Sunday, March 26, 2017

6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM (KANSER SERVIKS)

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Apakah tanda awal kanser pangkal rahim?

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

kanser wanita 
Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
tanda kanser pangkal rahim rahim 

Salah satu perkara yang paling menakutkan tentang kanser ini ialah ia tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Hanya selepas penyakit itu telah merebak ke 
pundi kencing, usus, hati,  atau paru-paru, tanda-tandanya mula kelihatan. 

INI 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM

PENDARAHAN LUAR BIASA PADA FARAJ. 
Kebanyakan mereka yang didiagnos dengan kanser pangkal rahim mengalami pendarahan yang tidak teratur. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah perubatan lain seperti hormon, penyakit radang pelvis atau jangkitan. Pendarahan itu boleh berlaku di antara tempoh haid, selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik. Pergi berjumpa dengan  doktor  jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu tindakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah mula wujud dalam diri anda. 

tanda tanda awal kanser 
KELUAR CECAIR LUAR BIASA DARI FARAJ. 
Cecair keputihan adalah biasa tetapi jika lelehan bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap ia boleh menjadi tanda awal jangkitan faraj, kanser pangkal rahim atau endometrium. Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor anda dengan segera sebelum ianya terlambat.

tanda kanser servik 
BERASA SAKIT SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS. 
Gejala ini menunjukkan kanser serviks yang lebih berkembang, dimana kanser tersebut telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ-organ pembiakan. Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin bagi mengkaitkan masalah ini khususnya, seperti jangkitan atau PCB. Jangan mengabaikan gejala ini.

HAID YANG LEBIH LAMA DAN BERAT. 
Pendarahan yang lebih lama daripada biasa dan lebih berat. Dikatakan berat jika perlu menukar tuala wanita dua jam sekali. Namun begitu terdapat juga faktor lain yang menyebabkan  keadaan begini antaranya  hormon yang tidak seimbang, fibroid, radang pelvis, endometriosis atau tiroid atau kesan pengambilan ubat tertentu.


SAKIT DI BAHAGIAN ARI-ARI DAN BAHAGIAN PERANAKAN. 
Jika anda mengalami kanser pangkal rahim, anda mungkin mengalami sakit pelvis pada masa-masa yang luar biasa, dan rasa sakit yang mungkin bermula secara tiba-tiba dan yang berlangsung  dalam tempoh yang lebih lama dan lebih kerap berlaku boleh menjadi tanda kanser pangkal rahim yang anda tidak patut pedulikan. . Di samping itu, kesakitan tersebut biasanya tidak berlaku melainkan jika kanser berada dalam peringkat yang seterusnya, iaitu dimana kanser tersebut telah mula lebih berkembang.
kencing sakit tanda kanser servik 
RASA TIDAK SELESA SEMASA KENCING. 
Ini salah satu daripada tanda-tanda yang paling jelas dan ketara. Ketidakselesaan membuang air kecil termasuk rasa seperti terbakar, rasa pedih atau sensasi yang ketat ketika membuang air kecil. Gejala seperti ini berlaku apabila kanser telah merebak ke tisu berdekatan.  Bagaimanapun simptom ini juga boleh disebabkan oleh faktor lain. 

faktor kanser servik 
Tips Pencegahan 
  • Wanita berusia 20-30 tahun perlu melakukan ujian screening pap smear berkala setiap 3tahun. Dan bagi mereka 30-65tahun setiap 3-5tahun.
  • Dapatkan vaksin HPV sebelum usia awal 20an 
  • Berhenti merokok dan elakkan dari dekat dengan perokok
  • Elakkan seks bebas bertukar-tukar pasangan 
  • Ambil suplemen tinggi antioksidan untuk elakkan sel kanser merebak
  • Kuatkan antibodi badan

punca kanser pangkal rahim 
Anda perlu tahu bahawa peluang anda untuk berjaya merawat kanser pangkal rahim adalah lebih tinggi jika ia dikesan pada peringkat awal. 

Dengan mengetahui tanda-tanda awal kanser pangkal rahim, dan membuat pemeriksaan lanjut anda boleh menyelamatkan diri dan orang lain daripada menanggung penderitaan kanser tersebut seumur hidup. 

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...