Saya faham perasaan itu sebab ini tahun pertama saya haid di bulan Ramadhan sejak 7tahun kebelakangan ini. Sebelum ini alhamdulillah dapat berpuasa penuh kecuali atas sebab tidak boleh berpuasa untuk menjalani ujian darah iaitu bila perlu minum air gula. Sejak kahwin saya memang tidak datang haid samada kerana mengandung atau sebab menyusui anak. Alhamdulillah rezeki.
Tahun ni saya bersiap sedia dengan menimba ilmu berkenaan amalan yang boleh dibuat di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini. Dan saya kongsikan semoga ada kebaikannya pada yang membaca.
1. REDHA DENGAN APA YANG TELAH DITAKDIRKAN ALLAH
Ye berlapang dada dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. Sudah tertulis kita haid di dalam 10 Ramadhan terakhir. Andai malam Lailatul Qadar jatuh pada hari kita haid maka redha lah. Ia tanda keimanan kita padaNya. InsyaAllah besar pahalanya bila kita redha.
2. BANGUN MALAM DI SEPERTIGA MALAM
Walaupun kita tak boleh solat sunat seperti semua orang yang bangun bertahajud, tetapi kita tetap boleh bangun di tengah malam untuk melakukan amalan lain. Saya teringat dengan satu sharing di facebook tentang amalan seseorang yang kawannya ceritakan. Cerita kawannya, wanita ini setiap malam bangun di tengah malam, walaupun dalam keadaan haid. beliau akan bentangkan kain batiknya mengadap kiblat kemudia beliau akan berzikir dan berdoa.
Antara amalan yang boleh kita lakukan ketika bangun di tengah malam ini adalah
- Beristighfar memohon keampunan Allah
- Berzikir Lailahaillallah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
- Mendengar ayat Al-Quran
- Mentadabbur ayat Al-Quran iaitu melihat tafsir dan menghayati maknanya
- Muhasabah diri
- Berdoa dengan bersungguh-sungguh
- Mengejutkan ahli keluarga atau kawan-kawan untuk bertahajud bersama
- Menyediakan makanan sahur untuk mereka yang berpuasa
- memberi nasihat amar makruf nahi mungkar
- menghadiri majlis ilmu, menulis blog atau post facebook yang menyeru ke arah kebaikan,
- bersedekah
- membantu mereka yang memerlukan
- menyebarkan salam
- menyediakan juadah berbuka puasa
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut. Wallahualam
No comments:
Post a Comment