Saturday, July 2, 2016

MATA KERING, MATA RASA KESAT DAN MATA RASA BERPASIR??


Pernah mengalami MATA KERING, MATA RASA KESAT DAN MATA RASA BERPASIR?? Nak tahu apa suplemen terbaik untuk masalah ni?mari kita ikuti perkongsi di Supermom Shaklee Story ini.

TESTIMONI 056: NIK SITI MARDHIAH ABD RAHMAN

MASALAH KEKERINGAN DAN KETIDAKSELESAAN MATA SELESAI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014. 

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

 Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius. 

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari. 

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3. 

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?

Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari. 

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari? 

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"

SEKIAN, TERIMA KASIH.
---------------------------------------
Bagi mereka yang nak dapatkan Carotomax untuk masalah ini boleh hubungi saya. 

Sebotol Carotomax hanyalah RM78.44 tidak termasuk postage. Hubungi saya untuk harga terbaik ye


Tinie Badri

Wednesday, June 29, 2016

COD SHAKLEE MANJUNG PERAK

Alhamdulillah baru selesai cod ke dua customer Akak tadi. Sorang kat Manjung, sorang kat Teluk Muroh. Seorang customer tu pukul 12.30 malam whatsapp Akak tanya 
Ada stok Ostematrix tak, dia hamil kaki selalu kejang. Kesiannya sampai tak boleh tidur. Jadi cepat-cepat pagi ni akak pergi hantar ke ibu hamil tadi. 

Seorang lagi customer akak tadi, ibu cantik usahawan Wedding Planner Izza Bell memang peminat Ostematrix kalsium. (Iklan sikit orang Manjung yang nak pakej perkahwinan mampu milik dan vogue boleh hubungi beliau k) Beliau Mula Jatuh cinta dengan Pil kalsium ni bila masa berpantang dulu ambil Ostematrix ni dah tak sembelit dah. No more dok lama-lama dalam toilet.

Tak dapat nak bergambar dengan customer-customer kesayangan hari ni, mereka tak ready hihi.

Akak ni nama je dok Tanjung Malim. Tapi boleh kata seminggu atau dua minggu sekali balik Manjung ni. Jadi kesempatan yang ada sambil melawat ibu-ibu kami, luangkan masa untuk customer jugak. Customer kesayangan akak ramai lagi kat Manjung ni. Yang customer malam tadi jumpa contact akak kat pages Komuniti Manjung. Alhamdulillah. 

Kalau yang nak ambil stok hujung minggu biasanya memang akak boleh hantar. Seronok cod sambil beramah mesra. Tapi jangan risau customer yang nak stok bila-bila pun boleh. Sebab adik akak kat Klinik Pergigian Manjung Taman Samudera ni ada simpan stok. Khas untuk downline-downline akak sekitar sini dan untuk customer-customer Manjung akak. Terima kasih la banyak2 kat adik akak Amy Badri yang sudi membantu. 

Orang Tanjung Malim jangan risau, akak selalu ada untuk korang cewahh

Jadi orang Manjung & Tanjung Malim hubungi akak kalau nak dapatkan suplemen untuk kesihatan korang ye. Akak sedia membantu. Akak seronok sangat bila dapat bantu orang untuk jadi lebih sihat. 

Kak Ngah Kawasan
Tinie Badri

#shakleemanjung
#shakleetanjungmalim

Mentor Hebat Idola Di Dalam Bisnes

Untuk berjaya dalam bisnes kita perlu ada Mentor dan Idol kita. Dan kita perlu DUPLICATE mereka. Cerita tentang idola saya dalam bisnes ni. saya menjadikan upline saya Mai Md Saupi
dan super upline saya Master Hadhatina Mkb pengasas Supermom sebagai idola saya.


Mai Md Saupi
===========
Saya suka dengan caranya. Suka dengan prinsipnya anak cucu yang berdaftar d bawahnya adalah Amanah dari Allah yang perlu dijaga. Sama ada untuk makan sendiri atau bisnes. Pandai sentuh hati kami. Sabar sangat2 dengan karenah kami.Selalu ingatkan tentang tujuan utama akhirat yang abadi. Kental. Memang kental. Sumber inspirasi kami. Walaupun saya dah leader tapi apa-apa masalah tetap cari ummi saya ni😂😂 anak manja🙊

Saya nak jadi macam beliau, surirumah yang mampu beri ibubapanya 4angka duit belanja.

Master Hadhatina
===============
Kagum melihatnya. Ke mana jua pergi anak tak lekang darinya. Ce tengok gambar ni. Bukan 3 orang yang dibawa tau, 4 termasuk yang disorok dalam baju sejuk tu😄
Tiada alasan untuk berjaya katanya, maka anak juga bukan alasan untuk tidak boleh berjaya dalam bisnes. 

Dulu saya pernah rasa saya takkan berbisnes sebab ia akan buat kita takde masa dengan anak. Ternyata persepsi saya salah.

Saya nak anak ramai macam beliau. Saya nak jadi WAHM yang ada business centre untuk anak cucu mantapkan diri. Buat macam-macam program menarik untuk mereka libatkan diri satu keluarga. 

Saya juga nak travel merata negara dengan usung anak-anak macam beliau, hasil kerja keras dalam bisnes ni. Saya juga akan menjadikan teknologi it especially video untuk luaskan pengaruh marketing saya. InsyaAllah. 
Saya akan jadi Master yang berjaya macam beliau. InsyaAllah. Aminnnn 

Syukur to Allah diketemukan dengan insan2 hebat ini. Thanks to all my mentor😘😘moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan. Aminnn 

#pts
#idolaku

Wednesday, June 1, 2016

SENGGUGUT TERUK SAMPAI TAHAP KENA MC DAN TELAN PONSTAN

 Assalamualaikum
Apa khabar semua? Bagi mereka yang mengalami senggugut kronik tahap mengguling-guling sampai terpaksa MC dan terpaksa telan ponstan(pil tahan sakit) hari ni akak nak kongsikan pengalaman akak sendiri. Tolong cegah masalah senggugut ni sebab ianya akan beri kesan pada tahap kesuburan anda.
senggugut kronik


Jemput tonton video ini. Suka akak ingatkan, memberikan testimoni palsu adalah salah di sisi syariat Islam. semoga perkongsian akak ini dapat membantu gadis-gadis di luar sana




Bagi mereka yang ingin mengatasi masalah senggugut ni boleh hubungi saya

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Monday, May 23, 2016

Awas!! BAHAYA Pil Tahan Sakit Antara Punca Buah Pinggang Rosak

Pil tahan sakit (painkillers) antara punca Buah Pinggang Rosak atau terganggu fungsinya. Ini yang akan saya ceritakan. Berdasarkan pengalaman saya mendengar cerita mereka yang datang dengan masalah Nephrotic Syndrom, yang mana mereka mengakui antara puncanya adalah rutin atau kebergantungan dengan pil tahan sakit atau ubat tahan sakit.



PUNCA MASALAH BUAH PINGGANG. Klik Video.




Cerita 1 (Ambil Pil Tahan Sakit kerana Senggugut Kronik)
Pagi tadi saya terima call dari seorang pembaca blog. Kata wanita ini, sebelum ini beliau ada masalah fibroid dan senggugut yang sangat kronik sehinggakan beliau terpaksa mengambil pil tahan sakit seperti ponstan. Itu antara rutin bila senggugut datang. Kemudian bacaan darah tinggi beliau naik tinggi dan doktor bekalkan ubat. Tidak lama kemudian kakinya bengkak. Apabila membuat pemeriksaan, Doktor mendapati air kencing beliau mengandungi kandungan protein yang agak tinggi. Doktor bertanyakan rutin beliau dan meminta beliau untuk hentikan pengambilan pil tahan sakit. Dan sekarang beliau ingin berikhtiar dengan Vivix untuk masalah-masalah kesihatannya.


Kisah 2 (Aktif Sukan, Ambil Suntikan Tahan Sakit)
Saya pernah dihubungi oleh seorang lelaki dari Manjung Perak. Beliau juga baru didiagnos buah pinggang bocor dan kandungan urin mengandungi protein. Saya bertanyakan padanya apakah rutinnya samada makanan segera, pil tahan sakit atau kopi 3in1? Katanya beliau adalah seorang yang aktif bermain bola sepak. Seringkali injured(cedera) dan beliau juga bekerja. Untuk memastikan beliau sentiasa kuat dan mampu untuk bergerak cergas seperti biasa selalunya beliau akan pergi klinik untuk Mendapatkan suntikan ubat tahan sakit. Beliau syak itulah antara puncanya.

Cerita 3. (Ambil Pil Tahan Sakit Kerana Migrain)
Suami saya sendiri pada usia 20an sering  sakit kepala/migrain. Mungkin dengan keadaan kerja pada waktu itu dan pil tahan sakit adalah teman setianya. Selain itu dulu beliau selalu minum kopi 3 in 1. Dan katanya yang beliau perasan itu adalah antara punca yang dikenalpasti kepada masalah buah pinggang bocor yang dialaminya.  

Dan ini saya kongsikan kes yang lain
Mengambil pil tahan Sakit kerana Gout

Mengambil pil tahan sakit kerana senggugut.


Apa yang anda perlu tahu bila mengambil pil tahan sakit adalah
  • Jangan ambil ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangka masa melebihi 3 hari tanpa berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat tahan sakit yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan ketagihan.
  • Sesetengah ubat tahan sakit boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Tanyalah ahli farmasi atau pengamal perubatan anda berkaitan isu ini.
  • Jauhkan ubat tahan sakit dari kanak-kanak
  • Ambil ubat tahan sakit bersama makanan untuk elak dari rasa perut yang tidak selesa atau kesan iritasi perut
  • Selalu lihat pada label kandungan ubat semasa membeli ubat untuk mengelakkan pengambilan ubat yang sama tetapi berlainan jenama atau bentuk formulasi.
  • Elakkan mengambil aspirin bersama paracetamol
  • Selain dari pengambilan ubat-ubatan ada kaedah lain tanpa ubat untuk merawat kesakitan. (cth; kaedah pek panas/sejuk, fisioterapi, akupuntur dan berehat)
  • Pelajari dan amalkan teknik ketenangan untuk atasi stress/ketegangan, terutama jika ia mengakibatkan sakit seperti sakit kepala.
  • Ambil ubat tahan sakit pada masa yang betul dengan dos yang betul bagi mengelakkan keracunan atau sebarang kesan toksin daripada pengambilan ubat secara berlebihan.
  • Beritahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda kerap menggunakan ubat tahan sakit.
Jom kita baca apa pendapat Doktor Azwan yang pernah bertugas di bahagian nefrology(buah pinggang)





Ubat-ubatan atau painkiller sekiranya diambil dalam satu jangka masa yang panjang dan diambil melebihi dos akan mengakibatkan Buah Pinggang gagal untuk menampung kapasiti ubat-ubatan untuk diproses. 

Disamping itu kandungan ubat-ubatan yang mengandungi bahan chemical sudah semestinya menyukarkan Buah Pinggang untuk menapis secara total.

Dengan ini cubalah elakkan untuk bergantung dengan pil tahan sakit. Rawat masalah kesihatan anda dengan cara yang lebih selamat. Contohnya jika  anda kerap migrain cuba kurangkan stress dan amalkan vitamin anti stress seperti Bcomplex Omega dan ESP. Jika anda kerap senggugut kronik amalkan set senggugut Gla Complex dan Alfalfa Complex. 

Ianya bukan saja semulajadi dan selamat tetapi juga berkesan. InsyaAllah. Sayangi buah pinggang anda. 




Friday, May 20, 2016

10 Risiko (Komplikasi) Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor (NephroticSyndrome)

Bagi mereka yang mengalami simptom penyakit Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome mesti akan risau dengan risiko dan komplikasi penyakit ini. Ya itu yang saya tertanya apabila suami whatsapp dan beritahu apakah keputusan ujian Doktor. Apakah risiko yang akan dialami oleh pesakit Nephrotic Syndrome ini. Bersama ini saya sertakan 10 Risiko atau Komplikasi Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome untuk rujukan semua mengikut pembacaan dan pengalaman saya.

kesan penyakit nephrotic syndrome
1. Meningkatkan tekanan darah tinggi. Ye suami saya dulu tiada masalah darah tinggi, tetapi
apabila dikesan Nephrotic Syndrome, tekanan darah menjadi tinggi. Ini terjadi akibat kerosakan pada gromeruli dan penimbunan bahan buangan dalam salur darah (uremia)

2. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman.
Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya. Oleh kerana ini jumlah air yang masuk ke dalam badan pesakit haruslah dikawal.

3. Meningkatkan kolesterol dalam darah & triglycerides. Ini juga kesan yang suami saya alami sedangkan paras kolesterol sebelum ini adalah normal. Ini terjadi kerana hati akan menghasilkan lebih banyak albumin bila kandungan protein albumin dalam badan berkurangan dengan drastik. Pada masa yang sama hati akan melepaskan lebih banyak kolesterol dan triglycerides. Kebiasaanya doktor akan berikan ubat kolesterol untuk mengawal kolesterol yang tinggi.
Pesakit juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan mengelakkan mengambil makanan tinggi kolesterol

4.Darah beku. Kegagalan glomeruli untuk menapis darah dengan baik akan menyebabkan kehilangan protein yang mampu menghalang darah beku.Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.

5.Penyakit arteri koronari , juga dikenali sebagai penyakit jantung penyakit jantung koronari disebabkan oleh penyempitan arteri yang membekalkan darah ke jantung

6. Kegagalan Buah Pinggang- penimbunan bahan buangan akan terjadi dengan cepat kerana buah pinggang telah gagal untuk menapis darah dengan baik kerana glomeruli yang telah rosak. Jika ini terjadi dialysis segera adalah diperlukan

7. Jangkitan-orang yang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ini
terdedah kepada risiko jangkitan kerana tahap antibodinya lemah. Saya kongsikan antara pengalaman pesakit Nephrotic Syndrome yang mengalami kaki bengkak dan kemerah-merahan seperti ruam akibat jangkitan.




8. Penyakit Buah Pinggang Kronik. INi yang paling kita risaukan. kebocoran penapis buah pinggang lama kelamaan akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Bila buah pinggang gagal berfungsi ia boleh membawa kepada beberapa penyakit kronik lain. Jika ini terjadi dialisis atau pemindahan buah pinggang perlu dilakukan.



9. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.


10. Kekurangan nutrisi. Kehilangan terlalu banyak protein di dalam darah menyebabkan kekurangan nutrisi. Sel darah juga menjadi sedikit(anemia), tahap vitamin D dan kalsium juga menjadi rendah.


 Ini pun belum lagi termasuk kesan dari penggunaan steroid untuk merawat penyakit ini.

Untuk itu ikhtiarlah untuk merawat Buah Pinggang Bocor ini sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Anda boleh lihat Testimoni Buah Pinggang Bocor Sembuh yang saya kongsikan sebelum ini untuk rujukan. Juga boleh rujuk kisah bagaimana SUAMI SAYA SEMBUH NEPHROTIC SYNDROM


Rujukan : http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/kidney-disease/nephrotic-syndrome-in-adults/Pages/facts.aspx


Set kesihatan Buah Pinggang
penawar sakit buah pinggang terbaik


Nak dapatkan VIVIX pada HARGA ISTIMEWA

✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
****POS KE SELURUH MALAYSIA

Thursday, May 19, 2016

2 Lagi Kisah Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrom) Sembuh

Assalamualaikum
Hari ni saya ada berita baik nak dikongsikan. Jika anda mencari tentang cara merawat Nephrotic Syndrom( Buah Pinggang Bocor) di sinilah tempatnya.
 Ye hari ni saya nak kongsikan lagi cerita berkenaan sembuh Nephrotic Syndrom, iaitu antara tandanya adalah air kencing berbuih yang terjadi bila protein terkeluar melalui urin akibat fungsi buah pinggang yang terganggu. Ingat lagi tak testimoni suami saya tempohari.
nephrotic syndrom sembuh
 Berkat Sharing video suami saya yang telah dibuat oleh team Supermom Shaklee Story. Ramai yang berani untuk berikhtiar dengan Vivix. Dan ini adalah testimoni kabar baik yang kami terima setelah mereka mengamalkan Vivix

1. Ibu kepada customer saya menghidap Nephrotic Syndrome dengan gejala kaki bengkak dan tidak bertenaga. Alhamdulillah saya suka sangat bila dapat tahu ibunya semakin sihat dan bacaan urin semakin cantik. Dan ibunya juga semakin sihat dah tak macam dulu selalu cepat penat.
bacaan protein dalam urin
Bacaan Protein di dalam Urin semakin turun


Oke ikuti kisah seterusnya

2. Customer sahabat saya ni mengalami tanda buah pinggang bocor iaitu air kencing berbuih dan ada protein di dalam urin. Beliau bersetuju mengambil vivix setelah tengok video suami saya sembuh Nephrotic Syndrom(buah pinggang bocor) dengan mengamalkan Vivix. Alhamdulillah beliau juga gembira bila mendapati keputusan protein dalam urinnya dah clear. 

testimoni buah pinggang bocor nephrotic syndrome
Kencing dah tak berbuih, protein dah tiada. Buah pinggang kembali normal

Oke saya kongsikan kembali video pengalaman suami saya bersama Nephrotic Syndrom dan Vivix.


TIPS PEMAKANAN UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG BOCOR



Syukur alhamdulillah kami gembira dapat membantu. Sesungguhnya Vivix itu cumalah alat, yang menyembuhkan itu Dia. Tapi tugas kita untuk berikhtiar di samping berdoa pada Dia kan.

PERHATIAN

ISTIMEWA bagi mereka yang MEMBELI VIVIX dengan SAYA samada menjadi ahli ataupun tidak saya akan berikan cara makan yang Terbaik untuk Vivix membantu masalah buah pinggang anda dan saya akan berikan TIPS PEMAKANAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN BAGI PESAKIT NEPHROTIC SYNDROME. 

Ye betul khusus untuk customer saya sahaja. 
Oh ye, PEMBELIAN 2 botol anda akan dapat PERCUMA KEAHLIAN dan terus dapat beli pada HARGA AHLI.

Semoga cerita-cerita ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk tidak mengalah dengan ujian Allah. Sayangilah dan jagalah buah pinggang anda kerana ianya sangat penting untuk sistem tubuh badan kita.

Jika anda dah tak sabar, nak beli sekarang jugak , anda boleh hubungi saya:
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
 ✉ Email: hartini.badri@gmail.com
➲ COD Shaklee : Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
****POS KE SELURUH MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...