Thursday, September 11, 2014

^ Tempat Makan Best Kelantan^

Memandangkan baru balik dari Family Trip ke Pantai Timur. Jadi kali ni nak bercerita pasal tempat makan best kat Kelantan dan Terengganu. Aha ni semua idea suami Tini , En Rosdi la ni. Tini kan suka kalau pergi satu-satu tempat tu mesti akan google atau tanya-tanya kawan dulu mana tempat makan yang best. Mula la menyusun je jadual perjalanan tu nak sesuaikan dengan tempat makan yang nak disinggah.Jadi suami Tini cakap, " T kena kongsikan di blog ni" Hmm I like word "KONGSI". Rahsia Shaklee pun begitu, Kongsikan kebaikan produk.Eh tetiba kan. So post kali ni, Tini akan berkongsi tempat menarik untuk disinggah dan yang kami rasa best!


Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kelantan dan Terengganu kali ni berjalan lancar. Kembara kali ni bagi memenuhi impian mak mertua nak bercuti ke sana selama seminggu. Jadi pada cuti Merdeka baru ni kami pun ke sana. Bergerak daripada Manjung Perak, menyusuri Kuala Kangsar, Grik Jeli. Aha Jeli, kami singgah di Petronas Jeli. Tau tak apa yang menarik kat Petronas ni. Dalam kedai Mesra nya ada banyak sangat makanan IKS. Kerepek-kerepek, kuih-kuih kering dan macam-macam jenis makanan tempatan ada kat situ, dah macam kedai runcit pun ada tapi kemas je. Bagus betul.So kalau korang lalu Jeli, singgah la ye. Pastu kan di sepanjang jalan Jeli tu banyak gerai yang jual buah-buah tempatan. Tengah musim buah dukong kegemaran mak tu, jadi banyak le menjualnya tepi jalan. Ada satu gerai jual 1kg=RM1. Woowww termurah yang kami jumpa, tapi sebab tengah laju malas nak pusing balik. Dengan harapan kat depan lagi nanti ada nye. Sampai la kat Daerah Machang, tak de la jumpa dah. Moral of the story kalau jumpa yang berkenan, singgah je la.




Oke, lokasi pertama makan best SARAPAN di Kelantan yang kami cuba. KOPITIAM KITA. Kami nak pergi kedai ni sebab baca review di blog dan juga cadangan dari kawan-kawan. Kami keluar dari apartmen jam 7.30pagi pergi lah mencari Kopitiam Kita mengikut tunjuk arah oleh GPS. Tak jumpa. Guna Google map pun tak jumpa, dok pusing jalan yang sama 2-3kali. Hampir putus asa. Tini tengok google map balik. BACA REVIEW DI BAWAH MAP. INgat tips ini oke. Jangan percaya sangat dengan GPS dan Google Map.

 "The location is wrong. Search for hotel rebana Kota Bharu"

Kami pun folow la mencari Keyword "Hotel Rebana". Baru la jumpa kat mana Kopitiam Kita ni. Bukan depan jalan besar tau, sebelum hotel tu, ada lorong ke kiri, hah situ lah lokasi nya. Ramai memang ramai orang, meja penuh. Baru ku tahu, owner kopitiam ni seorang berbangsa Cina, tapi pekerjanya semua Melayu dan yang hantar nasi bungkus banyak-banyak tu pun orang kampung sekitar. Bagus betul idea dia tu mengumpul semua di satu tempat.



ISTIMEWANYA kat sini, jadi one stop.centre, menghimpunkan pelbagai menu popular di Kelantan. Nasi daging, nasi dingin air, Nasi Kak Wok, Nasi dagang, nasi kapit. Nampaknya bakul Nasi Kak Wok habis dulu, mesti sedap kan. Misi Tini kali ni ke Kelantan antaranya nak rasa apa itu Nasi Tumpang. Oh baru la tahu, Nasi yang dibungkus bentuk kon ni dalamnya macam nasi impit tu, lauknya ada ikan masak kari dan ada serunding.




Satu lagi menu popular di "Kopitiam Kita" di KB ni Roti Titab. Roti dibakar buh kaya atasnya dan telur separuh masak mcm ni. Specialnya sebab guna roti yang dibuat sendiri, agak tebal tetapi garing. Ramai cakap sedap, bagiku SEDAP!(Tini tak cerewet, sedap aje). Apa pun sedap tu adalah subjektif, so pergi dan rasa sendiri.




Secara overall, kelebihan kopitiam ni sebab ia jadi One Stop Centre, nak kata nasi bungkus tu sedap sangat,tak juga. Sebab macam Nasi Air Dingin(Nasi berlauk biasa,Nama ini sekadar nama yang diambil dari nama tempat) suamiku ada beli di kedai makan di bawah Apartmen ni lagi sedap dari yang kat Kopitiam tu. Sebenarnya memang culture sini suka buat nasi bungkus berlauk macam tu. Bukan pagi je tau, petang pun ada jual. Jadi boleh la nak rasa nak tengok mana yang sedap kan.




Oke nak cerita pulak makan best TENGAHARI di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasinya dekat je dengan Bazar Siti Khadijah kat tengah bandar Kota Bharu tu. Sini pun ramai sangat orang. Restoran ni buka jam 10.30pagi lagi. Kalau pukul 1 tu memang sedang ramai sangat orang. Kalau datang pukul 3 memang habis dah lauk oke. Menunya lauk-lauk kampung.


Yang bagus kat sini, siap ditampal banner lagi macam mana cara nak berjimat makan disitu. Kalau makan berkumpulan ambik la lauk sepinggan-sepinggan. Jangan ambik sorang sepinggan tau macam nasi kandar tu. Ulam memang macam-macam ulam, cicah pulak dengan budu tempoyak, pergh. Terbaik. Harga?? Bagi saya memang murah. Patut lah ramai sangat orang. Oh ye lagi satu kalau nak makan laksam sedap, kat atas Pasar Siti Khadijah tu ada tempat yang sedap tau. Sambil bershoping kat situ boleh jugak makan di situ k.


Bagi Minum PETANG boleh cuba bersantai di Pantai Cahaya Bulan. Tapi kat pantai ni tak boleh mandi tau boleh main layang-layang je. Kat sini popularnya Maggi Ketam dan Rojak cucur. TAPI BERHATI-HATI. Harga maggi ketam sini perghhhh memang boleh buat orang ternganga. Kami bernasib baik sebelum sampai ke pantai kami singgah ke sebuah kedai bertanya-tanya dan owner kedai itu memberi tips. Jika nak beli Maggi Ketam situ perlu survey 2-3 kedai dahulu dan sila tawar-menawar. Hmm kedai pertama kami singgah harga semangkuk Maggi Ketam Nipah bersaiz kecil = RM25. Kedai Kedua RM45. Akhirnya suami Tini berjaya nego dengan kedai ketiga, 2 mangkuk RM35. Rasanya macam Maggi Kari yang dibubuh ketam, udang dan sayur. Sedap kan. Boleh la nak rasa kan. Sebab kami ni memang asal dari kampung yang tak jauh dari laut, abah pun dulu kelaut jadi tak heran sangat dengan ketam ni. Sekadar nak rasa.


Lagi satu menu di setiap kedai tepi pantai tu, Rojak. Ketam, udang, sotong celup tepung tu bersama bebola yang pelbagai dan timun. Dicicah dengan sos.


Untuk makan malam pulak, saya tak jumpa yang special. Cuma ada satu yang suami bungkuskan Sup Keting yang dibeli di Wakaf Che Yeh. Saya tak keluar sama masa malam merdeka tu sebabnya bz Closing Shaklee online di apartment. Beginilah kehidupan seorang SID yang berjaya sambil berjalan sibuk beronline bisnes acewahhh konon. Oke gurau je.


Dah macam-macam makanan dah masuk perut ni especially yang jenis tinggi kolesterol ni kan jangan lupa ambik suplemen Shaklee ni k.. Untuk Kolesterol boleh ambik Phytocol, Omega dan Lecithin. Herblax pulak untuk mudah membuang dan detoks,asyik masuk makanan je jadi kena le keluarkan ye dak. Hah sempat bagi tips kan.


Kalau nak singgah beli suplemen Shaklee di branch Kota Bharu pun boleh tau. Jadi ahli dengan Tini dulu, nanti lagi banyak tips tini bagi tau..ahakzz
Oke untuk next Entry Tini akan kongsikan Tempat Makan best di Terengganu. Tungguuuu....



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Wednesday, September 10, 2014

^ Berjaya Hamil Dengan Shaklee: Masalah Senggugut ^

 Alhamdulillah syukur pada Allah sekian lama mencuba,dengan izin Allah akhirnya BERJAYA HAMIL DENGAN SHAKLEE. Hari ni Tinie nak kongsikan testimoni beberapa rakan pelanggan yang berjaya hamil dengan Shaklee. Baca Bismillah tau sebelum baca cerita seterusnya

Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengharapkan cahayamata. Zuriat penyambung keturunan kita. Namun kadangkala kita ni diuji dengan ujian belum ada rezeki untuk mendapat zuriat. Kadangkala atas beberapa masalah kesuburan lelaki atau wanita. Kadangkala tak ada masalah kesihatan pun, cuma saja belum rezki. Jadi tak salah untuk kita mencuba ikhtiar walau dengan apa cara sekalipun. Jangan pernah berputus asa. Rezeki dari Allah jadi kita ni mintaklah pada Dia. Tapi janganlah minta saja. Kenalah usaha dengan apa ikhtiar sekalipun. Dan salah satu yang anda boleh cuba adalah mencuba Set Kesuburan Suami dan Isteri. Saya sangat menggalakkan untuk mengambil kedua-dua set ini sekaligus. Kerana apa bkn sebab salah sesiapa atau soal siapa yang bermasalah tetapi untuk hamil, kedua-dua pasangan perlu berada dalam keadaaan sihat dan stabil. Jadi hari ni Tinie akan berkongsi beberapa kisah yang berjaya hamil dengan Shaklee.


Kisah Berjaya Hamil Yang Pertama (Masalah Senggugut)
Yang terdekat dengan Tinie, seorang rakan yang sama-sama melapor diri bekerja pada tahun 2011. Beliau telah berkahwin dan setelah beberapa bulan masih tak hamil. Tinie tenangkan dia, ye lah baru lagi, tak sampai setahun. Bila masuk 8bulan, dia tak boleh tunnggu dah dan berikhtiar untuk hamil. Masalah yang dihadapinya hanya senggugut semasa haid. Oh ya, juga masalah keputihan. Masalah senggugut yang dialami memang teruk, sampai tak larat bangun.


Jadi apa yang dia buat adalah menyelesaikan masalah senggugutnya dahulu. Jadi dia ambik Gla Complex, B-Complex dan Ostematrix Shaklee untuk masalah senggugut. Alhamdulillah lebih kurang 2bulan konsisten, tiada lagi masalah senggugut dan tiada lagi keputihan. Malah kitaran  haidnya menjadi lebih teratur dan cantik. Cara makan untuk senggugut? Aha itu akan diajar selepas pembelian. Kemudian bila masalah senggugut selesai baru dia fokus cara makan Gla Complex untuk hamil. Alhamdulillah akhirnya bulan April 2014 baru ni dia disahkan hamil. Yeyyy..so happy for her!


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 
Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-)



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Wednesday, June 4, 2014

^VITAMIN E SHAKLEE MURAH BILA TIBA PROMOSI BUY 6 FREE 1^

Weeeeeehhhhhuuuuu... ha tertanya kan promosi Jun apa pulak. VITAMIN E MURAH?? Mestilah bila promosi buy 6 Free 1 harga sangatlah berbaloi. Tu yang buat orang tertunggu. Kalau bulan lepas Mealshakes. Bulan ni Shaklee ni macam tau je masing-masing dok belek-belek wajah nak kasi cantik sempena Aidilfitri yang semakin hampir ni.

Vitamin E ni best ke. Mesti lah best.
Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:

1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg badam
500g badam
Inilah khasiat-khasiat yang terkandung dalam sebiji kapsul Vitamin E Complex Shaklee.

Ada juga yang membezakan antara Vitamin E yang berada di pasaran, dengan Vitamin E Complex Shaklee.Vitamin E Shaklee di peribuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dgn vitamin E, d-alpha tocopherol yg aktif diekstrak secara fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semualjadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya  penyahtoksik semulajadi logam berat sepertt raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Kali ni Tinie akan kongsikan secara ringkas je vitamin E ni untuk siapa.
1) Untuk kesuburan Lelaki
2) Untuk Kesuburan Wanita (Hello wanita juga perlukan vitamin E tau untuk menjaga tahap kesuburan)
3) Untuk kulit jeragat
4) Untuk Hilangkan parut
5) Untuk Antioksida
6) Tingkatkan daya seksual lelaki
7) Menegangkan kulit muka, awet muda u..

Ahaaaa sebab Tinie suka dengan nombor 7. So Tinie bagi 7 dulu.
Oke, meh nak share sikit testimoni



 Promosi ni hanya untuk ahli tetapi pada yang bukan ahli.. beli set ni, free membership tau. Yes anda layak. Hubungi Tinie k untuk maklumat lanjut.


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River, UPSI

Tuesday, June 3, 2014

^PENGEDAR SHAKLEE TG MALIM, UPSI, TAMAN U, PROTON CITY, SLIM RIVER,KALUMPANG DAN SEKITARNYA^

Assalamualaikum

Hai semua apa khabar? Mencari PENGEDAR SHAKLEE TG MALIM, UPSI, TAMAN U, PROTON CITY, SLIM RIVER,KALUMPANG, BEHRANG, DAN SEKITARNYA. Ye saya ada di sini. Sebelum ni saya banyak terima order secara online yang minta saya pos sahaja. Tetapi akhir-akhir ini ramai pulak yang minta COD di kawasan sekitar ni. Boleh jimat postage kan. Betul jugak tu. Saya pun suka je hantar di kawasan ni. Semalam baru je hantar Set Kesuburan Lelaki di depan Old Town Tg Malim dan hari ni saya akan COD set untuk tenaga kat student UPSI di kampus lama. :D




Jadi pada yang nak dapatkan produk dengan cepat, insyaAllah kebiasaanya saya memang ada menyimpan stok sedikit di sini. Jadi anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee yang meletup ini.

Tak kiralah produk apa yang jadi pilihan anda, dan jika anda masih tak tahu kombinasi mana yang sesuai untuk masalah anda, jangan risau. Hubungi saya dan kita akan berbincang untuk tahu mana yang terbaik untuk masalah anda itu.
Antara yang sering jadi pilihan, Set Kesuburan Shaklee, Set kecantikan Shaklee, Set Pelajar Pintar, Set Berpantang dan banyak lagi.




 Dan kalau tetiba rasa macam nak jadi ahli, pun boleh. Saya boleh daftarkan. Eh kalau adik student pun boleh tau, samada daftar ahli ni untuk makan sendiri atau untuk berbisnes. Akak pun ada jugak downline student U tau. Sambil consume, masyuuuukkk jugak kan.
Tapi memang betul, sekarang student pun ramai dah beli Shaklee ni, yer la untuk kecerdasan, untuk kecantikan, study pun perlukan tenaga jugak kan sambil tu tetap nak cantik dan kurus ye tak.
Jika daftar ahli, jangan risau bimbingan akan diberikan. Anda takkan rasa salah pilih kumpulan kalau dah menyertai group kami. Susah nak dapatkan stok? Jangan risau, pasti ada caranya, hubungi dulu k.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir, Tanjung Malim ,Slim River, Proton City

Sunday, May 4, 2014

^ TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT ^


Masalah kanak-kanak sembelit memang kerap berlaku. Hari ini Tinie akan kongsikan beberapa tips bagi Kanak-kanak sembelit. Ibubapa yang mempunyai anak yang sembelit ini memang susah hati betul memikirkan apa yang nak dibuat kan. Kesian sangat bila tengok anak-anak meneran masa nak berak tu kan. (Maaf  ye Tinie gunakan perkataan berak berbanding buang air besar memandangkan itu istilah yang biasa kita faham dan mudah).


Punca Sembelit
  1. Kebiasaannya masalah sembelit berlaku pada bayi atau kanak-kanak yang mengambil susu formula bukan susu ibu. Jadi antara puncanya adalah:
  2. Susu yang tidak sesuai.Susu formula sukar dihadam dan diserap ke dalam usus.
  3. Memberi makanan pejal. Apabila usus anak belum cukup matang maka ia belum dapat memproses makanan pejal dengan baik
  4. Kurang pengambilan air. Apabila anak demam atau kurang minum air, dehidrasi membuatkan badan mereka memerlukan lebih air. Apabila kekurangan air, maka terjadilah masalah sembelit.
  5. Kurang pengambilan makanan berserat.

TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT
  1. Tukar kepada susu yang lebih sesuai. Sebaiknya dapatkan nasihat dari Doktor yang bertauliah
  2. Tingkatkan pengambilan air
  3. Beri makanan yang lembut pada anak. Jika anak masih berusia lebih 6bulan, beri makanan separuh pejal seperti lobak yang dikisar. Ini akan menambah kandungan serat di dalam pemakanan mereka.
  4. Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan. Pastikan ada buah dan sayuran dalam diet harian kanak-kanak. Selalu beri BUAH BETIK. Selain ianya tinggi serat, buah betik mengandungi bahan semulajadi yang dapat meransang pergerakan usus.
  5. Selalu bantu anak buat senaman. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan buat pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus


Pengalaman

Tinie sendiri mempunyai anak yang mengalami masalah ini. Nur Syaza Ardini anak sulung Tinie selalu sangat mengalami kesukaran masa nak berak ni. Allah. Masa umur dua tahun lagi susah sangat masa nak berak. Bila dia terasa nak berak tu, mulalah menangis. Terus dipeluknya Tinie. Dan masa tu habis basah berpeluh kepala dan badannya. Beria sangat menerannya. Memang kita pun rasa nak nangis tengok dia. Sampai berak tu jadi sesuatu yang menakutkan dan menimbulkan fobia pada dia.


Mealshakes Shaklee untuk masalah sembelit.
Disebabkan tak tahan melihat anak sembelit, maka Tinie mencuba Mealshakes ni. Apa yang membuatkan Tinie yakin adalah kandungannya yang mengandungi Dietary Fibre  3.0g/serving.
Menurut perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada nisbah berbeza.
Serat tidak larut air memberi jisim kepada najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis kita menjadi ‘besar dan lembut’ kerana mengandungi pelbagai jenis serat tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.


“Berapa banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga 35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sumberutamaserat//Article/article_print
Alhamdulillah Tinie konsisten memasukkan Mealshakes Shaklee ke dalam susu anak. Hanya satu sudu kecil setiap hari. Satu tin mealshakes Shaklee bertahan sehingga lebih kurang 4bulan. Berapa lama nak nampak kesannya? Bergantung sebenarnya, tak ada jawapan yang tepat. Tetapi berdasarkan pengalaman Tinie, lebih kurang seminggu macam tu dah nampak anak mudah membuang. Tak lagi meneran. Najisnya pun lembut, tak lagi seketul keras macam dulu.


Mealshakes selamat untuk kanak-kanak berumur setahun dan keatas.
Harga Runcit Mealshake satu tong: RM120.58, hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa
Seperti yang saya beritahu satu tong lebih kurang 4bulan, jadi sebulan baru berapa saja kos yang anda laburkan berbanding kesihatan si kecil anda. Bukan saja sembelit tiada, malah ketahanan badan juga meningkat. Berikan yang terbaik untuk mereka. Hubungi saya sekarang

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River, Proton City

^MASTER CELEBRATION MERAIKAN RANK TERTINGGI DI DALAM SHAKLEE^

Assalamualaikum,
hari ni kan nak bercerita tentang majlis meraikan RANK TERTINGGI DI DALAM SHAKLEE iaitu Master Coordinator. Ni kali pertama saya mengikuti Master Celebration(Mascel) yang mana majlis ini akan diadakan untuk meraikan mereka yang telah mencapai rank tertinggi ini. Dan kali ini ia adalah daripada susur galur saya sendiri iaitu Master Azrin Mohd. Iaitu upline saya yang ketiga, yang mana upline saya adalah ummi Mai Md Saupi dan di atasnya adalahWardah Aina.Upline kepada mama Wardah Aina lah Master Azrin iaitu insan yang diraikan.

Ini pengalaman saya yang pertama menghadiri Mascel. Sangat mengujakan. Apa yang best bila bertemu dan bergaul dengan insan-insan hebat.
Kami bersama Pengurus Besar Serantau Shaklee, Victor Lim

Dari kiri hadapan sekali UPLINE saya Maisarah Md Saupi,
SUPER saya Wardah Aina dan adik beradik Shaklee saya K.long Dr Najihah
Bersama yang dihormati SUPER UPLINE ke 3 saya ibu Siti Noriza
Ambik aura insan-insan hebat SUPER UPLINE KE 4 Master Azrin
dan SUPER UPLINE KE 6 Master Lyna dan
Ini SUPER UPLINE KE 5 Master Hadhatina
Bersama SUPER UPLINE KE 6 Master Lyna Noh

Susur galur OMS yang hebat


Bersama upline dan downline-downline yang dikasihi


Kami dari susur galur Dreams becomes true bergambar bersama Master Azrin

Bukti kami anak cucu Master Azrin :D

Keluarga Shakleeku yg ku cintai

Bersama Pengurus Besar Serantau Shaklee, Victor Lim
Hebat tak kami dapat tunjuk ajar dari super-super upline walau dah generasi ke berapa. Dan pendapatan mereka yang dah bergelar Master adalah 6angka. APA?? Ala bolehlah derang yang dah lama boleh la dapat macam tu. Macam skim cepat kaya tu, orang yang join awal yang untung. Kita ni join lambat tak dapat apa. MESTI ADA YANG FIKIR BISNES SHAKLEE NI MACAM TU KAN. Sebab apa? Sebab ada orang yang pernah ajak saya join bisnes lain jual masker muka ala-ala deodorant tu yang harga satunya cecah beratus ringgit. Katanya apa? "Hah kau baik join bisnes ni sebab apa, sebab ia baru masuk Malaysia. Jadi pelopor memang untung. Bukan macam bisnes Shaklee kau tu orang lama je untung kan". SALAH mentaliti yang begini ye. Kalau kau usaha dalam bisnes Shaklee ni, walaupun baru join kau juga boleh jadi Master dalam tempoh yang singkat. Tapi kena keja keras la. Sebab bisnes ni menyediakan peluang sama rata. Bukan downline kerja untuk upline. Upline goyang kaki. Ni yang buat saya jatuh cinta dengan bisnes ni.

Best sangat kan, so nanti kalau ada yang ajak korang join Master Celebration ni, pergilah. Sebab masa ni bukan kira ahli je boleh pergi tau. Bukan ahli pun boleh. Majlis tak lama dalam 3jam macam tu. Makan free tau, hihi. Best meraikan dan merasai pengalaman bercampur dengan orang-orang hebat. Risau nanti tak dihiraukan oleh mereka yang hebat ni? Tak tak. Susur galur lain tak tau. Susur galur kami ni, semua baik-baik ramah belaka. Nak rapat dengan mereka? Jom sertai group kami.


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, May 3, 2014

^Mealshakes BAHAYA untuk kanak-kanak??^

Apa? Mealshakes Shaklee BAHAYA untuk kanak-kanak? Mealshakes tidak selamat untuk kanak-kanak? Sebenarnya kanak-kanak tidak memerlukan suplemen?Mealshakes tinggi gula tidak selamat untuk kanak-kanak?
Ya benar. Benar sekali itulah tuduhan-tuduhan melampau yang orang anti Shaklee sengaja timbulkan. Tambahan apabila musimnya PROMOSI MEALSHAKES BUY 6 FREE 1.

Saya dengar dan baca tuduhan itu pada promosi Jun tahun lepas. Wah dah nak dekat setahun baru promosi balik Mealshakes ni. Sebab tu la orang selalu borong masa promosi hebat ni. Ramai juga yang join keahlian percuma masa promosi ni. Eh bukan nak cerita tu. Apa yang nak saya kongsikan. Adakah betul tuduhan yang mengatakan Mealshakes itu tidak selamat. Sebelum kita mengatakan tuduhan sedemikian atau percaya. Siasat dulu sejauh mana kebenarannya.


Ketahui Kandungan Mealshakes.
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.




Isu yang selalu ditimbulkan adalah


1) kandungan gula di dalam Mealshake yang tinggi tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ya memang kalau dilihat di dalam label tu kandungan gula adalah 47.1 gram. Agak besar bagi kanak-kanak. Tetapi jumlah per serving hanyalah 16.0g sahaja. Itu cara bancuhan untuk orang dewasa. Dan jika rujuk pada keperluan kanak-kanak, mereka memerlukan 12g gula sehari. Jadi nak tahu cara bancuhan dan pengambilan yang selamat untuk kanak-kanak perlulah mendapatkan nasihat dari konsultan Shaklee yang berilmu. Itulah pentingnya untuk kita beli dengan yang boleh menjawab persoalan di benak fikiran.

2) Satu lagi isu tentang Maltodextrin.
Maltodextrin adalah karbohidrat yang diperbuat daripada pecahan kanji yang ada 
secara semulajadi dalam jagung .Kegunaan maltodextrin adalah untuk mengikat(bonding) antara vitamin dan nutrisi.Maltodextrin ini tidak sama dengan yang dalam junk food,Mealshakes Shaklee adalah dibuat secara semulajadi dari jagung. Jadi ianya selamat untuk kanak-kanak. Umur yang disyorkan adalah 1tahun keatas. Sukatan yang lebih spesifik mengikut umur akan diberi tunjuk ajar kepada anda pelanggan saya selepas pembelian.

Kelebihan Mealshakes untuk kanak-kanak


●rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
●sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas

●Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
●Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
●Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
●Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
●Meningkatkan selera makan anak
●Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
●Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
●menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
●amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti



Faktanya produk Shaklee adalah selamat. Jika tidak selamat ianya tidak akan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Isunya adalah pastikan cara pengambilan anda ialah selamat. Beri yang terbaik untuk anak-anak anda. Ingin tahu siapakah yang lebih memerlukan Mealshakes? Klik di sini

Nantikan entry seterusnya bagaimana Mealshakes dengan izin Allah membantu masalah anak-anak saya. :)

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshakes Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin. MALTODEXTRIN didalam mealshakes shaklee adalah semulajadi dan diekstrak dari jagung. Ia berfungsi sebagai ‘BINDER’, sebab itu ia tidak diletakkan dalam MAIN INGREDIENTS sebaliknya diletak dalam OTHER INGREDIENTS. Maltodextrin BUKAN MSG. Jika sesuatu bahan itu terlarang, sudah tentu KKM tidak akan meluluskan produk ini.Ia hanyalah gula yang memang ada didalam makanan dan kuantitinya sedikit. Perlu diingat mealshakes adalah makanan tambahan dan BUKAN pengganti makanan.

Read more at: http://miraclevitaminss.com/mealshakes-shaklee-merbahaya/ | Miracle Vitamins
Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshakes Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin. MALTODEXTRIN didalam mealshakes shaklee adalah semulajadi dan diekstrak dari jagung. Ia berfungsi sebagai ‘BINDER’, sebab itu ia tidak diletakkan dalam MAIN INGREDIENTS sebaliknya diletak dalam OTHER INGREDIENTS. Maltodextrin BUKAN MSG. Jika sesuatu bahan itu terlarang, sudah tentu KKM tidak akan meluluskan produk ini.Ia hanyalah gula yang memang ada didalam makanan dan kuantitinya sedikit. Perlu diingat mealshakes adalah makanan tambahan dan BUKAN pengganti makanan.

Read more at: http://miraclevitaminss.com/mealshakes-shaklee-merbahaya/ | Miracle Vitamins

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River, Proton City, Behrang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...