Friday, April 22, 2016

10 Tips Jadi Juara Peraduan Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria semua hendaknya. Ha hari ni nak kongsi cerita special. Nak beritahu pada korang kami telah memenangi Peraduan Supermom Shaklee Story Musim Pertama. Hadiah-hadiah yang disediakan sangatlah menarik. 



Yes! Alhamdulillah Juara memenangi hadiah Percutian 3 Hari 2 Malam di Bali. 



Alhamdulillah pastinya ia berkat sokongan undian dan doa dari semua. Terima kasih semua. Syukur banyak sangat like. Semoga Allah memberkati empunya jari-jari yang Like dan tonton video kami.

Honestly seingat saya, kami memang tak pernah pergi bercuti berdua dengan suami sejak ada anak ni. Last honeymoon memang masa lepas nikah hampir 8 tahun dululah. Entahlah memangnya rasa sukar sekali nak tinggalkan anak bila nak ke mana-mana. Mungkin inilah rezeki Allah lorongkan untuk kami berdua spend time bersama menguatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. 

Pada mulanya kami memasuki peraduan hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman. Walaupun cerita tentang suami sembuh Nephrotic Syndrom dengan ikhtiar Vivix dah saya kongsikan di blog dan FB tapi saya percaya medium peraduan ini adalah medium yang lebih baik untuk berkongsi pengalaman tentang penyakit ini. Ia menarik yang mana peringkat pertama berkongsi karangan cerita dan gambar. Opsss syarat utama mestilah kisah benar sahaja.  Manakala peringkat akhir berkongsi video. Dan yes! Terbukti perkongsian video itu lebih memberi impak dapat membantu ramai di luar sana yang mengalami masalah yang sama.

Anda nak menang hadiah menarik? Ini carta alir bagaimana nak join contest ni. 


Hari ini saya nak kongsikan tips bagaimana nak memasuki Peraduan yang diadakan ini. Dan bagaimana nak MEMENANGI PERADUAN INI.

1. Anda mestilah ahli Shaklee warga Supermom di bawah susur galur Master Hadhatina & Master Kamarul. Ataupun pelanggan yang belum ahli tetapi sudah membeli produk dengan ahli susur galur Supermom. Yer lah mestilah dah beli produk dan rasa kebaikan produk kan barulah boleh berkongsi testimoni. Korang customer saya yang belum jadi ahli pun boleh masuk tau.

2. Anda mestilah Like Page Facebook Supermom Shaklee Story. 

3. Opsss sebelum karang cerita, betulkan NIAT. Niatlah semoga perkongsian itu bermanfaat dan dapat membantu mereka di luar sana. Yer la bukan kita sorang ada masalah, ada sakit macam tu, bila orang baca.. Eh eh si polan macam ni la sakitnya. Ha kan nampak tak kita dapat pahala bantu orang kat situ . InsyaAllah. 

4. Karang cerita pengalaman anda menggunakan produk dengan teratur, bahasa melayu yang betul dan kemas.
 Isi cerita yang kemas dan mudah difahami. Ada permulaan, klimaks permasalahan dan akhir cerita. Juga kesimpulan. Alahhhh ingat baliklah karangan BM zaman sekolah dulu. Dapat "A" kan hihi.  

5. Cerita tidak terlalu panjang, tidak terlalu ringkas. Panjang sangat bosan kang orang baca kan 😂

6. Gambar sebelum dan selepas. Gambar dengan produk. Pastikan menarik.

7. Submit karangan dan gambar-gambar(tak perlu edit ye) kepada email : yoursupermom.office@icloud.com 

8. STUDY STRATEGI macam mana nak kumpul Like. Kumpul like di FB dan di Youtube memang ada bezanya. Dan of course Setelah cerita disiarkan, berkempenlah dengan sedaya mungkin. Kongsikan link di Facebook, di blog, Share dan share di medium-medium yang anda fikirkan dapat membantu orang untuk Klik dan Like. Yes itu paling penting. Tag nama kawan-kawan di post tu ye. Psttt JANGAN MALU!

9. Jaga silaturrahim. Tu penting. Senang bila anda nak hubungi saudara mara, kawan-kawan untuk bantu. Ucaplah terima kasih dan doakan mereka yang telah membantu. 

10. Doa dan tawakal. Anda kena berdoa dan mintak ibu, suami dan kawan-kawan doakan kejayaan anda. 

Oke saya rasa itu saja tips yang dapat saya kongsikan. Semoga beri manfaat pada semua. Tips yang lebih lebih tu of course saya kongsikan dengan ahli-ahli di bawah saya. Tips ni hanya berguna pada mereka yang benar-benar usaha.

Korang mesti masuk sebab hadiah kali ni sangatlah menarik. Meh meh tengok ni. Ni baru hadiah bulanan tau. 


Ni hadiah utama


Best sangat kannn!!! Baik korang masuk, Korang taknak masuk, saya masuk lagi kang hihihi... Psttt group kami ni memang best, sebab tu saya selalu ajak korang join group Shaklee kami ni. Daftar ahli dengan saya dan enjoyyy!! Income dapat, keseronokan dan kepuasan pun dapat. Oke lah akak nak packing barang nak ke Bali minggu depan. 

Oke itu saja, selamat berjaya!!! 




Sunday, April 3, 2016

GOUT PENYAKIT SENDI TERTUA DI DUNIA. PENGALAMAN PESAKIT GOUT YANG SEMBUH.

Gout!! Ouchh bunyinya pun menakutkan. Apabila diserang penyakit Gout ini, pesakit akan menderita dan perit menahan kesakitannya. Sebagai salah satu penyakit sendi yang tertua, ia juga dikenali sebagai `raja segala penyakit dan penyakit di kalangan raja.' Gout menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang upaya untuk bergerak.

Memang ramai tercari-cari apakah penawar gout yang boleh mereka ikhtiarkan. Oke sebelum saya kongsikan pengalaman mereka yang sembuh gout, saya kongsikan sedikit info tentang gout.



Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Tetap
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



Gout jika tidak dirawat akan menjadikan keadaan lebih teruk dan anda berkemungkinan akan mengalami kerosakan sendi dan tidak berupaya untuk bergerak. Nasihat saya, ikhtiarlah untuk merawat penyakit gout anda ini.

BAGAIMANA SUPLEMEN VIVIX MEMBANTU PESAKIT GOUT
Vivix membantu pesakit gout dengan mengembalikan fungsi hati dan buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.Vivix suplemen yang tinggi antioksidan dan membantu melindungi organ badan dari rosak akibat terdedah pada radikal bebas. Vivix membantu memulihkan sehingga ke tahap sel dna.
Anda pasti ingin mendengar pengalaman mereka pesakit gout yang telah berikhtiar dengan Vivix kan. Disini saya kongsikan beberapa kisah untuk membantu anda


 Setelah mengambil Vivix dialisis dah  boleh skip dan GOUT PUN HILANG
gout vivix shaklee






Menderita gout berpuluh tahun, jalan sampai memapah dinding, painkiller dan ubat jadi peneman. Sejak makan Vivix Gout tiada menjengah lagi, ubat gout painkiller dah boleh tinggalkan. Dah boleh makan makanan kegemaran semula.
ubat gout terbaik


Asid urik suami telah turun dari 9.9 ke 7.6.
gout asid uric


Selepas makan Vivix, bila makan mee bandung yang ada kupang dan segala seafood, sampai rumah dan sehingga beberapa hari gout langsung tiada.
Tiada lagi simptom gout tumit sakit bila pijak.
ubat gout shaklee

Ini hanyalah sebahagian dari kisah mereka yang sembuh gout dengan Vivix. Jika anda ingin berikhtiar dengan Vivix dan merasai sendiri kesan baiknya produk ini anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Harga Runcit sebotol VIVIX (150ml)=RM503.50
Beli 2botol pada harga ahli yg ISTIMEWA : RM765.32
Percuma Keahlian, 
Percuma penghantaran ke seluruh Malaysia
Dan pulangan tunai ke dalam akaun anda.

Saya akan guide anda cara makan yang terbaik dan berikan konsultasi yang terbaik untuk anda selepas pembelian. InsyaAllah.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
 ✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, April 2, 2016

LAMBAKAN PENAWAR DIABETES DI PASARAN, TIPS MEMILIH HANYA YANG TERBAIK

Assalamualaikum. Peningkatan kadar pesakit diabetes semakin tinggi dari tahun ke tahun. Statistik pesakit diabetes yang terpaksa dipotong kaki atau tangan semakin merisaukan kita. Ramai yang mencari penawar diabetes yang terbaik dan semakin banyaklah lambakan produk di pasaran. Tanggungjawab anda hanyalah memilih yang terbaik. Jangan kerana ingin mengubati penyakit sedia ada, anda mendapat penyakit yang lain pula kan. Jadi hari ini saya akan kongsikan beberapa tips memilih suplemen penawar diabetes hanya yang terbaik.

statistik kencing manis

Tips untuk memilih produk yang terbaik adalah:

1) Pastikan produk yang anda pilih ada kelulusan KKM. Anda boleh cek di http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

2) Pilihlah produk yang mempunyai pengesahan Halal.

3) Pilihlah produk atau syarikat yang telah berada lama di pasaran. Ia tentunya diyakini dengan track rekod yang baik

4) Pastikan produk yang anda pilih benar-benar selamat, tiada kesan sampingan.

5) Pilih produk atau syarikat yang tidak pernah ada track rekod buruk. 
Contohnya produk dilarang untuk dipasarkan, produk yang tidak ditarik balik atau pengesahan produk mempunyai bahan yang merbahaya.

6) Dapatkan konsultasi yang betul dari  penjual produk. Pastikan mereka benar-benar memahami dan mengetahui sejarah penyakit anda.

7) Pilihlah produk yang mempunyai ujian klinikal, diuji oleh saintis yang bertauliah dan lebih baik jika mempunyai jurnal yang diterbitkan mengenainya.

8) Penting untuk anda dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu. 

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH VIVIX SEBAGAI SUPLEMEN PENAWAR DIABETES ANDA
infovivix



Kerana ia mempunyai semua ciri-ciri diatas. Anda boleh cek kod produk di laman web KKM. Dan alhamdulillah setakat ini Shaklee telah lebih 50tahun di pasaran. Dan lebih 25tahun di Malaysia sendiri. 

Dan anda boleh rujuk laman web ini untuk melihat Clinical Research Study yang telah dijalankan.

Alhamdulillah telah ramai mencuba dan berpuashati dengan kesannya. Saya sertakan beberapa pengalaman pengguna Vivix. 
diabetes vivix shaklee
Penghidap Diabetes sudah hampir 20 tahun. Bacaan tak pernah kurang dari 13.

vivix penawar diabetes
Selepas dua minggu mengambil Vivix bacaan gula turun dari 7.1 ke 3.8


testimoni luka kencing manis
Luka pesakit diabetes kering dan tertutup dengan baik dalam masa 2minggu mengamalkan Vivix


tips bacaan gula turun
Bacaan dah normal sejak botol pertama lagi
Bagi yang nak berikhtiar dengan Vivix Shaklee, mesti anda tertanya-tanya berapakah harganya.
Harga Runcit sebotol VIVIX (150ml)=RM503.50
Tawaran istimewa bulan ini; Beli 2botol pada harga ahli yg ISTIMEWA hanya RM765.32. (*sehingga promosi berakhir)
   Percuma Keahlian,
   Percuma penghantaran.
   Dan pulangan tunai ke dalam akaun anda


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, January 28, 2016

7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST

Melihat gambar-gambar di dalam galeri telefon saya semalam mengingatkan saya untuk berkongsi pengalaman menaiki penerbangan Emirates Airlines semasa pergi dan balik menunaikan umrah bulan lepas. Sememangnya ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sejujurnya ini kali kedua saya menaiki kenderaan yang dipanggil "kapal terbang ini". Kali pertama semasa ke Sabah.
Dan saya sangat berpuas hati dengan Emirates Airlines. Yes!! Terbaik!!
Yang paling best Kak Long Syaza ni la. Tak habis-habis memuji "Kakak cantik yang baik" kepada pramugari Emirates yang murah dengan senyuman. Sehinggakan Kak Long pun senyum je sepanjang dalam flight.
emirates best


Saya kongsikan beberapa perkara yang best mengikut pengalaman kami bersama syarikat penerbangan "The World 1st Airlines" ini.

1. Flight attendance yang sangat-sangat membantu. Alhamdulillah mudah untuk meminta pertolongan terutama dalam menguruskan mak mertua yang mengalami kesukaran untuk berjalan masuk ke dalam flight. Mereka sedia membantu dengan menyediakan wheel chair khas pada mereka yang memerlukan di dalam flight. Takde pulak gambar mak mertua, hanya ada gambar ini dalam hp saya. Cuma satu tips, jika anda perlukan wheel chair semasa turun flight iaitu di airport, sila maklumkan dan request pada flight attendance (pramugari) awal-awal. Iaitu sebelum berlepas.

2.Penerbangan yang memakan masa panjang tidak terasa dengan adanya Games, Filem-filem lama dan baru, juga paparan pandangan hadapan bahagian luar kapal terbang juga pandangan bahagian bawah kapal terbang.

 Kita boleh tengok juga kedudukan kapal terbang sekarang di mana dan dianggarkan penerbangan lagi berapa lama untuk sampai. Skrin yang besar dan jelas dan earfon yang memuaskan.
Anak-anak kecil ni tak payah ajar, dia lagi pandai menekan sana sini.

3. Kanak-kanak dapat goodies. Yeyyyyzz.. Suka sangat Kak Long bab ni. (Kalau bagi mami pun mami suka heh) Masa penerbangan KL-Dubai ni dapat Pencil color dan buku mewarna. Semasa penerbangan Dubai- Jeddah dapat selimut comel bentuk kartun. Ni semua idea nak bagi anak-anak tak bosan dan hilangkan rasa takut diorang la ni.

4. Makanan yang superb best. Air-air buah yang sedap, pemanis mulut yang best-best. Nasi mandy, makaroni.. Lunch, dinner, breakfast semua best-best. Betul-betul satu menu je yang saya tak boleh telan masa dalam penerbangan balik. Kambing masak herba hijau. Tapi takde masalah sebab side dish nya pun boleh mengenyangkan. Untuk anak kecil macam Syaza yang jenis memilih makanan, alhamdulillah menu sepanjang flight semua memenuhi selera dia. Licin tak payah mami tolong hihi.

5. Masa berjumpa dengan sepupu baru ni, dia tanya naik flight apa umrah hari tu. Bila bagitau naik Emirates katanya "wah best lah kapal terbang besar, langgar awal pun tak terasa". Eh haah la baru saya perasan. Masa pergi Sabah hari tu terasa bila jugak gegarnya. Tapi kali ni memang tak terasa apa pun. Oh sebab kapal terbang ni besar rupanya. Pastu suami pun cakap, memang la dua tingkat oke. Owhhhh

6. Tempat duduk yang selesa. Bagi aku la tempat dia selesa dan tak semput sangat walaupun kelas Ekonomi. Kalau Business class lagi la selesa ye dak. Hihi. 
seat emirates comfortable

7. 

Dapat "Meal Voucher" masa transit 6 jam di Dubai Airport. Semasa perjalanan Kembali ke tanah air, kami transit dari Jeddah- Dubai selama 6jam. Sebelum meneruskan perjalanan Dubai-KL. Masa kat Mekah Mutawif siap pesan sediakan bekalan makanan roti ke apa kalau nak elak beli-beli makanan kat Airport Dubai. Yerla dah tentu mahal, pastu nak kena tukar matawang. Yang kami pulak, mak mertua memang dah siap-siap tukarkan beberapa ratus matawang untuk di Dubai nanti, konon nak merasa la makanan orang Dubai nanti 😄. Ustaz pun tak tahu rupanya ada dapat Voucher makanan sehinggalah dah nak naik flight di Jeddah. Menarik sangat!! Pergi je di restoran-restoran terpilih dan pilih makanan yang kita nak. Serius memang kenyang sangat. Kiranya 6jam tu takde la terasa sangat. Takde gambar hat ni 😂. Punyalah kenyang sangat sampaikan masa dalam flight, ratah-ratah je lauk. 

Secara overall memang sangat best penerbangan dengan Emirates Airlines. Tak terasa penat walau penerbangan yang panjang. Kalau ada rezeki berjalan-jalan melihat dunia insyaAllah kami akan pilih syarikat penerbangan ini lagi, nak rasa Business Class dan 1st Class pulak Amin. 

Wednesday, January 27, 2016

16 INFO TENTANG VIVIX YANG SERING JADI TANDA TANYA



Segalanya info tentang Vivix akan saya kongsikan di sini hari ini. Ye, kata orang putih "FAQ VIVIX". Ye saya faham bila ramai yang cakap Vivix ni terbaik untuk masalah-masalah penyakit kritikal (penyakit orang kaya) dah tentu banyak info tentang Vivix yang ingin anda tahu. Jadi jom kita baca 16 soalan tentang Vivix yang patut anda tahu. 


Siapa yang boleh mendapat manfaat daripada Vivix?
Mana-mana orang dewasa yang berkenaan dengan penuaan selular dan untuk mengoptimumkan tahap kesihatan yang baik. Vivix tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusukan anak, atau sesiapa sahaja yang berumur kurang daripada 18 tahun. Jika anda tetap ingin mengambilnya boleh tetapi atas risiko sendiri. (Apapun kandungan Vivix hanyalah buah-buahan dan tumbuhan botani yang tinggi antioksida)



1Adakah Vivix selamat?
Ya. Data sedia ada menunjukkan bahawa dos resveratrol dalam tempoh 30 hingga 150 mg pelbagai / hari adalah selamat pada manusia - yang berbeza dengan kesan sampingan yang diperhatikan dalam ujian klinikal derivatif resveratrol sintetik yang dibangunkan oleh industri farmaseutikal.

2.Apakah pengambilan yang disyorkan Vivix setiap hari?
Satu sudu teh.

3.Adakah Vivix selamat untuk mengambil dengan makanan tambahan yang lain?
Vivix boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Tiada interaksi diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan dan-mana makanan tambahan yang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan bahawa orang-orang yang di bawah jagaan doktor untuk keadaan perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah, membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor mereka terlebih dahulu.

4.Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?
Penyejukan selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.



5.Bilakah saya perlu mengambil Vivix?
Ambil Vivix setiap hari, sebaik-baiknya dengan makan seperti sarapan pagi atau makan tengah hari. Goncang sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh sehari.

6.Adakah saya perlu mengambil lebih daripada satu sudu teh setiap hari?
Menurut kajian terkini, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh sehari.

7.Sekiranya saya minum Vivix setiap hari?
Ya. Vivix menghidupkan gen anti-penuaan untuk sehari atau lebih. Jika anda berhenti mengambil Vivix, anda mula semakin tua kadar yang sama yang seperti sebelum anda mula mengambil Vivix.

8.Adakah Vivix mengandungi alkohol?
Vivix tidak mengandungi alkohol.

9.Adakah Vivix mengandungi emodin?
Tidak. emodin, yang terdapat dalam Knotweed Jepun adalah laxitive a. Walaupun emodin tidak toksik, ia adalah perengsa anda tidak akan mahu dengan mengambil produk memanjangkan umur setiap hari. Pasukan sains kita pergi lebih keras untuk menghapuskan semua emodin dalam Vivix.

info vivix shaklee

10.Bagaimanakah minum Vivix membandingkan dengan resveratrol dalam wain merah?
Kandungan Resveratrol berbeza dengan kualiti. Secara purata walaupun wain berkualiti tinggi mengandungi kira-kira 1mg resveratrol setiap gelas. Satu sudu teh Vivix akan memberi anda 100 X jumlah itu.

Terdapat wain yang mengandungi serendah .o3 mg resveratrol setiap gelas. Dalam kes ini, satu sudu teh Vivix boleh mengandungi sebanyak 500 kali resveratrol yang anda akan dapat dalam purata sebotol wain merah.

Dengan mengandaikan kualiti yang tinggi, satu sudu teh Vivix adalah resveratrol setara dengan 100 gelas wain - jumlah Dr. David Sinclair percaya akan menghasilkan keputusan yang beliau dapati di dalam kajian beliau.

11.Adakah terdapat bahan pengawet dalam Vivix?
Tidak. Tiada bahan pengawet tambahan. Tiada bahan-bahan buatan dalam Vivix.

12.Adakah Shaklee menyejukkan Vivix?
Ya. Untuk memastikan Vivix tetap segar sebelum kami menghantar, kami mempunyai sebuah bilik sejuk yang sangat besar dedikasi sepenuhnya kepada Vivix. Apabila anda membuka botol, kami mengesyorkan anda menyimpannya dalam peti sejuk, seperti jus yang anda mahu

Untuk memastikan kesegaran produk anti penuaan itu, kita tetap meletakkan produk (di bawah 65 darjah). Proses ini membolehkan kita untuk menjamin ia stabil.

13.Mengapa tidak Vivix dihantar di bawah suhu penyejukan?
Ujian yang meluas telah dijalankan, termasuk penghantaran sebenar di seluruh negara dan pengangkutan simulasi di bawah suhu dan kelembapan yang melampau, telah mengesahkan bahawa produk berkualiti tinggi ini dikekalkan di bawah semua keadaan semasa penghantaran.

14.Apakah Vivix Kosher yang disahkan?
Ya. Shaklee memasarkan produk Certified Halal dalam produk Malaysia dan Kosher Certified di Amerika Syarikat dan Kanada pasaran.


15.Apakah Vivix dijamin?
Jaminan Vivix adalah mudah: Jika atas apa-apa sebab anda tidak benar-benar gembira dengan pembelian Vivix anda, kami gembira akan membayar balik setiap sen yang anda dibayar. Ya. Kami mengambil segala risiko, anda tidak mengambil. 

16. Bolehkah saya mengitar semula pembungkusan Vivix ini?
Ya boleh. Botol dan kotak Vivix ini selamat untuk dikitar semula. (Memang cantik pun botol Vivix ni)


Tuesday, January 26, 2016

10 FAKTA PELIK TAPI BENAR TENTANG DIABETES YANG ANDA WAJIB TAHU

Kita semua kenal seseorang yang didiagnosis dengan diabetes. Dalam Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi 2011, dianggarkan bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia yang terjejas oleh penyakit ini.

Diabetes adalah salah satu penyakit yang paling biasa di dunia. Ini 10 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Diabetes yang anda wajib tahu


1. Makan gula terlalu banyak tidak menyebabkan kencing manis

Makan terlalu banyak gula tidak akan menyebabkan penyakit kencing manis. Seseorang yang mendapat diabetes disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:

Diabetes jenis 1 berlaku apabila pankreas sepenuhnya berhenti membuat sebarang insulin (hormon yang membantu memproses glukosa badan dalam makanan untuk tenaga). Ahli-ahli sains mengesyaki faktor persekitaran, virus atau genetik memainkan peranan dalam seseorang membangunkan diabetes jenis 1.

Diabetes jenis 2 adalah disebabkan apabila badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi dan / atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Bentuk kencing manis biasanya berlaku pada orang yang lebih 40 tahun, berat badan berlebihan, dan mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga mereka.

2. Anda tidak boleh dijangkiti diabetes dari orang lain

Anda tidak boleh dijangkiti diabetes dari orang lain seperti sejuk atau selesema; ia bukan satu penyakit berjangkit atau menular. Walaupun ahli-ahli sains tidak sepenuhnya pasti apa yang menyebabkan diabetes, nampaknya ada kaitan genetik dengan gangguan. Ini bermakna bahawa jika diabetes wujud dalam keluarga anda, anda mungkin mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini.

3. Orang banyak lemak tidak selalu mengalami penyakit kencing manis
Berat badan yang berlebihan tidak meningkatkan risiko tetapi ia tidak bermakna bahawa orang yang gemuk pasti akan menjadi diabetes. Dan masih ramai pesakit kencing manis yang tidak pernah mengalami berat badan berlebihan. Jadi orang berbadan kurus juga perlu berhati-hati.

4. Diabetes boleh membunuh anda
Diabetes adalah salah satu punca utama kematian di Malaysia. Tinjauan 2008 mengenai punca kematian di Malaysia kedudukan diabetes tempat kelima dalam 10 sebab-sebab kematian di Malaysia, statistik ini menjadikan diabetes lebih tinggi daripada strok dan tekanan darah tinggi.

5. Bukan sahaja orang-orang tua mendapat diabetes
Terdapat semakin ramai kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami diabetes jenis 2. Pakar mengesyaki bahawa trend ini dikaitkan dengan peningkatan kadar obesiti kanak-kanak, pemakanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.
diabetes shaklee

6. Kanak-kanak tidak boleh  berkembang peringkat diabetesnya.
Hampir semua kanak-kanak yang menghidap diabetes mempunyai jenis 1, yang apabila pankreas sepenuhnya berhenti membuat sebarang insulin. Kekurangan ini adalah kekal dan keupayaan badan untuk menghasilkan insulin tidak akan datang kembali. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 perlu mengambil insulin untuk sepanjang hidup mereka sehingga penawar ditemui.

7. Mereka yang mempunyai diabetes tidak perlu makan makanan kencing manis khas
Pesakit kencing manis disyorkan untuk mengikuti diet yang sihat, tetapi ia cukup banyak rancangan diet yang sama seperti orang lain. Ini bermakna mempunyai pelan hidangan yang terdiri daripada makanan gandum, protein tanpa lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan. Diet yang rendah lemak dan sederhana dalam kedua-dua garam dan gula juga dicadangkan. 

diabetes food


8. Pesakit diabetes boleh makan gula-gula atau pencuci mulut
Sebagai pesakit kencing manis tidak bermakna anda perlu benar-benar mengurangkan perkara gula daripada diet anda. Selagi gula-gula dan pencuci mulut yang dimakan secara sederhana dan sebahagian daripada rancangan makanan yang sihat, pesakit diabetes masih boleh menikmati manisan mereka. Sebagai pesakit kencing manis tidak bermakna anda perlu benar-benar mengurangkan perkara gula daripada diet anda. Selagi gula-gula dan pencuci mulut yang dimakan secara sederhana dan sebahagian daripada rancangan makanan yang sihat, pesakit diabetes masih boleh menikmati manisan mereka dari semasa ke semasa. Pesakit kencing manis masih perlu mengurangkan pengambilan gula, tetapi yang penting adalah untuk mempunyai sebahagian kecil daripada makanan manis dan simpan untuk majlis-majlis khas.

9. Mengambil insulin tidak bermakna bahawa diabetes anda adalah lebih teruk
Mengambil insulin tidak bermakna bahawa diabetes anda adalah lebih teruk atau bahawa anda telah gagal, sebaliknya, ia sebenarnya membantu anda untuk menguruskan diabetes anda lebih baik yang akan membantu anda mengurangkan risiko komplikasi yang berpotensi. Perubahan diabetes dari masa ke masa dan orang yang bermula dengan ubatan secara oral pada mulanya mungkin akan beralih kepada suntikan insulin untuk menyediakan kawalan diabetes yang lebih baik.

insulin diabetes vivix


10. Insulin suntikan tidak menyakitkan
Mengambil suntikan insulin tidak sepatutnya menjejaskan sama sekali dengan mengamalkan teknik suntikan yang baik. Kebanyakan jarum pen insulin juga pendek dan nipis yang membantu untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

Oleh Victoria Brown

Artikel ini pertama kali diterbitkan pada www.thestar.com.my pada 10 November 2013.


Monday, January 25, 2016

Batuk Berdarah Jangkitan Paru-paru Hampir Kena Tebuk

Pernah dengar tak jangkitan paru-paru sehingga batuk berdarah. Jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria.
Jangkitan kuman ini boleh jadi tidak serius dan boleh jadi jugak  hingga membawa kepada keadaan yang membahayakan nyawa. 


batuk berdarah


Ini testimoni pelanggan kawan saya yang mengambil VIVIX untuk masalah jangkitan kuman dalam paru-paru. 

Dah tak batuk berdarah dah
=====
.
3 hari lepas, seorang customer nak beli Vivix untuk adiknya. Kena jangkitan kuman dalam paru-paru. Darah penuh dah sebelah paru-paru. Batuk berdarah. Dah seminggu kat hospital, doktor nak tambah antibiotik lagi kuat sebab nampak worse. Hampir kena tebuk keluarkan cecair.
.
Semalam, dia telefon. Nak beli Vivix lagi. Untuk pesakit sebelah katil adiknya pula.
.
Bila ditanya, macamana keadaan adik. Alhamdulillah, dah improve sangat katanya.
.
Sampai ke hospital semalam, sempat berborak dengan adiknya. Katanya,  sebelum makan Vivix, bila batuk aje mesti berdarah. Darah fresh merah pula tu.
.
Baring mengiring pun, darah boleh keluar dari mulut begitu sahaja.
.
Alhamdulillah, lepas ambil megadose Vivix, esoknya dah tak ada darah bila batuk. Keadaan dah improve sangat-sangat dengan kuasa Allah. 
.
Masa sampai hantar Vivix, ibunya tanya "satu je ke?" Rupanya bukan seorang pesakit dalam wad tu yang berminat nak beli. Ada dua orang lagi. Mungkin nampak improve adik ni banyak sangat.

Syukur.
Live testimoni dari pesakit sendiri buat rasa terharu. Sebak rasanya dapat membantu. Kakaknya tak putus-putus ucap terima kasih.
.
Semua Allah punya kuasa.Alhamdulillah.
-Ida Ifaz

Vivix mengandungi resveratrol yang tinggi yang bersifat Anti-virus, anti oksidan, anti-inflammotary dan melindungi daripada jangkitan. Vivix Shaklee mempunyai kelulusan KKM dan disahkan HALAL oleh badan yang diperakui oleh JAKIM. 

Harga Runcit sebotol VIVIX (150ml)=RM503.50
Beli 2botol pada harga ahli yg ISTIMEWA. Percuma Keahlian, Percuma penghantaran. Dan pulangan tunai ke dalam akaun anda.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Vivix bagi rawatan jangkitan paru-paru sila hubungi saya. 
InsyaAllah saya akan guide cara makan yang terbaik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...