Monday, July 22, 2013

^PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL DARI CORAK PEMAKANAN^


Perancangan untuk hamil harus dilihat dari keseluruhan aspek. Salah satu darinya adalah dari aspek pemakanan. Amat penting bagi pasangan yang ingin hamil terutamanya wanita menjaga pemakanan.  Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali mengamalkan pemakanan yang seimbang.Berikut dikongsikan apa yang perlu atau digalakkan ambil dan makanan apa yang tidak perlu atau dijauhkan


Apa yang perlu atau digalakkan ambil
  1. Keperluan asid folik boleh diambil sebelum hamil
    ●cara pengambilan setiap hari 400mg. Boleh dapat dari multivitamin@pelbagai jenis makanan cth sayuran hijau-mengandungi anti oksidan/kuning telur/sitrus & kekacang.
    ●penting utk bantu ibu hamil dr risiko buruk semasa bersalin.
  2. Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik.
  3. Lebihkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein seperti telur, ikan, soya dan makanan tenusu.
  4. Banyakkan badan anda dengan zat besi sebelum anda hamil terutamanya jika anda melalui tempoh haid yang banyak dan panjang. Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam.
  5. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin .Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  6. Amalkan makanan sunnah seperti; Buah Delima,Buah Zaitun, Buah Kurma
  7. Bapa juga perlu seimbangkan pemakanan, tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C(makan/minum oren setiap hari), makanan mengandungi zinc seperti mengambil makanan laut iaitu tiram, kerang dan daging lembu. Ianya dapat meningkatkan kualiti sperma dan mengelakkan sperma cacat.

Jauhkan /pantang makan
  1. KAFEIN- Elakkan dari kerap minum kopi. Kajian yang dijalankan oleh Leondires menunjunkkan kafein menyempitkan saluran darah, memperlahankan peredaran darah ke uterus dan berpotensi untuk menyukarkan ovum untuk melekat di dinding rahim.
    Wanita yg ingin hamil tidak boleh consume > 200miligram =350ml kopi @ 8 cangkir/sudu teh (950ml)
  2. Kawal pengambilan karbohidrat, ambil dalam kadar berpatutan
  3. Alcohol, boleh menyebabkn kecacatan & gangguan pemikiran pada bayi
  4. Daging @ telur separuh mentah
  5. Makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries)
  6. Benda2 masam seperti tapai,nanas,
  7. Tembikai
  8. Rebung
  9. Ubi kayu
  10. Minuman bergas pendek kata benda yang berasid la..
  11. Jangan minum ais
  12. Jangan minum air kelapa
  13. Berhenti merokok, merokok boleh menyebabkan
    ●kelahiran bayi pramatang
    ●kurang berat badan
    ●keguguran
    ●blh menyebabkn bayi mati mngejut @ Sudden infant Death Syndrome (SIDS)
 By: Tinie Badri, Nor Hawana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...