Tuesday, April 11, 2017

Rancang Tabungan Bercuti

Seronok kan tengok orang dapat bercuti sana sini. Apa tips untuk tabung bercuti supaya anda pun dapat  bercuti gembira bersama orang tersayang. Tak salahkan nak bercuti asalkan tidak beri impak kepada orang lain. Dalam erti kata lain, tidak menyusahkan ibu dan ayah atau adik beradik lain. Tak guna juga jika dapat menjejakkan kaki berjalan ke sana sini tapi pulang penuh dengan hutang keliling pinggang kan. Tips di bawah ini boleh membantu anda
 

TETAPKAN LOKASI
Pilih lokasi percutiab anda dan cari segala infirmasimengenainya terutamanya harga tiket penerbangan untuk menjejakkan kaki ke sana. Cari tiket yang paling murah dan berbaloi untuk anda. Beli tiket terlebih dahulu pada jarak yang lama supaya anda punya waktu untuk menyimpan wang. 

BELI TIKET PENERBANGAN MASA PROMOSI
Survey dan beli tiket bila ada promosi. Harga ternyata berbeza berbanding harga biasa. 


MULAKAN SIMPAN WANG
Mulakan menyimpan wang. Kaedah sehari RM10 misalnya adalah jalan paling sesuai jika anda tak mampu menolak sejumlah wang yang besar setiap kali dapat gaji. Atau bolehjuga menyimpan kaedah wang hijau, wang merah, oren. Maknanya bila dapat di tangan wang warna tertentu anda sebelahkan dan masuk tabung.

RANCANG BISNES KECIL KECILAN
Tidaj mustahil untuk anda jejakkan kaki ke luar negara asalkan ansa kuat berusaha untuk dapatkan wang bagi tujuan tersebut. Jalankan bisnes kecil kecilan untuk anda realisasikan tabung percutian anda. Macam saya pun suka bercuti dan target nak dapat bonus Shaklee yang banyak untuk capai setiap impian saya.

SISTEM SERAHAN
Ramai menggelar dengan sistem kutu. Ye main kutu untuk tabung percutian. Tak salah kan, ia jalan selamat malah simpanan yang telus dan boleh dipercayai. Asalkan kita kenal dengan semua rakan di dalamnya. KUTU PERCUTIAN namanya 😊

Jom rancang percutian!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...