Friday, October 6, 2017

Pengedar Shaklee Slim River Yang Paling Best

Bagi mereka yang ingin cod Shaklee Slim River Perak saya di sini sedia membantu. Khas untuk warga Slim River Perak 
Malah saya juga boleh cod Shaklee Behrang dan Tanjung Malim. 


Semalam saya berkesempatan cod Shaklee di Hospital Slim River. Alhamdulillah beliau memang peminat setia Vivix. Memang takkan  lepaskan peluang bila ada promosi Vivix.  



Antara khidmat yang saya boleh berikan kepada anda sebagai pengedar Shaklee kawasan Slim River, Perak ialah :

1) Penghantaran secara percuma produk Shaklee terus ke pintu rumah anda atau boleh juga set lokasi cod Shaklee di kawasan yang mudah 

2) Konsultasi secara berhadapam (face to face) supaya kesan yang lebih positif diperolehi

3) Memberikan bimbingan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dalam bisnes Shaklee

4) Kepakaran dalam Kesihatan dan Kecantikan  Wanita, Kesihatan Lelaki, Nutrisi Ibu Hamil dan Nutrisi Ibu Berpantang.

Oleh itu, orang-orang Slim River Perak,jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee Slim River, Perak ini. InsyaAllah.  Servis dan konsultasi saya yang paling tip top diberikan khas untuk mereka yang membeli dan menjadi ahli bawah saya. 

Hubungi saya sekarang supaya anda tidak terlepas peluang mendapatkan konsultasi terbaik ini.

Hartini Badri
0122812952

Thursday, October 5, 2017

Tangan Kebas-Kebas, Tangan Sakit Mencucuk Bagai Ada Aliran Elektrik

Pernah tak mengalami simptom seperti kerap tangan kebas-kebas, rasa semut-semut, tangan sakit mencucuk bagai ada aliran elektrik, dan hendak menggenggam tangan pun tidak boleh. Itulah yang dirasai oleh Ibu muda kepada tiga orang cahaya mata ini. Mari kira selami pengalaman kisah benar ini.

ubat tangan kebas mencucuk

Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin.  Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata . 

Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi.  Rasa semut-semut tu tidak pernah  mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor. 
.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak  kedua Lin lebih kurang 4 bulan.  Setiap kali  bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak,  jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok.  Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat  rasa macam  ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur.  Bayangkan sakitnya boleh buat Lin  terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit.  Semakin hari semakin sakit. 
.

Sakitnya bukan setakat tu je,  Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan.  Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa.  Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain.  Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.
.

Lin ada juga pergi mengurut,  rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga.  Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan  pergi ke HKL buat pemeriksaan.  Ujian darah,  xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik.  Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau  carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya.  Doktor kata saraf lin mengeras dan melekat antara  satu sama lain.  Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.  
.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni,  dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX.  Demi untuk sihat lin keluarkan  belanja sendiri beli supplement tu,  lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital.  Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau  vitamin B hospital.  
.
ubat kebas tangan

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah  tangan Lin sekarang  boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang.  Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.  
.

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix.  Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang  ringan.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 23 : AZALIN ADZHAR


Jika anda mengalami masalah yang sama dan ingin dibantu seperti Puan Lin, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Tinie Badri

RETAK DI LUTUT KEMBALI BERCANTUM

Tulang lutut retak akibat terjatuh. Bila jatuh pelbagai risiko akan ada. Cedera atau retak itu antara risiko yang biasa. Tambahan pula bila usia semakin meningkat. Apakah ada usaha yang dapat membantu bagi memulihkan tulang retak akibat jatuh? Ikuti kisah ini.
u
Ibu saya jatuh dan retak lutut dua hari sebelum Ramadhan, nasihat doktor supaya ibu saya berehat dan untuk pulih mengambil masa dalam 6 bulan. 
.

Alhamdulillah, dengan pengambilan 4 biji Ostematrix sehari retak di lutut ibu saya bercantum selepas 4 bulan dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. 
.

Kesan lain seperti mudah tidur, lawas dan kebas-kebas di tangan ibu saya juga turut hilang dengan pengambilan magnesium. 
.

Sebagai anak melihat ibu saya sihat dan cergas adalah perkara terindah.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 36 : RATNA YA'ACOB
.
Bagi mereka yang mengalami masalah yang sama, insyaAllah boleh cuba. Hubungi saya 
Whatsapp 012-2812952

Tuesday, October 3, 2017

GASTRIK TERUK SELAMA 16 TAHUN SEMAKIN SEMBUH

Gastrik teruk sembuh? Memang idaman setiap mereka yang menghidap gastrik yang kronik. Gastrik teruk buat rasa sakit dan sangat tak selesa. Setiap penghidap penyakit gastrik yang teruk mesti tercari-cari penawar yang boleh membantu sembuhkan gastrik. Kita ikuti kisah penghidap gastrik teruk selama lebih 16 tahun ini.

.


"Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.
.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.
.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.
.

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.



 Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 
.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma. "
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 8 : MAISARAH MD SAUPI


Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik yang kronik seperti kak ma ini boleh ikhtiar dengan set gastrik. Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai set ini.

Tinie Badri

Monday, October 2, 2017

Resepi Daging Goreng Kunyit Guna Periuk Noxxa

Menu makan tengahari semalam Daging Goreng Kunyit. Honestly rasanya tak pernah masak menu ni haha kadang-kadang je order kat kedai. Mungkin sebab tak favorite sangat daging kot. Tapi semalam Dedi request so walaupun menu simple tetap google resepi. Haahaa..Dan yah ni resepinya 

.



Resepi Daging Goreng Kunyit Guna Periuk Noxxa

Bahan

Daging setengah kilo

Garam 

Kunyit hidup/serbuk kunyit

Gula perang


Bahan tumis

Bawang merah, bawang putih, halia


Sayur

Kacang pis

Carrot

Cili Benggala



1. Daging perap kunyit, garam dalam 15minit. Kata orang lebih lama lebih best tapi nak cepat kan hihi 15minit pun ok dah.  

Oh ye kalau Guna kunyit hidup lagi syok banding dengan serbuk kunyit oke tapi kalau takde serbuk kunyit pun best buh lebih sikit.


2. Oke jom start. On periuk. Tekan button Stir Fry. Masukkan minyak sikit ja. Tumis bawang besar, bawang putih & halia hiris. 

Tumis Sampai kekuningan. Buh banyak sikit bawang putih halia sedap. 


3. Masukkan Daging. Kacau jap. Masukkan air perapan daging tadi takat paras daging. Tekan button High Pressure, tutup periuk.. Semalam buat lebih kurang setengah kilo daging jadi buat HP dalam 7minit. Tapi bila bukak macam tak lembut lagi so tambah lagi 3minit. Wahh lembut jadinya. 


4. Bila daging dah lembut, air mesti banyak lagi kan. So tekanj button Stir Fry untuk keringkan air. Bila air dah kering, masukkan gula perang setengah sudu, garam secukup rasa. Goreng garing sikit daging. Masukkan bawang holand, cili benggala, kacang pis, dan carrot. Kami suka sayur banyak so memang buh sayur banyak sikit. Kacau sekejap. Yang suka sayur rangup2 macam kami sekejap je kacau dah boleh tutup api.  Lebih kurang dalam 20minit macam tu dah siap untuk dihidangkan. 


Sebab sayur banyak so daging ni tak abih, petang tu buat pulak spageti guna periuk noxxa jugak rencah daging ni yang dihiris halus. 



Menu petang untuk anak- anak "berkelah" di taman sebelah rumah hihi. 




Periuk noxxa ni kaktinie beli guna duit bonus Shaklee. Main kutu Noxxa bayar bulan-bulan. Dapat je bonus terus bayar hihi. Dah ada periuk ni maka kita gunakan sepenuhnya. Ye la mudah dan cepat tu penting kan. Sambil-sambil ambil order customer dah boleh siap dah. Macam-macam dah masak guna periuk ni. Berbaloi beli. Spageti antara menu yang paling selalu la, bakar ayam ikan semua guna periuk ni. Paling best pernah masak Ayam Tua Masak Rendang Hijau. Lembut ayamnya kejap je HP. Sedapp!! Mungkin rasa lebih sedap sebab masa tu dijadikan menu berbuka puasa hihi. 


Oh ye, Bagi yang suka makan daging, dan selalu sembelit boleh ambik pil Herblax dan Omega Guard. Kombinasi untuk elakkan sembelit,melawas dan mengawal kolesterol. Nak order roger Kaktinie ok. 


Oke.  

Next time kita share lagi resepi ye. 



Sunday, October 1, 2017

KULIT JERAWAT TERUK RASA INSECURE


Kulit cantik jadi idaman semua wanita. Bila kulit berjerawat teruk memang menimbulkan rasa rendah diri dan insecure. Tertekan rasa kan sampai terfikir taknak keluar jumpa orang hihi. 
Mari kita ikuti pengalaman wanita ini. 



"Sya tak pernah mengalami masalah kulit sejak dari sekolah sampai lah diploma. Kulit licin bersih saja.

Kalau ada masalah pon hanya setakat sunburn sebab banyak berjemur! Almaklum waktu sekolah aktif kawad lah, sukan lah, apa lah.

Sunburn tu normal. Tapi jerawat memang takda! 
.

Disangkakan kulit cantik tu kekal selamanya tapi semuanyaaa hanya sekadar mimpi. Masuk je degree muka menjadi sensitif. Sangat sensitif! 
.

Aaah 😭😭😭 kulit tak tahan dengan cuaca panas, muka teruk sangat. Takda ruang pon kat kulit muka ni yang takda jerawat.

Naik pulak jenis bertompok bintik-bintik hitam terus buat muka nampak kusaaam! Gelap! 
.

Sampai satu tahap rasa macam geram tengok kulit muka sendiri. Sakit hati.

Bayangkan semua orang kalau jumpa Sya saja akan komen pasal kulit. Sedih. Rasa insecure memang ada.
.

Cuba macam macam produk, tapi takda kesan, sampaikan Sya guna produk yang ada chemical mulanyaa memang putih bersih.

At last, bila dah lama sangat memang makin teruk, sebab dah bercampur dengan produk penuh chemical lagi. Takut 😭😭😭
.

Sudahnya, muka berjerawat berkawah sampai lah Sya decide untuk cuba produk Shaklee ni.

Memang cari untuk repair skin yang teruk ni. Mula dengan hanya ESP and VITAMIN C.
.

Tak sangka kulit makin okay. Jerawat segan silu nak tumbuh dan yang paling bestnya tompok-tompok hitam berkumpul di pipi makin hilang.
.

Dapat pulak extra terkurus sekali!  Hebat sangat. Takda mendatangkan kesan buruk apa pon. Sya cuba ikhtiar konsisten amalkan Shaklee! Alhamdulillah masalah skin sensitif dah berjaya diatasi.
.

Walaupon pada mulanya macam tak yakin tapi disebabkan Sya terdesak nak repair skin! So Sya decide untuk stick dengan Shaklee.
.

Betul macam apa yang orang lain cakap! Jatuh cinta pandang pertama. Sekali cuba tak kan cari yang kedua. hehe

Alhamdulillah sekarang sya masih konsisten amalkan Shaklee! Sya masih di fasa pemulihan.
.



Tapi perubahan skin Sya memang sangat ketara. Terujaa yaaakkmaaat!

And sekarang Sya dah start topup satu persatu produk Shaklee. ESP, VITAMIN C, VITAMIN E, COLLAGEN! Haaa kau 💥💥💥

Sya lebih fokus untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan Sya
.

Penting untuk jaga kesihatan! Sebab tubuh kita nak pakai lama. 

CANTIK AND KURUS ?? Itu BONUS EXTRA .. 
.

Sekarang , tak pandang sikit pon produk lain even though banyak je suara suara lain yang cuba untuk ajak Sya beralih arah.

Kerana Sya percaya, untuk dapat result yang super power the boommm konsistensi adalah kuncinya.
.

And Shaklee will always be my favourite choice cause it is safe, natural and trusted ! Dah serik dengan produk yang banyak chemical. Nak avoid 🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️"

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 25 : SYA MADEENA

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Set Cantik ini boleh hubungi saya di talian 012-2812952.

.

Wednesday, September 13, 2017

Kisah Pesakit Astma Ini Ambil Neb Kini Tinggal Kenangan

Pesakit astma mengambil NEB bukan lagi perkara asing. Bagaikan sahabat akrab. Pantang cuaca sejuk sikit, atau faktor persekitaran pasti serangan astma buat pesakit gelisah.  Mari kita ikuti kisah oesakit astma ini bagaimana beliau sembuh dan semakin sihat




Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu."
Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu.
.

Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung. 
.

Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke hospital.
.

Bukan sekali kejadian macam tu berlaku tetapi berkali-kali. Satu kejadian tu berlaku bila kami dalam perjalanan pergi bercuti ke Melaka. Kami kalau drive selalunya bertukar-tukar jadi driver. Masa kejadian tu, dia yang tengah drive tetiba dia minta tukar, dah letih katanya. So Kak Yang pun drive, tengok die dah rendahkan kerusi dan tidur. Sempat jugak jeling die, tak tidur pun tapi dok menggelisah. Rasa dahi dia panas dan nafas dah turun naik. Pastu dia cakap, "cari klinik boleh tak, tak larat la".  Masa tu dah la di tempat orang ,siap berhenti bertanya orang dimana ada klinik. Akhirnya jumpa juga klinik kesihatan di Alor Gajah dan terpaksa la amik neb sekejap di sana. 
.



Sejak itu, Kak Yang sudah mula ambil tahu tentang asma ni. Ubat apa dan berapa dos yang diperlukan. Apa makanan yang perlu dielakkan dan cuaca yang bagaimana yang boleh mendatangkan asma. Yang Kak Yang dapat kenalpasti, suami tak boleh makan seafood terutamanya sotong dan ketam, tak boleh makan belacan, tak boleh kena hujan serta tak boleh tahan dalam tempat sejuk dalam tempoh yang lama terutamanya 'air cond'.  
.

Dia juga mengidap resdung. Kak Yang rasa kes suami ni berkait rapat antara RESDUNG DAN ASMA. Sebabnya bila dia tersilap makan ataupun berada di tempat yang berhabuk, mesti malam itu dia akan semput. Selalunya ia akan bermula dengan batuk dan selesema dan tiba malam hari, nafas menjadi laju. Bila keadaan begitu memang Kak Yang akan cepat-cepat bawa ke klinik untuk amik neb.
.

Pernah juga Kak Yang bagi dia makan hati unta yang dikirim melalui orang yang ke Mekah tapi tiada kesan. Kak Yang fikir sampai bila dia harus bergantung pada ubat sahaja, bila habis ubat pergi beli di farmasi. Sampai bila kan. Ubat bukan merawat tapi ia cuma melegakan kesakitan.
.

Jadi jalan yang Kak Yang pilih adalah memberi dia vitamin untuk menguatkan antibodinya. Set yang diambil adalah VITAMIN C, ALFAFA dan OMEGA GUARD. Kak Yang memang pantau suami supaya setiap hari tanpa miss amalkan set ini. Alhamdulillah memang nampak perubahan pada suami Kak Yang. 
.

Pagi-pagi dah kurang bersinnya, gatal-gatal muka, resdung pun semakin berkurangan dan yang paling Kak Yang perasan dia dah lama tak amik NEB. Alhamdulillah dengan izin Allah pastinya dan Kak Yang bersyukur sangat-sangat dengan perubahan kesihatan yang suami alami sekarang. Yang penting untuk mendapat kesihatan yang optimum, kita haruslah SABAR DAN KONSISTEN. Jangan anggap makan sebotol dah baik ye. Kadang tu ia bergantung atas penerimaan badan masing-masing.
.

Sekarang ini, Kak Yang bekalkan tambahan vitamin untuk suami iaitu VIVIX pulak untuk kesihatan yang lebih baik. Bukan suami sahaja tapi Kak Yang pun sudah amalkan vivix ini sehingga kini. Doakan kami diberikan kesihatan yang baik ye.
.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah sebegini, Kak Yang sarankan anda mencuba Set Resdung@Set Asma ini. Selagi kita boleh berikhtiar, kita ikhtiar lah. InsyaAllah, sesungguhnya hanya Dia yang maha berkuasa.
.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 6 : ROZILA RAMLI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...