Jadi kita kongsikan beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.
1# TAHU BILA PERLU DAFTAR BUKU PINK
Kebiasaannya ibu mengetahui tentang kehamilan dengan buat ujian kehamilan sendiri dengan membeli test kit di farmasi. Mesti excited dan rasa nak terus pergi klinik kan. Tapi sebaiknya pastikan upt test kit anda jelas dan bukan kabur kabur dua line. Dan kebiasaannya untuk buat buku pink adalah pada minggu ke 10 atau ke 12 kehamilan. Jangan lebih 12 minggu ya. Terutama jika ibu di kalangan orang berisiko tinggi contohnya pernah mengalami keguguran sebaiknya pergi awal ke klinik kesihatan berhampiran.
Untuk pastikan boleh saja anda terus hubungi Klinik Kesihatan Terdekat. Tidak kiralah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran. Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapatkan kepastian.
Jika ke klinik swasta kebiasaannya doktor akan buat scan ultrasound untuk lihat samada betul kehadiran janin pada tempatnya dan ada heart beat menandakan kandungan itu jadi.
Jika ke klinik kesihatan pada awal trismester ni, tidak ada scan yang akn dibuat, hanya ujian air kencing pengesahan hamil dan beberapa ujian kesihatan semasa buka buku pink. Jangan lupa juga bawa ic isteri dan suami, sijil nikah, bil elektrik rumah untuk pengesahan alamat dan surat rujukan doktor jika ada. Jangan lupa jalani pemeriksaan berkala, ia bukan untuk doktor atau nurse tapi untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
2# BERSEDIA FIZIKAL DAN MENTAL
Setiap individu itu berbeza. Adakalanya di awal kehamilan ibu akan mengalami loya atau pening kepala, tiada selera makan atau muntah, morning sickness. Rasa penat, lembik tak berdaya. Ada yang pada waktu pagi saja, ada pula yang dari pagi sampai petang. Macam saya lah tu 😁 Tapi jangan terkejut, ada juga
yang langsung tidak mengalami alahan ketika hamil. Apapun ibu ibu perlu bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi perubahan ketika awal trismester kehamilan..
3# JAGA PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT
Penting sangat untuk jaga pemakanan yang sihat semasa mengandung terutamanya di awal kehamilan. Perubahan bentuk tubuh badan dan emosi ketika awal kehamilan kadang-kadang buat wanita mengandung tak lalu makan.
Macam saya muntah teruk sampai saya fikir saya taknak makan supaya takde apa yang boleh keluar dari mulut. Ternyata apa yang saya buat itu salah. Walaupun tak lalu makan, usahakan untuk ambil pemakanan sihat cukup keperluan karbohidrat, protein, buah buahan supaya tubuh badan ibu ada tenaga. Jangan sampai tak makan, ia akan memburukkan lagi keadaan.
Buat senaman yang sesuai supaya badan rasa lebih cergas. Jangan lupa amalkan suplemen vitamin yang sesuai untuk ibu hamil.
4# TAMBAH ILMU
Sebenarnya bila kita merancang untuk hamil, masa tu kita dah mula perlu menggali ilmu sebanyaknya dalam menyiapkan diri. Tambahan pula bila dah disahkan hamil.
Sekarang dah banyak kelas prenatal yang dijalankan sama ada online atau offline. Begitu juga ada banyak forum, group atau media sosial lain juga yang berkongsi ilmu tentang kehamilan.
Walau apa pun, setiap individu itu berbeza, malah bagi individu tersebut pun setiap kehamilan itu berbeza. Ya macam saya dah tiga kehamilan dan setiap seorang anak pengalamannya juga berbeza. Apapun ibu ibu tidak perlu takut, jika ada sebarang kemusykilan atau kerisauan dapatkan nasihat doktor. Sentiasa berfikiran positif, jaga emosi dan banyakkan berdoa. Semoga dapat melalui tempoh kehamilan dengan tenang dan gembira.
No comments:
Post a Comment