Friday, May 20, 2016

10 Risiko (Komplikasi) Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor (NephroticSyndrome)

Bagi mereka yang mengalami simptom penyakit Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome mesti akan risau dengan risiko dan komplikasi penyakit ini. Ya itu yang saya tertanya apabila suami whatsapp dan beritahu apakah keputusan ujian Doktor. Apakah risiko yang akan dialami oleh pesakit Nephrotic Syndrome ini. Bersama ini saya sertakan 10 Risiko atau Komplikasi Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome untuk rujukan semua mengikut pembacaan dan pengalaman saya.

kesan penyakit nephrotic syndrome
1. Meningkatkan tekanan darah tinggi. Ye suami saya dulu tiada masalah darah tinggi, tetapi
apabila dikesan Nephrotic Syndrome, tekanan darah menjadi tinggi. Ini terjadi akibat kerosakan pada gromeruli dan penimbunan bahan buangan dalam salur darah (uremia)

2. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman.
Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya. Oleh kerana ini jumlah air yang masuk ke dalam badan pesakit haruslah dikawal.

3. Meningkatkan kolesterol dalam darah & triglycerides. Ini juga kesan yang suami saya alami sedangkan paras kolesterol sebelum ini adalah normal. Ini terjadi kerana hati akan menghasilkan lebih banyak albumin bila kandungan protein albumin dalam badan berkurangan dengan drastik. Pada masa yang sama hati akan melepaskan lebih banyak kolesterol dan triglycerides. Kebiasaanya doktor akan berikan ubat kolesterol untuk mengawal kolesterol yang tinggi.
Pesakit juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan mengelakkan mengambil makanan tinggi kolesterol

4.Darah beku. Kegagalan glomeruli untuk menapis darah dengan baik akan menyebabkan kehilangan protein yang mampu menghalang darah beku.Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.

5.Penyakit arteri koronari , juga dikenali sebagai penyakit jantung penyakit jantung koronari disebabkan oleh penyempitan arteri yang membekalkan darah ke jantung

6. Kegagalan Buah Pinggang- penimbunan bahan buangan akan terjadi dengan cepat kerana buah pinggang telah gagal untuk menapis darah dengan baik kerana glomeruli yang telah rosak. Jika ini terjadi dialysis segera adalah diperlukan

7. Jangkitan-orang yang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ini
terdedah kepada risiko jangkitan kerana tahap antibodinya lemah. Saya kongsikan antara pengalaman pesakit Nephrotic Syndrome yang mengalami kaki bengkak dan kemerah-merahan seperti ruam akibat jangkitan.




8. Penyakit Buah Pinggang Kronik. INi yang paling kita risaukan. kebocoran penapis buah pinggang lama kelamaan akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Bila buah pinggang gagal berfungsi ia boleh membawa kepada beberapa penyakit kronik lain. Jika ini terjadi dialisis atau pemindahan buah pinggang perlu dilakukan.



9. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.


10. Kekurangan nutrisi. Kehilangan terlalu banyak protein di dalam darah menyebabkan kekurangan nutrisi. Sel darah juga menjadi sedikit(anemia), tahap vitamin D dan kalsium juga menjadi rendah.


 Ini pun belum lagi termasuk kesan dari penggunaan steroid untuk merawat penyakit ini.

Untuk itu ikhtiarlah untuk merawat Buah Pinggang Bocor ini sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Anda boleh lihat Testimoni Buah Pinggang Bocor Sembuh yang saya kongsikan sebelum ini untuk rujukan. Juga boleh rujuk kisah bagaimana SUAMI SAYA SEMBUH NEPHROTIC SYNDROM


Rujukan : http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/kidney-disease/nephrotic-syndrome-in-adults/Pages/facts.aspx


Set kesihatan Buah Pinggang
penawar sakit buah pinggang terbaik


Nak dapatkan VIVIX pada HARGA ISTIMEWA

✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
****POS KE SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.