Friday, January 23, 2015

^BONUS TABUNG HAJI 2014 DAN INFO TABUNG HAJI

Alhamdulillah BONUS TABUNG HAJI 2014 telah diumumkan. Di entry istimewa ini saya kongsikan tentang beberapa info yang mungkin dapat memberi manfaat untuk anda hendaknya. Tentang Potongan Gaji untuk Tabung Haji, Tentang simpanan Tabung Haji secara online dan Tentang Daftar Haji dengan KWSP dan lain-lain.
TAHUKAH ANDA


  • Bonus tahunan pendeposit Tabung Haji 2014 telah di umumkan iaitu 6.25%. Tambahan 2% lagi kepada pendeposit yang BELUM MENUNAIKAN HAJI. Bagusnya kan, cepat penuh tabung, cepat dapat tunaikan haji.InsyaAllah.

  • Pendeposit Tabung Haji tidak perlu mengeluarkan zakat lagi ke atas wang simpanan kerana bagi akaun di tabung haji, ia telah pun diselesaikan zakatnya oleh pihak tabung haji.

  • Untuk transaksi mendeposit duit ke Tabung Haji kini boleh dilakukan secara online dengan Maybank2u. Tetapi sila daftarkan no akaun tabung haji di mesin atm maybank terlebih dahulu.
    Caranya:
     
    1) Masukkan Maybank ATM card
     2) Pilih "Tabung Haji"
    3) Pilih " Daftar Tabung Haji "
    4) Masukkan no akaun Tabung Haji
    5) Pilih "Ya" untuk skrin seterusnya
    6) Masukkan no siri  buku Tabung Haji
    7) Pilih  "Ya" untuk pengesahan
    Sistem akan proses dan satu slip akan dikeluarkan. Selesai.




    Selepas ni dah boleh transfer duit online atau melalui ATM tanpa perlu menunggu dan beratur di TH lagi. Realtime tau, transfer masa tu bila kemaskini buku TH terus nampak dah dimasukkan.

  • Anda boleh juga buat pemotongan gaji untuk akaun anda dan akaun ahli keluarga termasuk isteri,anak-anak dan ibubapa. Hanya perlu mengambil borang di Tabung Haji yang berdekatan. Lengkapkan borang,serahkan kepada TH dan beri salinan kepada majikan anda. Potongan minimum serendah RM10.

  • DAFTAR HAJI.Bagi yang belum mendaftar Haji dan anda ada mempunyai simpanan di KWSP, Anda boleh mendaftar dengan hanya pergi ke kaunter KWSP berdekatan. Tidak perlu keluarkan duit cash RM1300. Pergi ke kaunter KWSP Mohon untuk daftar haji. Kwsp akan keluarkan surat dan terus bawa ke kaunter Tabung Haji berdekatan. Serahkan buku TH dan surat berkenaan. Anda akan mendapat tahu tahun bilakah giliran haji anda.

  • DAFTAR HAJI.Bagi yang tiada kwsp,asalkan cukup dalam akaun RM1300 dah boleh untuk daftar haji. Bagi yang telah mendaftar haji,minimum dalam buku perlu ada jumlah ini dan tidak boleh dikeluarkan.

  • Daftarlah haji dengan cara mana sekalipun kerana Tahukah anda masa menunggu untuk menunaikan ibadah Haji kini semakin panjang? Menurut Tabung Haji (TH) tempoh giliran menunggu untuk menunaikan haji bagi setiap pendaftaran yang setakat ini (2014)ditetapkan kepada 60 tahun. Kiralah sendiri 

Diriwayatkan dari satu hadith Rasulullah SAW : "Barang siapa telah berazam haji, maka segerakanlah. Maka sesungguhnya kadang-kadang seseorang itu ditimpa sakit, tersesat kenderaannya dan kadang-kadang ada hajat yang lain.' (At-Tabarani)

Jangan lengahkan lagi, buka akaun Tabung Haji bagi yang belum, konsisten menabung dalam TH dan DAFTARLAH HAJI SEKARANG. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk ke Baitullah menunaikan Rukun Islam Kelima.

Bakal Tetamu Allah(Amin Ya Allah),
Tinie Badri
(Pengedar Shaklee 012-2812952)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...