Bengkak susu ni terjadi pada ibu-ibu yang menyusui bayi. Dan biasanya ini terjadi pada minggu awal kelahiran bayi. Pada waktu ini susu ibu biasanya semakin banyak. Apa yang kita rasa masa bengkak susu ni payudara membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Kalau bengkak tu serius boleh membawa sehingga demam,
SAKIT KE? Pada Tinie yang pernah mengalaminya, sangat sakit. Sangat tidak selesa. Dalam keadaan berpantang secara pembedahan, luka masih belum sembuh, kena pulak bengkak susu. Bayi pula merengek ingin menyusu. Tinie pernah kena masa tu tengah malam, tiba-tiba badan naik seram sejuk. Sejuk yang teramat sangat, jenuh berselimut bagai. Tinie menangis kesakitan memanggil suami yang sedang tidur. Kecoh satu rumah pada masa tu. Payudara terasa berdenyut-denyut sangat. Nur Aira Raudhah yang berusia 5hari ketika itu pula menangis kelaparan. Patutlah lama Aira dok bergayut dengan mami. Rupanya susu blocked tak keluar.
Apa yang Tinie buat bila BENGKAK SUSU. Disebabkan saya mengalami demam kesejukan.
1. Adik Tinie urut kaki dengan minyak panas
2. Mak beri air panas untuk minum
3. Sebab ketika itu sangat sakit, kakak ipar berikan paracetemol untuk tahan sakit.
4. Kakak ipar berikan Kobis untuk dilekap di payudara
Alhamdulillah agak lega. Tetapi bengkak itu masih belum surut. Masih ada susu tersumbat tak boleh keluar. Jadi apa Tinie buat
1. Ambil towel rendam air panas, tuam di sekeliling payudara.
2. Mandi dengan air panas.
3. Urut dengan sikat di sekeliling payudara
4. Mengepam susu sambil mengurut-ngurut bahagian blok dan bahagian bawah ketiak
Nasihat Tinie, jangan jadikan pengalaman bengkak susu ini sesuatu yang menakutkan untuk kita terus menyusui bayi kita. Teruskan menyusu. Pastikan bayi menyusu di kedua-dua payudara. Pam untuk mengosongkan payudara. InsyaAllah ianya tidak akan berulang. Berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Lecithin ada 180biji sebotol. Hanya RM52.50
SILA BELI DI SINI
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
No comments:
Post a Comment