Monday, May 23, 2016

Awas!! BAHAYA Pil Tahan Sakit Antara Punca Buah Pinggang Rosak

Pil tahan sakit (painkillers) antara punca Buah Pinggang Rosak atau terganggu fungsinya. Ini yang akan saya ceritakan. Berdasarkan pengalaman saya mendengar cerita mereka yang datang dengan masalah Nephrotic Syndrom, yang mana mereka mengakui antara puncanya adalah rutin atau kebergantungan dengan pil tahan sakit atau ubat tahan sakit.



PUNCA MASALAH BUAH PINGGANG. Klik Video.




Cerita 1 (Ambil Pil Tahan Sakit kerana Senggugut Kronik)
Pagi tadi saya terima call dari seorang pembaca blog. Kata wanita ini, sebelum ini beliau ada masalah fibroid dan senggugut yang sangat kronik sehinggakan beliau terpaksa mengambil pil tahan sakit seperti ponstan. Itu antara rutin bila senggugut datang. Kemudian bacaan darah tinggi beliau naik tinggi dan doktor bekalkan ubat. Tidak lama kemudian kakinya bengkak. Apabila membuat pemeriksaan, Doktor mendapati air kencing beliau mengandungi kandungan protein yang agak tinggi. Doktor bertanyakan rutin beliau dan meminta beliau untuk hentikan pengambilan pil tahan sakit. Dan sekarang beliau ingin berikhtiar dengan Vivix untuk masalah-masalah kesihatannya.


Kisah 2 (Aktif Sukan, Ambil Suntikan Tahan Sakit)
Saya pernah dihubungi oleh seorang lelaki dari Manjung Perak. Beliau juga baru didiagnos buah pinggang bocor dan kandungan urin mengandungi protein. Saya bertanyakan padanya apakah rutinnya samada makanan segera, pil tahan sakit atau kopi 3in1? Katanya beliau adalah seorang yang aktif bermain bola sepak. Seringkali injured(cedera) dan beliau juga bekerja. Untuk memastikan beliau sentiasa kuat dan mampu untuk bergerak cergas seperti biasa selalunya beliau akan pergi klinik untuk Mendapatkan suntikan ubat tahan sakit. Beliau syak itulah antara puncanya.

Cerita 3. (Ambil Pil Tahan Sakit Kerana Migrain)
Suami saya sendiri pada usia 20an sering  sakit kepala/migrain. Mungkin dengan keadaan kerja pada waktu itu dan pil tahan sakit adalah teman setianya. Selain itu dulu beliau selalu minum kopi 3 in 1. Dan katanya yang beliau perasan itu adalah antara punca yang dikenalpasti kepada masalah buah pinggang bocor yang dialaminya.  

Dan ini saya kongsikan kes yang lain
Mengambil pil tahan Sakit kerana Gout

Mengambil pil tahan sakit kerana senggugut.


Apa yang anda perlu tahu bila mengambil pil tahan sakit adalah
  • Jangan ambil ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangka masa melebihi 3 hari tanpa berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat tahan sakit yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan ketagihan.
  • Sesetengah ubat tahan sakit boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Tanyalah ahli farmasi atau pengamal perubatan anda berkaitan isu ini.
  • Jauhkan ubat tahan sakit dari kanak-kanak
  • Ambil ubat tahan sakit bersama makanan untuk elak dari rasa perut yang tidak selesa atau kesan iritasi perut
  • Selalu lihat pada label kandungan ubat semasa membeli ubat untuk mengelakkan pengambilan ubat yang sama tetapi berlainan jenama atau bentuk formulasi.
  • Elakkan mengambil aspirin bersama paracetamol
  • Selain dari pengambilan ubat-ubatan ada kaedah lain tanpa ubat untuk merawat kesakitan. (cth; kaedah pek panas/sejuk, fisioterapi, akupuntur dan berehat)
  • Pelajari dan amalkan teknik ketenangan untuk atasi stress/ketegangan, terutama jika ia mengakibatkan sakit seperti sakit kepala.
  • Ambil ubat tahan sakit pada masa yang betul dengan dos yang betul bagi mengelakkan keracunan atau sebarang kesan toksin daripada pengambilan ubat secara berlebihan.
  • Beritahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda kerap menggunakan ubat tahan sakit.
Jom kita baca apa pendapat Doktor Azwan yang pernah bertugas di bahagian nefrology(buah pinggang)





Ubat-ubatan atau painkiller sekiranya diambil dalam satu jangka masa yang panjang dan diambil melebihi dos akan mengakibatkan Buah Pinggang gagal untuk menampung kapasiti ubat-ubatan untuk diproses. 

Disamping itu kandungan ubat-ubatan yang mengandungi bahan chemical sudah semestinya menyukarkan Buah Pinggang untuk menapis secara total.

Dengan ini cubalah elakkan untuk bergantung dengan pil tahan sakit. Rawat masalah kesihatan anda dengan cara yang lebih selamat. Contohnya jika  anda kerap migrain cuba kurangkan stress dan amalkan vitamin anti stress seperti Bcomplex Omega dan ESP. Jika anda kerap senggugut kronik amalkan set senggugut Gla Complex dan Alfalfa Complex. 

Ianya bukan saja semulajadi dan selamat tetapi juga berkesan. InsyaAllah. Sayangi buah pinggang anda. 




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...