Sunday, April 13, 2014

^ BEST KE JADI AHLI SHAKLEE ^

Bila orang tanya soalan ni kan. Rasa macam nak jerit memberitahu " ALLAHUAKBAR..BEST SANGAT"

Tapi kan tapi kan sebenarnya bergantung jugak dengan siapa korang join. Ye ke. Aha betul. Lain upline, lain pendekatan. Dan pulak lain group lain caranya. Lain macam mana? Bukan ke sama je semua pun ahli Shaklee. Betul memang semua ahli Shaklee tetapi dengan siap anda join iaitu siapa upline anda atau di bawah group Master mana yang anda join. Semua tu memberi kesan kepada perkembangan bisnes anda. Tak banyak sangat sebenarnya. Walaupon bukanlah kesan 100%, sebab sebenarnya kita sendiri tentukan bisnes kita macam mana. Namun pemilihan dua aspek yang sangat penting ni bakal memberi impak kepada perjalanan kita dalam memburu kejayaan tu.

Bukan semua group menawarkan Coaching Online dan Offline 100%, 7 hari seminggu, 24jam sehari. Jangan tak tahu berapa ramai SID yang contact saya bertanyakan bagaimana nak tukar upline. Upline sangat tidak membantu. Tak berkongsi pon info tentang produk. Apa-apa semua disuruh cari sendiri. Tak payah cerita lebih la, pernah sorang ni hubungi saya tanya macam mana nak order barang. Boleh ke beli kat sapa-sapa. Upline tak ajar. Sedangkan dalam group kami tutorial diajar langkah demi langkah macam mana buat order. Macam mana nak kembangkan bisnes kalau perkara asas pon tak diajar. So sebelum anda merungut macam-macam, buat pilihan yang tepat. Bagaimana pun tak ramai juga kat luar sana yang terlalu bergantung pada upline sehingga tak mampu untuk berdikari mengejar kejayaan sendiri. Yang jenis ini jangan salahkan upline. Sebabnya. Umpama air yang yang dah tersedia dalam gelas kat depan kita. Kalau kita takde usaha nak angkat gelas, nak letak ke mulut, hirup dan telan air tu memang sampai bila-bila kita akan dahaga. Jadi tetap kena ada usaha sendiri

Dan hari ni saya nak kongsikan salah satu keistimewaan dan bestnya jadi ahli Shaklee di bawah Group iReach atau dulu dikenali sebagai group Lady &Boss di bawah keturunan Master Lyna Noh & Master Zainul adalah dengan adanya program tahunan JOM HEBAT. Siri Jelajah Jom Hebat ni diadakan di beberapa negeri. Yang terbaru adalah di Kelantan. Yang saya pernah sertai dua siri, satu Jom Hebat Kuala Lumpur. Dan baru-baru ini JOM HEBAT MEGA yang diadakan di Institut Sosial yang disertai oleh ramai ahli iReach bukan saja dari sekitar Kuala Lumpur, ada yang datang dari Kelantan, Johor, ada jugak yang terbang dari Sabah dan Sarawak. Masing-masing taknak melepaskan peluang untuk menginspirasikan diri dengan pengisian program yang terbaik ni. Memang rugi sangatlah siapa yang tak dapat join ni. Memang ekslusif utk group kami.

 Teruja kan. Ce tengok berapakah yuran nya. Betapa murahnya kan. Bukan program sejam dua tau. Program ni sehari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Makan juga disediakan. Paling best dan saya tak pernah jumpa dalam mana-mana program, sangat mesra kanak-kanak.


Kanak-kanak diberi pensel warna dan buku untuk melukis. Goodies beg kami dapat apa tau, buku note kecil yang lengkap sekali dengan calculator. Wahhh calculator sangat berguna oke untuk kita berbisnes kencang dengan Shaklee ni.
MasyaAllah hebatnya program ni.
 Program dimulakan dengan perkongsian oleh Puan Nad Zaim. Tapi jujurnya saya terlepas slot yang hebat ni kerana bergerak lambat dari Tg Malim memandangkan anak meragam. Saya tetap taknak tinggalkan anak-anak. Gagahkan juga pergi ke program walaupun rugi satu slot. Tapi memandangkan saya dah pergi ke Jom Hebat Mega KL dan masa tu ada perkongsian dari Puan Nad Zaim saya tau perkongsian dari beliau memang hebat. Seorang guru Fizik yang sanggup keluar dari zon selesa  mencabar diri untuk mencapai matlamat yang tinggi untuk membantu ahli keluarga. Sangat terharu bila beliau berkongsi cerita bagaimana beliau dapat juga membantu adik ipar melanjutkan pelajaran dengan menggunakan duit bonusnya. Perkongsian darinya pastinya menitiskan air mata audiens.

Kisah Kain Pelikat

Slot ni best. Perkongsian dari suami-suami dari group ASB. Apa tu? Aku Sayang Bini. Hihi best kan nama. Kebanyakan yang mendaftar menjadi ahli adalah isteri-isteri. Bagaimanapun ada juga ye yang daftar tu si suami. Jadinya masa forum ni panel-panelnya terdiri dari suami-suami yang mempunyai isteri-isteri yang hebat dan yang boleh dikatakan sudah berjaya. Masa ni mereka berkongsi kenapa ada segelintir suami yang tak suka isteri menceburkan diri,tetapi bila dengan Shaklee akhirnya membuka mata mereka, BISNES INI MEMANG BOLEH BUAT tak macam MLM lain. Dan berkongsi bagaimana akhirnya mereka turut sama membantu isteri dalam bisnes ni, Yang best masa saya dengar tu ada seorang suami ni berhenti dari menjadi jurugambar dan membantu isteri sama-sama dalam bisnes ni, Perubahan positif bila mereka menjadi lebih rapat. Anak-anak tidak lagi terabai. Malah amalan rohani dan ibadat semakin dijaga dan dibuat bersama-sama,indahnya berbisnes Shaklee dengan group kami.

Dan yang menariknya jugak pada hari ini adalah perasmian logo iReach iaitu penjenamaan semula group Lady Boss iaitu group susur galur keturunan Master Lyna Noh dan suami Master Zainol.
Setiap huruf iReach ada maksud2 yg tersendiri;
- i : Saya/Aku/I
- R: Respect. Hormat menghormati
- E: Excel. Cemerlang
- A: Able. Serba-Boleh
- C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli
- H: Humble. walaupun hebat, sangat rendah diri

Dengan rasminya logo baru ini juga, pelancaran web ireach.my juga telah dibuat. Yang bestnya, web ni disediakan sebagai platform untuk berkongsi info, mendapatkan info samada dalam bentuk artikel, imej atau video. Pastinya memerlukan kapasiti storage yang tinggi kan, tapi yang bestnya kami tak perlu bayar pun untuk masuk web itu. Segalanya percuma. Bertuah kami ada super super upline yang berkorban membeli domain dan menyediakan kemudahan yang terbaik untuk kami. Mana nak jumpa oiii.


SLOT MAGNET DIRI BERSAMA AMIN IDRIS
Aha slot ni sangat ditunggu-tunggu, slot bersama En Amin Idris pengacara terkenal TV Al Hijrah. Best sangat perkongsian dari En Amin Idris ni. Dah la mesra kanak-kanak. Beliau tak terganggu pun dengan ramainya kanak-kanak di depan beliau. Sekali sekala ada la seorang dua kanak-kanak yang naik pentas. Kata beliau, beliau pun kagum, meriah macam family day. Banyak tips yang dikongsinya, apa yang saya paling ingat. Katanya hidup ini adalah soal pilihan.

Kita boleh pilih untuk hidup selesa dengan apa yang ada atau kita boleh pilih untuk berusaha keluar dari zon selesa dan hidup lebih baik. Dan katanya juga kita perlu berimpian besar. Besar macam mana. Kalau kita hanya kata impian kita nak ada rumah. Itu belum cukup besar. Tapi kalau kita cakap nak ada sebiji rumah besar ada 7bilik termasuk surau dan mini panggung, dan yang dalamnya ada kolam renang, yang dalamnya ada padang bola dilengkapi dengan 3biji kereta mewah dan dalam rumah kita ada lif 3 tingkat. Bila kawan dengar dan kata "perghh ko gila ke apa, mana nak dapat." Hah masa tu baru la namanya berimpian besar. Jadi, silalah berimpian besar. Tapi impian atau imaginasi kita itu perlulah SMART.




Memang terbaik sangat program ni. Tak menyesal datang menghabiskan masa sehari suntuk di sini.
Kalau jadi ahli Shaklee memang dengan sesiapa ahli Shaklee pun boleh tapi nak dapat yang dapat menganjurkan program sebegini bukanlah mudah. AJK yang sanggup bertungkus lumus menyediakan yang terbaik tanpa mengharapkan apa-apa bayaran pun. Apa yang kami bayar cumalah kos menyewa tempat, makanan dan kos bayaran kepada panel jemputan. Untung sangat kan.
Hah inilah salah satu best ke tak jadi ahli di bawah group kami iReach. Nak jadi ahli iReach ke, mesti berkobar-kobar kan.






Best ke tak, kena join baru la tau hakikat bestnya macam mana. Yang pasti anda takkan menyesal.
MODAL? Jangan risau, tak perlu buat loan pun.. RM65 Sahaja. Tak percaya? Percayalahh.
Jadi pada yang berminat, hubungilah saya, saya sentiasa ada untuk membantu anda.
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, April 5, 2014

^ TIPS KECANTIKAN KULIT ^

Assalamualaikum
Akhir-akhir ni kan, ramai pulak yang order set kecantikan kulit. So Tinie rasa nak kongsikanlah tips kecantikan kulit untuk kita amalkan. Yer la siapa tak nak cantik kan. Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri suka pada kebersihan dan kecantikan. Jadi kita kena la sentiasa nampak bersedia, cantik. Tambah tambah yang bakal menjadi raja sehari. Eh eh yang dah berkahwin pon kena jaga tau. Yer la kita berhias cantik untuk siapa lagi. Bukan untuk ditatap dipuji orang lain. Tapi untuk Encik suami kita jugak kan, sedap sikit mata memandang. Yang anak-anak dara pun kena jaga jugak, dari situ dah nampak keperibadian kita macam mana. Bukanlah kata kecantikan itu adalah yang terpenting. Tapi kalau nak cari jodoh Islam juga menetapkan 4 ciri utama dan salah satunya adalah kerana kecantikannya. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah SAW :
“Seorang wanita biasanya dinikahi kerana empat hal,iaitu kerana hartanya, kerana nasabnya (keturunannya), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka utamakan memilih isteri (wanita) kerana agamanya. Kamu akan rugi (bila tidak memilih kerana agamanya).” (HR. Bukhari,Muslim dan Abu Dawud)





Oh Ye, sebelum tini kongsikan tips kecantikan ikut masalah kulit ni kan, jom kita tonton video ni. Muka yang dulu berjerawat teruk, berparut. Apa yang beliau buat?

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.




Oke sekarang, Moh kita baca apa tips kecantikan kulit berdasarkan masalah-masalah ni.

1) Masalah Kulit Berjerawat
2) Masalah jeragat
3) Masalah parut/ bekas jerawat

1) Masalah Kulit Berjerawat

 Selalunya masalah jerawat ini timbul atas beberapa sebab antaranya kerana tekanan(stress), muka terlalu berminyak, kerana banyaknya toksin dalam badan dan kerana penjagaan kulit yang tidak sempurna seperti penggunaan alat solek yang terlalu lama atau tidak sesuai. Antara tips yang boleh diamalkan
  • Basuh muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan basuh dengan sabun badan kerana tahap alkalinya tinggi. Guna pencuci muka yang sesuai dan kurang bahan kimia, terbaik menggunakan yang berasaskan semulajadi bebas bahan kimia. 
  • Jangan mengelap muka menggunakan tuala badan. Gunakan tuala kecil kerana kulit muka kita tersangatlah sensitif kepada kotoran.
  • Jaga pemakanan, elakkan makanan berminyak, elakkan makanan segera seperti burger dan elakkan kacang tanah
  • Pastikan mendapat tidur yang cukup dan elakkan stress
  • Elakkan menggaru muka atau memicit jerawat menggunakan jari dan kuku kerana dalam kuku dan jari kita ni ada kotoran yang kita tak nampak jadi kulit kita sangatlah sensitif, perkara ni boleh menggalakkan lagi merebaknya jerawat tu ke bahagian lain.
  • Minum air sekurangnya 3Liter sehari
 2) Masalah Jeragat
Jeragat atau atau nama medikalnya Melasma adalah satu lagi masalah kulit muka yang selalu sangat di kalangan wanita Asia. Selalunya jeragat ni di bahagian pipi tetapi ada juga kat bahagian muka yang lain. Antara punca jeragat adalah seperti terdedah kepada cahaya matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dan tinggi bahan kimia atau kerana faktor keturunan dan juga penggunaan pil hormon. Antara tips yang boleh diamalkan seperti:
  • Lindungi kulit dengan krim pelindung yang sesuai
  • Pilih produk kosmetik yang bermutu tinggi 
  • Elakkan memilih produk pemutihan muka yang menggalakkan pengelupasan kulit kerana ini akan menipiskan kulit muka dan menjadikan kulit semakin sensitif
  • Minum air putih sekurangnya 3Liter sehari
  • Tingkatkan pengambilan vitamin E
  • Kebiasaannya jeragat timbul pada kulit yang kering, jadi pakailah pelembab muka yang bersesuaian
  • Vitamin C Penting dalam pembentukan kolagen, ramai wanita mengamalkan prdouk kolagen tapi sebenarnya mengamalkan makanan atau suplemen tinggi kandungan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik
  • Vitamin E selain melambatkan proses penuaaan, ia juga dapat membantu keseimbangan horman dan membantu mengurangkan kesan kulit jeragat 
  • Protein. Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit cantik kita perlu dapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik
  • Air sangatlah penting dalam pengaliran darah, penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
 3) Masalah parut/ bekas jerawat
  • Tingkatkan pengambilan vitamin E
  • Ambil makanan tinggi protein kerana protein yang tinggi membantu penghasilan sel-sel baru bagi menggantikan sel kulit yang rosak
  •  Menggunakan krim yang sesuai
  • Minum air 3 Liter sekurang-kurangnya
SUPLEMEN UNTUK KECANTIKAN KULIT




JOM LAYAN TESTIMONI DAN APAKAH VITAMIN SHAKLEE YANG DIAMBIL
KULIT JERAGAT: VITAMIN E, B-COMPLEX & VITAMIN C


KULIT BERJERAWAT DAN BERPARUT: ESP & VITAMIN E


BEKAS JERAWAT: VITAMIN E


PARUT JERAWAT: ESP, VITAMIN C, VITAMIN E & BCOMPLEX


KULIT KERING & BLACKHEAD: ESP
HARGA RUNCIT:
ENERGIZING SOY PROTEIN 850gm : RM150 (Penggunaan lebih kurang Sebulan lebih )
VITAMIN C SUSTAINED RELEASED 500mg : RM91 (Penggunaan 6bulan)
B-COMPLEX 120bj: RM53 (Penggunaan 4 bulan)
VITAMIN E 120 biji : RM149 (Penggunaan 4 bulan)

*Dapatkan penjimatan harga ahli sehingga 20% hanya dengan membayar yuran keahlian RM65 seumur hidup


Untuk tips percuma dan konsultasi 

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat 
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ 
✉ Email: hartini.badri@gmail.com 
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Friday, April 4, 2014

^ MACAM MANA NAK JADI AHLI SHAKLEE^

Weehuuuu... amboii semakin ramai yang nak jadi ahli Shaklee kan. Iyalah meletup letup sekarang ni produk Shaklee ni. Produk suplemen yang terbaik, semulajadi, berkesan dan selamat. Hah itu motto Shaklee. Ate mana nak jumpa produk yang dah la harga best, pastu bila ambil, berkesan dan berpuas hati. Hah harga best? ye ke. Yerla lagi harga best bila kita join ahli. Penjimatan sehingga 25% tau. Jimat jimat. Dan yang nak jadi ahli ni bukan sekadar yang nak berbisnes je, boleh je jadi ahli tapi sekadar nak guna untuk keperluan sendiri. Boleh ke tak rugi ke. Hok ala. Tak rugi weh, serius.

Nak tahu kenapa tak rugi. Sebab ada banyak sangat kelebihan bila dah jadi ahli.
1) Dapat beli pada harga ahli. JIMAT
2) Dapat menikmati promosi Shaklee setiap bulan. Buy 6 Free 1. Masa ni memang harga teramatlah murah.
3) Bila jual, dapat untung runcit..
4) Bonus cash setiap bulan, boleh sehingga 3,4,5 angka..
tu je..eh ada lagi, jemput baca kat sini ye : Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Sebelum Tinie cerita macam mana cara nak jadi ahli Shaklee, moh nak kongsi TIPS MENJADI AHLI SHAKLEE
1) Cari penaja anda. Untuk jadi ahli, kena ada upline sebagai penaja anda. Jangan silap ye,pastikan upline yang dipilih tu yang boleh membimbing anda. Sebab ramai  je yang merungut. Dah daftar, tak tahu dengan siapa. Pastu ada yang upline taknak ajar. Cara makan pun salah. Jangan tak percaya. Ada yang hubungi saya beritahu dia diajar untuk makan vitamin C 4biji sehari dan vitamin E 2biji sehari. Sedangkan itu dah lebih daripada yang sepatutnya. Jangan cari upline yang hanya memikirkan keuntungan sendiri semata-mata. Upline yang bagus akan membantu downline-downline sehingga berjaya.

2) Pilih kumpulan sokongan yang terbaik. Tinie tak tahu susur galur lain. Yang pasti susur galur kami, jangan kata upline yang bagi coaching online dan offline. Malah, kami juga mendapat tunjuk ajar daripada super super upline. Serius. Upline kepada upline kepada upline kepada upline. Pergh dah 4-5 keturunan dah. Saya memang bersyukur sangat.

3) Ada coaching Online dan juga Offline.
Oke ni contoh coaching offline. Yang terbaru kami menghadiri seminar JOM HEBAT MEGA
bersama host Jemputan En Amin Idris, Pengacara TV Al Hijrah dan penceramah motivasi. Best ke tak best. Ya Allah confirm la best, mana nak jumpa kelas coaching yang jemputan panelnya hebat-hebat. Bayaran pulak teramatlah murah. Dengan kos tak sampai seratus. Dah la tu, siap boleh bawak suami, anak, kami namakan bisnes Shaklee adalah "Bisnes Famili". Amin Idris pun kagum, katanya meriah macam family day :D.






Online pula, selain ada group-group rahsia yang mengajar selok belok dunia Shaklee bukan saja ilmu tentang produk malah Teknik membuat blog atau page. Teknik pemasaran  online dan offline. Semuanya diajar. Oh ya kami ada webinar. Di mana kami menghadiri kelas secara online, tak perlu keluar rumah, sambil menyusu anak pun boleh. Kadang-kadang kelas bukan hanya dari upline kami, malah sideline semua sedia berkongsi ilmu.

 Oke, langkah mudah nak jadi ahli bila dah pilih upline anda
1) Penyertaan sama ada, pembayaran RM65 bagi keahlian seumur hidup. Atau Keahlian percuma dengan pembelian barang bernilai 200uv iaitu bersamaan lebih kurang RM680.

2) Selepas buat pembayaran. Bagi maklumat anda kepada upline yang akan mendaftarkan anda secara online. Maklumat yang diperlukan adalah
  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • No Telefon
  • Alamat 
  • Emel 
  • No akaun bank (sekiranya anda layak mendapat bonus, bonus akan masuk ke dalam akaun ini)
3) Selepas pendaftaran anda akan dapat Id no. Dan boleh dah masa ni nak login sistem Shaklee di www.shaklee2u.com.my. Di laman ini anda boleh buat pembelian secara online, boleh daftar ahli dan boleh lihat bonus online.

4) Kalau daftar dengan Tinie, SPECIALnya lepas je daftar akan dimasukkan ke GROUP RAHSIA... SHAKLEE GREAT WARRIOR dan juga Group OH MY SHAKLEE wowwww... nak tahu betapa hebatnya group kami. Kena la daftar dengan Tinie.

Hubungi Tinie di
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, April 3, 2014

^ SEMBELIT SEMASA HAMIL & BERPANTANG ^

shaklee sembelitSiapa pernah sembelit semasa hamil dengan berpantang sila angkat keyboard. Eh tak tak. Bukan hihi. Tinie sendiri pernah sembelit selepas bersalin anak pertama. Mak aii memang la rasa takut sangat nak masuk tandas. Dua hari lepas bersalin tak buang air besar lagi. Perut dah rasa tak selesa dah. Sampai nak terduduk rasa masa meneran nak membuang tu. Haihh bila diingat balik memang serik. Ini pun Tinie bersalin secara pembedahan, cuba kalau yang normal tu, dengarnya lagi la teruk. Sebab tu bila mengandung anak kedua, awal awal lagi dah mencari info produk berpantang mana yang terbaik untuk mengatasi masalah tu. Dan hasilnya memang sangat berpuas hati. Alhamdulillah ditemukan dengan Shaklee.
Kita layan dulu video ni, apa kata wanita ini yang dulunya tak lari dari masalah sembelit semasa berpantang. SANGAT TERUK oke.
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Oke sebelum cerita lanjut produk Shaklee mana yang best untuk masalah ni. Jom baca info info penting ni dulu.

Apa itu sembelit?
Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar itu kurang. Biasanya semua orang pernah mengalami sembelit. Cuma berapa lama dan seteruk mana sembelit itu sendiri. Dan kita sepatutnya tahu yang sembelit ni adalah gejala dan bukannya penyakit.

Tanda dan Gejala Sembelit.
  • Tidak membuang air besar berhari-hari.
  • Najis kering, keras, susah hendak keluar
  • Terpaksa meneran semasa membuang air besar
  • Perut kembung, kejang dan tidak selesa
  • Kurang selera makan
Punca sembelit
  • Kurang serat di dalam diet harian, masa berpantang kita kan kadang kadang terlalu jaga pemakanan hingga kurang air, kurang pengambilan serat
  • Perubahan rutin hidup seperti hamil, selepas bersalin
  • Kurangnya aktiviti fizikal
  • Menahan untuk membuang air besar
  • Kekurangan air
  • Masalah dengan usus
  • Masalah dengan kolon dan rektum
Pencegahan
  • Jaga diet yang seimbang, pastikan pengambilan serat di dalam diet harian
  • Amalkan senaman secara berkala dan aktiviti fizikal
  • Jangan menahan bila hendak membuang air besar
Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

sembelit Shaklee

Macam mana boleh cakap Ostematrix membantu dalam masalah sembelit ni ye. Dalam Ostematrix tu, bukan je ada Kalsium, tapi ada jugak Magnesium. Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugaklah yang berfungsi untuk pelawasan tu...

  1. Magnesium nie lah yang membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
  2. Magnesium nie juga membantu menarik air ke dalam usus - menyebabkan jumlah air di dalam usus bertambah dan membantu melembutkan najis.

So Ostematrix nie bukan saja bg kalsium kat kita, malahan bagi lawas!! Bila lawas, perut pon kempis!! 
wow semua orang suka kan.
Jom layan beberapa testimoni.

sembeli semasa berpantang

sembelit shaklee


Nak kesan yang lebih optimum, ambik Ostematrix ni bersama Alfalfa.
Memang terbaik. Bagaimana pun jika hamil, anda hanya boleh ambik Ostematrix sahaja, Alfalfa tidak dibenarkan.

Oh ya, BONUS bagi ibu berpantang dengan mengambil set ini adalah susu bertambah banyak kerana kedua-dua ini adalah milk booster. Bagaimanapun masih perlu diingat susu akan banyak jika mengamalkan konsep demand vs supply. Kerapkan penyusuan dan amalkan tips tambah susu ibu selain dari konsisten dengan set ini. Lagi Tip Tambah Susuibu.

Ostematrix 120biji, Harga Runcit RM61.00
Alfalfa Complex 330biji, Harga Runcit RM53.00

Bulan April 2014 ini adalah promosi Ostematrix Buy 6 Free 1. Nak tahu macam mana nak dapatkan tawaran hebat ini. Hubungi Tinie oke.



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir, Tanjung Malim ,Slim River

Sunday, March 23, 2014

^SET DIET TERBAIK SHAKLEE^

Shaklee terdiri dari rangkaian pelbagai produk kesihatan. Oke, antara set yang popular adalah set Kesuburan, set Menyusu, set Ibu Hamil, Set Berpantang,Set resdung. Dan set yang mula-mula buat saya jatuh hati adalah Set DIET terbaik Shaklee.Sebab apa testimoni Tinie sendiri , turun 3kg dalam masa sebulan dengan Shaklee. Memang best la, janji konsisten, jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat.

Sebelum apa-apa, kita kena paham konsep diet Shaklee terdiri daripada, BAKAR, BUANG, BINA.
BAKAR.
Produk(Omega atau Lecithin)
Kedua-dua produk ini adalah untuk membakar atau mengemulsi lemak. Yer la lemak kat dalam kan dah terkumpul. Jadi kasi bakar dulu. Kalau nak buat pilihan antara kedua ni, kedua-duanya Tinie suka bergantung pada budget dan kesan yang kita nak. Kalau nak cepat ala-ala ferrari kita pilih la Omega Guard minyak ikan terbaik tu. Kalau nak murah, tak kisah la lambat sikit, ambik la Lecithin. Keduanya berkesan.

BUANG
Produk ( Herblax atau Alfalfa)
Tadi kan kita dah bakar lemak tu. Jadi perlukan agen pengangkut lemak yang telah dicairkan. Proses detoks menggunakan antara kedua produk ni adalah perlu dalam proses menurunkan berat badan. Kedua-dua produk ni bagus. Herblax lebih kuat tindakan, makan malam ni, esok memang confirm la membuang dengan banyaknya. Puas betul rasa. Alfalfa juga bagus boleh dimakan hari-hari tak macam Herblax yang hanya makan 2 atau 3 kali. Alfalfa cara tindakannya lebih lembut. Tak ada sakit sakit perut sangat macam herblax tu. Harga sama je. Jadi pilih mengikut kesesuaian kita k

BINA
Produk (Cinch Shake Mix atau Energizing Soy Protein)
Kedua-dua produk ini membuatkan kita kenyang sepanjang tempoh berdiet. Kadar protein yang tinggi membantu proses penurunan berat badan kita. Cinch Shake Mix mempunyai kelebihan kerana mempunyai leucine yang membantu kita bina otot. Jadinya masa proses turun berat tu, takda la kes mengeleber je, cantik je terbina otot tu.

 
Jom kita kenal apa set terbaik Shaklee. (Set ni diberi nama oleh diriku sendiri sebabnya berdasarkan kehebatan kombinasi itu sendiri)

SET DIET SUPER DUPER HEBAT

1) Cinch Shake Mix
2) Omega Guard
3) Herblax @ Alfalfa
Retail Price: RM275

SET DIET SUPER HEBAT
1) ESP
2) Omega Guard
3) Herblax @ Alfalfa
Retail Price: RM338

SET DIET HEBAT
1) Cinch Shake Mix
2) Lecithin
3) Alfalfa @ Herblax
Retail Price: RM275

SET DIET MANTOP
1) ESP
2) Lecithin
3) Herblax @ Alfalfa
Retail Price: RM255

SET DIET BUDGET
1) Omega Guard
2) Herblax @ Alfalfa
Retail Price: RM189

SET DIET EKONOMI
1) Lecithin
2) Herblax @ Alfalfa
Retail Price: RM105

Baiklah set kita dah lihat, jom kita layan beberapa testimoni yang menarik.









Berapa lama tempoh untuk dapatkan hasilnya, terpulang pada konsistensi kita, disiplin dan gaya hidup. Pilihan di tangan kita sendiri.

Apa yang istimewa setiap pembelian set ini akan dapat e-Book diet berkesan dengan Shaklee.


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, March 22, 2014

^SAAT SEMBELIT KETIKA BERPANTANG KINI TIDAK LAGI MENGERIKAN^

Assalamualaikum
Pernah tak alami SEMBELIT SEMASA BERPANTANG? Ngeri sangat nak masuk toilet ye.
TIDAK BERTENAGA? TENSION je??Oke ibu ibu hari ni Tinie nak bercerita pasal set berpantang TERBAIK dan TERLARIS pastinya SHAKLEE. Wahh gitu. Ye ke terbaik pandai je nak over claimed kan. Ish taklah dah memang diakui oleh ramai yang telah mencuba. Dan ramainya ibu ibu ni lepas cuba set Bersalin ni, terus sambung set menyusu, alang alang tu memang join ahli terus.Tak Percaya ke Tinie kata Set Berpantang Shaklee ni best. Jom baca apa kata ibu muda ini yang sembelit semasa berpantang tersangatlah teruk.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Set ni dah lah mudah tak perlu nak bancuh bancuh, rebus, then telan sambil picit hidung. Sangat la mudah set bersalin Shaklee ni, kebanyakkannya dalam bentuk pil dan bancuh air semudah abc. Jom kita layan, apa kah set terbaik Shaklee ni.

Set Bersalin Terbaik
Pastinya ramai yang masih tertanya tanya kenapakah set berpantang Shaklee ni jadi rebutan. Ada yang sedang hamil 5 bulan telah mengumpul duit booking untuk set berpantang ini. Ada juga yang mulanya memilih untuk set berpantang biasa biasa tetapi akhirnya ketika dalam pantang menelefon saya, meminta untuk menghantarkan set berpantang ini dengan kadar segera. Jadi mari kita lihat kenapa set ini semakin menjadi pilihan di kalangan ibu moden pada masa kini.

KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE
✔ Badan cepat sihat (tak rasa mcm pantang), ESP kan membekalkan tenaga, tambahan pula dengan adanya multivitamin Vitalea

✔ Luka cepat sembuh, Zinc ni janganlah tinggal, memang terbaik dalam membantu mempercepatkan pemulihan luka. Zinc ni pun mengurangkan rambut gugur, iaitu masalah yang sering dialami di kalangan ibu yang baru melahirkan.

✔ Muka berseri-seri,oh ini semestinya ESP yang tinggi protein menggantikan sel rosak dengan sel baru termasuklah sel kulit,  dikombinasi dengan vitamin C yang pastinya meningkatkan antibodi dan juga menghasilkan kolagen secara semulajadi

✔ Tiada masalah SEMBELIT, Amalkan Ostematrix, pergh memang lancar, tak perlu nak teran teran

✔ Susu ibu banyak, kombinasi set ini pastinya dapat membantu dalam penghasilan susu yang berkualiti

✔ Anak tidak merenget dan kerap bangun malam kerana susu ibu cukup utk anak. InsyaAllah anak cepat kenyang dengan kualiti dan kuantiti susu badan yang mencukupi

✔ Berat badan cepat kembali normal
. AHA..ni yang paling disukai ibu-ibu muda, berat kembali normal, malah ada yang lebih kurus dari sebelum hamil. Siapa tak suka kan.

Mari kita layan beberapa testimoni hebat tentang set berpantang Shaklee ini.


Testimoni Set Berpantang Shaklee



Testimoni Set Berpantang Shaklee


Testimoni Set Berpantang Shaklee
Aha, pasti anda teruja kan membaca testimoni set berpantang Shaklee. Dan inilah kenapa kami mengatakan ianya TERBAIK. Jangan berlengah lagi dapatkan Set Berpantang Shaklee hari ini juga.

**PERCUMA E-BOOK TIPS MENYUSU DENGAN SETIAP PEMBELIAN SET BERPANTANG

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ ✉
Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...