Monday, June 15, 2015

^Tips Berjaya Mencapai Target Dalam Bisnes Yang Anda Ceburi^

Assalamualaikum
Hai kawan-kawan, terima kasih berkunjung ke blog saya hari ini. Hari ni special entry saya nak kongsikan Tips Berjaya Mencapai Target dalam Bisnes Yang Anda Ceburi. Ini bersempena dengan National Conference yang saya hadiri hujung minggu yang lepas. Sedikit pengenalan bisnes Shaklee yang saya ceburi ini setiap tahun akan menganjurkan National Conference bagi meraikan kejayaan pengedarnya sepanjang cycle yang lepas. Dan saya Alhamdulillah kali ini berjaya mendapat tiket bilik di Palace of The Golden Horses dan mendapat 3 award iaitu Business Growth, Car Bonus dan juga Leadership Consistency 21%. Kami juga dapat menginap di hotel 5 star iaitu di Palace of The Golden Horses selama dua malam.

Dedi dan anak-anak yang excited dengan kuda emas ini
Baiklah bukan itu yang ingin saya ceritakan. Saya nak bagi 7 Tips untuk berjaya dalam bisnes yang anda ceburi tak kisahlah apa bentuk bisnes anda itu. Ini adalah antara tips yang membantu saya dan kawan-kawan mencapai kejayaan pada hari ini dan hari-hari mendatang. Well, kita jangan berhenti mengejar impian kan.

1) PILIH BISNES YANG DEKAT DI HATI ANDA
Kalau anda seorang yang suka jaga kesihatan, suka bantu orang lain lebih sihat pilihlah bisnes itu. Jika anda suka bergaya, melawa pilihlah business produk kecantikan atau pakaian tudung dan yang seumpamanya. Malah jika itu hobi anda dan boleh mendatangkan keuntungan itu adalah lebih baik. Dan pastikan ianya memberi pendapatan yang berterusan, consumeable items iaitu yang orang berulang-ulang beli itu adalah terbaik.

2) TAHU APA YANG ANDA MAHU DAN BERITAHU APA YANG ANDA MAHU
Dulu kawan-kawan selalu cerita Shaklee ni suka bagi surprise.
So kali ni saya merasai, Balik bilik berdebar je tunggu apa atas katil.
Anda perlu jelas dengan matlamat apa yang ingin anda capai, pastikan anda benar-benar tahu dan faham apa yang anda mahu. Macam saya mengejar kelayakan untuk Car Bonus Achiever pada cycle yang lepas. Sejujurnya pada mulanya saya tak memandang walau sebelah mata apa yang ditawarkan ini kerana bagi saya ia agak sukar dan saya tak layak. Malah saya sendiri tak betul-betul faham apa yang ditawarkan dan apakah syarat kelayakannya. Hanya memandang sepintas lalu dan biarkan ia berlalu. Sehinggalah pada suatu hari saya lihat sahabat saya mendapat anugerah ini jadi saya tergerak hati untuk AMBIL TAHU. Bila saya JELAS, saya pun melakar plan untuk saya mencapainya. Dan saya BERITAHU pada upline saya. Yes anda jangan malu untuk beritahu orang lain tentang TARGET anda. Jangan simpan sorang-sorang, Dengan harapan kalau tak capai, takde la malu sangat, kita je yang tahu, maka diam-diam sudahlah. Salah tu oke. Beritahu pada orang lain adalah motivasi untuk kita mengejar target itu.

3) TULIS DAN TAMPAL DI TEMPAT YANG ANDA MUDAH LIHAT HARI-HARI
Saya memang tulis dan tampal di peti ais, di dalam bilik.Di pintu bilik. Bila lihat target tu, saya rasa berdebar semacam. Dan setiap kali itu saya akan berdoa moga dipermudahkan saya mencapainya. Kena tulis ke, ye memang kena tulis. 97% orang yang menulis impian mereka telah capai apa yang mereka impikan.
Bisnes Shaklee menipu
Tiga Award yang saya capai untuk cycle 2014/2015

4) BAYANGKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN ANDA TELAH MENCAPAINYA
Yakin dengan apa yang anda usahakan. Yakin seyakin-yakinnya yang anda boleh capai impian anda itu. Apabila berdoa, apabila bangun tidur  bayangkan anda telah mencapai target anda. Dalam diam hati anda akan melonjak-lonjak untuk mengejar impian itu. Saya telah membayangkan saya pegang kunci giant di pentas NC yang menandakan saya telah layak untuk tabung kereta. Saya dah bayangkan saya naik pentas berkali-kali nanti. Saya suka tatap video seperti ini untuk menaikkan semangat saya untuk capai yang lebih baik pada tahun hadapan. Saya akan pinjam dan pegang trophy mereka yang dah berjaya. Hihi.. bayangkan..bayangkan.. Jom tengok video ni sambil bayangkan anda akan berada di majlis Anugerah seumpama ini di tahun hadapan dan CARI SAYA dalam video ini. Memakai tudung warna apa ya..



Bayangkan anda telah berada di atas pentas seperti ini
5) SILATURRAHIM
Jaga silaturrahim. Berbisnes bukan bermakna anda perlu sibuk 24 jam dengan bisnes anda. Hubungan dengan mak, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan perlulah dijaga. Rajin-rajin jenguk mak ayah. Jika ada yang sakit ziarahlah, jika ada kematian, ziarahlah, jika ada jemputan kenduri penuhilah jemputan. Cuba buat, insyaAllah yakinlah ia tidak mengganggu masa anda berbisnes. Malah ia membuka pintu rezeki anda seluas-luasnya. Rajin-rajinlah senyum sebagai pembuka silaturrahim oke.



6) DOA DENGAN PERGANTUNGAN PADA ALLAH 100%
Sebelum kita berusaha kita serahkan pergantungan padaNya dengan 100% penyerahan diri. Doa dan yakin denganNya yang Maha Memakbulkan doa.


7) JAGA ALLAH
Walaupun ini saya letakkan di no 7 bukan bermakna ini adalah yang paling terakhir dalam hidup perlu kita buat. Ini adalah no kesukaan saya. Dan ini adalah yang paling paling penting sebenarnya. Mak selalu pesan. Leader-leader saya selalu pesan. JAGA ALLAH ALLAH AKAN JAGA KITA. Jaga solat, solat di awal waktu, rajin bersedekah, Dhuha jangan tinggal, Tahajud, Al-Quran jangan tinggal, jaga aurat. Semua ini tanda cinta kasih kita padaNya. Jangan persoalkan buat je, kita akan dapat rasa apa saja kita usahakan Allah akan pandu kita dan mudahkan jalan kita.

Inilah sedikit sebanyak tips yang saya kongsikan. Semoga ada manfaatnya dan semoga membantu anda mencapai impian anda di dalam bisnes dan hidup anda.
Bagi yang ingin bersama-sama saya, peluang sentiasa terbuka luas untuk anda. Anda tentukan.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapakan setinggi penghargaan kepada mak saya yang selalu mendoakan, suami yang selalu redha dan beri galakan.Adik beradik yang memberi sokongan terutama adik bongsu saya Amy Badri. Kepada Mentor-mentor saya terutamanya upline saya sendiri iaitu Pn Maisarah Md Saupi yang terlalu banyak bagi sokongan dan galakan serta memandu arah saya.
Mentor-mentor lain seperti Mama Wardah, ibu Siti Noriza, Master Azrin, Master Hadhatina, Master Lyna dan Master Zainul yang selalu menunjukkan kami jalan. Tak pernah jemu.
Setinggi-tinggi pernghargaan dan kasih sayang untuk anak-anak cucu dari group saya Shaklee Great Warior yang selalu hebat. InsyaAllah tahun depan saya bersama anak cucu di Pentas NC beratur berkali-kali mengambil award.Amin. Kita berjumpa di puncak kejayaan.

Sebarang Pertanyaan lanjut:
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...