Saturday, April 5, 2014

^ TIPS KECANTIKAN KULIT ^

Assalamualaikum
Akhir-akhir ni kan, ramai pulak yang order set kecantikan kulit. So Tinie rasa nak kongsikanlah tips kecantikan kulit untuk kita amalkan. Yer la siapa tak nak cantik kan. Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri suka pada kebersihan dan kecantikan. Jadi kita kena la sentiasa nampak bersedia, cantik. Tambah tambah yang bakal menjadi raja sehari. Eh eh yang dah berkahwin pon kena jaga tau. Yer la kita berhias cantik untuk siapa lagi. Bukan untuk ditatap dipuji orang lain. Tapi untuk Encik suami kita jugak kan, sedap sikit mata memandang. Yang anak-anak dara pun kena jaga jugak, dari situ dah nampak keperibadian kita macam mana. Bukanlah kata kecantikan itu adalah yang terpenting. Tapi kalau nak cari jodoh Islam juga menetapkan 4 ciri utama dan salah satunya adalah kerana kecantikannya. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah SAW :
“Seorang wanita biasanya dinikahi kerana empat hal,iaitu kerana hartanya, kerana nasabnya (keturunannya), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka utamakan memilih isteri (wanita) kerana agamanya. Kamu akan rugi (bila tidak memilih kerana agamanya).” (HR. Bukhari,Muslim dan Abu Dawud)





Oh Ye, sebelum tini kongsikan tips kecantikan ikut masalah kulit ni kan, jom kita tonton video ni. Muka yang dulu berjerawat teruk, berparut. Apa yang beliau buat?

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.




Oke sekarang, Moh kita baca apa tips kecantikan kulit berdasarkan masalah-masalah ni.

1) Masalah Kulit Berjerawat
2) Masalah jeragat
3) Masalah parut/ bekas jerawat

1) Masalah Kulit Berjerawat

 Selalunya masalah jerawat ini timbul atas beberapa sebab antaranya kerana tekanan(stress), muka terlalu berminyak, kerana banyaknya toksin dalam badan dan kerana penjagaan kulit yang tidak sempurna seperti penggunaan alat solek yang terlalu lama atau tidak sesuai. Antara tips yang boleh diamalkan
  • Basuh muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan basuh dengan sabun badan kerana tahap alkalinya tinggi. Guna pencuci muka yang sesuai dan kurang bahan kimia, terbaik menggunakan yang berasaskan semulajadi bebas bahan kimia. 
  • Jangan mengelap muka menggunakan tuala badan. Gunakan tuala kecil kerana kulit muka kita tersangatlah sensitif kepada kotoran.
  • Jaga pemakanan, elakkan makanan berminyak, elakkan makanan segera seperti burger dan elakkan kacang tanah
  • Pastikan mendapat tidur yang cukup dan elakkan stress
  • Elakkan menggaru muka atau memicit jerawat menggunakan jari dan kuku kerana dalam kuku dan jari kita ni ada kotoran yang kita tak nampak jadi kulit kita sangatlah sensitif, perkara ni boleh menggalakkan lagi merebaknya jerawat tu ke bahagian lain.
  • Minum air sekurangnya 3Liter sehari
 2) Masalah Jeragat
Jeragat atau atau nama medikalnya Melasma adalah satu lagi masalah kulit muka yang selalu sangat di kalangan wanita Asia. Selalunya jeragat ni di bahagian pipi tetapi ada juga kat bahagian muka yang lain. Antara punca jeragat adalah seperti terdedah kepada cahaya matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dan tinggi bahan kimia atau kerana faktor keturunan dan juga penggunaan pil hormon. Antara tips yang boleh diamalkan seperti:
  • Lindungi kulit dengan krim pelindung yang sesuai
  • Pilih produk kosmetik yang bermutu tinggi 
  • Elakkan memilih produk pemutihan muka yang menggalakkan pengelupasan kulit kerana ini akan menipiskan kulit muka dan menjadikan kulit semakin sensitif
  • Minum air putih sekurangnya 3Liter sehari
  • Tingkatkan pengambilan vitamin E
  • Kebiasaannya jeragat timbul pada kulit yang kering, jadi pakailah pelembab muka yang bersesuaian
  • Vitamin C Penting dalam pembentukan kolagen, ramai wanita mengamalkan prdouk kolagen tapi sebenarnya mengamalkan makanan atau suplemen tinggi kandungan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik
  • Vitamin E selain melambatkan proses penuaaan, ia juga dapat membantu keseimbangan horman dan membantu mengurangkan kesan kulit jeragat 
  • Protein. Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit cantik kita perlu dapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik
  • Air sangatlah penting dalam pengaliran darah, penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
 3) Masalah parut/ bekas jerawat
  • Tingkatkan pengambilan vitamin E
  • Ambil makanan tinggi protein kerana protein yang tinggi membantu penghasilan sel-sel baru bagi menggantikan sel kulit yang rosak
  •  Menggunakan krim yang sesuai
  • Minum air 3 Liter sekurang-kurangnya
SUPLEMEN UNTUK KECANTIKAN KULIT




JOM LAYAN TESTIMONI DAN APAKAH VITAMIN SHAKLEE YANG DIAMBIL
KULIT JERAGAT: VITAMIN E, B-COMPLEX & VITAMIN C


KULIT BERJERAWAT DAN BERPARUT: ESP & VITAMIN E


BEKAS JERAWAT: VITAMIN E


PARUT JERAWAT: ESP, VITAMIN C, VITAMIN E & BCOMPLEX


KULIT KERING & BLACKHEAD: ESP
HARGA RUNCIT:
ENERGIZING SOY PROTEIN 850gm : RM150 (Penggunaan lebih kurang Sebulan lebih )
VITAMIN C SUSTAINED RELEASED 500mg : RM91 (Penggunaan 6bulan)
B-COMPLEX 120bj: RM53 (Penggunaan 4 bulan)
VITAMIN E 120 biji : RM149 (Penggunaan 4 bulan)

*Dapatkan penjimatan harga ahli sehingga 20% hanya dengan membayar yuran keahlian RM65 seumur hidup


Untuk tips percuma dan konsultasi 

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat 
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ 
✉ Email: hartini.badri@gmail.com 
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...