Sunday, April 13, 2014

^ BEST KE JADI AHLI SHAKLEE ^

Bila orang tanya soalan ni kan. Rasa macam nak jerit memberitahu " ALLAHUAKBAR..BEST SANGAT"

Tapi kan tapi kan sebenarnya bergantung jugak dengan siapa korang join. Ye ke. Aha betul. Lain upline, lain pendekatan. Dan pulak lain group lain caranya. Lain macam mana? Bukan ke sama je semua pun ahli Shaklee. Betul memang semua ahli Shaklee tetapi dengan siap anda join iaitu siapa upline anda atau di bawah group Master mana yang anda join. Semua tu memberi kesan kepada perkembangan bisnes anda. Tak banyak sangat sebenarnya. Walaupon bukanlah kesan 100%, sebab sebenarnya kita sendiri tentukan bisnes kita macam mana. Namun pemilihan dua aspek yang sangat penting ni bakal memberi impak kepada perjalanan kita dalam memburu kejayaan tu.

Bukan semua group menawarkan Coaching Online dan Offline 100%, 7 hari seminggu, 24jam sehari. Jangan tak tahu berapa ramai SID yang contact saya bertanyakan bagaimana nak tukar upline. Upline sangat tidak membantu. Tak berkongsi pon info tentang produk. Apa-apa semua disuruh cari sendiri. Tak payah cerita lebih la, pernah sorang ni hubungi saya tanya macam mana nak order barang. Boleh ke beli kat sapa-sapa. Upline tak ajar. Sedangkan dalam group kami tutorial diajar langkah demi langkah macam mana buat order. Macam mana nak kembangkan bisnes kalau perkara asas pon tak diajar. So sebelum anda merungut macam-macam, buat pilihan yang tepat. Bagaimana pun tak ramai juga kat luar sana yang terlalu bergantung pada upline sehingga tak mampu untuk berdikari mengejar kejayaan sendiri. Yang jenis ini jangan salahkan upline. Sebabnya. Umpama air yang yang dah tersedia dalam gelas kat depan kita. Kalau kita takde usaha nak angkat gelas, nak letak ke mulut, hirup dan telan air tu memang sampai bila-bila kita akan dahaga. Jadi tetap kena ada usaha sendiri

Dan hari ni saya nak kongsikan salah satu keistimewaan dan bestnya jadi ahli Shaklee di bawah Group iReach atau dulu dikenali sebagai group Lady &Boss di bawah keturunan Master Lyna Noh & Master Zainul adalah dengan adanya program tahunan JOM HEBAT. Siri Jelajah Jom Hebat ni diadakan di beberapa negeri. Yang terbaru adalah di Kelantan. Yang saya pernah sertai dua siri, satu Jom Hebat Kuala Lumpur. Dan baru-baru ini JOM HEBAT MEGA yang diadakan di Institut Sosial yang disertai oleh ramai ahli iReach bukan saja dari sekitar Kuala Lumpur, ada yang datang dari Kelantan, Johor, ada jugak yang terbang dari Sabah dan Sarawak. Masing-masing taknak melepaskan peluang untuk menginspirasikan diri dengan pengisian program yang terbaik ni. Memang rugi sangatlah siapa yang tak dapat join ni. Memang ekslusif utk group kami.

 Teruja kan. Ce tengok berapakah yuran nya. Betapa murahnya kan. Bukan program sejam dua tau. Program ni sehari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Makan juga disediakan. Paling best dan saya tak pernah jumpa dalam mana-mana program, sangat mesra kanak-kanak.


Kanak-kanak diberi pensel warna dan buku untuk melukis. Goodies beg kami dapat apa tau, buku note kecil yang lengkap sekali dengan calculator. Wahhh calculator sangat berguna oke untuk kita berbisnes kencang dengan Shaklee ni.
MasyaAllah hebatnya program ni.
 Program dimulakan dengan perkongsian oleh Puan Nad Zaim. Tapi jujurnya saya terlepas slot yang hebat ni kerana bergerak lambat dari Tg Malim memandangkan anak meragam. Saya tetap taknak tinggalkan anak-anak. Gagahkan juga pergi ke program walaupun rugi satu slot. Tapi memandangkan saya dah pergi ke Jom Hebat Mega KL dan masa tu ada perkongsian dari Puan Nad Zaim saya tau perkongsian dari beliau memang hebat. Seorang guru Fizik yang sanggup keluar dari zon selesa  mencabar diri untuk mencapai matlamat yang tinggi untuk membantu ahli keluarga. Sangat terharu bila beliau berkongsi cerita bagaimana beliau dapat juga membantu adik ipar melanjutkan pelajaran dengan menggunakan duit bonusnya. Perkongsian darinya pastinya menitiskan air mata audiens.

Kisah Kain Pelikat

Slot ni best. Perkongsian dari suami-suami dari group ASB. Apa tu? Aku Sayang Bini. Hihi best kan nama. Kebanyakan yang mendaftar menjadi ahli adalah isteri-isteri. Bagaimanapun ada juga ye yang daftar tu si suami. Jadinya masa forum ni panel-panelnya terdiri dari suami-suami yang mempunyai isteri-isteri yang hebat dan yang boleh dikatakan sudah berjaya. Masa ni mereka berkongsi kenapa ada segelintir suami yang tak suka isteri menceburkan diri,tetapi bila dengan Shaklee akhirnya membuka mata mereka, BISNES INI MEMANG BOLEH BUAT tak macam MLM lain. Dan berkongsi bagaimana akhirnya mereka turut sama membantu isteri dalam bisnes ni, Yang best masa saya dengar tu ada seorang suami ni berhenti dari menjadi jurugambar dan membantu isteri sama-sama dalam bisnes ni, Perubahan positif bila mereka menjadi lebih rapat. Anak-anak tidak lagi terabai. Malah amalan rohani dan ibadat semakin dijaga dan dibuat bersama-sama,indahnya berbisnes Shaklee dengan group kami.

Dan yang menariknya jugak pada hari ini adalah perasmian logo iReach iaitu penjenamaan semula group Lady Boss iaitu group susur galur keturunan Master Lyna Noh dan suami Master Zainol.
Setiap huruf iReach ada maksud2 yg tersendiri;
- i : Saya/Aku/I
- R: Respect. Hormat menghormati
- E: Excel. Cemerlang
- A: Able. Serba-Boleh
- C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli
- H: Humble. walaupun hebat, sangat rendah diri

Dengan rasminya logo baru ini juga, pelancaran web ireach.my juga telah dibuat. Yang bestnya, web ni disediakan sebagai platform untuk berkongsi info, mendapatkan info samada dalam bentuk artikel, imej atau video. Pastinya memerlukan kapasiti storage yang tinggi kan, tapi yang bestnya kami tak perlu bayar pun untuk masuk web itu. Segalanya percuma. Bertuah kami ada super super upline yang berkorban membeli domain dan menyediakan kemudahan yang terbaik untuk kami. Mana nak jumpa oiii.


SLOT MAGNET DIRI BERSAMA AMIN IDRIS
Aha slot ni sangat ditunggu-tunggu, slot bersama En Amin Idris pengacara terkenal TV Al Hijrah. Best sangat perkongsian dari En Amin Idris ni. Dah la mesra kanak-kanak. Beliau tak terganggu pun dengan ramainya kanak-kanak di depan beliau. Sekali sekala ada la seorang dua kanak-kanak yang naik pentas. Kata beliau, beliau pun kagum, meriah macam family day. Banyak tips yang dikongsinya, apa yang saya paling ingat. Katanya hidup ini adalah soal pilihan.

Kita boleh pilih untuk hidup selesa dengan apa yang ada atau kita boleh pilih untuk berusaha keluar dari zon selesa dan hidup lebih baik. Dan katanya juga kita perlu berimpian besar. Besar macam mana. Kalau kita hanya kata impian kita nak ada rumah. Itu belum cukup besar. Tapi kalau kita cakap nak ada sebiji rumah besar ada 7bilik termasuk surau dan mini panggung, dan yang dalamnya ada kolam renang, yang dalamnya ada padang bola dilengkapi dengan 3biji kereta mewah dan dalam rumah kita ada lif 3 tingkat. Bila kawan dengar dan kata "perghh ko gila ke apa, mana nak dapat." Hah masa tu baru la namanya berimpian besar. Jadi, silalah berimpian besar. Tapi impian atau imaginasi kita itu perlulah SMART.




Memang terbaik sangat program ni. Tak menyesal datang menghabiskan masa sehari suntuk di sini.
Kalau jadi ahli Shaklee memang dengan sesiapa ahli Shaklee pun boleh tapi nak dapat yang dapat menganjurkan program sebegini bukanlah mudah. AJK yang sanggup bertungkus lumus menyediakan yang terbaik tanpa mengharapkan apa-apa bayaran pun. Apa yang kami bayar cumalah kos menyewa tempat, makanan dan kos bayaran kepada panel jemputan. Untung sangat kan.
Hah inilah salah satu best ke tak jadi ahli di bawah group kami iReach. Nak jadi ahli iReach ke, mesti berkobar-kobar kan.






Best ke tak, kena join baru la tau hakikat bestnya macam mana. Yang pasti anda takkan menyesal.
MODAL? Jangan risau, tak perlu buat loan pun.. RM65 Sahaja. Tak percaya? Percayalahh.
Jadi pada yang berminat, hubungilah saya, saya sentiasa ada untuk membantu anda.
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...