Saturday, March 14, 2015

^Resepi Lamb Chop Blackpepper Sauce^










Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat ✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ ✉ Email: hartini.badri@gmail.com ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Suamiku sangat la suka makan kambing. Aku pulak suka sangat dengan sos lada hitam aka blackpepper sauce. Jadinya, aku pon buat la Lamb Chop with blackpepper sauce. Semuanya homemade. Ikutkan ada je kat pasaran sos lada hitam tu, dalam botol atau dalam bungkusan plastik. Tapi aku saja nak buat sendiri. Sesekali buat sendiri lagi puas kan. So di bawah ni resepinya.

Bahan Perap Daging2biji bwg putih*
2biji bwg merah kecil*
1 inch halia*
1 sudu lada hitam*
1sudu olive oil atau minyak jagung
stgh sudu garam
* Semua bahan ditumbuk
4 keping daging kambing dan diperap dengan bahan yang ditumbuk tadi.

Cara buat sos lada hitam
3 sudu butter
3biji bwg putih dicincang
2 biji bwg besar dipotong dadu
3 sudu lada hitam ditumbuk halus atau blend kering
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
2 cawan air
3 sudu tepung jagung
stok ayam atau kiub ayam
garam
gula atau gula merah


Mulakan dengan Bismillah. Panaskan kuali, cairkan butter dan masukkan bwg putih kemudian bwg merah dan lada hitam. Masukkan air atau stok ayam. Diikuti sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos cili, bancuh tepung jagung dengan air sedikit dan masukkan kiub ayam, garam dan gula merah secukup rasa.

Bakar Daging Kambing
Daging yang telah siap diperap sekurang-kurangnya 2jam atau 1malam, daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib. Sangat mudah. Boleh letak butter sikit. Dan letakkan daging. Lebih kurang 15minit ke 30 minit diterbalikkan dah siap.

Hiasan::


Coleslaw

Setengah biji kobis ungu
setengah biji carrot
perahan lemon/limau
mayonis

Kentang goreng
-digoreng dan ditabur garam sikit

Hirisan tomato dan Salad

Mudah je kan. Sedikit tips. Guna lada hitam betul dengan serbuk lada hitam, kesedapannya berbeza-beza. Aku suka pedas sikit, so kalau tak cukup pedas nanti aku tambah lagi lada hitam tu. Alhamdulillah masa hidang kat family semua puas hati. Kepuasan orang yang masak bila tengok orang gembira makan masakan kita kan kan..Hihi.. Tadaaa..ni hasilnya..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.