Tuesday, August 2, 2016

SUPERMOM GRANDLEADERSHIP WORKSYOP BANTU LAHIRKAN LEADER MANTAP

Assalamualaikum. Apa kabar hujung minggu korang semalam. Mesti best sebab masih dalam mood raya kan. Saya spend hujung minggu saya dengan pergi ke program Supermom Grandleadership Worksyop. Best sangat! Program yang objektifnya menggilap bakat kepimpinan ini dianjurkan oleh group super upline saya iaitu group Supermom.

Kali ni saya memandu bersama dengan anak-anak dari Tanjung Malim ke Port Dickson dengan ditemani anak saudara suami saya. Suami tak dapat menemani saya seperti selalu kerana beliau perlu menghadiri mesyuarat di Kedah. Kena la berpisah kejap sorang ke utara, sorang ke selatan hihi. Memang mencabar drive jauh dengan anak-anak yang kejap main kejap bergaduh di belakang. Bertabahlah mengharungi sesat hihi. 

Pengalaman saya dalam program dua hari ni sangat best. Oh ye kalau nak tahu peserta program ini adalah peserta terpilih sahaja. Walaupun kami ajk program, tetapi kami juga perlu memohon dan melalui saringan sama seperti orang lain. Saya nak sangat join program ni sebab saya tau ianya dapat membantu memperbaiki kelemahan saya dari segi kepimpinan. Yer la saya nak mantapkan organisasi saya, mestilah saya kena mantapkan diri dulu kan.

Tajuk-tajuk menarik oleh speaker-speaker yang best sangat. Ilmu kira-kira bonus 5angka oleh Tn Faiz aka Joe Labu. Diikuti oleh Pn Chrysalis Nurul Groom and Grow. Oke masa ni saya baru tau saya tak pandai buat kapal terbang 😂😂 tak boleh terbang pun menjunam terus. Nampak tak senget-senget mulut nak aim bagi terbang

Tapi bila ada mentor dalam kumpulan kami yang modelnya boleh terbang, kami folow duplicate mentor. Yesss berjaya. Banyak pengajaran di situ.
Ready. Go

Beria tepuk sebab berjaya terbang jauh😂



Malamnya sesi bersama Dedi Mkb dan Mami Hadha pengasas Supermom. Banyak ilmu baru dan lama yg di refresh balik. Aipp saya tak boleh la nak cerita semua kan sebab ni kelas special
Untuk group kami. Hihi..Serius malam tu rasa full loaded otak dengan banyak info baru. Teruja dengar cara nak dapat bonus 5angka. Bagaimana naknjadi leader yang hebat. Jangan pelik ye rmai anak-anak dalam kelas kami. Ianya tak rasa mengganggu pun kerana mereka sumber inspirasi penguat semangat kami


Saya tak boleh nak tidur ditambah lagi dengan semangat pelbagai inisiatif dan tindakan saya dah fikirkan untuk membantu anak cucu dalam organisasi kami. 
Sesi hari kedua pagi nya kami ke Pantai. Cantik sangat pantai Teluk Kemang ni. Kata Master Kamarul, program kat PD tak bermakna la kalau tak pergi pantai. Kami beriadah dan sarapan di pantai. 



Yang saya nampak yang paling excited adalah anak-anak. Gembira sangat mereka join aktiviti bersama, mandi laut bersama. Masa ni kami buat riadah dan beberapa permainan.  saya jadi emcee, nak juga asah bakat sesekali kan. InsyaAllah boleh diperbaiki pada masa akan datang.



Semua pun enjoy!

Walaupun riadah tetap juga diselitkan mesej untuk permainan itu.
Contohnya masa game ni. 



Game ni cara mainannya orang pertama mengambil kertas yang mengandungi peribahasa. Disampaikan kepada orang kedua dalam bentuk bahasa isyarat. Diikuti orang kedua menyampaikan kepada orang ketiga dalam bahasa isyarat. Begitu juga sehingga ke orang kelima yang akan memberitahu mesej yang beliau fahami. 

Pengajaran yang dapat, sebagai leader maklumat perlu disampaikan dengan betul. Begitu juga leader lain di bawah kita perlu pastikan orang seterusnya dapat maklumat yang sama. Penyampaian yang salah akan memberi kesan. Sebab tu penting untuk menjadi leader yang betul dan penting memilih mentor kita yang boleh memimpin kita

Bapak-bapak tak bosan ada sesi ngeteh bersama-sama.

Sesi di pantai yang sangat best!

Sesi kami di kelas bersambung kembali, kali ini sharing dari Superdad Tn Fahmy yang membincangkan peranan pasangan dalam bisnes kita. 

Satu yang terngiang-ngiang di kepala saya. "suami bukan penolong dalam bisnes kita ni. Bukan tolong cod, tolong pos barang, tolong jaga anak, tolong beli stok tapi suami BUSINESS PARTNER KITA" . Suami kena bekerjasama dengan isteri berganding bahu untuk merealisasikan impian bersama-sama. Saya sangat setuju "BERDUA LEBIH BAIK". Dan katanya bila buat bisnes ni bersama-sama sebenarnya merapatkan lagi hubungan suami isteri. Wahh best. Korang suka tak bisnes yang macam ni. Saya suka!!


Kemudian sesi diteruskan dengan Teknik Sentuh Hati oleh Pn Adilah Manaf. Banyak sangat ilmu yang dikongsikan beserta tips. Yang masih lagi berlegar di kepala saya word ni "Help Others to Help Others to Help Others to Help Others......" Nak tidur malam tadi pun dok berlegar di kepala sampai hari ni masih lagi hihi. 

Tahniah Ajk dan penganjur program

Serius program ni antara yang best yang saya sertai. Saya dapat apa yang saya cari. Saya tahu saya akan menyesal kalau tak dapat mengikuti program ni. Alhamdulillah ianya pengalaman yang sangat mengujakan.

Group kami memang selalu ada program untuk memantapkan diri dari masa ke semasa. Best kan. 

Tu antara sebab saya sangat bersyukur berada di kalangan mereka ini. Alhamdulillah. 











4 comments:

  1. Wow..banyak pengisian worksyop ni. Seronoknya. Bertuah dapat turut sertakan.

    ReplyDelete
  2. seronoknya tinie...bila la akak dpt join program mcmni..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya sgt mami..eqin baca pun teruja..

    ReplyDelete
  4. Memang best. InsyaAllah lepas kalau ada lagi program macam ni kena join ok. Yang best anak-anak semua boleh diangkut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...