trust jugak. Dan kadang kena pada masanya. So sabar.
 Jadi disebabkan diorang ni prospek jangan tinggal terus.
Next time folow up lagi. Bertanya khabar dan folow up.Tanpa sedar sebenarnya kita sedang bina hubungan yang baik dengan mereka. Membina "trust" keyakinan untuk mereka membeli dengan kit
Bole juga update dengan promo terkini. Mana tau kena pada masanya mereka akan beli dengan kita.

Bulan lepas kak tinie dapat order dari seorang customer ni setelah berbulan-bulan dok folow up update promo. So jangan putus asa k.

Bagi ready customer kita pun sama, selalu-selalu folow up.
Bina hubungan. Berikan servis terbaik.
Mana tau mereka perlukan guide semasa consume produk.
Atau mungkin mereka perlu tambah lagi produk untuk cukupkan keperluan.






Jadi ingat ye. Sebagai peniaga online yang bertanggungjawab dan nak berjaya.
Jangan jual-beli dan tinggal. Rugi lah siapa yang buat macam ni kan. Sila masukkan agenda folow up sebagai rutin kita selepas ni oke.Bezakan diri kita dengan peniaga lain dengan memberikan yang terbaik.

Selamat berjaya!


Tinie Badri
012-2812952

PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

Saturday, January 16, 2016

KENAPA BISNES TANPA PINJAMAN BANK INI BEST SANGAT

2016 dijangka tahun yang sangat mencabar. Kos hidup semakin meningkat, masing-masih dah  berfikir apakah cara nak tambah pendapatan. Ye selain mengawal perbelanjaan kita kena fikir jugak apa cara bagi tambah pendapatan sedia ada. Menyahut seruan pak menteri jugak kan.


Alhamdulillah saya bertemu dengan BISNES NI. Di sini saya akan kongsikan betapa Bagusnya bisnes yang saya cakap ni.

  • Bisnes yang dah ada produk, tak perlu pikir produk pe yg perlu dibangunkan(erkk dulu pernah gak terpikir nak buat bisnes frozen kuih..dok cari resepi..cari kos pergi kursus bagai..haha cam banyak menda la pulak..cancel)
  • Produk yang terbaik berkesan, semulajadi selamat. Ada kkm, ada halal yang disahkan. Kita dah pakai dan rasa betapa bagusnya Shaklee ni so hanya perlu sharing kebaikan produk.
  • Tak perlu modal tinggi, tak perlu buat pinjaman bank. Customer order baru beli barangnya..modal tak tinggi tu berapa... RM75 bg semenanjung Malaysia, RM85 bg Sabah/Sarawak(GST 6%)..perghh murah kot..kumpul rm3.00 sehari selama sebulan pastu bleh sign up ye ;) 
(Kan ada bisnes nak start up kna bayar dlu beribu, buat loan utk beli brg sekian2 byk..pastu xtau nak hala mana brg tu..oh kesian)
  • MLM yang adil.. siapa yang usaha dia yg akan dpt hasilnya..upline tak selamanya upline. Downline boleh potong upline even superupline pon boleh dipotongnga..Kalau Upline goyang kaki xbuat sale mmg takkan dapat apa2.. org bwh tak kerja utk org atas
  • Takde istilah goyang kaki je duit masyukkk... barulah tentu halal hasil usahanya
  • Group support yang bagus.. Pelan marketing, Tips pemasaran, himpunan testimoni semua dah ready. Paling suka my group ni adalah penekanan amalan rohani. Dhuha, Tahajud, Bersedekah, pergantungan dgn Allah selalu diingatkan.
  • Coaching dari peringkat Master secara percuma (meeting online je pun..sng  kat rumah jr).. kalau buat kat hotel pon xpernah g byr ratus2.. ribu atau puluhan ribu lagi la tak kn macam sesetngah coaching tu

Siapa yang berusaha dia yang berjaya. Kita yang tentukan apa yang kita nak dan usahakan sehabis baik..just duplicate ikut jalan yg dah sedia ada. 

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Monday, June 15, 2015

^Tips Berjaya Mencapai Target Dalam Bisnes Yang Anda Ceburi^

Assalamualaikum
Hai kawan-kawan, terima kasih berkunjung ke blog saya hari ini. Hari ni special entry saya nak kongsikan Tips Berjaya Mencapai Target dalam Bisnes Yang Anda Ceburi. Ini bersempena dengan National Conference yang saya hadiri hujung minggu yang lepas. Sedikit pengenalan bisnes Shaklee yang saya ceburi ini setiap tahun akan menganjurkan National Conference bagi meraikan kejayaan pengedarnya sepanjang cycle yang lepas. Dan saya Alhamdulillah kali ini berjaya mendapat tiket bilik di Palace of The Golden Horses dan mendapat 3 award iaitu Business Growth, Car Bonus dan juga Leadership Consistency 21%. Kami juga dapat menginap di hotel 5 star iaitu di Palace of The Golden Horses selama dua malam.

Dedi dan anak-anak yang excited dengan kuda emas ini
Baiklah bukan itu yang ingin saya ceritakan. Saya nak bagi 7 Tips untuk berjaya dalam bisnes yang anda ceburi tak kisahlah apa bentuk bisnes anda itu. Ini adalah antara tips yang membantu saya dan kawan-kawan mencapai kejayaan pada hari ini dan hari-hari mendatang. Well, kita jangan berhenti mengejar impian kan.

1) PILIH BISNES YANG DEKAT DI HATI ANDA
Kalau anda seorang yang suka jaga kesihatan, suka bantu orang lain lebih sihat pilihlah bisnes itu. Jika anda suka bergaya, melawa pilihlah business produk kecantikan atau pakaian tudung dan yang seumpamanya. Malah jika itu hobi anda dan boleh mendatangkan keuntungan itu adalah lebih baik. Dan pastikan ianya memberi pendapatan yang berterusan, consumeable items iaitu yang orang berulang-ulang beli itu adalah terbaik.

2) TAHU APA YANG ANDA MAHU DAN BERITAHU APA YANG ANDA MAHU
Dulu kawan-kawan selalu cerita Shaklee ni suka bagi surprise.
So kali ni saya merasai, Balik bilik berdebar je tunggu apa atas katil.
Anda perlu jelas dengan matlamat apa yang ingin anda capai, pastikan anda benar-benar tahu dan faham apa yang anda mahu. Macam saya mengejar kelayakan untuk Car Bonus Achiever pada cycle yang lepas. Sejujurnya pada mulanya saya tak memandang walau sebelah mata apa yang ditawarkan ini kerana bagi saya ia agak sukar dan saya tak layak. Malah saya sendiri tak betul-betul faham apa yang ditawarkan dan apakah syarat kelayakannya. Hanya memandang sepintas lalu dan biarkan ia berlalu. Sehinggalah pada suatu hari saya lihat sahabat saya mendapat anugerah ini jadi saya tergerak hati untuk AMBIL TAHU. Bila saya JELAS, saya pun melakar plan untuk saya mencapainya. Dan saya BERITAHU pada upline saya. Yes anda jangan malu untuk beritahu orang lain tentang TARGET anda. Jangan simpan sorang-sorang, Dengan harapan kalau tak capai, takde la malu sangat, kita je yang tahu, maka diam-diam sudahlah. Salah tu oke. Beritahu pada orang lain adalah motivasi untuk kita mengejar target itu.

3) TULIS DAN TAMPAL DI TEMPAT YANG ANDA MUDAH LIHAT HARI-HARI
Saya memang tulis dan tampal di peti ais, di dalam bilik.Di pintu bilik. Bila lihat target tu, saya rasa berdebar semacam. Dan setiap kali itu saya akan berdoa moga dipermudahkan saya mencapainya. Kena tulis ke, ye memang kena tulis. 97% orang yang menulis impian mereka telah capai apa yang mereka impikan.
Bisnes Shaklee menipu
Tiga Award yang saya capai untuk cycle 2014/2015

4) BAYANGKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN ANDA TELAH MENCAPAINYA
Yakin dengan apa yang anda usahakan. Yakin seyakin-yakinnya yang anda boleh capai impian anda itu. Apabila berdoa, apabila bangun tidur  bayangkan anda telah mencapai target anda. Dalam diam hati anda akan melonjak-lonjak untuk mengejar impian itu. Saya telah membayangkan saya pegang kunci giant di pentas NC yang menandakan saya telah layak untuk tabung kereta. Saya dah bayangkan saya naik pentas berkali-kali nanti. Saya suka tatap video seperti ini untuk menaikkan semangat saya untuk capai yang lebih baik pada tahun hadapan. Saya akan pinjam dan pegang trophy mereka yang dah berjaya. Hihi.. bayangkan..bayangkan.. Jom tengok video ni sambil bayangkan anda akan berada di majlis Anugerah seumpama ini di tahun hadapan dan CARI SAYA dalam video ini. Memakai tudung warna apa ya..



Bayangkan anda telah berada di atas pentas seperti ini
5) SILATURRAHIM
Jaga silaturrahim. Berbisnes bukan bermakna anda perlu sibuk 24 jam dengan bisnes anda. Hubungan dengan mak, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan perlulah dijaga. Rajin-rajin jenguk mak ayah. Jika ada yang sakit ziarahlah, jika ada kematian, ziarahlah, jika ada jemputan kenduri penuhilah jemputan. Cuba buat, insyaAllah yakinlah ia tidak mengganggu masa anda berbisnes. Malah ia membuka pintu rezeki anda seluas-luasnya. Rajin-rajinlah senyum sebagai pembuka silaturrahim oke.



6) DOA DENGAN PERGANTUNGAN PADA ALLAH 100%
Sebelum kita berusaha kita serahkan pergantungan padaNya dengan 100% penyerahan diri. Doa dan yakin denganNya yang Maha Memakbulkan doa.


7) JAGA ALLAH
Walaupun ini saya letakkan di no 7 bukan bermakna ini adalah yang paling terakhir dalam hidup perlu kita buat. Ini adalah no kesukaan saya. Dan ini adalah yang paling paling penting sebenarnya. Mak selalu pesan. Leader-leader saya selalu pesan. JAGA ALLAH ALLAH AKAN JAGA KITA. Jaga solat, solat di awal waktu, rajin bersedekah, Dhuha jangan tinggal, Tahajud, Al-Quran jangan tinggal, jaga aurat. Semua ini tanda cinta kasih kita padaNya. Jangan persoalkan buat je, kita akan dapat rasa apa saja kita usahakan Allah akan pandu kita dan mudahkan jalan kita.

Inilah sedikit sebanyak tips yang saya kongsikan. Semoga ada manfaatnya dan semoga membantu anda mencapai impian anda di dalam bisnes dan hidup anda.
Bagi yang ingin bersama-sama saya, peluang sentiasa terbuka luas untuk anda. Anda tentukan.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapakan setinggi penghargaan kepada mak saya yang selalu mendoakan, suami yang selalu redha dan beri galakan.Adik beradik yang memberi sokongan terutama adik bongsu saya Amy Badri. Kepada Mentor-mentor saya terutamanya upline saya sendiri iaitu Pn Maisarah Md Saupi yang terlalu banyak bagi sokongan dan galakan serta memandu arah saya.
Mentor-mentor lain seperti Mama Wardah, ibu Siti Noriza, Master Azrin, Master Hadhatina, Master Lyna dan Master Zainul yang selalu menunjukkan kami jalan. Tak pernah jemu.
Setinggi-tinggi pernghargaan dan kasih sayang untuk anak-anak cucu dari group saya Shaklee Great Warior yang selalu hebat. InsyaAllah tahun depan saya bersama anak cucu di Pentas NC beratur berkali-kali mengambil award.Amin. Kita berjumpa di puncak kejayaan.

Sebarang Pertanyaan lanjut:
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...