- Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
- Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
- Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
- Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
- Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
- Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
Friday, May 19, 2017
RAWATAN SAUNA BEST KE TAK?
Wednesday, May 17, 2017
CARA CLAIM GANTIRUGI BARANG POSLAJU HILANG
Tuesday, May 16, 2017
Cecair Merah Kehitaman Keluar Dari Payudara
Sunday, May 14, 2017
TIPS HADAPI HEALING CRISIS SELEPAS MAKAN VITAMIN
Thursday, May 11, 2017
Keistimewaan Vivix
Wednesday, May 10, 2017
Pneumonia Kanak-kanak
Tuesday, May 9, 2017
PENYAKIT KAYAP DI KEPALA HAMPIR MENUTUP MATA WANITA MUDA INI
Menurut Ketua dan Perunding Perubatan Kanan, Unit Penyakit Berjangkit di Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. Christopher Lee antara simptom awal kayap adalah rasa gatal, gelenyar atau pedih.
Ini akan menjadi ruam berupa lepuh berisi cecair yang mungkin diiringi rasa sakit yang ringan hingga teruk dan selalunya berlaku hanya di sebelah badan atau muka.
Kayap yang tidak dirawat boleh mengakibatkan neuralgia pascaherpes (PHN), iaitu kesakitan saraf jangka panjang yang boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan dan dalam beberapa keadaan, selama bertahun-tahun.
HUBUNGI
Monday, May 8, 2017
KERACUNAN MERKURI AKIBAT SALAH GUNA PRODUK HAMPIR MERAGUT NYAWA
Saturday, May 6, 2017
8 TIPS HADAPI PUTING LUKA SEMASA MENYUSUI BAYI
- Ibu kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan.Minta mereka tolong periksa kedudukan bayi anda.
- Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya
- Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Maksudnya selepas sapukan air susu badan anda ke puting, biarkan sebentar kena angin, barulah ditutup. Kalau tidak boleh melekat di baju dan sakitnya bila melekat tu haih tak tau nak cakap. Ha Air susu ni banyak gunanya tau!
- Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Boleh dapatkan di farmasi atau kedai barangan bayi.
- Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.
- Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.
- Sebelum bayi tangkap puting dan menghisap susu, ibu gunakan jari kelingking untuk letak di mulut bayi supaya bayi ternganga besar. Kemudian baru suakan supaya bayi menghisap di aerola.
- Bila puting luka jangan biarkan bayi stop sendiri menyusu ditakuti ditariknya puting yang luka. Agak-agak bayi dah puas menyusu, Cungkil perlahan dengan jari kelingking di tepi mulut dan gusinya sehingga bayi membuka mulutnya.
Friday, May 5, 2017
Alamat Shaklee HQ Baru di Sunway Geo
Minggu lepas semasa menghadiri Shaklee Convention 2017 saya berkesempatan melawat bangunan baru Shaklee HQ yang bukan lagi di bangunan Pinnacles. Secara rasminya Shaklee telah berpindah ke bangunan baru, lokasi baru yang tak jauh dari lokasi lama. Bagi yang tercari-cari di manakah Shaklee Sunway. Jom tengok.
Ni gambar dari dalam kereta saya, teruja betul pertama kali bertentang mata dengan bangunan HQ baru ni.
Ini adalah alamat baru Shaklee HQ.
Ibu Pejabat
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099
Isnin hingga Jumaat:
10:00 am - 07:00 pm
Sabtu:
10:00 am - 07:00 pm
Saya shopping malam tau, sebab hari tu ada perasmian pada siangnya.
Dan tempoh operasi juga dilanjutkan sempena dengan hari closing untuk bulan April. Tutup jam 9. Saya habis shopping jam 8.45malam. Mujur lagi kan. Tengok tu pintu nak tutup dah hihi
Tapi memang feel habis la shopping di sini berbanding di lokasi lama.
YANG MENARIK TENTANG IBU PEJABAT SHAKLEE YANG BARU
- Lokasi yang strategik- Berhadapan dengan Sunway Medical. Landmark yang sangat mudah. Di bangunan yang tersergam indah, Sunway Geo. Dari jalan dah boleh nampak wahh "kedai Shaklee"
- Tak perlu lagi daftar untuk masuk ke bangunan macam ibu pejabat lama. Leceh kan dulu sebelum naik lif nak kena daftar ic semua. Sekarang mudah je nak akses.
- Bukan lagi di tingkat atas seperti sebelum ni. Hanya di tingkat bawah. Menyerlah nampak kredibilitinya.
- Parking yang mudah dan selamat.
- Ada lobby yang menarik untuk berjumpa dengan prospek
- Susun atur barang yang sangat menarik. Ishh rasa nak masuk bakul je semua kan.
- Ada bilik mesyuarat dan latihan di tingkat 3
- Konsep pasaraya. Ambil bakul dan isi bakul. Yeyyy yang ni best, kalau dulu ambil borang dan isi. Kini pusing-pusing, ambil, masuk bakul dan bayar. Dah siap yey.. Feel gitu.
- Jangan takut jika anda pertama kali ke sini dan tidak tahu hendak memilih suplemen yang mana. Di sini juga ada ditempatkan nutritionist untuk membantu anda memilih suplemen untuk masalah anda .Opsss TAPI pastikan anda telah menjadi ahli tau baru boleh shopping di sini. Jika belum, hubungi saya untuk pendaftaran ahli.
Menarik sangat kan. Shaklee sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk ahli-ahli semua. Kami sangat menghargainya.
Jom kita ke sana!
Thursday, May 4, 2017
BAHAYA HB LOW SEMASA HAMIL, PENGALAMAN HAMIL NAIKKAN HB
- Keletihan
- Rasa lemah
- Pening/Kepala pusing
- Kesejukan kaki tangan
- Kulit dan kuku pucat
- Jantung berdegup laju dan sakit dada
- Hendak pitam terutama bila bangun dari duduk atau baring
- Keguguran
- Ibu Mudah Pitam/Pengsan
- Kelahiran pra matang
- Tempoh bersalin yang lama akibat kelelahan otot rahim di dalam berkontraksi ( inersia utari )
- Perdarahan akibat tidak adanya kontraksi otot rahim ( atonia uteri )
- Jangkitan semasa bersalin ataupun selepas bersalin
- Pertumbuhan janin terbantut
- Lahir sebagai bayi pramatang
- Berat bayi lahir <2.5kg
- Anak meninggal ketika dilahirkan
Wednesday, May 3, 2017
BENTUK RAHIMKU BENTUK "LOVE" RUPANYA, KELAINAN BENTUK RAHIM PUNCA SUSAH HAMIL
BICORNUATE UTERUS
Unik kan. Ada banyak bentuk rahim rupanya. ADA BENTUK-BENTUK ni yang MENYEBABKAN TIADA PELUANG UNTUK HAMIL.
Bentuk rahim saya yang tengah tu. Ye bentuk rahim saya bentuk "hati" bentuk "love". Penuh kasih sayang agaknya hihi. Tapi hakikatnya ia adalah kecacatan fizikal yang saya sendiri tidak tahu. Saya sendiri baru tahu tentang bentuk rahim(uterus) saya yang abnormal bila kandungan kedua saya juga seperti anak pertama SONGSANG.
Semasa kehamilan anak pertama sebaik detect, saya bleeding. Pada kehamilan anak kedua takde bleeding tapi disebabkan saya juga pernah ada cyst pada kehamilan yang pertama maka bila hamil anak kedua pada usia kandungan 7minggu saya dah pergi buat scan. Dan masa scan tu Doktor detect macam ada dua kantung. Tapi katanya yang satu tak pasti jadi ataupun tidak sebab kedua-duanya masih tidak ada heat beat. Saya bertanya juga adakah ianya cyst. Tidak kata doktor. Apapun doktor minta untuk datang scan 2minggu lagi dan pada scan seterusnya nampaknya tiada rezki kembar ☺️ saya sendiri tak pasti samada ia betul kembar atau ia mengecut disebabkan bentuk rahim. Apapun video semasa check up Masih tersimpan rapi. Wallahualam
Dan sangkaan doktor itu betul apabila saya dirujuk kepada Doktor Pakar O&G Hospital Seri Manjung. Doktor rujuk laporan pembedahan anak pertama saya. Laporan menunjukkan rahim saya abnormal iaitu Bicornuate Uterus. Dan doktor cakap ianya kecacatan kekal dan bayi selepas ini pun tetap akan songsang dan kelahiran secara pembedahan.
RISIKO BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL
- Sukar untuk hamil
- Risiko keguguran berulang
- Risiko kelahiran bayi pra matang: Kadar kelahiran pramatang adalah 15 hingga 25%. kehamilan mungkin tidak sampai kepada peringkat penuh dalam rahim bicornuate apabila bayi mula berkembang di salah satu daripada tanduk rahim
- Bayi songsang atau melintang
- Risiko melahirkan secara pembedahan
BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL PUNCA SUSAH HAMIL?
Sejak mendapat tahu barulah saya mencari maklumat tentang ini. Dan saya bersyukur kerana ada banyak kelainan bentuk rahim dan ada juga yang senasib dengan saya masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya bertemu rakan senasib bila berbincang di page facebook Doktor Pakar Puan Dokto Hamid Arshat.
Ada kes yang dapat hamil, tetapi pada usia kandungan semakin matang, kandungan gugur. Kerana tidak cukup kuat atau tidak cukup ruang untuk membesar.
Bicornuate uterus, or “heart-shaped uterus,” occurs in between 0.1-0.5% of women. Fortunately, most of them experience no pregnancy complications.
BAGAIMANA NAK KENALPASTI BENTUK RAHIM
Ia adalah mungkin untuk mendiagnosis rahim bicornuate menggunakan ultrasonografi gynecologic, [1] khusus sonohysterography, dan MRI. [2] Walau bagaimanapun, kerana tidak ada sebarang petunjuk untuk melakukan apa-apa tatacara mengenai wanita asimptomatik, kehadiran rahim bicornuate mungkin tidak dikesan sehingga mengandung atau melahirkan. Dalam C-seksyen (biasanya dilakukan kerana malpresentation), bentuk yang tidak teratur rahim akan menjadi jelas. Selain itu kaedah pengimejan diagnostik lain termasuk hysterosalpingography dan hysteroscopy; prosedur ini biasanya dilakukan semasa proses penyiasatan kemandulan.
Sedih juga bila tahu ada di kalangan yang senasib dengan saya tidak berpeluang merasa untuk hamil. Apapun jangan bersedih, jangan pernah berputus asa, Doa dan usaha, tidak ada yang mustahil dengan izinNya kan.
Pada yang senasib dengan saya, hai geng!
Bersyukurlah seadanya walaupun kita tidak normal seperti wanita lain. Setiap sesuatu adalah ujian darinya dan pasti ada hikmah! Spread your LOVE