Hari ni saya akan kongsikan bagaimana membayar zakat pendapatan menggunakan Maybank2u.
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.
Sebelum proceed untuk pembayaran, anda perlu taksir atau kirakan dulu berapakan bayaran bulanan atau tahunan yang perlu dibayar. Jadi anda boleh masuk laman web zakat. Anda boleh gunakan kalkulator zakat di
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP
atau
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)
Saya menggunakan kalkulator MAIPk dan paparan adalah seperti di bawah:
Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
Di bahagian nisab anda boleh rujuk Nisab Semasa di mainpage laman web. Rujuk gambar di bawah.
Setelah memasukkan semua maklumat yang diperlukan, maka jumlah yang perlu dibayar akan dipaparkan.
Untuk teruskan pembayaran menggunakan maybank2u.com, sila login ke laman web tersebut. Seperti biasa masukkan username dan password.
Pilih Account & Banking.
Pilih Make A One Off Payment
Pilih Zakat & Charity
Pilih Majlis Agama Islam atau Jabatan yang berkenaan
Isikan maklumat yang berkenaan.
Di bahagian Type Of Zakat anda boleh memilih samaada zakat Pendapatan, Zakat Kwsp atau lain-lain.
Setelah anda selesai mengisi semua bahagian, klik Continue, seperti biasa ia akan meminta TAC nombor. Setelah masukkan Tac no, proses pembayaran selesai. Alhamdulillah. Nak setkan sebagai favourite pun boleh, jadi senang pada masa akan datang kan.
Zakat
bermakna berkah. Makna ini menyampaikan bahwa orang yang mengeluarkan hartanya
untuk berzakat di jalan Allah Swt., maka hartanya akan selalu dilimpahkan
keberkahan oleh Allah Swt. Keberkahan harta akan memberikan dampak positif
kepada seseorang sehingga memperoleh keberkahan di dalam kehidupannya. Orang
yang hidupnya berkah, maka ia akan dimudahkan oleh Swt. untuk bisa istiqamah
dalam menjalankan kebaikan-kebaikan sesuai syariat Allah Swt. Tidak hanya itu,
ia bahkan bisa menambah amal-amal kebaikan dalam kehidupan hariannya. Mengapa zakat
memberikan keberkatan dalam hidup seseorang ? Ini kerana orang yang
berzakat pada hakikatnya telah membersihkan harta dari kotoran sehingga harta
yang dipergunakan dalam kehidupan kesehariannya adalah harta yang suci dan
bersih.
Zakat bermakna tumbuh dan berkembang. Makna ini menegaskan bahwa orang yang menunaikan zakat, maka dengan izin Allah Swt. hartanya akan sentiasa tumbuh dan berkembang. Hal ini disebabkan oleh kebersihan harta yang digunakan dalam kehidupan hariannya. Allah Swt. tidak akan pernah memberikan permasalahan terhadap harta dan usaha (misalnya muflis, hancur, rugi dalam berusaha) terhadap orang-orang yang menunaikan zakat dengan ikhlas karena Allah Swt. semata.
Semoga dengan mensucikan pendapatan kita dengan menunaikan zakat dapat menenangkan hati kita dan mempermudahkan urusan kita. Zakat tanda kita bersyukur atas nikmatnya. Dan Allah dah janji bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmatnya. InsyaAllah. Sekian, perkongsian saya untuk hari ini, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment