Friday, May 19, 2017

RAWATAN SAUNA BEST KE TAK?

Baru-baru ini saya berkesempatan membawa mak saya buat rawatan sauna. Best ke tak sauna? Bagi saya best sebab badan rasa fresh. Ada berapa jenis sauna? 
Jadi hari ni saya nak kongsikan info-info tentang sauna. 

jenis sauna 
APA ITU SAUNA?
Sauna merupakan ruang tertutup (bilik) yang direka khas agar wap, sama ada wap kering atau wap lembab terperangkap di dalamnya. Kebiasaanya, suhu di dalam Sauna adalah sekitar 60 hingga 100 darjah Celcius, dan ini merupakan julat yang selamat untuk manusia mengeluarkan peluh (untuk tempoh yang tidak terlalu lama).

JENIS SAUNA
Secara amnya, terdapat 2 jenis Sauna yang boleh didapati pada zaman moden ini, iaitu “Sauna Tradisional” (udara/wap/steam sebagai medium pemanasan) dan juga “Infrared Sauna” (badan dipanaskan secara terus daripada gelombang infra-merah). Produk berasaskan Infrared Sauna 

KEBAIKAN SAUNA 
Mengikut Coach Kevin Zahri ada beberapa kebaikan sauna antaranya:
  1. Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
  2. Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
  3. Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
  4. Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
  5. Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
  6. Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
Pengalaman Sauna Herba dan Sauna Infrared

Tempohari saya berpeluang bersauna bersama-sama mak saya. 
Saya ambil pakej infrared, manakala mak saya memilih untuk sauna herba. 

Ini Sauna Infrared.

macam mana sauna infrared, bagus ke sauna infrared, beza sauna infrared 

Kelebihan sauna infrared adalah suhu panas yang lebih terkawal. Bagi mereka yang tak tahan panas disarankan untuk sauna infrared.

Kelebihan sauna herba sebab ada herba-herba terpilih. Dan lebih panas. Tapi yang ni tak boleh lama-lama oke.

Best tau sauna ni. Bagi yang tak pernah cuba kena cuba. 
Mula-mula letih, sakit kepala tapi lepas tu rasa sedap badan. 

Lepas sauna biasanya kita akan diberikan air minuman dan selalunya diberikan air herba. Fuh segar rasa badan.


Zurisma Beauty & Spa 

Bagi orang Manjung, boleh cuba buat rawatan sauna di sini. Layanan dan kemudahannya memang terbaik.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...