Monday, October 2, 2017

Resepi Daging Goreng Kunyit Guna Periuk Noxxa

Menu makan tengahari semalam Daging Goreng Kunyit. Honestly rasanya tak pernah masak menu ni haha kadang-kadang je order kat kedai. Mungkin sebab tak favorite sangat daging kot. Tapi semalam Dedi request so walaupun menu simple tetap google resepi. Haahaa..Dan yah ni resepinya 

.



Resepi Daging Goreng Kunyit Guna Periuk Noxxa

Bahan

Daging setengah kilo

Garam 

Kunyit hidup/serbuk kunyit

Gula perang


Bahan tumis

Bawang merah, bawang putih, halia


Sayur

Kacang pis

Carrot

Cili Benggala



1. Daging perap kunyit, garam dalam 15minit. Kata orang lebih lama lebih best tapi nak cepat kan hihi 15minit pun ok dah.  

Oh ye kalau Guna kunyit hidup lagi syok banding dengan serbuk kunyit oke tapi kalau takde serbuk kunyit pun best buh lebih sikit.


2. Oke jom start. On periuk. Tekan button Stir Fry. Masukkan minyak sikit ja. Tumis bawang besar, bawang putih & halia hiris. 

Tumis Sampai kekuningan. Buh banyak sikit bawang putih halia sedap. 


3. Masukkan Daging. Kacau jap. Masukkan air perapan daging tadi takat paras daging. Tekan button High Pressure, tutup periuk.. Semalam buat lebih kurang setengah kilo daging jadi buat HP dalam 7minit. Tapi bila bukak macam tak lembut lagi so tambah lagi 3minit. Wahh lembut jadinya. 


4. Bila daging dah lembut, air mesti banyak lagi kan. So tekanj button Stir Fry untuk keringkan air. Bila air dah kering, masukkan gula perang setengah sudu, garam secukup rasa. Goreng garing sikit daging. Masukkan bawang holand, cili benggala, kacang pis, dan carrot. Kami suka sayur banyak so memang buh sayur banyak sikit. Kacau sekejap. Yang suka sayur rangup2 macam kami sekejap je kacau dah boleh tutup api.  Lebih kurang dalam 20minit macam tu dah siap untuk dihidangkan. 


Sebab sayur banyak so daging ni tak abih, petang tu buat pulak spageti guna periuk noxxa jugak rencah daging ni yang dihiris halus. 



Menu petang untuk anak- anak "berkelah" di taman sebelah rumah hihi. 




Periuk noxxa ni kaktinie beli guna duit bonus Shaklee. Main kutu Noxxa bayar bulan-bulan. Dapat je bonus terus bayar hihi. Dah ada periuk ni maka kita gunakan sepenuhnya. Ye la mudah dan cepat tu penting kan. Sambil-sambil ambil order customer dah boleh siap dah. Macam-macam dah masak guna periuk ni. Berbaloi beli. Spageti antara menu yang paling selalu la, bakar ayam ikan semua guna periuk ni. Paling best pernah masak Ayam Tua Masak Rendang Hijau. Lembut ayamnya kejap je HP. Sedapp!! Mungkin rasa lebih sedap sebab masa tu dijadikan menu berbuka puasa hihi. 


Oh ye, Bagi yang suka makan daging, dan selalu sembelit boleh ambik pil Herblax dan Omega Guard. Kombinasi untuk elakkan sembelit,melawas dan mengawal kolesterol. Nak order roger Kaktinie ok. 


Oke.  

Next time kita share lagi resepi ye. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.