Monday, May 8, 2017

KERACUNAN MERKURI AKIBAT SALAH GUNA PRODUK HAMPIR MERAGUT NYAWA

Berhati-hatilah memilih produk kosmetik dan suplemen. Elakkan dari menjadi mangsa keracunan merkuri. Kesan penggunaan produk kosmetik dan suplemen yang mengandungi merkuri sangatlah bahaya. Ini antara kisah yang hampir meragut nyawa diri sendiri dan anak yang dikandung.
 


Kisah saya bermula pada penghujung tahun 2014. Waktu itu saya masih dalam peringkat awal pemulihan dari keracunan merkuri akibat salah memilih produk kosmetik dan supplemen.
.

Waktu itu (Oct 2014), walaupun internal organ (hati dan buah pinggang) saya survive dengan asbab ubatan hospital. Tetapi, tubuh badan saya sangat sakit dan kekeringan nutrisi yang teruk. Yang dapat di lihat dari luaran ialah kerosakan kulit, kuku dan rambut saya.
.

Kulit saya sangat kering, bersisik dan juga mempunyai 'chicken skin'. Eczema naik di setiap pelipat tubuh. Gatalnya, hanya Allah atau siapa yang pernah kena sahaja yang tahu. Kuku di jari kiri dan kanan pula terbelah dua dan patah-patah. Kuku kering sangat dan kusam warnanya. Tidak sihat langsung. *Tubuh badan sentiasa di dalam kesakitan.*
.

Rambut saya pula sangat kering. Umpama rumput yang sedang mati setelah di sembur racun rumput. Warna rambut menjadi perang yang tidak sihat. Pegang dengan jari pun, boleh luruh sendiri dan patah-patah. Bayangkanlah betapa merananya saya.
.
 
Itu belum masuk lagi penderitaan lain yang saya hadapi. Antaranya....

- Bacaan kencing manis saya sentiasa tinggi. *Bacaan tertinggi saya selepas makan ialah 35pt dan bacaan terendah saya waktu pagi ialah 14pt.*

- Gastrik dan pedih ulu hati yang kronik.

- Hampir mengalami stroke di sebelah kiri badan (menurut doktor).

- Cakap yang tergagap-gagap dek kerana nerve system yang terganggu.
.

Ya. Kondisi badan saya waktu itu sama seperti orang yang menjalani kemoterapi malah lebih teruk lagi. 
.

Jadi pada waktu itu saya bertanya kawan-kawan saya, supplemen apa yang boleh di percayai selamat, semulajadi dan mohon ada orang yang boleh membantu saya makan supplemen dengan cara yang betul. Saya tak mahu orang hanya menjual tanpa menerangkan pada saya khasiat sesuatu supplement itu.
.

Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan oleh Allah. Seorang kawan saya menerangkan product Shaklee kepada saya. Selepas itu saya pun cari juga sendiri info berkenaan Landmark Study Shaklee untuk memuaskan hati sendiri.
.
 
Setelah yakin, maka saya pun belilah Vitamin C dan juga Vitamin E sebagai permulaan penjagaan kulit dan kesihatan saya.
.

Ini adalah budget yang termurah selain dari target pertama saya iaitu Vivix. Masa ni, belum mampu nak beli Vivix walau hebat sangat testimoni Vivix yang saya baca. Waktu ini budget saya ketat kerana bill-bill hospital yang perlu ditanggung. Sedih.
.

Selepas habis 2 botol Vitamin C dan E, saya dapat lihat kulit saya yang semakin sihat. Kuku saya yang semakin pulih dan tidak patah. Rambut saya juga nampak perubahan semakin kuat, kembali hitam dan bersinar.
.

Oleh kerana bertambah yakin dengan result yang ada pada diri sendiri. Maka, saya terus mohon menjadi ahli Shaklee kerana nak jimat dari beli harga runcit. Saya terus makan Vit C dan E dari tahun 2014 hinggalah tahun 2015. Walaupun tak berapa berdisiplin..
 


Setelah saya di sahkan mengandung, sakit saya datang kembali dek kerana hormon badan yang tidak menentu. Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati apabila 2 senior doktor yang pakar di bidang O&G beritahu saya bahawa risiko kehilangan nyawa kami (bayi dan saya) adalah sangat tinggi. Dan kecacatan organ dalaman bayi yg dilahirkan mungkin terjadi. Risau sangat saya.
.

Tapi Alhamdulillah. KuasaNya tiada siapa yang dapat mempertikaikan. Walaupun memang nyaris kehilangan nyawa pada waktu itu. Namun kami berdua selamat. Dan baby Zariff lahir sempurna walaupun lahirnya pramatang di minggu yang ke-32 pada penghujung March 2016.
.

Niat untuk mencuba Vivix masih belum dilupakan. Beberapa bulan setelah saya habis berpantang, pada bulan Ogos 2016, saya cuba pula ambil Vivix.
.

Dan sehingga hari ini, saya masih tidak berhenti jatuh cinta pada kesan Vivix dan vitamin shaklee terhadap kesihatan saya. Saya rasa seperti diberi peluang kedua selepas melalui detik detik sukar dan hampir meragut nyawa.

===================================

Alhamdulillah. 

Jika anda mendapatkan set rawatan ini
Sila hubungi 012-2812952

Saturday, May 6, 2017

8 TIPS HADAPI PUTING LUKA SEMASA MENYUSUI BAYI

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.



Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab bayi menggigit, sebab bayi tak puas menyusu, sebab nipple leper la. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Sakit pedihnya tak tahu nak gambarkan bagaimana. Hanya Allah yang tahu. 

Tapi jangan ambil mudah. 

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan bayi ketika menyusu iaitu cara dia "latch on". 
 
Kalau bayi latch tak betul, bukan
je puting anda sakit, tapi bayi pun tak dapat susu yang sepatutnya.
Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

APA NAK BUAT KALAU KENA PUTING (NIPPLE) LUKA NI? 

  • Ibu kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan.Minta mereka tolong periksa kedudukan bayi anda.  
  • Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya 
  • Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Maksudnya selepas sapukan air susu badan anda ke puting, biarkan sebentar kena angin, barulah ditutup. Kalau tidak boleh melekat di baju dan sakitnya bila melekat tu haih tak tau nak cakap. Ha Air susu ni banyak gunanya tau!
  • Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Boleh dapatkan di farmasi atau kedai barangan bayi. 
  • Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.
  • Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down. 
  • Sebelum bayi tangkap puting dan menghisap susu, ibu gunakan jari kelingking untuk letak di mulut bayi supaya bayi ternganga besar. Kemudian baru suakan supaya bayi menghisap di aerola.
  • Bila puting luka jangan biarkan bayi stop sendiri menyusu ditakuti ditariknya puting yang luka. Agak-agak bayi dah puas menyusu, Cungkil perlahan dengan jari kelingking di tepi mulut dan gusinya sehingga bayi membuka mulutnya. 

Pengalaman menyusukan sangat indah walaupun ada banyak cabarannya. Untuk memberikan yang terbaik ibu sanggup redah walau apa saja ujian kan.

Semoga ibu-ibu tak "give up" dan dapat menyusukan sehingga bayi berusia 2 tahun sepertimana yang dianjurkan dalam Islam

Firman Allah SWT, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan," (QS al-Baqarah [2]: 233).

Selamat menikmati "moment yang indah ini" 

Friday, May 5, 2017

Alamat Shaklee HQ Baru di Sunway Geo

Minggu lepas semasa menghadiri Shaklee Convention 2017 saya berkesempatan melawat bangunan baru Shaklee HQ yang bukan lagi di bangunan Pinnacles. Secara rasminya Shaklee telah berpindah ke bangunan baru, lokasi baru yang tak jauh dari lokasi lama. Bagi yang tercari-cari di manakah Shaklee Sunway. Jom tengok.

  

 

Ni gambar dari dalam kereta saya, teruja betul pertama kali bertentang mata dengan bangunan HQ baru ni. 



Ini adalah alamat baru Shaklee HQ. 

Ibu Pejabat
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am - 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am - 07:00 pm


Saya shopping malam tau, sebab hari tu ada perasmian pada siangnya. 

 

Dan tempoh operasi juga dilanjutkan sempena dengan hari closing untuk bulan April. Tutup jam 9. Saya habis shopping jam 8.45malam. Mujur lagi kan. Tengok tu pintu nak tutup dah hihi

 



Tapi memang feel habis la shopping di sini berbanding di lokasi lama. 



YANG MENARIK TENTANG IBU PEJABAT SHAKLEE YANG BARU

  1. Lokasi yang strategik- Berhadapan dengan Sunway Medical. Landmark yang sangat mudah. Di bangunan yang tersergam indah, Sunway Geo. Dari jalan dah boleh nampak wahh "kedai Shaklee"
  2. Tak perlu lagi daftar untuk masuk ke bangunan macam ibu pejabat lama. Leceh kan dulu sebelum naik lif nak kena daftar ic semua. Sekarang mudah je nak akses. 
  3. Bukan lagi di tingkat atas seperti sebelum ni. Hanya di tingkat bawah. Menyerlah nampak kredibilitinya. 
  4. Parking yang mudah dan selamat. 
  5. Ada lobby yang menarik untuk berjumpa dengan prospek
  6. Susun atur barang yang sangat menarik. Ishh rasa nak masuk bakul je semua kan. 
  7. Ada bilik mesyuarat dan latihan di tingkat 3
  8. Konsep pasaraya. Ambil bakul dan isi bakul. Yeyyy yang ni best, kalau dulu ambil borang dan isi. Kini pusing-pusing, ambil, masuk bakul dan bayar. Dah siap yey.. Feel gitu.  
  9. Jangan takut jika anda pertama kali ke sini dan tidak tahu hendak memilih suplemen yang mana. Di sini juga ada ditempatkan nutritionist untuk membantu anda memilih suplemen untuk masalah anda .Opsss TAPI pastikan anda telah menjadi ahli tau baru boleh shopping di sini. Jika belum, hubungi saya untuk pendaftaran ahli. 


Menarik sangat kan. Shaklee sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk ahli-ahli semua. Kami sangat menghargainya. 


Jom kita ke sana! 


Thursday, May 4, 2017

BAHAYA HB LOW SEMASA HAMIL, PENGALAMAN HAMIL NAIKKAN HB

Masa hamil, saat berulang ke klinik kesihatan antara yang sering kita kenang. Tambah kalau ada masalah hb low masa hamil, darah tinggi, kencing manis masa hamil. Dan bila hb low, paling kita tak tahan nak dengar leteran nurse suruh naikkan bacaan hb. Apakah bacaan hb yang normal, kenapa nurse atau doktor risau jika bacaan hb ibu hamil rendah. Apakah risiko hb low pada ibu hamil?
 


 

BACAAN NORMAL HB (HEMOGLOBIN) 
Ini adalah bacaan normal tahap hemoglobin dalam darah
 

APAKAH ITU ANEMIA (HB LOW) 
Anemia adalah suatu penyakit dimana kadar hemoglobin dalam darah lebih rendah dari normal. Hemoglobin adalah molekul eritrosit ( sel darah merah ) yang bertugas mengangkut oksigen. Kualiti darah dan warna merah pada darah ditentukan pada kadar hemoglobin.
 

Anemia atau HB low dalam masa kehamilan memberikan kesan yang kurang baik bagi ibu hamil, baik dalam masa kehamilan, saat persalinan, nifas dan proses selanjutnya. 

TANDA-TANDA / SIMPTOM HB LOW
  1. Keletihan
  2. Rasa lemah
  3. Pening/Kepala pusing
  4. Kesejukan kaki tangan
  5. Kulit dan kuku pucat
  6. Jantung berdegup laju dan sakit dada
  7. Hendak pitam terutama bila bangun dari duduk atau baring


RISIKO HB LOW SEMASA HAMIL
Risiko kepada masalah hb low ibu hamil adalah sebagai berikut :
 
Kesan Kepada Ibu:
  1. Keguguran
  2. Ibu Mudah Pitam/Pengsan
  3. Kelahiran pra matang
  4. Tempoh bersalin yang lama akibat kelelahan otot rahim di dalam berkontraksi ( inersia utari )
  5. Perdarahan akibat tidak adanya kontraksi otot rahim ( atonia uteri ) 
  6. Jangkitan semasa bersalin ataupun  selepas bersalin

Kesan Kepada Bayi
  1. Pertumbuhan janin terbantut
  2. Lahir sebagai bayi pramatang
  3. Berat bayi lahir <2.5kg
  4. Anak meninggal ketika dilahirkan
Mari kita ikuti kisah ibu muda ini yang mempunyai pengalaman hamil dengan hb low



Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan. 
.
Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.
.
 Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???
.
Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau. 
.
Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..
.
 
Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa! 
.
Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..
.
Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...
.
Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….
.
Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...
.
Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..
.
Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin. 

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee… ☺

TESTIMONI 003: SITI AISHAH


Seronok kan bila nampak perubahannya. Alhamdulillah hb dah tak low. Kesihatan bertambah baik. Barulah dapat lalui journey hamil dengan lebih gembira kan.

Bagi yang nak ikhtiar Set Hb Low Semasa Hamil dari Shaklee boleh hubungi kaktinie ye 012-2812952


Wednesday, May 3, 2017

BENTUK RAHIMKU BENTUK "LOVE" RUPANYA, KELAINAN BENTUK RAHIM PUNCA SUSAH HAMIL

Seperti yang kita belajar  uterus yang normal berbentuk seperti buah pir dengan panjang sekitar 7,5 cm, lebar 5 cm dan ketebalan dinding sekitar 2,5 cm.  Bahagian paling bawah uterus dikenal dengan nama serviks atau mulut rahim.  Badan uterus berongga dan terhubung dengan saluran telur (tiub fallopio) di sisi kiri dan kanan. Itu yang normal. Rupa-rupanya ada banyak bentuk rahim lagi yang tidak normal. Yang mana kelainan bentuk rahim ini menjadi salah satu punca susah untuk hamil. Antara bentuk rahim adalah seperti Bicornuate Uterus, Unicornuate dan beberapa jenis lagi.

rahim bentuk love


BICORNUATE UTERUS 
Unik kan. Ada banyak bentuk rahim rupanya. ADA BENTUK-BENTUK ni yang MENYEBABKAN TIADA PELUANG UNTUK HAMIL.

Bentuk rahim saya yang tengah tu. Ye bentuk rahim saya bentuk "hati" bentuk "love". Penuh kasih sayang agaknya hihi. Tapi hakikatnya ia adalah kecacatan fizikal yang saya sendiri tidak tahu. Saya sendiri baru tahu tentang bentuk rahim(uterus) saya yang abnormal bila kandungan kedua saya juga seperti anak pertama SONGSANG.

Semasa kehamilan anak pertama sebaik detect, saya bleeding. Pada kehamilan anak kedua takde bleeding tapi disebabkan saya juga pernah ada cyst pada kehamilan yang pertama maka bila hamil anak kedua pada usia kandungan 7minggu saya dah pergi buat scan. Dan masa scan tu Doktor detect macam ada dua kantung. Tapi katanya yang satu tak pasti jadi ataupun tidak sebab kedua-duanya masih tidak ada heat beat. Saya bertanya juga adakah ianya cyst. Tidak kata doktor. Apapun doktor minta untuk datang scan 2minggu lagi dan pada scan seterusnya nampaknya tiada rezki kembar ☺️ saya sendiri tak pasti samada ia betul kembar atau ia mengecut disebabkan bentuk rahim. Apapun video semasa check up Masih tersimpan rapi. Wallahualam

Seterusnya, Dari awal kehamilan hingga ke tarikh matang, kedudukan bayi tetap kepala ke atas kaki di bawah.Semasa usia kandung 28minggu dan bayi masih songsang, saya ke klinik swasta di Manjung untuk mendapatkan 2nd opinion manatau kot ada rezki dapat bersalin normal dan Doktor menyatakan ada satu kemungkinan yang saya alami iaitu bentuk rahim tidak normal. Disebabkan itu kata Doktor bayi saya tetap songsang. Rupa-rupanya keadaan bentuk rahim yang berlekuk di tengah-tengah menyukarkan bayi untuk berpusing.

Dan sangkaan doktor itu betul apabila saya dirujuk kepada Doktor Pakar O&G Hospital Seri Manjung. Doktor rujuk laporan pembedahan anak pertama saya. Laporan menunjukkan rahim saya abnormal iaitu Bicornuate Uterus. Dan doktor cakap ianya kecacatan kekal dan bayi selepas ini pun tetap akan songsang dan kelahiran secara pembedahan.

RISIKO BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL
risiko rahim love

risiko rahim bentuk love
  • Sukar untuk hamil
  • Risiko keguguran berulang
  •  Risiko kelahiran bayi pra matang: Kadar kelahiran pramatang adalah 15 hingga 25%. kehamilan mungkin tidak sampai kepada peringkat penuh dalam rahim bicornuate apabila bayi mula berkembang di salah satu daripada tanduk rahim
  • Bayi songsang atau melintang
  • Risiko melahirkan secara pembedahan


BENTUK RAHIM TIDAK NORMAL PUNCA SUSAH HAMIL?
Sejak mendapat tahu barulah saya mencari maklumat tentang ini. Dan saya bersyukur kerana ada banyak kelainan bentuk rahim dan ada juga yang senasib dengan saya masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya bertemu rakan senasib bila berbincang di page facebook Doktor Pakar Puan Dokto Hamid Arshat.
Ada kes yang dapat hamil, tetapi pada usia kandungan semakin matang, kandungan gugur. Kerana tidak cukup kuat atau tidak cukup ruang untuk membesar.

Bicornuate uterus, or “heart-shaped uterus,” occurs in between 0.1-0.5% of women. Fortunately, most of them experience no pregnancy complications.

BAGAIMANA NAK KENALPASTI BENTUK RAHIM
Ia adalah mungkin untuk mendiagnosis rahim bicornuate menggunakan ultrasonografi gynecologic, [1] khusus sonohysterography, dan MRI. [2] Walau bagaimanapun, kerana tidak ada sebarang petunjuk untuk melakukan apa-apa tatacara mengenai wanita asimptomatik, kehadiran rahim bicornuate mungkin tidak dikesan sehingga mengandung atau melahirkan. Dalam C-seksyen (biasanya dilakukan kerana malpresentation), bentuk yang tidak teratur rahim akan menjadi jelas. Selain itu kaedah pengimejan diagnostik lain termasuk hysterosalpingography dan hysteroscopy; prosedur ini biasanya dilakukan semasa proses penyiasatan kemandulan.


Sedih juga bila tahu ada di kalangan yang senasib dengan saya tidak berpeluang merasa untuk hamil. Apapun jangan bersedih, jangan pernah berputus asa, Doa dan usaha, tidak ada yang mustahil dengan izinNya kan. 

Pada yang senasib dengan saya, hai geng! 
Bersyukurlah seadanya walaupun kita tidak normal seperti wanita lain. Setiap sesuatu adalah ujian darinya dan pasti ada hikmah! Spread your LOVE





Tinie Badri 012-2812952 
PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

Tuesday, May 2, 2017

TANDA-TANDA KAYAP, CARA MERAWAT KAYAP DAN DOA PENYAKIT KAYAP

Baru-baru ini saya bertemu seorang customer yang mengalami penyakit kayap. Kes beliau membuatkan saya tertarik untuk berkongsi banyak info tentang apa itu penyakit kayap, apakah tanda penyakit kayap, apakah ada penawar kayap dan bagaimana untuk merawat kayap dengan berkesan. 
 

Rupanya sakit sangat bila terkena kayap ni, kulit bagai terbakar. Mengikut customer ni sakit sangat kepala, malah nak makan pun siksa bila nak mengunyah. Penyakit kayap bukan sekadar nampak di kulit tapi melibatkan saraf. Banyak kes yang pada dasarnya nampak kulit dah oke tapi sakit saraf masih terasa. Sebelum saya kongsikan cerita customer saya. Mari kita lihat info ini dahulu. 


APAKAH ITU PENYAKIT KAYAP
Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. 

Virus ini dikatakan mula menghuni di badan seseorang pesakit apabila dia pernah menghidap penyakit cacar air ataupun chicken pox. Selepas chicken pox sembuh,virus berkumpul di pusat saraf tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf berlaku.

TANDA-TANDA/ SIMPTOM KAYAP
Tanda-tanda awal penyakit ini ialah :
  • penyakit kayap biasanya menjejaskan hanya bahagian kecil daripada satu bahagian badan anda. 
  • Sakit, panas seperti terbakar, kebas ataupun kegatalan
  • Kepekaan menyentuh
  • ruam merah yang bermula beberapa hari selepas kesakitan
  • Lepuh berisi cecair 
  • Gatal
Sesetengah orang juga boleh mengalami simptom kayap seperti:
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sensitif kepada cahaya
  • Keletihan

Tanda-tanda biasa berlaku antara 3 hingga 5 hari sebelum tompok-tompok pada kulit timbul.

SEMBUHKAN KAYAP 

BAGAIMANA MERAWAT KAYAP
En K mengalami kayap di bahagian kepala sudah 3minggu. Katanya kayap dah tak kelihatan nampak seperti dah sembuh tapi kepalanya sangat sakit. Perit rasanya. Nak baring sakit, nak makan pun sakit. 

Mengikut Encik K dia hanya dapat ubat dari doktor antibiotik dan ubat tahan sakit. Dia tak mahu terlalu  bergantung dengan ubat tahan sakit. Sampai bila katanya. Tambahan pulak dia takut dengan kesan sampingan pada buah pinggangnya.

Maka beliau setuju untuk mencuba suplemen Shaklee setelah membuat penyelidikan. 
Saya mencadangkan suplemen seperti di bawah. 

SUPLEMEN SET KAYAP
kayap shaklee 
GARLIC
Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang terbaik. 

 
VIVIX
Vivix ni ekstrak botani yg tinggi antioksida.. insyaAllah bagus untuk saraf kerana salah satu bahan utama adalah polyganum cuspidatum. Yang mana ia sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk merawat sakit saraf. Oleh kerana kayap berkait rapat juga dengan saraf maka sangat sesuai Vivix diambil oleh pesakit kayap. Vivix juga bersifat anti bakteria, anti virus dan mengandungi antioksida yang tinggi. Ia juga membantu memperbaharui sel yang rosak.

 
NUTRIFERON
nutriferon ni untuk membantu menguatkan sistem imun badan. Penyakit kayap ini menyerang bila sistem imun kita lemah. Maka sangat perlu untuk memperkuat sistem imunisasi tubuh.

B-COMPLEX 
Kajian menunjukkan pengambilan Bcomplex dapat mengurangkan kesakitan dan meredakan ketegangan saraf

LECITHIN
pengambilan lecithin dapat membantu transmisi saraf impuls dalam otak. 

VITAMIN C
Vitamin C ini penting untuk mengurangkan parut kayap dan vitamin C juga tinggi antioksida juga menguatkan antibodi badan pesakit kayap.


TESTIMONI PENYAKIT KAYAP
Alhamdulillah En K baru mengambil set kayap ini seminggu lebih. Dan feedback positif darinya seperti di bawah
UBAT KAYAP SEMBUH, cara merawat kayap 

Saya nasihatkan untuk terus konsisten set kayap ini dan banyakkan minum air. 

Ini ada beberapa testimoni kayap yang lain.
KAYAP SAKIT SARAF, testimoni kayap shaklee, ubat kayap shaklee 

testimoni kayap sembuh, ubat kayap, penawar kayap 

DOA MERAWAT KAYAP
 TIPS KAYAP, DOA KAYAP



Jika anda atau ahli keluarga juga mengalami penyakit kayap ini dan sedang mencari penawar kayap. Ikhtiarlah dengan set kayap ini. 


ubat kayap berkesan, ubat kayap, testimoni kayap shaklee


Anda boleh klik Beli Sekarang untuk pembelian set lengkap ini .
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0deaeb75cda8dcb1f9ab1be8fb826e8e
ATAU
 


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : Tinie Badri (Shaklee ID 927505)
012-2812952.  (whatsapp /sms)
hartini.badri@gmail.com (e-mail)
COD Shaklee: Petronas Tg Malim
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!

 

Monday, May 1, 2017

TULANG PATAH AKIBAT KEMALANGAN CEPAT SEMBUH, DOKTOR PUN BERKALI-KALI TENGOK XRAY

Kita selalu dengar kesan accident hingga tulang patah. Dan sedihnya bila tulang patah lambat untuk sembuh. Saya tertarik nak cerita kisah accident adik kawan saya ni yang accident hingga patah tulang belakang. Cepat juga sembuh tulang patahnya,  hinggakan Doktor pun terkejut bila tengok result xray nya. 
patah tulang accident boleh sembuh 
Bagaimana ye usahanya untuk tulang patah cepat sembuh bercantum semula dalam masa sebulan? Jom ikuti kisah ini. 



Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun. Saya ingin kongsikan #ShakleeEffect saya kepada semua. Sebenarnya saya sebelum ni anti-supllemen tau! Tu lah orang cakap, bila tak sakit memang kita tak cari supplemen-supplemen ni..Bila dah kena sendiri baru rasa kepentingannya. 

Jom ikuti kisah saya..
.
.
Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya. 
.
.
Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..
.
.
Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni. 
.
.
Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah...Menakjubkan!! 
patah tulang cepat sembuh 
.
.
Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..
.
.
Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.
.
.
Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.  
.
.
Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya. 
.
.
Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.
.
.
Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.

TESTIMONI 46 : MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD


Syukur alhamdulillah. Saya sendiri tumpang gembira dengan cerita adik sahabat saya. 

Jika anda nak ikhtiar seperti beliau, boleh dapatkan SET SEMBUH TULANG PATAH di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f452fb191386e040c8dbb8e6e90da113

Atau HUBUNGI SAYA Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River 
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...