Saturday, July 11, 2015

NOSTALGIA RAYA: KUIH RAYA OH KUIH RAYA


Dah jadi kewajipan di hari raya mesti ada kuih raya kan. Walaupun sekarang dah agak kurang dengan banyaknya kerepek dan pelbagai pilihan biskut moden, kuih raya tradisi tetap ada pengikut yang tersendiri. Dan saya pasti setiap anda mesti ada kenangan nostalgia yang diingati bila sebut tentang kuih raya. Dan ini nostalgia saya..


KUIH PALING SUKA BUAT



Di hari minggu macam ni saya teringat tentang kuih raya bukan apa. Zaman anak dara dulu waktu cuti Sabtu Ahad ni la pulun nak buat kuih raya. Sampai lenguh-lenguh la pinggang membuatnya. Tak tahu la kenapa rasa tak lengkap je kalau tak buat. Paling-paling pun saya mesti buat biskut kacang Mazola dan samprit. Resepi yang mudah tapi suka buat sebab memang di kalangan ahli keluarga ramai sukakannya. Kalau biskut Mazola tu Arwah Atok saya pun suka. Tapi Tok panggil BISKUT KACANG TENGGEK, hihi sebab dulu-dulu mesti ada kacang tanah separuh ditenggek atas biskut dan disapu telur kuning. Haha tapi tu dulu la, sekarang jarang dah jumpa orang buat jual yang macam tu. Dan biasanya kalau raya Tok akan tanya ada ke kuih nya tu. Kebiasaannya keluarga saya atau pun keluarga makcik saya Ateh yang rajin buat kuih tu. Tu kalau saya buat, saya akan buat adunan yang banyak, untuk rumah mak dan rumah Tok. Tapi tahun ni Atok dah takde. :(

KUIH PALING SUKA MAKAN

Bab ni saya suka sangat Kuih Bakar Kacang Hijau. Yang ni memang legend. Jarang sangat jumpa orang jual kuih ni. Dulu-dulu arwah Opah saya ada buat kuih ni. Pastu makcik saya pun ada buat, tapi beberapa tahun ni makcik dah tak larat. Dengarnya kuih ni susah sikit nak membuatnya sebab bakar guna kayu jadi tak ramai yang membuatnya. Entah lah sebab saya tak pernah cuba. Saya ingat lagi, anak sulung saya dilahirkan 2hari sebelum Syawal secara czer yang telah dijadualkan. Jadinya masa berbuka puasa sehari sebelum dibedah tu, saya mintak suami bawakkan kuih ni kat hospital dan saya pulun makan dari waktu berbuka sehinggalah hampir pukul 10 malam. Haha. Macam kan lepas tu takkan dapat makan dah. memang best la lemak-lemak gitu. Sekarang ni mak mertua selalu tempah dekat sorang akak dekat dengan rumahnya. Dan saya mesti akan sebelahkan ke satu bekas kecik dan letak di meja kerja saya nanti. Makan sikit-sikit sampai dah nak habis Syawal. Haha.. suka benor kata orang Perak.

KUIH PALING MALAS BUAT tapi Sedap

Kuih Siput dan Peyek(Rempeyek). Uwaaa tahap menangis wooo kalau mak saya siapkan adunan ni lepas bersahur dulu. Well, keluarga kami kan besar. Jadi mak ni dah terbiasa buat adunan memang banyak. Jadi kalau buat adunan peyek tu jenuh la mengadap dapur menggorengnya. Ate, kalau bab mengadap depan tv senang je nak mengabihkannya kan.


Lepas tu kuih siput pulak naik sakit jari-jari ni menggentel adunan ke acuan kat depan tv. Lepas satu-satu cerita tak habis habis. Jenuh bersimpuh, melunjur. Kadang rasa nak baring. Tapi kalau dapat baring lepas tu memang lena. Sakit badan woo membuatnya. Haha...yang ni pun bab nak makannya cukup mudah, segenggam segenggam habis.

Tahun ni saya tak buat satu pun lagi kuih raya. Ada tempah sikit-sikit dengan kawan-kawan. Nasib baik biskut mazola yang saya tempah ni sedap. Sama sedap macam saya buat zaman rajin dulu, haha. Terima kasih kepada Anis Homemade Bakery. Memang terbaik. Arwah abah selalu je cakap kat saya dan adik dulu, "Hangpa ni penat-penat je buat kuih, bukan makan sangat pun, lain kali beli je la"
Tahun ni saya decide taknak buat kuih sebab nak tumpu ibadah dan bisnes Shaklee ni. Memang kalau badan penat buat kuih siang atau awal malam, malam nanti saya tak larat dah. Saya kagum pada mereka yang dapat pulun semua. Tahniahhhh!! Tahniah kerana anda menceriakan raya semua orang dan mengembalikan nostalgia di hari raya.

1 comment:

  1. sama2 kasih Tinie..hehehe..mujur rasa sama macam Tinie buat..alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...