Saturday, September 21, 2013

^ TIPS TAMBAH SUSU IBU ^

Pengalaman menyusukan anak-anak memang sangat mengujakan. Pahit getir nak mencukupkan tempoh menyusu dua tahun penuh liku-liku. Selain daripada mengikut perintah Islam untuk menyusui anak sehingga 2 tahu, sebagai ibu yang nak yang terbaik untuk anak-anak, kita tetap berusaha nak cari jalan macam mana nak banyakkan susu ibu. Macam mana nak tambah susu ibu.

Banyak sangat tips yang kita jumpa, tinggal lagi samada tips itu serasi dengan kita, atau berkesan pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya ingin kongsikan 7 tips untuk tambah susu ibu. Saya harap ianya dapat membantu kita sebagai ibu dalam mengejar impian untuk beri yang terbaik buat si manja. 


1. KERAPKAN menyusui bayi atau PAM

Walaupun rasa macam cukup ke tak susu aku ni, sikit ke banyak. Yang penting kerapkan penyusuan. Selepas bayi menyusu, boleh pam untuk keluarkan susu selebihnya dan kosongkan breast. Semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Berapa lama perlu pam, dicadangkan anda pam 15-20 minit setiap sesi, kalau dapat pakai double pam lagi bagus. Pengalaman saya mengepam menggunakan swing, 15minit pertama, sikit sikit keluar, sampai minit ke 15 laju je turun (let down). Ada customer saya yang dalam pantang cakap, "kak, susu saya bila pam keluar sikit je" "berapa oz" , "2oz je".. "berapa lama pam" "5minit" ... oh sayangku, bagi akak yang dikategori kurang susu badan, 2oz utk 5minit tu banyak jugak. akak awal pantang dapat 2 oz tu untuk 15minit. (Sebelum kenal Shaklee ). Keep pumping oke. 

2. MASSAGE breast atau TUAM
Sebelum sesi mengepam boleh massage dulu breast atau tuam di sekeliling breast.

3. MAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLIMEN
Ambil makanan yang seimbang, janganlah dalam pantang asyik makan nasi dengan ikan masin. Tingkatkan pengambilan makanan bersumberkan protein, karbohidrat dan kalsium. Ambil suplimen yang sesuai dan dipercayai. Set Menyusu Shaklee terdiri daripada set-set di bawah. Pilihan boleh dibuat berdasarkan keperluan dan budget masing-masing.
tambah susu
Set Menyusu Shaklee


4. AMBIL AIR SECUKUPNYA.
Kandungan susu ibu 88% adalah air.
(sumber : http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2012/Pdf/susu.pdf ) .Maka minum air secukupnya. Dicadangkan pengambilan air 3L sehari atau mengikut berat badan 1 liter bagi setiap 25kg berat badan.  

5. BERFIKIRAN POSITIF.
Jangan stress, tension rasa susu tak cukup, nanti lagi la takde susu yang akan keluar. Emosi mempengaruhi pengeluaran susu. Kekalkan rasa gembira, tenang semasa mengepam dan menyusui bayi. Tips kalau anda mengepam di pejabat, duduk di tempat yang selesa, lihat foto bayi anda yang comel tu, atau lihat keletah comel dia dia telefon canggih anda. Sangat mengujakan bukan. Percayalah ia sangat mempengaruhi. DAN ZIKIR. Sambil mengepam banyakkan zikir YA MAATIN, selawat dan sebagainya. Berdoalah semoga Allah mencukupkan rezki susu untuk anak anda.

6. MEMILIH PAM yang SESUAI

Sangat penting. Walaupun sebenarnya ia mengikut budget anda juga, tapi sebenarnya pemilihan pam turut mempengaruhi. Ianya merupakan pelaburan yang sangat berbaloi. Sekiranya anda ada budget pilihlah yang hospital grade, teknik yang berkesan dan cepat. Ada yang selesa manual tapi ramai juga yang tewas menggunakan pam manual apabila penyakit malas datang, penat tangan mengepam menyebabkan malas. Jadi pam elektrik sangat menjadi pilihan sekiranya anda memilih untuk menjadi pengepam susu yang tegar. Ada budget lebih, melaburlah untuk pam double pumping ;). Selalulah mengepam dan sesekali membuat power pumping. APAKAH itu, banyak laman yang membicarakan soal ini. Secara ringkas teknik ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran susuibu. Tekni ini adalah dengan mengepam 10minit sebelah kanan, 10 minit sebelah kiri dan bergilir mencukupkan sejam kalau menggunakan pam single. Kalau pam double, pam 10 minit rehat 10 minit sehingga  cukup sejam. Buat secara konsisten setiap malam selama seminggu.

7. SKIN to SKIN
Banyakkan skin to skin contact. Jangan terlalu sibuk mengepam, anda lupa untuk beri secara direct. Bila ada bersama bayi, lebihkan masa dengan memeluk bayi dan biarkan kulit bayi bersentuhan dengan kulit anda semasa menyusu. Its miracle.



Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang berhajat besar dan berhati mulia untuk menyusukan anak-anak. Memberikan yang terbaik untuk permata hati anda. Walau sebanyak mana susu yang anda dapat berikan, sentiasalah bersyukur. Dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah.

Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau
Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

Thursday, September 5, 2013

.:: SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK ::.

Set berpantang Shaklee semakin menjadi pilihan ramai, mudah digunakan, selamat, semulajadi dan berkesan.

Kalau dulu, jamu param pilis semua lengkaplah nak memastikan ibu dapat pulih dengan baik. Tapi ramai juga yang tidak menyukai jamu. Remeh sikit la nak membancuhnya, perit sikit nak menelannya. Walaupun ramai yang cakap khasiatnya bagus, memang tak dinafikan. Tapi seiring dengan peredaran zaman, kini semakin banyak produk di pasaran yang ingin memudahkan ibu-ibu ini melalui tempoh berpantang.

Saya sendiri merasai perbezaannya. Semasa anak pertama, saya beli set bersalin yang terdiri dari jamu ni, tapi disebabkan anak jaundis, maka nya saya tak makan pon set tu. Nurse nasihatkan jangan makan sebarang jamu yang panas, nanti jaundis akan jadi lebih lama. Ruginya rasa, dan dekat nak habis pantang barulah saya makan set tu. Semasa anak kedua, saya ambil set berpantang dan menyusu Shaklee, ternyata rasa lebih yakin sebab anak jaundis pon masih boleh makan suplemen tu. Dijamin selamat dan menjadikan kita lebih bertenaga.

Set Berpantang Shaklee(Asas) terdiri daripada :

B-Complex            

- vitamin ini bersifat anti stress, ibu dalam berpantang kebiasaannya mudah rasa tertekan
- mengelakkan dari meroyan
- membantu menstabilkan hormon agar mudah proses menyusukan bayi


set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee
Vitalea                    
- multivitamin ini membekalkan nutrisi yang cukup terutama zat besi buat ibu
yang baru kehilangan darah akibat bersalin
- juga membekalkan tenaga


Zinc Complex        
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka
 - Mengelakkan jangkitan

 Vitamin C               
- Penting untuk penyembuhan
- Membantu membanyakkan Susu
TAMBAHAN:

ESP                        
-
sangat bagus untuk penyembuhan yang cepat bagi luka dalaman rahim
- protein yang tinggi membantu dalam membina sel-sel baru menggantikan                                    sel-sel yang rosak
- mengenyangkan dan memberikan tenaga
- menambah dan memekatkan susu ibu

Ostematrix              

- pil kalsium tinggi penting untuk penyusuan susu ibu
- ibu menyusu berkongsi keperluan kalsium dengan anak
- 4 biji sehari mencukupi keperluan kalsium badan ibu menyusu
- mengelakkan dari sembelit.
- melegakan otot dan saraf ibu


Kini, ibu-ibu boleh memilih set bersalin yang terbaik untuk diri anda. Yang pasti selamat, semulajadi, berkesan dan halal.
Bagi yang ingin mendapatkan set bersalin ini dari saya, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952. Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.




Wednesday, September 4, 2013

.:: ESP SHAKLEE TERMURAH? ::.

Wahh, ramai betul yang google mencari ESP termurah. NAK MURAH?? BOLEH SANGAT. JOM JOIN AHLI,MODAL HANYA RM65. Dan kita boleh jimat banyak sangat.Kenapa ramai sangat suka ESP ni. Apa kebenda nya ESP ni.


Oke ESP adalah Energizing Soy Protein. Produk yang sangat popular bagi mereka yang mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan kekal BERTENAGA. Dalam banyak-banyak produk Shaklee inilah produk yang paling hot, best seller la katakan. Walaupon bulan tu bukanlah bulan promosi untuk ESP. Tapi ESP TETAP MENJADI POJAAN HATI.



ESP mengandungi protein yang tinggi, protein sangat penting dalam pembentukan sel baru dan membaiki sel-sel rosak. Sebab itu ESP sangat bagus untuk mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, menghilangkan parut. Menjadikan kulit putih gebu, halus mulus. Apa lagi bonus ESP bagi untuk kulit :

- ESP Menjadikan kulit lebih CANTIK dan GEBU
- ESP Merangsang REGENERASI kulit dan otot
- ESP Memulihara KEDUTAN
- ESP sbg agen ANTI-PENUAAN
- ESP mengembalikan KEANJALAN KULIT
- ESP Menghilangkan PARUT dan mempercepatkan penyembuhan luka

ESP juga sangat digemari oleh ibu-ibu yang menyusu, kerana kandungan protein yang tinggi membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu yang berkualiti. Bila susu ibu pekat dan berkhasiat, anak pon dapat menyusu dengan rasa kenyang dan puas.

Biasanya pelanggan akan bertanya pada saya, apakah rasa ESP ni. ESP ni rasa soya mild.


Bagi bukan penggemar soya, jangan risau saya akan kongsikan variasi bancuhan ESP yang membuatkan anda tergoda dengan rasanya nanti.

Siapa yang tidak boleh ambik ESP. Semua orang boleh (Ibu menyusu, Ibu hamil, ibu berpantang, yang ingin diet, orang tua yang ingin bertenaga, Lelaki dan wanita semua boleh) KECUALI penghidap penyakit buah pinggang dan yang mempunyai kesukaran memproses protein sahaja yang tidak boleh.



Oke, berkenaan dengan harga ESP Shaklee Harga Retail RM150. Tahan sehingga sebulan lebih. Harga termurah?? Moh contact saya k..jadi ahli memang confirm murah wooo..

Untuk konsultasi percuma, anda boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.

.:: KURUS DENGAN SHAKLEE :CINCH SHAKE ::.

 Ramai mengidamkan tubuh badan yang kurus dan yang penting sebenarnya sihat. Terdapat banyak produk di pasaran yang menawarkan produk kurus yang pelbagai bentuk, pelbagai rasa dan pelbagai kesan sampingan juga. Apa yang penting dalam pemilihan produk untuk kurus ini adalah kita perlu pilih yang selamat dan berkesan. Kriteria itu terdapat pada produk Shaklee. Semulajadi, Selamat dan Berkesan.

Oke, produk kurus Shaklee terdiri dari rangkaian, Bakar. Buang. Bina. Untuk produk Bina, Shaklee menawarkan Cinch Shake Mix. 



Ianya didatangkan dalam 3 perisa . Vanila, Coklat, Cafe Latte. Jika ditanya pada saya, apa pilihan saya, saya lebih suka menjawab, kebanyakan pelanggan saya menyukai perisa Cafe Latte, baunya yang harum dan rasanya yang sedap memang membuatkan kita tak boleh lupa akan rasanya. Tapi mak mertua saya sukakan coklat. Masing-masing punya citarasa  :). Cinch Shake adalah cafein free kecuali perisa Cafe Latte. Tetapi anda jangan risau, sebab kandungannya cumalah kurang 1mg untuk setiap hidangan.

Apa istimewanya Cinch Shake Mix ni? 
Cinch Shake mix ini diformulasi secara istimewa dengan kehadiran leucine di dalamnya. Leucine berfungsi untuk membakar lemak dengan mengekalkan otot. Apa maksudnya, biasa nampak tak, orang yang ambik produk kurus, nampak kurus tapi bahagian bontot nampak leper sangat. Lengan nampak meleber je. Tu la pasal, produk tu takde formula istimewa ni. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Seorang pelanggan saya yang repeat order, kali ni 2tin terus. Dia ni workout, bina badan sikit katanya. Memang ada ambik protein. Katanya "Sedap sangat Cinch ni, sebelum ni saya ambik protein, boring betul rasanya, sekarang campurkan protein dgn Cinch sedap, badan pon rasa best."

Minuman ini mengenyangkan. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk memulakan hari anda. Ringkas, sedap dan mengenyangkan. Bagi yang sibuk tapi dalam masa yang sama nak sesuatu yang berzat, lazat dan mengenyangkan. ini adalah satu pilihan yang tepat. Seorang pelanggan saya amat menyukai Cinch Shake. Katanya semasa repeat order yang kedua "Kak dah jatuh cinta la dengan Shake ni, Saya ingat Cinch Shake ni biasa-biasa je, macam produk-produk Shake yang saya pernah ambik sebelum ni, rupanya BEST sangat, puasa hari tu, masa sahur memang saya ambik ni je, memang mengenyangkan!"

Harga Retail bagi Cinch Shake Mix adalah RM173 bagi 1 tin. Harga istimewa, sila hubungi saya. Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma. 
Untuk konsultasi percuma, anda boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.


Monday, July 22, 2013

^ SET KESUBURAN SUAMI ISTERI^


                  

                  

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga semestinya mengharapkan zuriat pengikat kasih. Namun adakala Allah menguji dengan sedikit ujian. Mungkin hanya masa yang menentukannya. Yang pasti kita tidak boleh berputus asa. Dihidangkan dulu dengan testimoni testimoni hebat agar ianya dapat menjadi perangsang untuk kita lebih kuat berusaha. Jangan lemah semangat. Allah tak beri semua dengan sekelip mata. Kita kena terus usaha, dengan memegang formula DUIT. Doa, Usaha, Iktiar, Tawakal. Berusaha dan Ikhtiarlah dengan Shaklee, selebihnya teruskan berdoa dan tawakal kepadanya. 


SET UNTUK ISTERI

* GLA COMPLEX-membantu menstabilkan hormon wanita, membetulkan kitaran haid, menyelesaikan masalah cyst, membantu meningkatkan 'sexual desire'
*B-COMPLEX- mencegah kemandulan, membantu fungsi seksual, mengatasi masalah stress,asid folic mengatasi masalah spina bifida


SET UNTUK SUAMI

* VITA -E - meningkatkan pengeluaran sperma, menghangatkan hubungan suami isteri, melancarkan saluran darah, sperma lebih bertahan lama untuk disenyawakan.
*ZINC COMPLEX - melindungi kesihatan prostat, meningkatkan keupayaan seks lelaki,meningkatkan kiraan dan kualiti sperma.

Selain, suplemen cinta ini, janganlah kita menidakkan kuasaNya. Dia Yang Maha Berkuasa, terus merayu, mengharap padaNya. Amalan rohani perlulah kita perbanyakkan. Ustazah Norhafizah Musa pernah berkongsi sedikit tips di IKIM.fm bagi pasangan yang belum menimang cahayamata:
  1. Banyakkan istighfar dan solat taubat sebelum tidur meminta ampun atas segala dosa, 
  2. Banyakkan bersedekah
  3. Banyakkan melawat/ziarah kawan yang melahirkan anak
Selamat beramal!
Untuk konsultasi percuma, anda boleh hubungi saya di FB: 
https://www.facebook.com/tinie.badri atau Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.

^PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL DARI CORAK PEMAKANAN^


Perancangan untuk hamil harus dilihat dari keseluruhan aspek. Salah satu darinya adalah dari aspek pemakanan. Amat penting bagi pasangan yang ingin hamil terutamanya wanita menjaga pemakanan.  Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali mengamalkan pemakanan yang seimbang.Berikut dikongsikan apa yang perlu atau digalakkan ambil dan makanan apa yang tidak perlu atau dijauhkan


Apa yang perlu atau digalakkan ambil
  1. Keperluan asid folik boleh diambil sebelum hamil
    ●cara pengambilan setiap hari 400mg. Boleh dapat dari multivitamin@pelbagai jenis makanan cth sayuran hijau-mengandungi anti oksidan/kuning telur/sitrus & kekacang.
    ●penting utk bantu ibu hamil dr risiko buruk semasa bersalin.
  2. Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik.
  3. Lebihkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein seperti telur, ikan, soya dan makanan tenusu.
  4. Banyakkan badan anda dengan zat besi sebelum anda hamil terutamanya jika anda melalui tempoh haid yang banyak dan panjang. Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam.
  5. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin .Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  6. Amalkan makanan sunnah seperti; Buah Delima,Buah Zaitun, Buah Kurma
  7. Bapa juga perlu seimbangkan pemakanan, tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C(makan/minum oren setiap hari), makanan mengandungi zinc seperti mengambil makanan laut iaitu tiram, kerang dan daging lembu. Ianya dapat meningkatkan kualiti sperma dan mengelakkan sperma cacat.

Jauhkan /pantang makan
  1. KAFEIN- Elakkan dari kerap minum kopi. Kajian yang dijalankan oleh Leondires menunjunkkan kafein menyempitkan saluran darah, memperlahankan peredaran darah ke uterus dan berpotensi untuk menyukarkan ovum untuk melekat di dinding rahim.
    Wanita yg ingin hamil tidak boleh consume > 200miligram =350ml kopi @ 8 cangkir/sudu teh (950ml)
  2. Kawal pengambilan karbohidrat, ambil dalam kadar berpatutan
  3. Alcohol, boleh menyebabkn kecacatan & gangguan pemikiran pada bayi
  4. Daging @ telur separuh mentah
  5. Makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries)
  6. Benda2 masam seperti tapai,nanas,
  7. Tembikai
  8. Rebung
  9. Ubi kayu
  10. Minuman bergas pendek kata benda yang berasid la..
  11. Jangan minum ais
  12. Jangan minum air kelapa
  13. Berhenti merokok, merokok boleh menyebabkan
    ●kelahiran bayi pramatang
    ●kurang berat badan
    ●keguguran
    ●blh menyebabkn bayi mati mngejut @ Sudden infant Death Syndrome (SIDS)
 By: Tinie Badri, Nor Hawana

^GLA COMPLEX UNTUK SIAPA^

GLA COMPLEX HARGA TERMURAH??

Wahhh memang la bulan Julai ni bulan promo untuk GLA Complex. Kebabom punya harganya menjunam jatuh. Memang syok la semua pakat memborong kan. Beli 6 percuma 1, tak rugi pon beli banyak, expired date lambat lagi kan. Tak pun kongsi-kongsi dengan kawan. Beli 1 boleh ke? Boleh sayang, beli 1 pon boleh. Harga kasih sayang semestinya.


Siapakah yang memerlukan GLA-COMPLEX?

  • Kencing Manis
  • Ingin hamil
  • Haid tidak teratur (untuk kesuburan)
  • Pesakit kencing manis
  • Arthritis
  • GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi
  • Payudara fibrocystic
  • Bermasalah kulit
  • Osteoporosis
  • PMS (meredakan senggugut)
  • Alahan.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD).
  • Ketagihan lkohol.
  • Kanser (cyst dan fyboid)
  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung.
  • Ulser
  • Kuruskan badan
  • lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)
  • orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus
  • untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan),
  • remaja yang membesar,
  • ibu menyusu

Siapa Tidak Perlu GLA-COMPLEX
  • IBU YANG HAMIL - GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • SAWAN - Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.
Apa hebatnya GLA Complex?
Evening primrose oil atau EPO memang tidak asing bagi wanita dan biasanya digunakan untuk melegakan masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS), ketidakstabilan hormon, ketidaksuburan dan sebagainya.

Di Shaklee, kami tiada evening primrose oil, tetapi kami ada suplemen yang lebih baik dari EPO, dikenali sebagai GLA Complex.

Tahukah anda, evening primrose oil mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) iaitu sejenis asid lemak yang mempunyai kuasa penyembuhan dan amat berkesan untuk mengatasi masalah kewanitaan seperti di atas

Jadi, kedua-duanya, EPO dan GLA Complex mempunyai kandungan GLA, dalam erti kata lain, kedua-duanya adalah GLA! Tapi mesti ada perbezaan kan, apa kata kita tengok perbezaannya ok...

Kelebihan GLA Complex Shaklee Berbanding EPO
EPO dihasilkan dari bunga evening primrose yang tinggi dengan kandungan GLA, manakala GLA Complex pula dihasilkan dari bunga borage yang mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi iaitu sebanyak 25% berbanding hanya 10% di dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
GLA Complex selalu dikaitkan dengan supplemen yang bagus untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan hormon. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa GLA Complex Shaklee mempunyai banyak kebaikan yang lain.

Salah satu daripadanya ialah 'kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan?

InsyaAllah, mengambil suplemen Shaklee juga satu USAHA. Selebihnya berdoalah kepada Yang Satu. :)

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

1) Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

2) Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-) 

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

JOM TENGOK TESTIMONI-TESTIMONI HEBAT TENTANG GLA COMPLEX.











 
 Hubungi Tinie di
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...