Friday, May 5, 2017

Alamat Shaklee HQ Baru di Sunway Geo

Minggu lepas semasa menghadiri Shaklee Convention 2017 saya berkesempatan melawat bangunan baru Shaklee HQ yang bukan lagi di bangunan Pinnacles. Secara rasminya Shaklee telah berpindah ke bangunan baru, lokasi baru yang tak jauh dari lokasi lama. Bagi yang tercari-cari di manakah Shaklee Sunway. Jom tengok.

  

 

Ni gambar dari dalam kereta saya, teruja betul pertama kali bertentang mata dengan bangunan HQ baru ni. 



Ini adalah alamat baru Shaklee HQ. 

Ibu Pejabat
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am - 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am - 07:00 pm


Saya shopping malam tau, sebab hari tu ada perasmian pada siangnya. 

 

Dan tempoh operasi juga dilanjutkan sempena dengan hari closing untuk bulan April. Tutup jam 9. Saya habis shopping jam 8.45malam. Mujur lagi kan. Tengok tu pintu nak tutup dah hihi

 



Tapi memang feel habis la shopping di sini berbanding di lokasi lama. 



YANG MENARIK TENTANG IBU PEJABAT SHAKLEE YANG BARU

  1. Lokasi yang strategik- Berhadapan dengan Sunway Medical. Landmark yang sangat mudah. Di bangunan yang tersergam indah, Sunway Geo. Dari jalan dah boleh nampak wahh "kedai Shaklee"
  2. Tak perlu lagi daftar untuk masuk ke bangunan macam ibu pejabat lama. Leceh kan dulu sebelum naik lif nak kena daftar ic semua. Sekarang mudah je nak akses. 
  3. Bukan lagi di tingkat atas seperti sebelum ni. Hanya di tingkat bawah. Menyerlah nampak kredibilitinya. 
  4. Parking yang mudah dan selamat. 
  5. Ada lobby yang menarik untuk berjumpa dengan prospek
  6. Susun atur barang yang sangat menarik. Ishh rasa nak masuk bakul je semua kan. 
  7. Ada bilik mesyuarat dan latihan di tingkat 3
  8. Konsep pasaraya. Ambil bakul dan isi bakul. Yeyyy yang ni best, kalau dulu ambil borang dan isi. Kini pusing-pusing, ambil, masuk bakul dan bayar. Dah siap yey.. Feel gitu.  
  9. Jangan takut jika anda pertama kali ke sini dan tidak tahu hendak memilih suplemen yang mana. Di sini juga ada ditempatkan nutritionist untuk membantu anda memilih suplemen untuk masalah anda .Opsss TAPI pastikan anda telah menjadi ahli tau baru boleh shopping di sini. Jika belum, hubungi saya untuk pendaftaran ahli. 


Menarik sangat kan. Shaklee sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk ahli-ahli semua. Kami sangat menghargainya. 


Jom kita ke sana! 


2 comments:

  1. Wah first time tengok.
    Besar sungguh ye HQ Shaklee ni rupanya ek?
    .
    Jemput baca sini ↘
    Blog Annur Syuhadah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.