Sunday, April 16, 2017

PENJUAL SUPLEMEN JANGAN BERTINDAK SEBAGAI DOKTOR

Semalam saya berkesempatan menghadiri kelas diabetes yang dianjurkan oleh Superupline group kami,Master Norita pengasas group Euphoria. Banyak sekali ilmu yang kami dapat berkaitan dengan ilmu penyakit diabetes. Talk kali ni diberikan oleh Datuk Dr Azizon Bin Othman. Pakar Perunding Kanan Patologi (Haematologi) Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

  

Jangan salah faham,kami bukan nak menggantikan tugas doktor. Malah Datuk Doktor ini sendiri sering kali mengingatkan kami supaya tidak bertindak sebagai doktor, kami difahamkan tentang apakah itu latar belakang tentang penyakit dan pesakit diabetes, jenis diabetes, apakah faktor risiko, implikasi, rawatan yang sesuai, pemakanan, bagaimana dengan menukar gaya hidup dapat membantu dan bagaimana vitamin dapat membantu. 
 
Kami juga diingatkan supaya sekiranya ada customer yang mengalami sakit ini sila minta mereka rujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan jangan sesekali tinggalkan ubat-ubatan sendiri tanpa arahan doktor. Alhamdulillah so far memang ini yang kami amalkan. Jadi hati ini tidak sesekali terasa dengan peringatan dari doktor ini. Ye. Tidak sesekali kami menggantikan peranan doktor. Cuma tujuan kami sama ingin bantu pesakit untuk jadi lebih sihat. 


Kepada penjual suplemen di sana ini peranan kita

 

 


Ye saya sangat bersyukur dapat hadiri kelas ini, kerana dapat lebih memahami tentang pesakit diabetes maka insyaAllah dapat membantu customer saya dengan consultation yang lebih baik. 

Dan saya gembira bila doktor sendiri berkongsi tentang World Jurnal Of Diabetes yang menunjukkan bagaimana kajian dibuat menunjukkan peranan suplemen dalam membantu pesakit diabetes. Walaupun kata Datuk Doktor Azizon ini tidak dinafikan ada juga segelintir doktor yang menafikan peranan suplemen tapi kajian ini membuktikan. 


 

Tak sabar rasanya saya nak berkongsi dengan pembaca blog sekalian. Mesti nak tau kan apakah vitamin yang sesuai dan bagaimana peranan setiap vitamin ini dapat membantu pesakit diabetes. 

Saya akan kongsikan di entry seterusnya details info mengenai diabetes.
Jika anda atau keluarga pesakit diabetes anda perlu sedia untuk BELAJAR MENGENAI DIABETES. Jangan lupa faktor keturunan adalah salah satu faktor risiko kepada penyakit diabetes. Berhati-hatilah. 

Jumpa di entry seterusnya.

Tinie Badri

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.