Gambar sesi mengepam untuk stok susu Kak Long.
Selepas tu saya rasa susu tak banyak, tak simpan stok, jadi akhirnya saya campur dengan susu formula. Setahun tiga bulan dah stop menyusu.
Berbeza dengan si Adik, saya dah prepare dari awal. Saya gali sebanyak mungkin ilmu penyusuan melalui forum, google baca blog, juga banyakkan membaca majalah dan buku berkaitan. Alhamdulillah misi menyusukan selama 2 tahun berjaya. Tapi masa setahun lima bulan tu saya kadang-kadang tak cukup stok topup dengan susu formula jugak. Masa anak kedua ni saya ada jugak ambik suplemen Shaklee tapi trial pack je itupun culas makan hihi. Tak join ahli lagi masa ni dan tak tahu sangat pun keperluan ambil suplemen semasa menyusu.
Itu pengalaman saya, bila saya tengok pengalaman sahabat Shaklee yang lain termasuk customer saya sendiri. Terujanya rasa. Tak sabar nak ada baby lagi dan menyusu sepenuhnya sehingga 2 tahun.
Set menyusu terbaik ni, bukan je susu melimpah ruah tetapi bonus kulit ibu pun jadi bertambah cantik. Beza sangat kan zaman anak dara dan selepas beranak tiga.
No comments:
Post a Comment