Thursday, September 11, 2014

^ Tempat Makan Best Kelantan^

Memandangkan baru balik dari Family Trip ke Pantai Timur. Jadi kali ni nak bercerita pasal tempat makan best kat Kelantan dan Terengganu. Aha ni semua idea suami Tini , En Rosdi la ni. Tini kan suka kalau pergi satu-satu tempat tu mesti akan google atau tanya-tanya kawan dulu mana tempat makan yang best. Mula la menyusun je jadual perjalanan tu nak sesuaikan dengan tempat makan yang nak disinggah.Jadi suami Tini cakap, " T kena kongsikan di blog ni" Hmm I like word "KONGSI". Rahsia Shaklee pun begitu, Kongsikan kebaikan produk.Eh tetiba kan. So post kali ni, Tini akan berkongsi tempat menarik untuk disinggah dan yang kami rasa best!


Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kelantan dan Terengganu kali ni berjalan lancar. Kembara kali ni bagi memenuhi impian mak mertua nak bercuti ke sana selama seminggu. Jadi pada cuti Merdeka baru ni kami pun ke sana. Bergerak daripada Manjung Perak, menyusuri Kuala Kangsar, Grik Jeli. Aha Jeli, kami singgah di Petronas Jeli. Tau tak apa yang menarik kat Petronas ni. Dalam kedai Mesra nya ada banyak sangat makanan IKS. Kerepek-kerepek, kuih-kuih kering dan macam-macam jenis makanan tempatan ada kat situ, dah macam kedai runcit pun ada tapi kemas je. Bagus betul.So kalau korang lalu Jeli, singgah la ye. Pastu kan di sepanjang jalan Jeli tu banyak gerai yang jual buah-buah tempatan. Tengah musim buah dukong kegemaran mak tu, jadi banyak le menjualnya tepi jalan. Ada satu gerai jual 1kg=RM1. Woowww termurah yang kami jumpa, tapi sebab tengah laju malas nak pusing balik. Dengan harapan kat depan lagi nanti ada nye. Sampai la kat Daerah Machang, tak de la jumpa dah. Moral of the story kalau jumpa yang berkenan, singgah je la.




Oke, lokasi pertama makan best SARAPAN di Kelantan yang kami cuba. KOPITIAM KITA. Kami nak pergi kedai ni sebab baca review di blog dan juga cadangan dari kawan-kawan. Kami keluar dari apartmen jam 7.30pagi pergi lah mencari Kopitiam Kita mengikut tunjuk arah oleh GPS. Tak jumpa. Guna Google map pun tak jumpa, dok pusing jalan yang sama 2-3kali. Hampir putus asa. Tini tengok google map balik. BACA REVIEW DI BAWAH MAP. INgat tips ini oke. Jangan percaya sangat dengan GPS dan Google Map.

 "The location is wrong. Search for hotel rebana Kota Bharu"

Kami pun folow la mencari Keyword "Hotel Rebana". Baru la jumpa kat mana Kopitiam Kita ni. Bukan depan jalan besar tau, sebelum hotel tu, ada lorong ke kiri, hah situ lah lokasi nya. Ramai memang ramai orang, meja penuh. Baru ku tahu, owner kopitiam ni seorang berbangsa Cina, tapi pekerjanya semua Melayu dan yang hantar nasi bungkus banyak-banyak tu pun orang kampung sekitar. Bagus betul idea dia tu mengumpul semua di satu tempat.



ISTIMEWANYA kat sini, jadi one stop.centre, menghimpunkan pelbagai menu popular di Kelantan. Nasi daging, nasi dingin air, Nasi Kak Wok, Nasi dagang, nasi kapit. Nampaknya bakul Nasi Kak Wok habis dulu, mesti sedap kan. Misi Tini kali ni ke Kelantan antaranya nak rasa apa itu Nasi Tumpang. Oh baru la tahu, Nasi yang dibungkus bentuk kon ni dalamnya macam nasi impit tu, lauknya ada ikan masak kari dan ada serunding.




Satu lagi menu popular di "Kopitiam Kita" di KB ni Roti Titab. Roti dibakar buh kaya atasnya dan telur separuh masak mcm ni. Specialnya sebab guna roti yang dibuat sendiri, agak tebal tetapi garing. Ramai cakap sedap, bagiku SEDAP!(Tini tak cerewet, sedap aje). Apa pun sedap tu adalah subjektif, so pergi dan rasa sendiri.




Secara overall, kelebihan kopitiam ni sebab ia jadi One Stop Centre, nak kata nasi bungkus tu sedap sangat,tak juga. Sebab macam Nasi Air Dingin(Nasi berlauk biasa,Nama ini sekadar nama yang diambil dari nama tempat) suamiku ada beli di kedai makan di bawah Apartmen ni lagi sedap dari yang kat Kopitiam tu. Sebenarnya memang culture sini suka buat nasi bungkus berlauk macam tu. Bukan pagi je tau, petang pun ada jual. Jadi boleh la nak rasa nak tengok mana yang sedap kan.




Oke nak cerita pulak makan best TENGAHARI di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasinya dekat je dengan Bazar Siti Khadijah kat tengah bandar Kota Bharu tu. Sini pun ramai sangat orang. Restoran ni buka jam 10.30pagi lagi. Kalau pukul 1 tu memang sedang ramai sangat orang. Kalau datang pukul 3 memang habis dah lauk oke. Menunya lauk-lauk kampung.


Yang bagus kat sini, siap ditampal banner lagi macam mana cara nak berjimat makan disitu. Kalau makan berkumpulan ambik la lauk sepinggan-sepinggan. Jangan ambik sorang sepinggan tau macam nasi kandar tu. Ulam memang macam-macam ulam, cicah pulak dengan budu tempoyak, pergh. Terbaik. Harga?? Bagi saya memang murah. Patut lah ramai sangat orang. Oh ye lagi satu kalau nak makan laksam sedap, kat atas Pasar Siti Khadijah tu ada tempat yang sedap tau. Sambil bershoping kat situ boleh jugak makan di situ k.


Bagi Minum PETANG boleh cuba bersantai di Pantai Cahaya Bulan. Tapi kat pantai ni tak boleh mandi tau boleh main layang-layang je. Kat sini popularnya Maggi Ketam dan Rojak cucur. TAPI BERHATI-HATI. Harga maggi ketam sini perghhhh memang boleh buat orang ternganga. Kami bernasib baik sebelum sampai ke pantai kami singgah ke sebuah kedai bertanya-tanya dan owner kedai itu memberi tips. Jika nak beli Maggi Ketam situ perlu survey 2-3 kedai dahulu dan sila tawar-menawar. Hmm kedai pertama kami singgah harga semangkuk Maggi Ketam Nipah bersaiz kecil = RM25. Kedai Kedua RM45. Akhirnya suami Tini berjaya nego dengan kedai ketiga, 2 mangkuk RM35. Rasanya macam Maggi Kari yang dibubuh ketam, udang dan sayur. Sedap kan. Boleh la nak rasa kan. Sebab kami ni memang asal dari kampung yang tak jauh dari laut, abah pun dulu kelaut jadi tak heran sangat dengan ketam ni. Sekadar nak rasa.


Lagi satu menu di setiap kedai tepi pantai tu, Rojak. Ketam, udang, sotong celup tepung tu bersama bebola yang pelbagai dan timun. Dicicah dengan sos.


Untuk makan malam pulak, saya tak jumpa yang special. Cuma ada satu yang suami bungkuskan Sup Keting yang dibeli di Wakaf Che Yeh. Saya tak keluar sama masa malam merdeka tu sebabnya bz Closing Shaklee online di apartment. Beginilah kehidupan seorang SID yang berjaya sambil berjalan sibuk beronline bisnes acewahhh konon. Oke gurau je.


Dah macam-macam makanan dah masuk perut ni especially yang jenis tinggi kolesterol ni kan jangan lupa ambik suplemen Shaklee ni k.. Untuk Kolesterol boleh ambik Phytocol, Omega dan Lecithin. Herblax pulak untuk mudah membuang dan detoks,asyik masuk makanan je jadi kena le keluarkan ye dak. Hah sempat bagi tips kan.


Kalau nak singgah beli suplemen Shaklee di branch Kota Bharu pun boleh tau. Jadi ahli dengan Tini dulu, nanti lagi banyak tips tini bagi tau..ahakzz
Oke untuk next Entry Tini akan kongsikan Tempat Makan best di Terengganu. Tungguuuu....



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

3 comments:

  1. Kawe royak doh kalu sek luar mari kelate meme tok nyesal mugo makane di kelate byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelantan syurga makanan..saya suka food kelantan:D

      Delete
  2. Kawe royak doh kalu sek luar mari kelate meme tok nyesal mugo makane di kelate byk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...