Friday, October 3, 2014

^ Dulu benci, sekarang cinta ^

Salam Jumaat.Special hari ni nak cerita tentang kisah dulu benci sekarang sayang? Benci Shaklee ke macam group Asal bukan Shaklee tu. Hah sabar.

Nak tahu tak sikit kisah cinta Tinie dan suami. Ahakz malu. Oke kami ni sebenarnya satu office masa di sebuah syarikat IT iaitu Virtual Softnet Solutions. Abang Rosdi ni Manager bahagian Teknikal. Saya pula Eksekutif di bahagian Pemasaran. Tinie close mestilah dengan bos bahagian pemasaran kan, sorang kakak ni. So bos- bos depatment selalu la tak sekepala dulu. Hihi.. biasa la masing-masing nak jaga nama baik department. So tinie pun biasa la nampak Bos department lain tu ada je tak kena nya. Siap cakap kat bos marketing tu. " Eii benci betul dengan abang Uddi tu. Dia je betul" hahaha . Kak tu pulak balas " kamu buat le, benci-benci nanti sayang" . Tau tak ku jawab ape." Ish sori la Kak Ti, takmo la dia tu.kuat hangin" haha



Tapi kami tak lah selalu gaduh. Kadang-ladang je tak tahan dengan angin puting beliung dia  hihi. Abang Uddi ni dalam garang suka tolong orang. Kalau ku kena stayback buat tender, dia pun tolong jugak. Kadang lepas habis buat kerja dia belanja la char kuey tiaw kegemaranku dulu, belakang stadium Manjung. Kadang baik. Kadang gaduh. Dua-dua kepala angin. Macam tu lah. Dulu balik keja cerita la dengan mak gitu gini Abg Uddi tu. Geram betul. Mak balas "Kamu ni asyik cerita Abg Uddi je, kang kawin dengan dia." " Eh takmolah, kak ngah rasa nak padan je dengan anak Mak Cik tu, baru padan lebih kurang sebaya" Amboi kau siap nak kenen kenen kan orang.

Masa berjalan, Abang Uddi dapat offer yang lebih baik,  kami pun bawa haluan masing-masing. Sehinggalah satu hari tu, hari raya, ada rakan ofis datang rumahku. Lepas tu kakak tu ajak aku pergi beraya rumah Abang Uddi ni, ikutlah. Tetiba akak tu kata tak dapat nak hantar balik, dia suruh Abang Uddi tu hantarkan. Hmmm bermula situ la kami bersembang dan bermula cewah. Akhirnya beberapa bulan lepas tu bersatu sebagai suami isteri. Dan kini bahagia bersama dengan dua puteri kami Nur Syaza Ardini dan Nur Aira Raudhah. Ternyata Dedi is the best father and husband in da world.






Hahhh macam tu la kisahnya dia yang dulu ku benci kini insan yang paling ku cinta. Sebab tu orang tua dah pesan jangan benci sangat. Sama la kalau ada korang yang benci dengan suplimen, benci dengan Shaklee. Sebab tak tahu satu hari kita dah kenal hati budi. Kita baru tau dia taklah seburuk yang kita sangka dan Akhirnya kita dah jatuh cinta kan.

Maka besederhalah dalam semua perkara. Oke habis. Semoga hari Jumaat ini mendatangkan bahagia buat semua. Doakan kami sekeluarga sihat,dikurniakan zuriat soleh dan solehah bahagia dunia dan akhirat ye.  Assalamualaikum.



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ ✉ Email: hartini.badri@gmail.com ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

8 comments:

  1. Tahniah kome berduwe... mogey kekey bahgiye... molek doh tu.. sorang expert jual, sorang lagi expert support

    ReplyDelete
  2. Wah..benci2 kini Syg..smga bhgia Kak...

    ReplyDelete
  3. Haha... benci jd syg.. smoga kekal bahagia!!

    ReplyDelete
  4. weee. hensem seh che abe muda2. selllim lagi tuuu! kekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Singgah. Ye hihi..sekarang pun masih ensem haha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...